CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iweed

pestabola merdeka tournament 2007 - Final Malaysia 3 Myanmar 1

[Copy link]
 Author| Post time 20-8-2007 09:49 PM | Show all posts
hampeh, takde live lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 12:50 AM | Show all posts
mesia mng patploh kosong....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:11 AM | Show all posts
ok hari ni lawan....

SILALAH BERUSAHA....!!!!  ALL THE BEST!!!

tak tgk depa main lagi takpa....aku bleh semangat....hehe

kalo dah tgk plus main cam senior,,,,siap laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:33 AM | Show all posts
sok lawan myammar plak..juara edisi lepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 12:59 PM | Show all posts
Aku.......raasa...penghalang kuat M'sia kali ini adalah....Bangladesh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 03:33 PM | Show all posts
SKUAD Bawah 23 Tahun negara, diperkuatkan tiga pemain senior, memulakan kempen Pestabola Merdeka Ke-39 dengan kemenangan 2-0 ke atas Laos dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya, malam tadi.

Namun, persembahan anak buah B Sathianathan, yang mempersiapkan diri menghadapi temasya Sukan Sea di Korat Disember ini, tidak begitu mempesonakan dengan kebuntuan mencari lebih banyak gol selain hantaran-hantaran yang masih belum tajam.

Penyerang muda Safee Sali, yang beraksi sekali pada pusingan akhir Piala Asia bulan lalu, membuka tirai jaringan pada minit ke-32 manakala ketua pasukan Shukor Adan, seorang daripada tiga pemain senior selain Norhafiz Zamani Misbah dan V Thirumurugan yang disenaraikan Sathianathan, menyempurnakan gol kedua pada minit ke-53.

Selepas berkali-kali kecewa menembusi benteng pertahanan Laos yang beraksi dengan lima pemain di bahagian itu, Malaysia akhirnya berjaya juga mencari gol yang dicari-cari apabila Safee mudah menolak masuk percubaan Zaquan Adha Radzak yang muntah daripada dakapan penjaga gol Laos, Phoutpasong Sengdalavong.

Namun dominasi yang dipamerkan dari awal tiupan wisel tidak diterjemahkan dengan gol kerana pasukan muda negara masih belum begitu mantap terutama dari segi tindakan penyudah di dalam kubu lawan.

Shukor menyelamatkan sedikit air muka pasukannya dengan menambah gol kedua pada minit ke-53, melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma Amirulhadi Zainal dari sebelah kanan pintu gol lawan.


- boleh laaa....tak dapek nak komen lebih2 sbb tak dapat tengok. kat tv takde live, nak turun stadium lak rasa segan, sbb team2 jemputan yg main semuanya hebat2 belaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2007 03:39 PM | Show all posts
Aidil Zafuan pikat kelab Divisyen Satu Slovakia

SELEPAS Asraruddin Putra Omar berjaya memikat kelab Belanda, PSV Eindhoven kini seorang lagi pemain muda negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak mahu mencuba nasib di Eropah.

Pemain pertahanan Negeri Sembilan itu mempamerkan aksi permainan mantap bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan sepanjang siri perlawanan persahabatan selama dua minggu di Slovakia, dan kini dua kelab Divisyen Satu negara Eropah Timur itu, sedang mengatur ujian pemilihan buatnya pada Oktober ini.

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, B Sathianathan berkata, beberapa peninjau bakat dari dua kelab itu ada menyaksikan Aidil beraksi ketika di Slovakia dan kagum dengan kebolehannya.

Namun, kelab-kelab tersebut tidak mahu identiti mereka didedahkan kepada media kerana pengambilan Aidil akan menyebabkan kontrak salah seorang pemain import mereka ditamatkan, dan mereka bimbang pemain itu akan mempamerkan aksi di bawah tahap keupayaan sebenar apabila mengetahui khidmat mereka akan ditamatkan.

揚eninjau bakat ini sedang berbincang dengan ejen yang mengatur perlawanan kami di Slovakia, Miroslav Bozik mengenai ujian pemilihan buat Aidil.

揝ebagai jurulatih, sudah pasti saya berasa bangga kerana dia adalah seorang pemain yang berdisiplin, mempunyai komitmen tinggi dan sentiasa memberikan aksi terbaik buat negara,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 03:54 PM | Show all posts
Cuba dulu Aidil!!! Aku harap kau berjaya..
Jgn lembiiiiiik n manja mcm pemain lain.
Prove it to us that u can!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 06:12 PM | Show all posts
laaa...malunya camna laa aku bleh ingat ari ni ari selasa....

dah lawan rupanya....komen2 yg didapati juga kurang memberangsangkan...

takpa laa...tak leh nak kata apa....tak dak live pun...nak tgk camna...

kalo ikut paper kata tak ok sangat kan...

takpa harap2 game sterusnya terus meningkat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 08:28 PM | Show all posts
konpius skit...laos kmpln B kan.tp kenape die lawan ngan msia...msia bkn kmpln A ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 08:40 PM | Show all posts
erk...aku raser itu table silap daaa.....laos kump A rasernyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 01:50 AM | Show all posts
ya tersilap. sudah dibetulkan. maaf di atas kekonpiusan yg berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by iweed at 22-8-2007 01:50 AM
ya tersilap. sudah dibetulkan. maaf di atas kekonpiusan yg berlaku



Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 05:49 PM | Show all posts
kat tv1 ada siaran tertunda.....tgh mlm lah....aritu aku bukak tv dlm kul 1 pagi tapi dah nak abis lah....maybe siaran tertunda utk match mlm ni lwn Myanmar ada kat tv.....check it out...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 05:50 PM | Show all posts
tapi make sure jgn tgk result dulu bila nak tgk siaran tertunda ni....kalau dah tau tak thrill lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 06:52 PM | Show all posts
aku nak pg stadium tgk match Malaysia Vs Myanmar hr ni, nasib laa apa nak jadi pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 07:53 PM | Show all posts
Semoga menang......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 10:46 PM | Show all posts
kalau ditakdirkan malaysia dpt bertemu indonesia tak kira di pusingan mana sekali pun, baru aku turun stadium kot, hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 11:02 PM | Show all posts
takdak siaran langsung ka???
sempena 50 thn merdeka, pestabola merdeka ni cam takdak jer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:12 AM | Show all posts
aku baru je bukak tv1 ingatkan nak tgk siaran tertunda MAS lwn Myanmar, alih2 Jaguh Futsal RTM yg dia pi siarkan..... aritu masa lwn Laos ada siaran tertunda tapi awat pulak takde arini... hampagas tul lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.554976 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list