CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matmin77

Harga Minyak Dunia : update - turun menjunam US$47.78 setong

[Copy link]
Post time 17-6-2008 08:11 AM | Show all posts
Rekod baru minyak


SEORANG penunjuk perasaan memegang kain rentang
yang menyatakan kesanggupan untuk mati dalam satu
bantahan harga minyak di Seoul semalam.

LONDON - Minyak mentah terus mencatatkan rekod dengan harga hampir mencecah hampir AS$140 (RM458) setong semalam walaupun Arab Saudi mengumumkan sedia meningkatkan pengeluaran .

Kontrak penghantaran Julai untuk minyak berkualiti tinggi di New York mencecah harga AS$139.89 (RM458) sekali gus memadam rekod pada 6 Jun lalu pada AS$139.12 (RM455).

Bagaimanapun, harga komoditi di New York itu kemudian menyusut kepada AS$137.73 (RM451) setong.

"Cadangan peningkatan pengeluaran minyak Arab Saudi kepada 9.7 juta tong sehari pada Julai merupakan jumlah tertinggi sejak Ogos 1981 seperti diperkatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon," kata penganalisis Barclays Capital, Kevin Norrish,

"Namun pada pandangan kami, langkah (penambahan pengeluaran) itu tidak akan mengubah pengukuhan harga minyak mentah dan ia juga tidak akan mengubah imbangan permintaan-bekalan pada masa depan," katanya.

Para peniaga semalam berkata, harga minyak memperoleh sokongan daripada dolar yang lemah yang turut membantu meningkatkan permintaan untuk komoditi itu kerana ia menjadi murah bagi pembeli luar.

Perkembangan terbaru itu turut berlaku kerana kebakaran pelantar minyak Norway di Laut Utara kelmarin.
Minyak mentah mencapai angka tiga digit buat kali pertama pada awal 2008 berbanding awal 2007 ketika didagangkan AS$50 (RM164) setong. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 08:18 AM | Show all posts
Bantahan ganas di London


BEBERAPA anggota polis bergelut dengan penunjuk
perasaan di Dataran Parlimen, London kelmarin.

LONDON - Pergelutan membabitkan anggota-anggota polis dengan sejumlah penunjuk perasaan tercetus kelmarin dalam bantahan terhadap lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush ke Britain.

Sebanyak 25 penunjuk perasaan ditangkap di Dataran Parlimen yang terletak berhampiran dengan Pejabat Perdana Menteri Gordon Brown.

Jurucakap Scotland Yard berkata, keadaan tegang dalam bantahan itu kemudian berjaya diredakan.

Pasukan polis antirusuhan menggunakan perisai dan baton untuk menghalang pergerakan lebih 2,000 penunjuk perarakan di Dataran Parlimen sehingga kawasan itu terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas.

Scotland Yard mengutuk keganasan itu yang berlaku sejurus Bush tiba di Downing Street bersama isterinya, Laura, untuk lawatan terakhir sebagai Presiden AS kerana beliau bakal meninggalkan White House pada akhir Disember ini.

"Perlakuan yang kita saksikan pada hari ini merupakan sesuatu yang dikesali dan tidak boleh digambarkan sebagai demonstrasi yang dibenarkan oleh undang-undang," kata seorang pegawai polis, Timbalan Asistan Komisioner, Chris Allison.

Pasukan polis berkuda dan van turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal bantahan itu berikutan penunjuk perasaan semakin ganas dengan cuba mencederakan para pegawai polis.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Perikatan Menghentikan peperangan, Kempen Perlucutan Nuklear dan Inisiatif Muslim Britain. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:59 PM | Show all posts
Harga minyak cecah paras tertinggi baru

LONDON, 16 Jun - Harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi baru menghampiri paras AS$140 setong hari ini, di sebalik berita bahawa Arab Saudi bersedia meningkatkan pengeluarannya untuk mengekang kenaikan harga yang mengancam pertumbuhan ekonomi.

Kontrak utama minyak di pasaran hadapan New York, minyak mentah light sweet bagi hantaran bulan Julai telah mencapai AS$139.89, mengatasi paras tertinggi sebelum ini AS$139.12 yang dicatatkan pada 6 Jun.

Kontrak hadapan itu kemudiannya menyusut sedikit ke paras AS$138.35 setong, iaitu AS$3.49 lebih tinggi berbanding paras penutup Jumaat lalu.

"Cadangan semasa Arab Saudi itu akan meningkatkan pengeluarannya kepada 9.7 juta tong sehari pada bulan Julai, kadar pengeluaran bulanan yang tertinggi sejak Ogos 1981 seperti mana dilaporkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hujung minggu lalu,'' kata seorang penganalisis minyak di Barclays Capital, Kevin Norrish.

"Bagaimanapun, kami berpendapat usaha itu tidak cukup untuk mengubah keadaan (kenaikan harga) berikutan jangkaan imbangan penawaran dan permintaan yang ketat.

Para peniaga hari ini berkata, harga minyak meningkat kerana kelemahan nilai mata wang dolar yang menjadikannya lebih murah untuk dibeli oleh para pembeli asing.

Pasaran juga meneliti kesan daripada berita pemberhentian sebahagian pengeluaran minyak di Norway - pengeksport kelima terbesar di dunia - selepas berlaku kebakaran di pelantar Laut Utara Ahad lalu.

Minyak mentah Brent North Sea bagi hantaran Ogos mencapai paras tertinggi dalam sejarah sebanyak AS$139.32 hari ini. Pada sebelah petang harganya berada pada paras AS$138.13 naik AS$3.02.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon berkata, Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Nuaimi merancang meningkatkan pengeluaran negara itu sebanyak 200,000 tong sehari pada bulan Julai tambahan kepada peningkatan 300,000 tong yang dibuat pada bulan Jun.

"Mereka akan menerima dengan positif apabila terdapat permintaan para pelanggan, jadi tidak akan berlaku kekurangan (bekalan),'' kata Ki-Moon ketika melawat negara Arab itu pada hujung minggu lalu.

Pengumuman rasmi Arab Saudi untuk menaikkan pengeluaran dijangka dibuat pada sidang kemuncak hujung minggu ini apabila ketua negara, menteri minyak dan pemimpin perniagaan bertemu di Jeddah, untuk membincangkan tentang kenaikan harga minyak.

Harga minyak melepasi paras AS$100 setong buat pertama kali pada awal tahun 2008 dan diniaga hanya pada paras AS$50 setong pada tahun 2007.

Menteri-menteri kewangan dunia yang bermesyuarat di Jepun pada hujung minggu lalu memberikan amaran bahawa harga minyak yang melonjak tinggi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia. Mereka mendesak negara-negara pengeluar meningkatkan pengeluaran dan melabur lebih banyak wang untuk memastikan lebih banyak sumber itu dikeluarkan pada masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 02:02 PM | Show all posts
Minyak: 23,000 pekerja mogok

SEOUL 16 Jun - Lebih 23,000 pekerja industri binaan hari ini menyertai mogok yang dilancarkan oleh pemandu trak bagi membantah kenaikan harga minyak, sekali gus memberikan tekanan kepada Presiden Lee Myung-Bak.

Mogok yang masuk hari keempat itu, telah menjejaskan operasi di pelabuhan dan terminal kargo utama di seluruh negara.

Di pelabuhan utama Busan yang mengendalikan lebih 70 peratus kontena misalnya, pemandu dari kalangan anggota tentera terpaksa digunakan bagi membantu mengalihkan kontena-kontena.

Keadaan itu menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar keluli dan elektronik terpaksa melewatkan penghantaran barangan mereka.

Kesatuan Perdagangan Antarabangsa Korea semalam menyatakan, ia menerima laporan bahawa eksport bernilai AS$11.75 juta (RM38.47 juta) dan import AS$3.02 juta (RM9.89 juta) telah terjejas akibat mogok tersebut.

Gabungan Kesatuan Sekerja Korea (KCTU) berkata, kesemua 15,000 ahlinya - yang telah melonggokkan trak, jentolak dan lori pembancuh konkrit-telah melancarkan mogok hari ini.

Persekutuan Kesatuan Sekerja Korea pula berkata, kira-kira 8,500 operator mesin pembinaan telah menyertai mogok itu.

Mereka menuntut supaya kerajaan menurunkan harga bahan api atau menaikkan gaji mereka berikutan kenaikan harga minyak yang telah meningkat lebih 30 peratus sejak awal tahun.

"Kami tidak ada pilihan lain, kecuali melancarkan mogok kerana isu yang kami hadapi melibatkan hidup atau mati," kata Ketua KCTU, Baek Seok-Gun dalam satu kenyataan.

Kementerian Hal Ehwal Maritim, Pengangkutan dan Tanah dalam satu kenyataan, melahirkan rasa kesal dengan insiden itu dan menggesa pemandu terbabit kembali bertugas secepat mungkin bagi mengelak projek pembinaan terjejas.

Katanya, perbincangan sedang diadakan dengan kesatuan sekerja terbabit bagi mencari jalan penyelesaian.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:56 AM | Show all posts
Source : http://news.yahoo.com/s/nm/20080617/ts_nm/iran_oil_ahmadinejad_dc


By Hashem Kalentari Tue Jun 17, 2:59 AM ET



ISFAHAN, Iran (Reuters) - The market is full of oil and the rising price trend is "fake and imposed," Iran's president said on Tuesday, partly blaming a weak U.S. dollar which he said was being pushed lower on purpose.

"At a time when the growth of consumption is lower than the growth of production and the market is full of oil, prices are rising and this trend is completely fake and imposed," President Mahmoud Ahmadinejad said in a televised speech.

"It is very clear that visible and invisible hands are controlling prices in a fake way with political and economic aims," he said when opening a meeting of the OPEC Fund for International Development in the central Iranian city of Isfahan.

Iran, the world's fourth-largest oil exporter, has repeatedly said the market is well-supplied with crude and blames rising prices on speculation, a weak U.S. currency and geopolitical factors.

"As you know the decrease in the dollar's value and the increase in energy prices are two sides of the same coin which are being introduced as factors behind the recent instability," Ahmadinejad said.


Hmm .... apa dia cakap pun ada logik juga.

Nak kata harga minyak terus naik kerana penggunaan minyak berterusan pun tak logik. Banyak negara di dunia sudah pun mula mencari alternative yg lain selain dr minyak. Penggunaan gas (yg lebih murah), tenaga solar dan tenaga2 lain (nuklear) kian meningkat. Dlm masa 10 tahun ini (sejak Ekonomi Crisis 1998), tak akanlah kita masih terikat dgn minyak shj.

Di Malaysia misalnya, beban kenaikan minyak boleh di bendung kalau lebih banyak pengguna kereta tukar dr menggunakan minyak kpd penggunaan gas utk bahan api. Tetapi kita boleh tengok yg ada pihak2 tertentu inginkan mengaut keuntungan cepat, pergi naikan kos penyelengaraan kereta ke pengunaan gas dr $1,000 ringgit ke $4,000 ringgit (penambahan sebanyak 300% itu).

Tahun lalu, kerajaan Malaysia kononnya bagi insentive kpd sesiapa yg ingin menghasilkan biodiesel dan biogas utk kenderaan. Itu dikatakan sbg langkah kerajaan yg cintakan rakyat. Sekarang apa terjadi? Kerajaan UMNO menang pilihanraya dan semua janji2 utk menbantu rakyat itu hilang. PETRONAS terus menterajui dan monopoli minyak dan gas di negara ini, rakyat terus dibebani oleh kenaikan ekonomi dan pegawai2 kerajaan BODOH BN terus suruh rakyat pula ikat perut supaya lintah darah macam mereka boleh hisap darah kita dan hidup. :@

Dgn adanya Sains dan teknology sekarang, kita tidak perlu bergantung 100% kpd minyak. Setiap rumah di Malaysia serta bangunan2 spt sekolah dan bangunan pencakar langit boleh dilengkapkan dgn system solar utk menurunkan kos electric. Kalau tak turun 100% pun, turun 30% pun cukupi.

Kampung2 di tepi laut (utk orang2 Asli serta nelayan) boleh dilengkap dgn kemudahan Hydrogen Fuel Cell (boleh di dapati dr negara Jepun dan teknologi tersebut boleh dibikin di sini tanpa kos tinggi).

Semua langkah2 ini boleh dijalankan utk menurunkan beban rakyat tetapi ada pihak (dan kerajaan) tidak inginkannya. Selagi kita menanggung kos minyak, mereka pula yg akan jadi kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 07:27 AM | Show all posts
fening ! fening ! minyak naik !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2008 06:37 PM | Show all posts
China mampu pengaruhi harga minyak dunia



BEIJING: China menaikkan harga bahan api dalam negara secara keseluruhan semalam dan bertindak menukar dasarnya selepas berdepan rungutan dan rasa tidak puas hati terhadap langkah kawalan harga yang menyebabkan gangguan harga pasaran minyak global.

Tindakan itu menyebabkan harga minyak dunia turun serta-merta, sekali gus memberi isyarat pengaruh China dalam ekonomi global, tetapi penganalisis berkata masih belum jelas apakah kesan jangka panjang daripada pengumuman mengejut China lewat kelmarin.

Harga minyak yang terus meningkat sejak awal tahun ini, menurun AS$4.75 (RM15.67) kepada AS$131.93 setong (RM435) setong dalam dagangan di New York, selepas pengumuman itu sebelum naik semula dalam dagangan di Asia.

Pengumuman dilakukan hanya dua hari sebelum 'sidang puncak minyak' antarabangsa di Arab Saudi menggesa perbincangan diadakan mengenai kenaikan harga minyak yang menggugat pasaran saham manakala di beberapa negara, menyebabkan tunjuk perasaan serta menggegar kerajaan.

China menaikkan harga borong petrol dan diesel sehingga 18 peratus dalam usahanya merapatkan perbezaan antara harga bahan api itu dalam negara dengan harga pasaran dunia yang melambung, manakala tarif elektrik turut dinaikkan.

Kerajaan China yang menjadikan usaha mengatasi inflasi sebagai agenda utama ekonomi, menguatkuasakan kawalan ketat terhadap harga bahan api berikutan kebimbangan harga tinggi mungkin memburukkan kadar inflasi yang sudah mencecah 12 peratus sekarang.

Bagaimanapun sistem harga pusat dan kenaikan harga minyak mentah antarabangsa menyebabkan syarikat minyak tempatan dibebani kerugian besar ketika proses penyulingan dan menggesa kerajaan agar melonggarkan kawalan harga.

China, kuasa ekonomi keempat terbesar dunia, menggunakan kira-kira 40 peratus daripada pengeluaran minyak dunia bagi menjana perkembangan ekonominya, manakala penganalisis menjangka peningkatan harga bakal mengurangkan permintaannya.

"Saya berpendapat China akan mengurangkan permintaannya dan saya yakin mengenainya. Ia memang sesuatu yang jelas, tetapi kesan jelas hanya dapat dilihat akhir tahun ini, apabila data permintaan China dikeluarkan," katanya.

Kawalan harga bahan api itu oleh China, pengguna kedua terbesar minyak dunia selepas Amerika dipersalahkan sebagai punca perubahan pasaran global yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu. � AFP


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


absolutely absurd.. kalau keluaran minyak memang cukup kat dunia
kenapa harga naik teruk sangat..
tadi dengar news kata...  ni sebab usa yang mark up the price
and effect global pricing..  teruk betul usa ni -
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 07:09 PM | Show all posts
kan bes kalu lori,keta,moto dll pki air....xda pning2 nk bjet duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 10:09 AM | Show all posts
Punca minyak naik - Raja Arab Saudi dedahkan di Jeddah

SEBAHAGIAN perwakilan yang menghadiri persidangan
kenaikan harga minyak global di Jeddah semalam.

JEDDAH
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 03:56 PM | Show all posts
Harga minyak naik, syeikh minyak di Arab pun kaya raya.

Bila rasa tidak puas hati dan rasa marah orang ramai pun naik, mulalah orang2 Arab kata ianya bukan salah mereka. Orang2 macam ini kena bom dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 08:34 PM | Show all posts
Monday June 23, 2008
Oil prices rise despite Saudi pledge to raise output

SINGAPORE (AP) - Oil prices rose Monday as investors shrugged off Saudi Arabia's pledge to increase its oil production if needed, focusing instead on disruptions to Nigerian supply and heightened Middle East tensions.

Saudi Arabia said Sunday it will produce more crude oil this year if the market needs it.

The kingdom announced a 300,000 barrel per day production increase in May and said before the start of the Jiddah meeting that it would add another 200,000 barrels per day in July, raising total daily output to 9.7 million barrels.

The announcement had already been factored into oil prices, analysts said.

"The meeting was mildly positive but it wouldn't really deliver anything that would give a heavy correction in oil,'' said Mark Pervan, a senior commodity strategist at the ANZ Bank in Melbourne, Australia.

"They pledged production increases that the market thought was base case.''

Light, sweet crude for August delivery rose US$1.13 to US$136.49 a barrel in Asian electronic trading on the New York Mercantile Exchange by midmorning in Singapore.

The contract rose US$2.76 to settle at US$135.36 a barrel Friday.

Saudi Arabia's pledge fell far short of U.S. hopes for a specific increase.

The United States and other nations argue that oil production has not kept up with increasing demand, especially from China, India and the Middle East.

But Saudi Arabia and other OPEC countries say there is no shortage of oil and instead blame financial speculation and the falling U.S. dollar.

Analysts said the meeting helped provide some clarity as to the size of spare OPEC capacity available.

Saudi Arabia said it is willing to invest to boost its spare oil production capacity above the current 12.5 million barrels per day planned for the end of 2009 - if the market requires it.

"I think where the market may be a little more comforted, which could see prices drift lower in the medium term, is more clarity and scope on OPEC capacity,'' Pervan said.

Total worldwide crude production is about 85 million barrels per day, but analysts say supplies remain tight amid disruptions to production from Nigeria, Africa's largest producer.

"The oil summit really has not done much to temper oil pricing,'' said Victor Shum, an energy analyst with Purvin & Gertz in Singapore.

"It was a modest output increase and hardly really compensates for the disruption out of Nigeria.''

Royal Dutch Shell PLC said Friday that it cannot meet contractual obligations to export oil from a Nigerian oil field following a militant attack Thursday.

Nigerian oil workers also reportedly decided to strike at a Chevron Corp. facility beginning Monday.

But oil prices might find some relief from Sunday's announcement by Nigeria's main militant group that it would halt attacks starting at midnight Tuesday.

The Movement for the Emancipation of the Niger Delta declared a unilateral cease-fire, saying elders in the restive southern region had asked the fighters to allow peace efforts to go ahead.

The group's attacks have sliced about one quarter from Nigeria's normal oil daily oil output, helping buoy crude prices in international markets.

"The market will see if indeed that ceasefire holds for a bit of time,'' Shum said.

Also supporting oil prices were worries about heightened tensions between Israel and Iran, after Pentagon officials said Friday a large-scale Israeli military exercise in the eastern Mediterranean early this month could have been a demonstration of Jerusalem's ability to attack Iranian nuclear facilities.

In other Nymex trading, heating oil futures added 1.46 cents to US$3.7863 a gallon (3.8 liters) while gasoline prices rose 0.93 cent to US$3.4485 a gallon.

Natural gas futures rose 19.1 cents to US$13.185 per 1,000 cubic feet.

Brent crude futures rose 69 cents to US$135.55 a barrel on the ICE Futures exchange in London.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 04:37 PM | Show all posts
Krisis minyak: United Airlines buang 950 juruterbang

CHICAGO 24 Jun - Syarikat penerbangan kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS), United Airlines bercadang memberhentikan 950 juruterbang bermula musim panas ini.

Sebelum ini, syarikat penerbangan itu telah mengumumkan untuk memberhentikan 1,600 kakitangannya dan mengurangkan jumlah penerbangan berikutan kenaikan harga minyak.

Jurucakap syarikat, Megan McCarthy berkata, notis pemberhentian juruterbang itu akan dikeluarkan pertengahan Julai ini dan akan berkuat kuasa pada September.

" Pengurangan juruterbang akan diteruskan pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata, United Airlines ketika ini mempunyai kira-kira 6,600 juruterbang.

Sementara itu, wakil Kesatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan cawangan United Airlines, Dave Kelly enggan memberi sebarang komen berhubung cadangan tersebut.

Pengurusan syarikat dalam satu persidangan di kalangan pelabur minggu lalu telah menyatakan rancangan untuk memberhentikan 1,600 kakitangan, tetapi tidak menyatakan kumpulan terlibat.

Menurut McCarthy, pengumuman semalam merupakan rancangan tambahan kepada pengurangan kakitangan syarikat.

"Syarikat perlu mengurangkan bilangan kakitangannya memandangkan syarikat telah pun mengurangkan jumlah penerbangan.

"Ia penting untuk memastikan syarikat dapat bersaing dalam persekitaran kenaikan harga minyak yang mencatat rekod tertinggi," katanya.

- AP



efek naik petrol....  dari  pilot.....        jadi penanam anggur tegar     
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 23-6-2008 03:56 PM
Harga minyak naik, syeikh minyak di Arab pun kaya raya.

Bila rasa tidak puas hati dan rasa marah orang ramai pun naik, mulalah orang2 Arab kata ianya bukan salah mereka. Orang2 macam ini kena  ...



mmg kena bom pun sekarang ni... aku tgk kat news  kan main ramai arab kena bom!!     .. tak kira lah rizen aper pung!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 04:41 PM | Show all posts
Tunjuk perasaan bantah harga minyak

JAKARTA 24 Jun - Polis terpaksa menggunakan meriam air untuk meleraikan kira-kira 1,000 penunjuk perasaan yang bertindak membaling batu, dalam tunjuk perasaan menuntut peletakan jawatan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berikutan kenaikan harga minyak.

Berpuluh-puluh anggota polis yang lengkap dengan perisai turut menggempur penunjuk perasaan yang bertindak menyekat lalu lintas dan membakar tayar di luar bangunan Parlimen, menyebabkan mereka bertempiaran lari.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya pelajar, sebelum itu cuba bergerak menuju bangunan Parlimen untuk mendesak Susilo meletakkan jawatan.

Mereka turut mendesak kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan 30 peratus harga minyak.

"Tunjuk perasaan menjadi semakin ganas dan pelajar telah merobohkan sebuah pintu (bangunan Parlimen).

"Kami terpaksa bertindak bagi mengundurkan mereka," kata pegawai polis, Sungkono lapor berita radio, ElShinta.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kecederaan, tetapi saksi mendakwa, seorang pelajar telah dibawa menaiki sebuah kenderaan polis.

Sementara itu, wakil AFP di lokasi turut menyaksikan lima penunjuk perasaan ditahan, manakala laman web Detik.com pula melaporkan dua penunjuk perasaan ditahan ketika sedang membuat lokomotif.

Dalam pada itu, 100 pelajar mengadakan perhimpunan di hadapan ibu pejabat polis di sini bagi menuntut siasatan dijalankan berhubung kematian seorang rakan mereka di hospital minggu lalu selepas dipukul pihak berkuasa dalam tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Kenaikan harga minyak sejak bulan lalu telah mencetuskan bantahan di seluruh negara, tetapi langkah kerajaan memberikan bantuan tunai bagi meringankan beban golongan miskin berjaya meredakan kemarahan rakyat.

Susilo menegaskan, kenaikan harga minyak terpaksa dilakukan kerana ia akan membebankan kerajaan dari segi pemberian subsidi yang mencecah berbilion dolar.

- AFP

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:39 AM | Show all posts
Harga minyak dijangka meningkat AS$170 setong


PARIS 26 Jun - Harga minyak mentah dunia dijangka meningkat antara AS$150 (RM487.50) hingga AS$170 (RM552.50) setong musim panas ini, kata Presiden Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Chakib Khelil.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian ketika ditemu bual stesen televisyen Perancis hari ini.

Tambahnya, segalanya bergantung kepada polisi Bank Pusat Eropah terhadap mata wang euro serta sama ada Barat akan memberikan tekanan kepada pengeluar minyak Iran berhubung krisis nuklear negara itu.

''Saya melihat harga minyak kemungkinan berada pada paras antara AS$150 (RM487.50) dan AS$170 (RM552.50) pada musim panas ini, namun ia dijangka akan turun menjelang akhir tahun ini,'' katanya.

Harga minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet bagi penghantaran Ogos, di paras AS$135.10 (RM439.07) setong dalam dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange pada tengah hari ini di Eropah.

Ketika ditanya, sekiranya harga minyak mentah akan mencecah paras AS$200 (RM650) setong, beliau menolak kemungkinan itu.

- AP
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 05:05 PM | Show all posts
Minyak mentah capai harga rekod RM463 setong

LONDON - Harga minyak menghampiri paras AS$142 (RM463) setong semalam sekali gus mencipta rekod baru sehari selepas Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Chakib Khelil menyatakan ia boleh mencecah AS$170 (RM554) setong menjelang akhir tahun ini.

Harga minyak mentah mencapai harga AS$141.98 (RM463.20) setong manakala harga minyak berkualiti tinggi di New York naik kepada AS$141.71 (RM462.32) setong dalam beberapa perjanjian elektronik.

Berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak, para pengguna menyalahkan OPEC kerana mendakwa badan itu gagal mengeluarkan bahan api yang mencukupi.

Bagaimanapun, OPEC melaporkan bahawa para spekulator bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak sebagai tindak balas kejatuhan nilai dolar.

Kelemahan nilai dolar mengakibatkan harga minyak menurun kepada para pembeli antarabangsa sekali gus permintaan komoditi itu melonjak naik. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2008 08:07 AM | Show all posts
Harga minyak naik semula

LONDON 18 Julai - Harga minyak naik AS$2 (RM6.46) kepada paras melebihi AS$131 (RM423.13) setong, selepas jatuh sebanyak 10 peratus dalam tempoh tiga hari berturut-turut yang menarik minat pembeli.

Kekurangan tekanan antara Iran dan Barat serta kebimbangan harga tinggi dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan permintaan menyaksikan harga minyak mentah jatuh AS$15 (RM48.45) dalam masa tiga hari.

Penurunan itu merupakan rekod tertinggi mingguan yang dicatatkan sejak kontrak itu mula didagangkan di New York pada 1983.

Minyak berkualiti tinggi light sweet naik AS$2.12 (RM6.84) selepas mencatatkan rekod tertinggi pada 11 Jun lalu pada paras AS$147.27 (RM475.68) dan laporan peningkatan simpanan minyak mentah AS pada Rabu lalu terus memberi kesan kepada harga minyak.

Minyak London Brent North Sea pula meningkat sebanyak AS$2.18 (RM7.04) kepada AS$133.25 (RM430.39) setong.

''Kita telah menyaksikan penurunan harga yang ketara pada minggu ini serta kejatuhan harga malam semalam, menyaksikan penutupan jangka pendek hari ini,'' kata Robert Laughlin dari MF Global.

Gerard Burg dari Australia National Bank di Melbourne menambah, kejatuhan harga pasaran semasa sebagai peluang untuk membeli.

Selepas mengalami beberapa berita besar sepanjang minggu, beberapa berita baru telah membantu memulihkan harga minyak.

- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 08:28 PM | Show all posts
Pemandu trak protes harga minyak naik

SYDNEY: Pemandu trak yang marah dengan kenaikan harga minyak dan kos membaiki kenderaan, menghalang laluan lebuh raya paling sibuk di Australia, semalam, tunjuk perasaan kedua sepanjang bulan ini.

Kira-kira 100 trak berarak perlahan bagi mengadakan protes di Lebuh Raya Hume yang menjadi laluan utama di Sydney sehingga menghadang satu laluan dan mengganggu aliran trafik waktu pagi di barat bandar itu.

Pemandu menggesa kerajaan membantu mereka mengatasi kenaikan kos penyelenggaraan kenderaan dan harga minyak yang meningkat sekitar 50 peratus sejak Januari lalu.

Jurucakap Kesatuan Pekerja Pengangkutan, Richard Olsen, memberitahu radio Australian kebanyakan pemandu menerima bayaran berdasarkan kontrak, sukar bagi mereka mengatasi kenaikan harga minyak. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 02:37 PM | Show all posts
Harga minyak turun


SEORANG pengguna mengisi petrol ke dalam kereta
kompak miliknya di Palo Alto, California kelmarin.


JAKARTA - Harga minyak mentah yang meningkat lebih AS$120 (RM389.34) setong dianggap sebagai satu 'luar biasa' dan mungkin menurun sehingga sekitar AS$78 (RM253.07) setong jika mengikut keadaan yang betul, kata Presiden Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Chakib Khelil semalam.

"Jika dolar terus kukuh dan situasi politik (berhubung Iran) bertambah baik, harga minyak untuk tempoh jangka panjang akan menjadi kira-kira AS$78," katanya kepada pemberita di Jakarta dengan menambah pasaran kini dibekalkan dengan minyak mencukupi.

Harga minyak mentah meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lalu tetapi menurun dari harga yang mencipta rekod iaitu sekitar AS$147 (RM476.94) setong pada awal bulan ini.

Semalam, harga minyak mentah diniagakan sekitar AS$125 (RM405.56) setong.

"Terdapat keseimbangan di pasaran. Saya boleh menyatakan bahawa stok berada pada satu peringkat baik dan tidak ada sebarang gangguan dalam permintaan," kata Chakib.

Ketika ditanya sama ada mana-mana anggota OPEC sepatutnya mengurangkan pengeluaran jika harga terus menurun, beliau berkata: "Tidak, saya tidak berpendapat sebegitu.

"Kenapakah mereka (anggota-anggota OPEC) perlu mengurangkan pengeluaran?" soalnya.

"Mereka (anggota-anggota OPEC) mahu memastikan bahawa terdapat bekalan dan permintaan mencukupi dan untuk memenuhi permintaan," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 08:26 AM | Show all posts
Minyak bawah AS$113.55
LONDON
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.465456 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list