Sinopsis :
Filem ini berkisar tentang Ratna dan Ayu yang berjiran sejak kecil. Ayu, seorang gadis lemah lembut yang bercinta dengan Mohsin. Sementara Ratna, kakak kepada Atilia telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Bagaimanapun hasratnya itu dibantah oleh ahli keluarga. Ratna tetap meneruskan cita-citanya sebagai petugas di unit forensik. Namun hidup Ratna tidak pernah tenteram. Dia sering didatangi bayang seorang wanita dan kanak-kanak perempuan. Lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke kampung. Sewaktu di kampung, Ratna mengalami pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan.
Pengarah : Osman Ali
Penulis : Osman Ali
Pelakon :
Nasha Aziz ... Ratna
Umie Aida ... Ayu
Fahrin Ahmad ... Mohsin
Sharifah Amani ... Atilia
Wan Maimunah ... Mak Esah
Mislina Mustaffa ... Ara
Adik Alisa ... Ika
Pekerja :
Hazil Izham Ismail ... Penerbit Penyelaras
Khalid Zakaria ... Pengarah Fotografi
Mohd Zaini Abd. Rahman ... Penata Rias
Nazrul Asraff ... Pengarah Seni
Zulkifli Ibrahim ... Pengurus Produksi
Penerbit :
Gayatri Su-Lin Pillai ... Penerbit Eksekutif
Tayangan Unggul Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem
Judul asal : Langsuir / Tebing Biru
Jenis cerita : Seram
Bahasa : Melayu
Kos pembikinan filem : RM1.2 juta
Jenis filem : 35 mm
Corak filem : Warna
Tarikh mula penggambaran : 19 April 2005
Tarikh tamat penggambaran : 3 Jun 2005
Antara lokasi penggambaran : Pulau Pangkor & Kuala Lumpur
TriviA :
Skrip Tebing Biru pada mulanya dirancang untuk siaran Odisi, sebuah rancangan telefilem pendek terbitan ntv7. Skrip asal tersebut tidak mengandungi watak lelaki.
Ungkapan Kata :
"Ini bukan cerita seram yang hantu cekik orang atau penonton perlu cari siapa yang jadi hantu. Dari awal lagi penonton sudah tahu siapa yang menjadi hantu kerana plot Puaka Tebing Biru berdasarkan penceritaan" - Osman Ali
[ Last edited by aisyah_putri at 8-2-2007 09:41 AM ] |