CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: holdfast

Pengalaman menarik yang ader kaitan ngan MILITARY!

[Copy link]
Post time 22-10-2006 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by jazim at 20-10-2006 10:03 AM
Masa kerja dgn Perajurit dulu merasa naik C130 dgn VIP jet, KD Inderasakti (pelayaran perpisahan PTL, arwah Datuk Shariff), ikut bot getah GGK tengok perenang tempur dia buat demo.

oh.... jazim ex-staff perajurit ya...... baru tau skarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2006 12:05 AM | Show all posts
Sekadar Nostalgia........

Mula-mula melibatkan diri menjadi seoarang ParaTrooper. Bayangkan lah dengan mengunakan Payung terjun yang dilipat sendiri. Setelah mendapat tunjukajar sekadarnya dari Jurulatih cara-cara melipat Payung terjun, maka dengan payung terjun tersebut digunakan sendiri untuk membuat penerjunan. Begitulah seterusnya sehingga lapan kali penerjunan asas dengan mengunakan payung lipatan sendiri.Macam-macam perasaan ketika hendak melakukan penerjunan, adakah saya melakukan penglipatan yang sebetulnya. Ketika itu bermacam-macam fikiran bermain di kepala.

Penerjunan dilakukan dengan mengunakan pesawat Dakota DC 10 (Pesawat cargo seangkatan Perang Dunia Kedua) Sediamaklum tayar belakang pesawat ini sentiasa terjulur, silap-silap teknik penerjunan, payung terjun akan tersangkut di tayar belakang. Peristiwa tersangkut ini pernah berlaku kepada seorang anggota sebelum pasukan saya diterjunkan. Bayangkan lah situasi seperti ini berlku kepada sdra serta apakah tindakan sdra akan lakukan jika situasi sedemikian berlaku kepada Sdra?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 12:24 AM | Show all posts
Nostalgia lagie.....

Semasa menjalankan latihan asas RPKAD (Kopassus) di Batu Jajar Bandung Indonesia. Latihan asas dijalankan beberapa peringkat. Bermula dari peringkat Kem (Asas),Bukit(Gunung),Hutan, Lurah, Paya(Rawa) serta Lautan.

Salah satu peristiwa dimana membuat latihan renang Tempur menyemberangi selat Pulau Nusa Kembangan - Pelabuhah Cilacap. Jaraknya lebih kurang 5 KM. Keadaan lautan nya (lautan Hindi) yang terbuka serta jernih kebiruan . Pulau Nusa Kembangan ini  seakan-akan Pulau Jerjak yang menempatkan Penjenayah Hardcore.

Manakala Pelabuhan Cilacap merupakan suatu Pelabuhan yang agak sibuk juga. Kelaziman nya anak kapal akan membuang sisa makanan kelaut dan ini akan menarik ikan-ikan besar termasuk jerung mengejar sisa makanan yang terdapat.

Bayangkan lah ketika melakukan latihan renang tempur tersebut, perasaan takut disambar jerung sentiasa bermain di kepala. Syukor, alhamdullilah saya dan teman sepalatih selamat sampai kepantai Cilacap tanpa sebarang gangguan jerung-jerung tersebut, walupun jerung-jerung berkeliaran mengejar sisa makanan yang dibuang dari kapal-kapal disitu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 12:41 AM | Show all posts
Sambung lagiiii.....

Pengalaman ngeri menaiki NURI.
Pada pertangahan tahun 70an saya terlibat didalam suatu operasi di negara jiran. Setelah selesai suatu peringkat dimana anggota akan di bawa balik ke Pengkalan Hadapan. Oleh kerana saya di arahkan menaiki sortie pertama maka setelah NURI kelihatan saya telah bersedia. Sebelum NURI Landing di salah sebuah ladang Getah, pesawat telah di tembak oleh PGK melibatkan beberapa kesan tembakan di badan Pesawat dan bahagian Enjin. Memandangkan keadaan yang genting maka pesawat NURI terpaksa juga diterbangkan memasuki  balik ke wilayah kita.

Sdra cuba bayangkan lah situasi ketika itu, dengan menaiki NURI yang terkena tembakan musoh yang ketara mengenai bahagian enjin dan Badan NURI. Alhamdulliah NURI selamat sampai ke Distinasi dan saya masih bernyawa hingga ke hari ini.................


3 cite dulu malam nie....sambung semula jika kesempatan.  SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN


XWO2GK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 11:03 AM | Show all posts
wah timo kasih bang kerna share info dan pengalaman samer kita orang....
apapun itulah nosltalgia yg terpahat rapi dlm ingatan bang...

selamat hari raya aidil fitri xwo..
maaf lahir batin...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by xwo2gk at 23-10-2006 00:41
Sambung lagiiii.....

Pengalaman ngeri menaiki NURI.
Pada pertangahan tahun 70an saya terlibat didalam suatu operasi di negara jiran. Setelah selesai suatu peringkat dimana anggota akan di bawa ...


P/S Nostalgia ini  ada hubungkait serta berkait dengan  journal saya di GW
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2006 10:05 AM | Show all posts
he3..kena sembur plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 07:36 PM | Show all posts
25 ni start la aku nye anual camp...
fasa camp n fasa medan...
waaaaaaaa..
skrg ni tgh jog petag2 nk bg stamina de blk...
dh lame xtraining...sejak bln pose lg..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 09:37 PM | Show all posts
pengalaman menarik ada kaitan dengan military? ish3... susah nih... aku tiap2 hari pengalaman dengan military... hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by standupper at 18-10-2006 23:05
pergkh.. lantak korang ler... he he pengalaman aku dengan military boleh tahan ler... kalau dengan epos.. sign surat mati terus dapat naik CN & Charlie free!!! Tajaan Venez dan rakan-rakannya : ...

hehehehe... selalu dapat tajaan yer...

Originally posted by standupper at 20-10-2006 23:14
Pengalaman ngeri naik Nuri... balik dari Jugra, majlis tamat latihan Paskau.. tetiba Nuri sudah tang corner baikkk punya, rasa nak tekan lonceng turun jer.. rupanya PTU masa tuh, Jen Datuk Seri Abd ...

yup... kena check ler saper kat depan, maner tau yang nak fly tuh tak pegi conversion ker, lagi teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:16 PM | Show all posts
Kisah benar dan Nostalgia lagi........mengimbau kemballi ketika menjalani Latihan Asas Komaando siri 3/72

Kali nie saya nak cerite sikit tentang latihan Jalan Lasak (Speed March). Jalan lasak ini ini adalah salah satu latihan endurance bagi menguji kemampuan Mental dan Fisikal seseorang pelatih itu. Jalan lasak juga merupakan latihan yang mesti dilalui oleh setiap pelatih asas Cdo. Sekira gagal didalam masa yang ditetapkan juga pelatih itu akan gagal untuk melayakkan sebagai Ahli Beret Hijau.

Latihan/Ujian Jalan lasak ini bermula dari angka 3 iaitu 3 Batu, 5 Batu, 7 batu, 10 batu dan seterusnya.....Masa itu kiraaan jarak masih dalam kiraan batu bukan Kilometer (KM) sekarang ini. Perbezaan jarak antara KM dengan Batu itu, anda kena kira sendiri lah. Lazimnya kebanyakan pelatih  itu tidak tahu apa bentuk latihan akan dilakukan setiiap hari, walau pun jadual latihan itu ada dipamirkan untuk tantapan dipapan Kenyataan, oleh kerana masa yang begitu padat tidak ada masa untuk melapangkan masa untuk melihat Jadual Latihan tersebut.

Yang hendak saya cerita kan kali ini adalah untuk Ujian Jalan Lasak 10 batu. OK lah saya mulakan dari jadual pagi sehingga Ujian JL itu dilakukan. Semasa perbarisan pagi setiap pelatih akan diberi ubat mencegah dari terkena Demam Malaria. Ubat ni rasa nya manis macam rasa Tongkat Ali. Ubat ini dikenali dengan nama "DARACLOR" seakan-akan nama DARACULA. Ubat ini sangat power kadangkala disalahgunakan...... Macam biasa selepas perbarisan akan dilakukan latihan peringkat Kem ketika itu. Sampai masa santapan tengahari, maka semua pelatih akan menikmati santapan tengahari dengan lahapnya. Selepas satanpan setiap pelatih akan diberi juga sesudu atau lebih minyak ikan Cod Cair  (Liquid Cod liver Oil).
Selepas makan semua pelatih diarahkan menaiki truck 3 ton menuju kepada ke suatu distinasi. KL bukan Kuala Lumpur tetapi Kuala Linggi. Maka bermula lah latihan jalan laju 10 batu.

Bayangkan lah selepas sahaja makan nasi lebih kurang tidak sampai 1 jam kena buat Jalan Lasak tersebut dengan habuan baru saja bersemadi didalam perut dengan dibasahi dengan minyak Ikan Kod. Maka lah ramai lah pelatih yang mengalami 'over flow'. Namun demikian semua berjalan dengan lancar walau ada segelintir anggota yang gagal menjalani ujian tersebut.

Sampai sahaja di titik penamat macam-macam bentuk 'exhausted manner' berlaku. Salah satu yang masih dalam ingatan saya iaitu salah seorang pelatih itu mengalami 'exhausted manner' yang melucukan sehingga beliau sanggup mengarahkan atau melakukan sesuatu perkara diluarjangkaan serta pemikiran beliau jika dalam keadaan stabil.  Pelatih tersebut mengalami kekejangan otot dlam keadaan separuh sedar sehingga dia mengarahkan Ketua Skuadron Latih (OC Latih) seorang yang berpangkat Kapten. Kata pelatih tersebut " Hai hang Tuah!!! Urut kaki Beta". Oleh kerana sikap spontan dan memenuhi hajat si pelatih , maka Ketua Skuadron itu melakukan juga walaupun dengan masa yang singkat dan seterusnya diambil ailh oleh Medical Orderly yang ada sedia ada di titik penamat.

Sebagai rumusan. Apabila seseorang itu dalam keadaan penat yang melampau, maka tidak mustahil seseorang itu akan melakukan sesuatu tindakan drastik akan dilakukan nya tanpa daya fikiran yang waras. Allawullam.

P/S Pelatih tersebut telah berjaya didalam Kursus Asas Kdo tersebut dan telah bersara dan memakai pangkat terakhirnya ialah Pegawai Waran II sama seperti saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 10:24 PM | Show all posts
Oh yaa.... saya sambung sikit lagi dalam latihan itu saya hampir-hampir kecundang. Oleh kerana iltizam dan semangat juang yang tinggi saya lakukan dengan keadah  cara saya sendiri.

Pada satu jarak tertentu saya hampir putus asa namum demikian, saya mengunakan dengan keadah dijarak tiga tiang Letrik berlari dan diselang seli dengan dengan satu tiang elektrik berjalan laju. Apabila stamina agak pulih sedikit baru lah saya berlari seperti biasa sehingga sampai ke titik penamat dengan jayanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 09:20 AM | Show all posts
Ermm...its good to read the trainings went thru by one of the Forrumers.. He is.. in special force i supose..? While it is a leisure to read their experience in terms of the mode of training, the hardships etc.. dont u guys think that some of the trainings should be well kept classified. For the normal military trainings stories...ok..but as to the special force...?Hmm...
Beware of those non- M'sian that may come across this thread.
Well, just my 2 cents of thought..:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 20-11-2006 09:20 AM
Ermm...its good to read the trainings went thru by one of the Forrumers.. He is.. in special force i supose..? While it is a leisure to read their experience in terms of the mode of training, the h ...


ala apa la sangat yg bro xwo ckp tu...
pasal latihan jalan lasak tu mana2 pasukan ada....
baik komando atau infantri malah wataniah pun ada gak.....:bgrin:
so bro xwo tau apa yg patut diciter dan apa yg tak patut diciter...
dlm bod nie....tak gitu xwo!!..hehehe
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 12:26 PM | Show all posts
Lupa nak cerita, terlibat dgn latihan Damage Control/Fire Fighting (DCFF) masa dlm PSSTLDM dulu. Masa tu Sekolah NBCD tadak simulator canggih cam sekarang. Cuma tong besi besar bertingkap berbumbung bertangga dgn hatch dan compartment mcm dlm badan kapal je. seronok sebab boleh main air...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 12:52 PM | Show all posts

Reply #33 edmundo's post

xwo2gk was a member of the GGK. Yeah he knows what he can and cannot tell...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 20-11-2006 09:20
Ermm...its good to read the trainings went thru by one of the Forrumers.. He is.. in special force i supose..? While it is a leisure to read their experience in terms of the mode of training, the h ...


As far I'm concern, what I has stated in the article not in catagories of clasiffied words. Indeed it's a normal training for whole individual  involve  in the army life. Only the approach of the training is  a bit tougher than others. My opinion is not to expose the whole e senario of SOF  during their rigourous training, but to make it clear fixture for those thinking is that might be an easy way to get certain objective such as to be as one of SOF member.  Am I'm  right buddies?

[ Last edited by  xwo2gk at 20-11-2006 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 01:53 PM | Show all posts

Reply #37 xwo2gk's post

roger that!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 03:52 PM | Show all posts
Thanks for the explanations by all the bros...
With due respects..no hard feeling ok..
Its hard to be tough.:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 05:05 PM | Show all posts
It's ok. No hard feeling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057135 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list