CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kerengge

Demam Pilihanraya Batu Talam Bermula

 Close [Copy link]
 Author| Post time 8-1-2007 06:57 PM | Show all posts
200 hektar tanah untuk penduduk tanam herba

RAUB 6 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2007 06:58 PM | Show all posts

Reply #19 semerbak's post

kat maner jam tuh semerbak.....kome tok penoh nampok ler pulok....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 7-1-2007 08:12 PM
pepalih.....aok ader sedara mara ker kat Felda tuh......


Lebih sepuluh tahun beb!!! Pilihanraya kecil dulu lepas kematian Allahyarham Mazlan pun sempat, ehmmm selalu gak gi sane
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:08 AM | Show all posts
Jam tu...laa..kat dataran Raub le.
Maka adalah tanggung segala pengundi di Batu Talam  supaya berfikir sebelum membuang undi khususnya kepada UMNO/Barisan Nasional.
Fikir masa susah dulu kemana perginya pelobi atau tukang kempen yang datang dengan janji manis.

Yang agak lucu ialah, Menteri Kerja Raya berkata, kerajaan tidak ada duit nak bayar pampasan berjumlah RM250 juta tapi dalam yang sama kerajaan boleh kehilangan hasil yang sama kerana penurunan cukai jalan. Tak semena-mena cukai jalan diturunkan, bila masanya rakyat minta diturunkan? Bagus betul kerajaan BN(Ada udang disebalik mee?).Ramai akan menderma jutaan ringgit untuk warga penduduk dan pengundi bagi piliharaya Batu Talam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2007 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by semerbak at 9-1-2007 08:08 AM
Jam tu...laa..kat dataran Raub le.
Maka adalah tanggung segala pengundi di Batu Talam  supaya berfikir sebelum membuang undi khususnya kepada UMNO/Barisan Nasional.
Fikir masa susah dulu kemana ...


semerbak....itu besa ler janji manis pilihanraya......
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:07 AM | Show all posts
kira cam janji manismu lah tu..... tak kira dari kerajaan atau pembangkang... sama jer... nak meraih undi lah tuh....

baru2 ni dengar2 Khairy Jamaluddin... turun ke tersang... ada program apa ntah...Dato' Jamaluddin Jarjis ke ulu sungai jenguk pusat biodiversiti kat situ.... hmmmm rakyat kat taub ni pun makin ramaii plak aku tengok...

sampaikan parking (ye ke parking..heheh) pun dibuat baru kat depan bangunan umno tuh... alaa kat depan avon tuhhhh.....

sekarang ni pun .. sapa2 ada rumah sewa kosong tuh... cepat2lah offer diri... petugas2  tengah sibuk cari tuhh... up lah sampai riban2... diorang sangguppppp punya sewaaaaa... PLP pintu padang pun dah penuh...

selamat mengundi lahhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 10:19 AM | Show all posts

Reply #26 honeysweet's post

Tak kerja mengempen ke Honey...
U kan puteri Umno?.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 12:14 PM | Show all posts
Wanita kumpul data Batu Talam
Oleh Sariha Mohd Ali

KUANTAN: Wanita Umno Pahang akan menggerakkan Kumpulan 10 (K10) bagi menjalankan bancian pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN itu, 28 Januari ini.


Ketuanya, Datuk Maznah Mazlan, berkata mesyuarat dengan ketua cawangan dan bahagian Wanita Umno Raub, Rabu lalu memutuskan antara tindakan yang perlu dilakukan ialah membuat bancian pengundi.

Beliau berkata, maklumat awal itu penting bagi memudahkan gerak kerja yang dilakukan sebaik penamaan calon 16 Januari ini.

"Wanita Umno memberi tumpuan kerja kepada pasukan K10 untuk mengadakan bancian dari rumah ke rumah dengan seorang anggota Wanita Umno menjaga 10 rumah.

"Mereka akan mengumpul maklumat jumlah pengundi setiap rumah serta menentukan jumlah pengundi di luar kawasan bagi memudahkan kita menghubungi mereka kelak,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2007 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by semerbak at 9-1-2007 10:19 AM
Tak kerja mengempen ke Honey...
U kan puteri Umno?.


puterI UMNO... hahahahah nama aku mmg ada dalam database dioranggg.... tapiiiiiiii aku dah tak koseeeee... meeting tak panggey.. (ye lahh...apa harta dan pangkat yang aku ada...)... ader jugak yang nan ado.... mcm2 perangai... :jeling:

erkkk kang ada   aku plak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 02:27 PM | Show all posts
Tangani masalah pengundi dengan pantas
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 02:32 PM | Show all posts
PM, Badan Perhubungan Umno Pahang kaji senarai nama


PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam pada 28 Januari ini, akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk keupayaan berkhidmat kepada rakyat.

揝aya nak orang yang boleh berkhidmat kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Institut Kanser Negara di Presint 7 di sini, semalam.

Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, berkata beliau akan mengadakan rundingan dengan Badan Perhubungan Umno Pahang setelah menerima senarai nama calon yang dicadangkan nanti.

Katanya, setelah senarai itu diterima dan rundingan diadakan, nama calon BN itu akan ditentukan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Selasa, 16 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu, manakala pengundian pada Ahad, 28 Januari bagi mengisi kekosongan berikutan kematian Datuk Tengku Paris Tengku Razlan pada 27 Disember lalu kerana barah paru-paru dan usus.

Baru-baru ini, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, dilaporkan berkata Umno Pahang menyenarai pendek tujuh nama termasuk golongan muda dan profesional sebagai calon BN untuk dipertimbangkan Abdullah.

Difahamkan, antara tujuh calon itu ialah Datuk Mustafa Kamal (Timbalan Ketua Bahagian Raub), Datuk Azinuddin Abdul Rahim (Naib Ketua Bahagian), Tengku Abdul Rahman Tengku Perang (Ketua Pemuda), Aziz Kiram (Setiausaha bahagian) dan Datuk Abdullah Abu Bakar (Ahli Jawatankuasa bahagian dan Presiden Majlis Belia Felda Pahang).

Dua lagi nama ialah bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang, Datuk Johar Rusi dan Datuk Yidris Abdullah.

Sementara itu, Abdullah berkata beliau mahu penjelasan lanjut daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mengenai kenyataannya bahawa badan itu perlu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan pilihan raya yang sudah berusia 50 tahun, dirombak secara drastik.

"Biar beliau (Abdul Rashid) memberitahu saya apa yang beliau mahu," kata Abdullah yang enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, Abdul Rashid berkata kajian semula itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering dikritik pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 02:34 PM | Show all posts
SPR minta parti patuhi kod etika

PUTRAJAYA: Semua calon dan parti politik dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam pada 28 Januari ini diminta mematuhi Kod Etika Pilihan Raya yang mula diperkenalkan pada pilihan raya negeri Sarawak, Mei lalu.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata kod etika itu adalah garis panduan sewaktu menghadiri hari penamaan calon dan kempen untuk memastikan kelancaran pilihan raya.

"Ia garis panduan untuk mengawal tingkah laku supaya tidak menjejaskan pilihan raya," katanya ketika dihubungi semalam.

Antaranya, mewajibkan semua pihak mematuhi arahan SPR dan polis ketika berarak ke pusat penamaan calon dan tidak boleh menggunakan alat muzik atau pembesar suara.

Difahamkan, peraturan dalam Kod Etika itu termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Langkah mewujudkan Kod Etika hasil perbincangan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan memudahkan semua pihak, khususnya calon dan penyokong mengelakkan timbul masalah khususnya ketika kempen.

Selain mewajibkan semua calon mengadakan perhimpunan secara aman mengikut permit polis, calon dilarang membuat kecaman terhadap peribadi seseorang di khalayak ramai berdasarkan tohmahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas.

Malah, calon dilarang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan kebencian atau permusuhan kaum, keturunan dan agama termasuk atas alasan untuk merayu undi bagi menyokong parti masing-masing.

Sepanjang kempen calon tidak dibenar menggunakan masjid, gereja, kuil, tokong atau tempat ibadat lain sebagai lokasi kempen, selain dilarang menggunakan bangunan awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya atau mendapati ada pihak yang tidak mematuhi Kod Etika boleh mengemukakan laporan polis supaya siasatan boleh dijalankan.

SPR tidak mempunyai kuasa membuat siasatan dan pendakwaan kerana ia dalam bidang kuasa polis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 05:28 PM | Show all posts
Tempat aku mengundi.... aku asal Semantan..... tapi aku daftar kat bangi.... heheh kalau tak balik gok kampung ngundi.... rugi betul lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:04 AM | Show all posts
BA dah boikot pilihanraya kecil Batu Talam.
Nak menang sangat...hah dah tercapai cita-cita.
menang tanpa bertanding...kalau tak ada calun bebas masuk daun 16hb ni.
hampa nak dapat kain batik dan kain pelekat orang kampung kash.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:50 AM | Show all posts
Pas, Keadilan pulau pilihan raya 28 Januari ini

RAUB 10 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:52 AM | Show all posts
BN mungkin letak calon wanita

Oleh ARSHAD KHAN

RAUB 10 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2007 07:22 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by picme at 11-1-2007 10:50 AM
Pas, Keadilan pulau pilihan raya 28 Januari ini

RAUB 10 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 07:24 PM | Show all posts
baru2 nih.... BA protes senarai keluaran SPR......aper ker dok nyer weh....dalam senarai SPR ader 126 pengundi India.....datang maner pulok India nih....walhal kat Batu Talam tuh 100% melayu ngan orang Asli jerk....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:22 AM | Show all posts
bila nak ngundi semer dpt..mintak jgn tak mintak...:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 10:24 AM | Show all posts
Boikot pilihan raya sandiwara Pas, Keadilan

KUALA LUMPUR 11 Jan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.160505 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list