CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juara

Konsert Triple Mega Malindo 2006

[Copy link]
 Author| Post time 13-8-2006 08:15 PM | Show all posts
Axcess outlets
> Music Valley, Cheras Leisure Mall
> Music Valley, Midlands Park, Penang
> Music Valley, Greentown Mall, Ipoh
> Music Valley, Holiday Plaza, Johor Bahru
> Rock Corner, Mid Valley
> Lot 10 Information Counter
> The Actor's Studio, BSC
> Fantasy Music Center, Sunway Pyramid
> Tower Record, KLCC
> Axcess Headquarters, Jalan Semangat

* All collection of tickets will require validation of IC and Booking Number.

Tiket-tiket yang berharga RM 70  kini boleh didapati menerusi talian 03-7711500 serta lokasi-lokasi seperti The Actor's Studio, Music Valley, Tower Records ,Planet Hollywood & ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 08:15 PM | Show all posts
eh deaf, ko nak pi naik bus ke? ermmm... ko sampai kt pudu ekk nnt..

ermmm aku maybe pi naik kete..
kita pi sekali laa amcm??

tp aku kene tnye cik abg aku dolu laa.. sbb kete dia..
xtau kalu dia nak angkut member2 kami ke apo ke..

aku ade kt kl tu on sept 1.. dan aku maybe bertolak dr shah alam laa besar kemungkinn..
kalu ko pi shah alam pun bagus jugak, jumpa kt situ je... nnt aku ajo nak naik bus ke shah alam cmne...

nnt ekkk aku bincg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 08:16 PM | Show all posts

Reply #22 juara's post

macehhh juara, so tiket mmg fixed price laa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2006 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by aGuiLeHa at 13-8-2006 08:16 PM
macehhh juara, so tiket mmg fixed price laa??


Stakat ni memang RM70 je ada..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 08:22 PM | Show all posts
ok juara, macehhh!! ko pi jugak ke??

yeay!!! balik msia terus2 pi konsert, wakakakakaa... =p
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by juara at 13-8-2006 06:18 AM


BUKIT KIARA KLIK SINI  



thank you Juara.

konfiden sikit aku bila nengok map hehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2006 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by aGuiLeHa at 13-8-2006 08:15 PM
eh deaf, ko nak pi naik bus ke? ermmm... ko sampai kt pudu ekk nnt..

ermmm aku maybe pi naik kete..
kita pi sekali laa amcm??

tp aku kene tnye cik abg aku dolu laa.. sbb kete dia..
xtau kal ...



aku nak nengok ella, search, lefthanded hehe tapi cam takut dorang perform kejap2 je la..
nanti rugi lak aku datang jauh2... sibuk betul la band2 indon tu semua..:siok:

nanti kasi aku consider ek. Pasal minggu tu aku off tiga hari hehehe tak yah susun cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:18 AM | Show all posts
tu laa aku pun takut depa perform sket je.. lelebih tu sume indon, huhuhu bosan aaa itu macam...
sebok aaa band2 indon ni..
yg konsert search 25 tahun tu apo cite?? aku nak pi yg tu, uwaaaaaaaaaaaa!!!!

ooo ok, aku pun xsure lg buleh ke dak aku amik ko deaf..
tp buleh je aku goda2 cik abg aku tu.. ekekeke..

nnt kalu ko & aku jd pi, kita jumpa pastu ko blanje aku mkn tau!!! wakakakakaka... =p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by aGuiLeHa at 14-8-2006 12:18 AM
tu laa aku pun takut depa perform sket je.. lelebih tu sume indon, huhuhu bosan aaa itu macam...
sebok aaa band2 indon ni..
yg konsert search 25 tahun tu apo cite?? aku nak pi yg tu, uwaaaaaaaaaa ...



nengok cammana ek. Aku pun mati akal la tak tau mana tu bukit kiara, tapi nengok map ok la kot, tak jauh dari kl.
makan2 bleh.. no hal. bleh borak:gado:
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 01:08 AM | Show all posts
yeay!! deaf nak blanje...

aku baru sampai msia masa tu, musti kemaruk nak makan mcm2.. abis laa ko deaf, hihihi.. =p
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 05:56 AM | Show all posts
Konsert Malindo Rock 2006 undang artis Indonesia
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KENAPA perlu ada artis dari Indonesia bagi menjayakan Triple Mega Concert Malindo Rock 2006? Itulah persoalan yang timbul dalam fikiran setiap wartawan hiburan yang hadir pada sidang akhbar konsert itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apakah nama-nama besar seperti kumpulan Search, Wings, Lefthanded dan Ella yang telah lama menguasai industri muzik tempatan tidak cukup kuat untuk menarik kehadiran penonton ke Polo Pavilion, Bukit Kiara Country & Resort pada 2 September ini sehingga penganjur mengundang Dewa 19, Ratu dan Aris Lasso?

Atau adakah penganjur Scope Event Ventures Sdn. Bhd. tidak yakin dengan kewibawaan artis tempatan yang boleh dianggap legenda dalam dunia muzik tanah air?

Wakil Scope Event Ventures, S. Nabalan ketika ditanya mengenai isu itu berkata:

揃ukan kami tidak yakin dengan kewibawaan artis tempatan. Konsert itu bukan bertujuan untuk membandingkan artis kita dengan artis luar.

揝elain memberi hiburan kami mahu membuktikan bahawa negara kita juga mempunyai pemuzik hebat.

揂pa yang ditonjolkan adalah gabungan antara artis kita dengan Indonesia. Nama-nama legenda di sini dan dari sana menjayakan persembahan di pentas yang sama. Tentu ia akan memukau penonton,
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:11 AM | Show all posts
Kombinasi hebat artis rock 2 negara
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

TANGGAL 7 Februari 2004 mencatat sejarah buat kumpulan Search. Manakan tidak Konsert Evolusi Search di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dibanjiri kira-kira 30,000 penonton.

Jumlah itu hampir menyamai konsert Linkin Park yang diadakan penghujung 2003. Ternyata Search membuktikan selama 23 tahun kewujudan mereka, taringnya masih ada.

Cuba pula bayangkan, sekiranya lagenda rock seperti Wings, Lefthanded dan Ella bergabung dengan Search dalam satu konsert, pastinya lebih 50,000 penonton hadir.

Bayangkan pula jika legenda rock kita itu digabungkan dengan artis Indonesia, Dewa 19, Ratu dan Ari Lasso. Inilah yang akan terjadi dalam Konsert Triple Mega Malindo Rock 2006.

Konsert anjuran Scope Event Ventures Management Sdn Bhd pada 2 September ini di Polo Pavilion, Bukit Kiara Country & Resort, bakal melakar sejarah kerana julung kalinya menggandingkan legenda dan artis sensasi dari dua negara.

Wakil penganjur juga Pengarah Acara, S Navalan, berkata Konsert Triple Mega Malindo Rock 2006 ini satu gabungan yang sihat dan tiada agenda membezakan artis dua negara.

?Tujuan kami untuk mengembalikan kegemilangan rock yang pernah mencetuskan fenomena di era 80-an dan 90-an. Saya sendiri adalah peminat kumpulan Search, Wings, Lefthanded dan Ella. Malangnya tidak ramai generasi hari ini tahu siapa mereka.

?Kebanjiran artis Indonesia kebelakangan ini menyebabkan ramai terlupa kita juga mempunyai pemuzik yang bagus. Sebab itulah ?legend? dari Malaysia dan dari Indonesia disatukan supaya generasi muda dapat menghargai kehebatan mereka.

?Bertitik tolak dari konsert itu, kami berharap artis tempatan akan meraih peluang mengembangkan sayap mereka ke Indonesia,? katanya.

Sementara, Pengarah Muzik, Dino J Rasol, yang berpengalaman bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Linkin Park dan Incubus, akan memastikan tiada layanan berat sebelah.

?Semua akan dilayan sama rata. Tugas saya memastikan sistem bunyi untuk semua artis malam itu yang terbaik. Selain itu, saya melihat penganjuran konsert sebagai usaha murni kerana turut menyalurkan sumbangan pada penduduk di Yogyakarta.

?Dengan penampilan artis seberang dapat menarik minat sebahagian daripada 1.5 juta rakyat Indonesia di negara ini untuk menderma pada mangsa Yogyakarta,? katanya.

Penyanyi utama Search, Amy berkata, dia melihat usaha penganjur sebagai titik permulaan menyemarakkan semula kebangkitan kumpulan rock.

?Isu siapa lebih hebat tidak perlu ditimbulkan kerana semua yang terbabit mahu beri yang terbaik. Setiap kumpulan ada kekuatan sekalipun aliran muzik kami sama, tapi konsep rock kami berbeza.

?Saya harap melalui usaha ini peluang mencipta nama di Jakarta menjadi kenyataan,? katanya.

Awie pula berpendapat suara artis tempatan yang selama ini melaungkan dan menuntut hak sudah terbalas.

?Sekarang sudah terbukti suara kami diberi perhatian dan terima kasih kepada penganjur. Sepatutnya perkara semacam ini sudah lama dilakukan bagi memartabatkan penggiat seni Malaysia dan dipandang masyarakat sendiri,? katanya.

Rocker tunggal wanita, Ella menganggap ia satu persaingan sihat dan mengharapkan semua penonton terhibur.

Sementara gitaris terkenal Man Kidal, bukan saja mahu Konsert Triple Mega Malindo Rock 2006 menjadi satu sejarah. Bahkan ruang kepada artis menunjukkan keprihatinan mereka dalam menyalurkan sumbangan ke tabung mangsa Yogyakarta.

Pengurus Dewa 19 dan Ratu, W T Tang, merangkap perunding konsert memberitahu Dewa 19 dan Ratu amat teruja dapat menjayakan konsert ini apatah lagi bertemu dengan ikon mereka iaitu Search.

Konsert yang akan berlangsung bermula jam 7.45 malam selama enam jam itu, simbol kepada ulang tahun Search yang ke-25. Sebagai penghormatan Search diletakkan sebagai artis terakhir membuat persembahan malam itu. Setiap artis akan membuat persembahan selama satu jam.

Memandangkan lokasi konsert agak terpencil penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas pergi dan balik secara percuma di KL Sentral (berhadapan dengan stesen Monorail dan LRT Bangsar). Bagi memudahkan orang ramai ke konsert itu.

Bermula pada 10 Ogos 2006, orang ramai boleh mendapatkan tiket bernilai RM70 di kaunter tiket akses. Untuk keterangan lanjut, mereka boleh menghubungi talian 03-77115000, 03-77286905 dan 019-3627627 atau mendapatkan maklumat menerusi info radio rasmi, Sinar FM.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:32 PM | Show all posts
aku rasa kalu setakat band malaysia pun ok jugak...
serach,wings,lefthanded dan may di gabungkan....tiket berharga rm 40...
buat satu tarikh yg bagus dan tempat yg strategik...nak tarik penonton 50000 senang je....
band malaysia boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran dari band indonesia...
aku tak nafikan band indonesia ada yg bagus mcm dewa ..tp kenapa kita nak mengharapkan band indonesia lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 12:28 PM | Show all posts
'Tiada niat abaikan artis tempatan'
Oleh Farihad Shalla Mahmud


Gergasi rock dari dua negara serumpun bersatu atas nama kemanusiaan di Bukit Kiara Country & Resort esok

SEJAUH manakah keyakinan penganjur terhadap kewibawaan artis tempatan, terutama yang boleh dianggap legenda dalam dunia muzik tanah air? Itulah persoalan yang timbul dalam fikiran setiap wartawan hiburan yang hadir pada sidang akhbar konsert Triple Mega Concert Malindo Rock 2006 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jika mereka yakin dan percaya kebolehan artis tempatan mengapa perlu mengundang sama artis Indonesia untuk menjayakannya.

Apakah nama besar seperti kumpulan Search, Wings, Lefthanded dan Ella yang telah lama menguasai industri muzik tempatan tidak cukup kuat untuk menarik kehadiran penonton ke Polo Pavilion, Bukit Kiara Country & Resort esok sehingga penganjur berusaha mengundang Dewa 19, Ratu dan Aris Lasso beraksi bersama mereka.

Atau adakah penganjur Scope Event Ventures Sdn Bhd bersikap skeptikal terhadap artis tempatan yang sememangnya mempunyai pengaruh cukup kuat dalam muzik rock tempatan.

Pengarah Acara Scope Event Ventures, S Nabalan ketika ditanya mengenai isu itu menafikan mereka menganaktirikan artis tempatan sebaliknya berkata, konsert ini adalah gabungan sihat dan tiada agenda membezakan artis dua negara.

Bukan kami tidak yakin dengan kewibawaan artis tempatan atau ingin membandingkan artis kita dengan artis luar cuma kami ingin memberikan hiburan alternatif kepada penonton.

Selain memberi hiburan kami mahu membuktikan bahawa negara kita juga mempunyai pemuzik hebat. Apa yang ditonjolkan adalah gabungan antara artis kita dengan Indonesia. Nama legenda di sini dan dari sana menjayakan persembahan di pentas yang sama. Tentu ia akan memberi impak maksimum kepada penonton, katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan kumpulan Ratu dan Ari Lasso yang secara terangan bukan artis rock seperti artis lain, Nabalan berkata:

Kedua-dua artis itu mempunyai peminat tersendiri di sini dan kami yakin dengan populariti mereka.

Selain itu, Nabalan juga berjanji seandainya konsert itu mendapat sambutan hebat, mungkin pada masa akan datang penganjur dari Indonesia pula akan membawa artis Malaysia menjayakan konsert di sana.

Sementara itu, Pengarah Muzik, Dino J Rasol, yang berpengalaman bekerjasama dengan artis antarabangsa seperti Linkin Park dan Incubus, akan memastikan tiada layanan berat sebelah.

Semua akan dilayan sama rata. Tugas saya memastikan sistem bunyi untuk semua artis malam itu yang terbaik. Selain itu, saya melihat penganjuran konsert sebagai usaha murni kerana turut menyalurkan sumbangan pada penduduk di Yogyakarta.

Dengan penampilan artis seberang dapat menarik minat sebahagian daripada 1.5 juta rakyat Indonesia di negara ini untuk menderma pada mangsa Yogyakarta, katanya.

Penyanyi utama Search, Amy berkata, dia melihat usaha penganjur sebagai titik permulaan menyemarakkan semula kebangkitan kumpulan rock.

"Isu siapa lebih hebat tidak perlu ditimbulkan kerana semua yang terbabit mahu beri yang terbaik. Setiap kumpulan ada kekuatan sekalipun aliran muzik kami sama, tapi konsep rock kami berbeza.

Saya harap melalui usaha ini peluang mencipta nama di Jakarta menjadi kenyataan, katanya.

Vokalis kumpulan Wings, Awie pula berpendapat suara artis tempatan yang selama ini melaungkan dan menuntut hak di tanah air mereka sendiri kini sudah terbalas.

Sekarang sudah terbukti suara kami diberi perhatian dan terima kasih kepada penganjur. Sepatutnya perkara semacam ini sudah lama dilakukan bagi memartabatkan penggiat seni Malaysia dan dipandang masyarakat sendiri, katanya.

Rocker tunggal wanita, Ella menganggap ia satu persaingan sihat dan mengharapkan semua penonton terhibur.

Sementara gitaris terkenal Man Kidal, bukan saja mahu konsert amal ini menjadi satu sejarah. Bahkan ruang kepada artis menunjukkan keprihatinan mereka dalam menyalurkan sumbangan ke tabung mangsa Yogyakarta.

INFO

Kemudahan yang disediakan


Bagi memudahkan peminat menonton konsert yang bakal berlangsung selama enam jam itu, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan bas secara percuma yang disediakan di KL Sentral dan stesen LRT Bangsar.


Tiket konsert yang dijangka boleh menarik perhatian 40,000 penonton itu sudah pun mula dijual. Tiket-tiket boleh dibeli di kaunter Axcess. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-771 1500, 03-7728 6905 atau 019-3627627.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:06 PM | Show all posts
apa cerita konsert ni.....sape yg pegi tu cerita lah sket....aku pun nak tahu jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:14 PM | Show all posts
ella duet ngan apekkkkkkk........ lagu dunia batinku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 02:57 PM | Show all posts
he..he..penganjur terpaksa amik band indon pasal nak tarik penonton indon la.....

tapi kalo amik band rock malaysia pun okay gak, org indon tetap datang-wakakakak tapi lokasi kena la strategik sikit,

anyway memang rock band malaysia lagi best dari indon, sebelum ni, ialah zaman2 wings search, ella, lefthanded, ,itu dulu, sekarang band2 baru yg best semua dari indon,

tgk jer la konsert search- berduyun2 indonesia dtg tgk.......

tapi betul la satu forumers ckp-nampak sgt la m'sia ni takde pemusik rock pelapis-kita kena buat sesuatu tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:02 PM | Show all posts
penganjur baut kat padang equestrian tu pasal diorang ingat sambutan luarbiasa kot dari penonton, bagi wa okay jugakla crowd malam tu....kalo dpt separuh padang tu pun wa rasa huru hara jugak la....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:18 PM | Show all posts
baca paper arini, huhu...search & wings jugak yg paling bagus, tak taula sebab reporter tu bias ke hape...
dewa nyanyi 13 lagu, tapi search nyanyi 8 jek..ape kes...dah tu reporter bantai dewa sebab muzik diorang tak original, macam pakai sampling je, lebih kurang camtula...monotonous sangat sampai takde bunyik raw macam konsert live pun...taktaula sejauh mane kebenarannye...tapi bab2 rock ni, indon memang takleh lawan malaysia la...tambah2 kumpulan picisan macam ratu tu, lagu2 diorang rock sesangat ke, buat mencemar majlis jek
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:46 PM | Show all posts
ratu tu pakej ngan dewa kot.. di mana ada dewa di situ ada ratu.. sape2 yg gi tu..takdak gambo kee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.687292 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list