shawie This user has been deleted
|
Utusan 18/3/07
Teratak Bonda untuk keluarga
Oleh: HASZRUL MOHAMED
Dua tahun bergelar artis bak kata orang, ia seumpama setahun jagung. Hakikatnya dalam tempoh itu Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah membuktikan perubahan berlaku kepadanya dengan sekelip mata. Tentunya Mawi sendiri tidak pernah bermimpi hidupnya akan berubah sebegini rupa. Tetapi hakikatnya itulah dinamakan rezeki yang dilimpahkan Tuhan buat Mawi.
Hanya bersandarkan program realiti televisyen, Akademi Fantasia, akhirnya impian untuk melihat kehidupannya dan keluarga berubah menjadi kenyataan.
Kejayaan yang diraih Mawi itu bukan sahaja mengharumkan namanya malah turut memecah rekod anak Felda yang paling berjaya di dalam bidang nyanyian.
Dengan pencapaiannya dalam tempoh itu hasrat utama Mawi untuk membina sebuah rumah banglo dua tingkat untuk keluarganya sudah tertunai. Sejak Oktober tahun lepas, keluarga Mawi yang terdiri daripada ibu dan ahli keluarganya seramai sembilan orang telah berpindah dan mendiami banglo dua tingkat itu.
Walaupun hati kecil Mawi agak tersentuh kerana ayahnya tidak berkesempatan untuk melihat dan mendiami rumah baru itu kerana meninggal dunia pada 1 Julai tahun lalu, tetapi dia tetap bersyukur kerana ahli keluarga yang lain terutama sekali ibunya, Ramlah Sarlan, 60, dapat sama-sama menikmati kejayaan yang diraih beliau selama ini.
Pembinaan banglo dua tingkat dengan nama Teratak Bonda bernilai setengah juta ringgit itu pada mulanya terbantut kerana berlaku sedikit masalah dengan kontraktor. Namun dalam tempoh lima bulan rumah itu akhirnya siap untuk diduduki.
Bahkan pertukaran dari kontraktor asal kepada kontraktor baru serta isu pembayaran telah pun diselesaikan oleh kakak Mawi iaitu Rashidah. Banglo ini mempunyai enam bilik tidur serta tiga bilik mandi dan lengkap dengan hiasan dalaman tajaan Casa Impian bernilai kira-kira RM100,000.
Sebelum ini Mawi akan pulang pada setiap bulan untuk melihat sendiri proses pembinaan rumah itu.
憫Sebenarnya, segala-galanya saya serahkan kepada kakak untuk diuruskan. Dari segi pemilihan warna untuk rumah sehinggalah kepada hiasan laman atau landskap, |
|