CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lordvoldemort

Pengganti Norizan

[Copy link]
Post time 20-7-2007 03:01 PM | Show all posts
Kalau kite bagi peluang sorang lagi englishman...ok tak..? Diorang closer in terms of historical n geographical wise, budaya sni pun aku rasa diorang snang adapt. Allan Harris dlu pnh menempatkan m'sia dlm no 3 piala tiger 2001..mgkn lebih serasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2007 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by epitome at 20-7-2007 02:52 PM



haku setuju moronho jadi koc mesia... dier spesel prfthh


kalo morino jadi koc mesia...kompem mesia dapat kudrapel...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:07 PM | Show all posts
capello tengah xde keje tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:38 PM | Show all posts

Reply #14 Pak_Jen's post

haku petik dr porum utusan...

Tahniah pasukan bola sepak wanita Malaysia

SAYA sebagai seorang anak Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak wanita Malaysia yang telah muncul juara di Kejohanan Sukan Arafura di Darwin, Australia baru-baru ini.

Ini membuktikan sebenarnya pemain-pemain Malaysia khususnya pemain wanita mempunyai semangat yang jitu serta berkemahiran tinggi walaupun sebelum ini pasukan wanita kita pernah menjadi pasukan belasahan dalam kejohanan-kejohanan lampau.

Sepatutnya, kecemerlangan dan kejayaan pasukan wanita ini menjadi pengajaran dan iktibar yang berguna kepada pasukan lelaki kebangsaan.

Alasan kekalahan disebabkan fizikal pemain lawan dan taktik permainan sesebuah pasukan bola tidak lagi relevan dan tidak munasabah di dalam setiap kejohanan bola sepak yang disertai.

Yang utama adalah permainan yang kreatif, jiwa bersemangat kebangsaan dan kental. Ia adalah pemangkin kepada sesebuah kejayaan, di samping sokongan yang berterusan dan tiada campur tangan dan gangguan daripada pihak luar.

Pasukan wanita ini akan terus berada di platform yang betul untuk terus meraih kejayaan pada masa akan datang. Syabas sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #24 conan's post

pengkid main ganah wohh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:45 PM | Show all posts

Reply #16 ifanonline's post

AKu rasa serbe boleh coach team. dia dulu kan main sweeper, stopper defence. Dari sini dia pandai atur players dier macam mana..

kadang2 player malaysia nih takder disiplin, fokus & dedikasi. ko bagi la coach Fabio Capello ckp, "mark this guy, dont let him get a shot in". ko tgk la, bukan diaorang ikut arahan pun.. lantak suka dier je..

kalau arahan "one-two simple pass. look out wide for your men" .. takk ikut nyer.. dapat bola syiok sendiri, rembat terus ke gol, tak pun rembat ke langit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2007 06:38 PM | Show all posts
norizan tu dah ok..diakui jurulatih terbaik dlm kursus AFC..strategi dia masa lwn iran kira okla..tak kalah banyak..tapi mereka terpaksa dikorbankan untuk memberi pengajaran kepada FAM
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 08:30 PM | Show all posts
aku rasa tu strategy xnak bag bolos byk...

kalau asik main strategy tu sampai bile bile pon mesia tak leh jaringkan gol..main bertahan jekk..

tahan cam mana sekali pon gawang mesia tetap kene bolos gak..mm

tak gune letak titel striker kalau striker duk bawah gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2007 08:33 PM | Show all posts

Reply #27 orangdalam's post

tapi norizan telampau lembut ba walaupun dia faham pemain...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 08:54 PM | Show all posts
bg halim napi je ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 10:05 PM | Show all posts
try shebby tu
cakap pandai sangat, bagi peluang kat dia cakap serupa bikin tak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 10:31 PM | Show all posts
Weigang jer..

tak pun Ken Worden or Wan Jamak. Zainal and Dollah pun ok gak? Apa kata 2 coach!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 11:01 PM | Show all posts
coach mexico masa world cup 06 pun ok gak kalo latih malaysia~!!!garang pun garang..... ...ari2 la kena maki ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 12:57 AM | Show all posts
roy keane pn ok ape
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 01:15 AM | Show all posts
cegu pjk skola lame aku nak x ..?
prut pon buncit ..
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 09:00 AM | Show all posts

Norizan...

Norizan memang patut step down

Aku suka Norizan ni satu jer. Dia nyer dressing low profile. Aku tgk coach olympic b Santhianathan tu siap pakai suit dgn tie lagi. Ingat2 la awak tu main dkt Malaysia....tgk kalah gak team olympic Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2007 10:32 AM | Show all posts
Norizan tak reti pilih player , yang on form tak dipilih yg haprak pulak dipilih
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 11:05 AM | Show all posts

Reply #37 lordvoldemort's post

haku x puas hati sbb dier x amik amri yahyah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 11:21 AM | Show all posts
Sukan :   Malaysia hanya layak lahirkan jersi!

Penulis dengan bolasepak bukanlah alim sangat, tapi pernah jugalah pakai jersi bola wakil sekolah rendah sebagai penyerang utama (Sekolah Rendah Sri Gunong, Alor Star), guru yang melatih kami waktu itu, Cikgu Ahmad Bakar.

-->
Bila sambung ke sekolah menengah (Kolej Sultan Abdul Hamid) minat main bola itu ada, tetapi dek kerana di sekolah itu ada kelas sukan yang menghimpunkan jaguh-jaguh sukan bawah 12 tahun dahulunya dari seluruh negeri Kedah, rasa macam kerdil sangat nak bercampur dengan mereka, skil mereka lebih tinggi, stamina pun nampak kuat, serba serbi mereka lebih.

Waktu sekolah menengah jugalah, penulis kenal ramai jaguh sukan negeri, antaranya Azmi Mahmud, bekas penjaga gol Kebangsaan dan Kedah; Kamal Idris Ali pemain Kedah sebagai pengawas di asrama A waktu itu; Zabidi Sharif, killer takraw negara; malah waktu tingkatan dua (2C3) Guru Bahasa Malaysia adalah jurulatih skuad Kedah, Cikgu Ahmad Shafie.

Waktu kecil, penulis yang kebetulan tinggal dalam kuarters, ada ramai kawan yang 'berkaki bola', apa tidaknya dalam kawasan kuarters itu kami boleh ramai-ramai main bola waktu petang, kalau hari cuti main dari pagi hingga matahari rembang.

Penulis sebagai anak sulung dipanggil Mokhtar Dahari oleh kawan-kawan, adik yang muda selang tiga tahun, mereka gelar Hassan Sani, waktu itu umur penulis dalam lingkungan 10 atau 11 tahun, begitulah.

Kebetulan ada sehelai t-shirt warna kuning, kalau tak salah t-shirt free dari sebuah pasaraya yang menyambut ulangtahun ke-10 perniagaannya di Alor Star, dicop angka 10 di hadapan baju, megah tak terkata la bila pakai baju tu sebab angan-angan sedang pakai jersi Mokhtar Dahari.

Nak bagi real lagi, penulis tulis sendiri angka 10 besar-besar di belakang baju dengan pen marker, bukan baju tu saja, ada dua tiga helai baju lagi yang menjadi mangsa, mak marah jugalah, tapi dah minat pada Mokhtar, nak buat macam mana.

Payah juga nak menyambung tulisan ini sebab terkenangkan perangai penulis ketika itu, minat sungguh dengan Mokhtar Dahari, itu kisah lebih 20 tahun yang lalu.

Minat pada bolasepak pernah terpadam sedikit masa lalu apabila sukan ini sekitar penghujung 80-an jika tak salah, digemparkan dengan gejala rasuah yang turut melibatkan beberapa pemain Kedah waktu itu.

Lama juga memujuk hati untuk minat kembali pada bolasepak, kalau pun tidak bermain, tetapi cukuplah untuk terus sebagai peminat.

Akhirnya mulai tahun 1992 penulis terpaksa mengembalikan minat terhadap sukan ini, ditugaskan untuk liputan perlawanan Piala Malaysia di sekitar Lembah Klang.

Waktu itu, Azman Adnan penyerang Selangor diberi jolokan 'Super Mokh' kerana kelibatnya di atas padang dikatakan menyamai Allahyarham Mokhtar Dahari.

Penulis bertugas di Selangor, di pejabat 80 peratus adalah orang Selangor, seolah seperti terpaksa mengakui Azman Adnan itu adalah Mokhtar Dahari Junior.

Tetapi dalam hati, penulis masih berkata Azman masih tak layak menerima gelaran 'Super Mokh', akhirnya penulis menulis semuka penuh membuat bandingan antara dua jagoan bola sepak ini.

Orang keliling tengah kata Azman bagus, penulis kata tak bagus, di pejabat penulis kena perli 25 jam sehari, sebab dikatakan dengki dengan kejayaan Selangor melahirkan Azman, bila ke stadium bertugas pada mana-mana perlawanan, rakan media yang lain juga perli hingga suruh penulis duduk sorang-sorang kerana tidak mengiktiraf Azman Adnan.

Antara krikitan penulis ketika itu, Azman gagal menjaringkan gol secara gelecekan solo seperti Mokhtar, Azman hanya tunggu bola muntah dan amat jarang sekali Azman menjaringkan gol melalui tandukan.

Memang penulis tidak pernah mengenali dekat siapa Mokhtar Dahari, kenal hanya melalui TV bila pemain kesayangan itu beraksi mewakili negara bersama A.Arumugam, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Hassan Sani, Shukor Salleh dan yang lainnya.

Kalaulah mahu dibandingkan Zainal Abidin Hassan dan Azman Adnan, rasanya Zainal jauh lebih bergaya daripada Azman.

Selepas itu penulis hanya mengambil tahu tentang bolasepak melalui akhbar atau TV, nak ke stadium amat payah sekali kerana ruang masa yang terhad dan tahap minat yang makin menurun, bila tengok sahaja nama pasukan bertanding, seolah sudah boleh ramal keputusannya.

10 Julai, perlawanan pembukaan bagi pasukan negara mengharungi temasya Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, walaupun minat pada bolasepak agak suram dalam diri, tetapi apabila pasukan negara beraksi, ada pula siaran secara langsung, penulis menggagahkan diri menyaksikannya.

Malaysia menentang China, secara ikhlas penulis tidak tahu langsung perkembangan bola sepak negara China, tetapi melihat akan susuk tubuh badan pemain mereka, rasa kecut perut pulak.

Pengulas 'rasmi' Haji Hasbullah Awang seperti biasa banyak mengutarakan info pemain kedua-dua negara.

Beliau turut berkata kepada tetamunya di studio (penulis tidak kenal siapa tetamu itu), nampaknya bila melihat kepada Akmal Rizal, Indra Putra Mahayudin dan Hairuddin Omar negara masih memerlukan Mokhtar Dahari.

"Sesuatu harus dibuat untuk mencari ganti Mokhtar Dahari" kata Haji Hasbullah dan beliau menyambung lagi, ia harus berlaku dalam perlawanan-perlawan an peringkat liga.

Penulis mengagungkan Mokhtar sejak lebih 20 tahun yang lalu, Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan tersohor pula mengatakan Mokhtar perlu dicari ganti, ini bermakna selama dua abad berlalu, sukan bolasepak negara gagal melahirkan pemain yang boleh dibanggakan.

Haji Hasbullah juga menyebut beberapa pemain China yang melalui skim pinjaman pemain, dan mereka dipanggil balik setelah beraksi dalam Liga Inggeris.

China, pasukan yang pernah layak ke Piala Dunia 2002 itu mempunyai pemain berstatus bintang termasuk Dong Fangzhuo (Manchester United), Sun Jihai (Manchester City), Li Tie (Sheffield United), Shao Jiayi (Energie Cottbus) dan ketua pasukan Zheng Zhi, yang pernah beraksi secara pinjaman dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Charlton Athletic.

Negara juga pernah menghantar pemain muda ke kelab luar, tetapi ke mana mereka sekarang pun entah lah.

Negara pernah gah apabila Proton berjaya menaja jersi pasukan Norwich City. Antara pendekatan China dan Proton mana lebih berjaya?

Memakai baju tajaan Malaysia rasanya kita berjaya memberi pakai baju kepada pemain handalan luar, kalau tak pakai baju tajaan Proton pun mereka tetap handal, tetapi China tidak menghantar jersi sebaliknya menghantar anak watannya memakai jersi kelab luar, hasilnya China berjaya memakaikan anak watannya dengan jersi pasukan handalan seperti Manchester United.

China boleh dan telah membawa pulang pemain itu untuk beraksi dan hasilnya amat membanggakan serta bertaraf Manchester United, tetapi jika kita membawa balik jersi Norwich City itu ke sini, siapa pakai pun persembahannya tetap sama seperti biasa.

Nampaknya, skuad negara setelah berpuluh tahun dan dalam alaf baru ini hanya layak lahirkan jersi bertaraf dunia, bukannya pemain seperti yang dinantikan oleh seluruh peminat bolasepak!

Nota: Ketika catatan ini disiarkan skuad kebangsaan telah dibelasah teruk 5 - 1 oleh pasukan China dan selepas ini sedang menunggu pula hukuman seterusnya daripada skuad Uzbezkistan dan Iran.


* aku copy dari blog umar al faruqi
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 07:40 PM | Show all posts
still ade sedikit sinar di sebalik kegagalan team bola m'sia skang jika revolusi bola sepak diteruskan secara besar2an..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 1.450849 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list