CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Keliru...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-11-2007 12:46 PM | Show all posts
lorrhhh
tak sempat wana pikat Ridzal tu,
ridz tu suka kat dia.....
sebenarnya masa....
nk ckp ke tak ekkk....
takper aahhh
nnt bacer lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2007 07:33 PM | Show all posts
Bab 13

Aku berdiri di balkoni apartment.Aku memandang bangunan-bangunan yang berdiri megah di bumi Kuala Lumpur.Menyesakkan mata sahaja!Sepatutnya pokok-pokok yang menggantikan tempat bangunan itu!

"Jadi...Nak panggil apa ni?Hazel?Nirwana?Nurul?"suara seorang wanita mengganggu lamunanku.Aku berpaling ke belakang dan tersenyum memandang Rihanna Damia,flatmateku...Flatmate ke?Ni bukan flat kan?Hampir jer...

"Panggil Wana jer..."kataku.Dia mengangguk dan berkata,"Panggil Mia."

"Jadi..Mia,kita berdua je ke penghuni apartment ni?"soalku.Dia tersenyum dan mengangguk,"Buat masa ni.Mia pon baru sebulan jer kat sini,Wana.Lagipun sewa dia mahal.Seribu lebih.Wana kerja apa?"

"Macam secretary jugak....Entahlah,dipanggil secretary kot.Kat West Acre,"jelasku.Mia merenungku."West Acre?Mia kerja situ jugak!Tapi....sebagai arkitek."

"So kita ni,flatmate and officematelah yer?"kata Mia.Aku mengangguk.Maka terjalinlah persahabatan antara aku dan Mia.

***************************************************************************************

"Mia,cepat!Dah nak start dah cerekarama ni!"panggilku.Mia menuju ke arahku bersama 2 botol air coke dan sepinggan kentang goreng.Mia melabuhkan punggung di sebelahku.

Ketika kami sedang menonton,loceng pintu berbunyi.Mia membuka pintu dan..."Kak Ji!"jerit Mia sambil memandang wanita di hadapannya.Aku terpinga-pinga.Saper Kak Ji tu?Hantu?

"Ni,TV kat umah akak rosak.Akak nak tengok TV.Boring jadi bleh ke akak tengok TV kat sini?"terdengar suara asing menyoal Mia.

"Bolehla...Kak JI.Anak-anak mana?"soal Mia.Aku masih terpinga-pinga.

"Oh,da tidor.Kau tengah tengok citer apa,Mia?"soal wanita itu.Ya Allah,saper pompuan tu?Aku nak tau!

"Kitorang tengah tengok Nur di Pintu Syurga,"jawab Mia."Kitorang?Ader orang selain ko ke kat sini?"soal wanita itu.

"Ha'ah.Masuklah.Berkenalan ngan dia,"kata Mia.Ketika itu,seorang wanita yang mengenakan baju tidur masuk.Kulitnya sederhana putih,dia juga tidak begitu tinggi,pendek pon tidak.Rambutnya yang panjang mengurai disiputkan.Dia mengukir senyuman memandangku.

"Saya Aziera.Panggil Kak Ji jer,"katanya.Aku membalas senyumannya dan bersalam."Wana..."kataku pula.

"Wana,Kak  Ji ni jiran kita.Dia dok kat umah sebelah tu.Dia ada empat anak.Dia kerja kat Tadika Umi.Opps,dia bukan cleaning lady.Dia cikgu tadika,"jelas Mia.Aku mengangguk.

"Amboi,hang pulak yang crita pasal aku macam aku ni tak dak mulut nak bercakap,"kata Kak Ji.

Kemudian,kami duduk bersama-sama di atas sofa sambil menonton cerekarama di TV3.Tiba-tiba,loceng rumah berbunyi lagi.

"Biar Wana tengok,"kataku apabila Mia bangun untuk membuka pintu.Mia duduk kembali duduk sebaik sahaja mendengar kata-kataku.

"Iz!"jeritku dalam nada berbisik sebaik sahaja membuka pintu."Kenapa Iz ada kat sini?Iz dari mana ni?"aku mengecilkan suaraku.

Izzat tersengih."Iz dari office.Iz nak tengok,darling okey tak kat sini.Darling okey?Naper kita nak berbisik ni?"soal Iz dalam nada berbisik juga.

"Saper tu Wana?"soal Mia dari tempat duduknya.Aku menjawab,"Takder sesaper...Ader bu..."Aku baru sahaja ingin menjawab,"Budak mengacau kot..."Tapi Izzat memintas,"Boyfren dia."

Aiyo!"Iz,kenapa Iz cakap macam tu?"soalku.Izzat tersengih dan berkata,"memang betul apa?"Aku mencubit lengannya.

Mia pula berkata,"Boyfren?Kak Ji jom tengok lelaki mana bertuah jadi boyfren Wana ni."Aku baru ingin menutup pintu tetapi Kak Ji dan Mia sudah berada di hadapan Izzat.

"Ini boyfrennya?Hensem!Memang sepadan dengan kau,Wana,"kata Kak Ji.Aku tersengih dan merenung Izzat dengan tajam.

Mia mencelah,"Macam pernah nampaklah..."Aku memotong,"Ah,memang sumer orang cakap macam tu.Mungkin sebab rupa dia macam orang gila dalam citer Selendang Putih,kot."Izzat memberi renungan yang pelk.Dia macam nak tahan ketawa.

"Eh,taklah.Dalam berita!Awak ni...Farizzat ke?Pengurus MFH?Lah,Wana bertuah ko ye.Dapat boyfren macam Izzat ni,"kata Mia.AKu tersengih."Bertuah ke?"soalku.Izzat memandangku.

"Ehem..."Izzat berdehem.Dia membuka mulut untuk berkata tetap aku memintas,"Okey,jom sambung tengok TV.Lagipun Iz dah nak balik ni.Kan Izzat?"Aku merenung Izzat dengan renungan yang bermakna'Iz,tolonglah balik!Wana merayu ni!'

Izzat tersenyum nipis dan menjawab,"Tak.Iz nak tengok TV skali ngan korang.Boleh?"Izzat memandang Mia dan Kak Ji.Kak Ji dan Mia berpandangan dan mengangguk bersama senyuman seolah-olah,selebriti akan masuk ke tempat itu.AKu mengeluh.

Mereka bertiga menuju ke sofa dan aku ditinggalkan keseorangan di pintu.Aku menutup pintu.Apabila aku tiba di sofa,Izzat bangun dari tempat duduknya dan mempelawa aku duduk di situ.Ceh,macam dia yang beli sofa tu.Bukan aku jugak kan?

Aku melabuhkan punggungku di sebelah Mia.Izzat pula bersila di kakiku dan menyandar di betisku.Aku membiarkan sahaja kerana memang kegemaran Izzat apabila aku ada bersamanya.

"Amboi,macam suami isteri nampak.Kak Ji ngan hubby pon tak semesra ni tau!Atas katil je..."Mia dan Izzat tergelak mendengar kata-kata Kak Ji.AKu sekadar tersenyum.

"Izzat,dalam berita tu kata MFH akan muflis.Betul ke?"soal Mia.Aku memberikannya renungan tajam.Dia menunduk.

"HUh...Memang betul tapi...Tak muflis lagi.Belum..."kata Izzat.Macam mana ni?Suara dia dah bertukar!

"Err...Biar Wana gi goreng fries ni lagi,eh!"kataku.Izzat memandangku dan berkata,"Okey,dar....Wana.Biar Iz tolong."

"Takper,jangan kisah kitorang ada kat sini.Panggil jer darling ke sayang ke,"kata Mia.Aku merenung Izzat.Izzat tersengih dan berkata,"Thanks,Mia.So,darling jomlah.Iz tolong..."

"Sejak bila Iz pandai jejakkan kaki kat dapur ni?"sindirku.Izzat tersengih dan memandangku dengan pandangan,'ooo,nak menyindir ye!'

"Eh,Iz tak cakap abis lagilah!Iz cakap Iz nak tolong tengok ke tolong usik ke tolong makan ke,"katanya.Aku mendengus geram dan menuju ke dapur diikuti Izzat.Aku dapat mendengar tawa Mia dan Kak Ji.

"Jadi honey cam selesa kat sini,"kata Izzat sebaik sahaja kami berduaan di dalam dapur.Aku menjawab,"Oh,memang selesa sampai Iz datang."

"Princess merajuk ke?"soalnya.Aku menjebihkan bibir.Dia tergelak.Aku mendengus dan membetulkan tudungku yang hampir tercabut.

"Darling,Iz nak buat satu permintaan boleh tak?"

"Boleh..."jawabku tanpa memandang ke arahnya keranamataku tertumpu pada gorenganku.

"Kalau orang tanya darling dah ader boyfren,cakaplah yang honey dah ada dah.Kalau diorang tanya saper cakap jer Iz,okey?"

"Kenapa?"soalku.Mataku beralih padanya.Dia tersenyum,"Iz nak biar satu dunia tau,sweetie ni girlfren Iz."

"Girlfren jer...Boleh putus,"kataku.Aku menutup mulut.Aku memandang Izzat melalui ekor mataku.Air mukanya sedikit berubah."Tak.Kita takkan putus.Sweetheart akan tetap jadi isteri Iz nanti."

"Okey.Jadi...Wana nak mintak sesuatu kat Iz pulak...Jangan tengok jer..Tolong Wana buat air.Wana dah abiskan air coke tu.Jadi Iz tolong buatkan air oren boleh tak?"

Izzat merenungku tak percaya."Iz mana pandai buat air!Tapi...Takper.Kalau my dear suruh,berenang dalam lautan api pon,Iz sanggup."

"Okey.Wana nak Iz pergi terjun bangunan ni!"kataku.Izzat merenungku."Berdosalah sayang!"

"Wana pon tak nak Iz terjun bangunan tu.Nanti sapa nak menyandar kat betis Wana?"kataku.Iz tergelak,"Tau pon!"
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 10:52 PM | Show all posts
lily jangan ambik masa lama sangat ya utk habiskan cerita ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 11:03 PM | Show all posts

Reply #23 zetyaiman's post

susahlah..
ambik masa sebulan gak kot...
Insya Allah sebelum menjelang beday lily,abisla citer nih.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2007 08:12 PM | Show all posts
Bab 14

Aku tersenyum sendirian di dalam bilik.Teringatkan rasa air oren yang disediakan Izzat.Tidak tahan menanggung gelak di dalam,aku mengeluarkannya.Sampai berair mataku dibuatnya.

Aku,Kak Ji dan Mia mencuba segelas air oren yang dibuat Izzat pertama kalinya.Setelah minum,Mia meluahkan air itu kembali.Kak Ji pula mengerut-ngerutkan dahinya menahan masam.Aku mengukir senyuman nipis.Aku tahu air oren tu teramat....Manis?Entahlah,lidahku merasa air oren itu masam tapi hatiku mengatakan air itu teramat manis.

"Cik abang,oii...Letak berapa sudu gula?"soal Mia sambil memandang Izzat.Izzat terkebil-kebil memandang Mia.

"Gula?Iz tak letak gula.Iz letak sunquick ngan air tu jer..."kata-kata Iz membuatkan Kak Ji terbatuk.

"Wana...Wana...Dahsatnyer ko punya boyfren!"kata Kak Ji.Aku tersengih.Izzat memandangku.Aku membalasnya.

"Iz....Wana bukan nak berjiwang ke apa....Tapi Wana rasa air oren ni rasa....sama ada manis atau cinta...Wana keliru,"kataku.Izzat mengukir senyuman manis.Kami saling berpandangan seolah-olah hanya kami wujud di dunia ini.Ya Alah,hanya engkau tahu betapa aku menyintai Izzat.Semoga hubungan kami ini berkekalan.

Aku menggosok mata dan mengerling jam.Aku ni dah tak betul ke apa?Tiba-tiba ketawa pukul 4 pagi ni!Takperlah.Daripada membazir masa,baik aku sembahyang sunat.Tidak membazir masa dan dapat pahala adalah!Berbaloi benar.

Baru pukul 5....Sambil menunggu waktu Subuh,aku menggapai buku Shopaholic and Sister.Aku membelek muka surat akhir..Lorrhh....Shopaholic and Sister ni bukan buku yang terakhir.Dia pregnant ke?Aku tertanya-tanya dan membuka halaman pertama dan membacanya.Watak yang paling aku suka dalam citer Shopaaholic ni....Luke.Hehehe...Sebab watak dia hampir sama ngan Izzat.Setelah sejam citer Shopaholic ini menggeletek perutku,azan Subuh mula bergema.Aku mengambil wudu' dan menunaikan solat Subuh.

Okey,hari ni hari Ahad.Esok aku dah kena kerja!Aku menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.Roti gardenia ada...Telur ada...Buat roti telur!

Setelah bersarapan dengan Mia,kami berdua ke KLCC dengan kereta Honda Accord kepunyaan mama yang dipinjam.Kereta itu dipandu Mia yang sudah mendapat lesen.

Aku ke kedai buku Kinokuniya sementara Mia ke iSetan.Aku membaca 'Can You Keep A Secret' di tempat duduk yang disediakan.Aku membeli buku tersebut bersama 'The Undomestic Goddess'.Setelah itu aku menemui Mia di hadapan Aquaria KLCC.

Setelah itu,Mia ke iSetan kembali untuk menambah isi di tangan.Aku pula merayau-rayau di Suria KLCC.Kemudian aku ternampak seorang lelaki yang pernah ku temui.Tetapi aku terlupa.Jadi aku membiarkan sahaja ia menjadi tanda tanya.Aku berpaling dan kembali merayau tetapi aku dapat merasai seseorang sedang mengejarku.Aku menjadi kecut lalu berjalan pantas.

Aku dapat merasakan tangan kasar sedang menggapai bahuku.Aku menoleh dan terlihat lelaki tadi.Siapa dia?Aku pernah jumpa tapi...Arhh,dia ke yang nak rogol aku hari tu?Err...Tak..

Lelaki itu tersenyum dan ingin membuka mulut untuk berkata-kata tetapi menutupnya kembali apabila aku merenung tajam tangannya yang memegang kedua-dua bahuku.Dia melepaskan bahuku dan mula membuka mulut tetapi aku memintas,"Saya....tak kenal awak jadi......tolong jangan kejar saya.....Atau saya jerit!"

Dia terkedu.Okey,beres!Aku ingin berlalu tetapi dia menarik lengankuAku ingiin menjerit tetapi dia memintas.

"Saya Putra...Awak ingat?Kat pasar Singapore...Awak langgar saya ari tu,"kata lelaki tadi yang dikenali sebagai Putra.Okey,aku ingat dah.Putra Haikal tu.

"Jadi...Kenapa awak kejar saya?Seingat saya,saya da pulangkan wallet awak tu,"tegasku.Dia memandangku dan tersengih.Dia menggeleng pantas.

"Awak tak bagi wallet tu kata saya cik...."dia membisu.Aku mengerti."Saya tak boleh bagitau nama saya.Baru dua kali bertemu."

"Okey,fine.Awak tak bagi kat saya tapi awak bagi kat laki lainLaki tu perompak bank yang ngah melarikan diri tau tak!Tapi..luckily,I've got back my wallet.So you must pay for it,"kata Putra.

"Pay?Err....It's not my fault,okey.Saya tak sengaja,"bidasku.Dia merenungku kemudian menggeleng.

"An eye for an eye,a tooth for a tooth.I almost lost my precious wallet.So you must lost your precious thing,"katanya.Aku tidak mengerti dan mengambil dompetku.Aku mengeluarkan kesemua duit di dalamnya dan menghulurkan duit itu kepadanya.Dia tergelak dan berkata,"Jadi...Duit ni lebih penting dari mahkota seorang wanita....Lagipun duit sebanyak ni,saya boleh dapat berkali-kali ganda tau tak?"

Aku masih tidak mengerti dan berkata,"Of courselah,maruah seorang wanita lebih penting dari duit tu."

"So if that your precious thing,then you must know what I mean,"katanya.Aku mengerut-ngerutkan dahi dan...Aku tak mengerti!Apa yang dia cuba bagitau ni?

"Pardon me,I don't really understand,"kataku.Dia tersengih dan menyeringai.

"kan saya kata suruh bagi benda yang paling bernilai buat awak kat saya,jadi...bukan ke maruah awak tu benda bernilai?"

"Ah,itu....What?"aku tergamam.Dia...Dia mintak apa?Maruah aku?Gila!Macam mana aku nak bagi maruah tu kat dia....Oh,dia nak tubuh aku!Tubuh aku!Dasar lelaki gila!Aku mendengus dan meninggalkannya.Dia mengejarku tetapi aku lebih pantas.

Aku masuk ke dalam sebuah kedai dan mencelah di dalam kesesakan orang di situ.Akhirnya aku berjaya keluar dari....Apa ni?Kesusahan?Okey,aku tak kisah apa dia.Yang penting aku selamat.

Aku berkali-kali mengucapkan syukur kepada-Nya kerana telah menjauhkan aku dari hamba-Mu yang telah melalui jalan sesat.Aku memohon agar pulangkanlah dia ke jalan yang benar,Ya Allah.Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 08:36 PM | Show all posts
lily sambunglah panjang2 sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2007 08:37 PM | Show all posts
alamak post kena telan ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2007 09:33 PM | Show all posts
Bab 15

"Jadi,Cik Wana ingat saya lagi?"tanya seorang lelaki.Aku mengukir senyuman.Baru tiga hari tak jumpa,takkan dah tak ingat!Dia Encik Arfan...

"Alhamdulillah,saya takder amnesia,Encik Arfan,"selorohku.Encik Arfan ketawa."Haha,saya suka awak,lawak dan mesra.Tapi...awak punya kontraktor tu seorang yang zero sense of humor so...Jangan do too much jokes in front of him."

"Euu,I'm so scared.Can I meet the...Scary boss?"Encik Arfan ketawa lagi."Sudahlah,Cik Wana.Nanti saya pecah perut ketawa,saper nak ganti tempat saya?"

Aku tersengih.Aku mengikuti Encik Arfan untuk mengetahui selok-belok bangunan itu.Hanya beberapa orang sahaja yang sempatku kenali seperti Wahina,satu-satunya juretera wanita di West Acres.Begitu juga Yusoff,Ian,Haslan,Izzudin dan Razif,engineer yang masih berada di pejabat.Di tempat arkitek bersarang pula,ku temui Mia,Mr. Tan,Suehaifa,Oliver dan Pamella.Di tingkatku bekerja iaitu bahagian kontraktor,tidak begitu ramai yang ku temui hanya dua orang termasuk ketuaku,Encik Naim Hakimi dan Encik Arfan.Bukan kerana tidak ramai pekerja tetapi kerana kesibukan masing-masing.

"Kimi,ooi,pembantu kau ni!"panggil Encik Arfan.Encik Arfan turut menceritakan antara semua kontraktor di West Acres,Encik naim Hakimilah yang paling sibuk kerana dia banyak mengendalikan projek penting.Oleh itu,dia perlukan pembantu.Encik Naim Hakimi juga kurang bergaul.Di sini,temannya hanya Encik Arfan.Mengikut Encik Arfan juga,Encik Naim Hakimi mengurangkan sosialnya sejak dia bercerai dengan isterinya yang curang.Jadi Encik Naim Hakimi adalah duda yang masih muda.Umur dia baru 27 tahun...Muda lagi,ke?

Encik Naim meletakkan telefon yang dijawabnya sebentar tadi dan menuju ke arah kami.Dia memandangku.Oleh kerana aku ketinggianku hanya pada paras bahunya,dia terpasak menunduk.Dia tidak mengukir senyuman tetapi sekadar mengangguk perlahan dan memandang Encik Arfan kembali.

"Fan,Vannessa kata kau belum order tiles Sky Blue yang Farhan nak,"katanya.Encik Arfan memukul dahinya."Ya Allah,aku terlupa!Aku kena pergi sekarang,"Encik Arfan segera berlalu.

"Meja awak kat dalam pejabat saya.Awak nampak tak meja yang kata dalam office luas tu?Tulah meja awak.Saya bagiawak masa kemas barang-barang awak samai lunch time.Lepas tu...No more time for work.Fine,I gotta go,"katanya sebelum berlalu.Maka tinggallah aku keseorangan di situ.Aku memandang keliling tingkat itu.Kalau aku merayau lagi ke sekeliling bangunan ni kan best...Lagipun Encik Arfan ader kata yang banyak lagi tingkat di mana pekerja-pekerja yang tidak melibatkan hal-hal atau kerja-kerja pembangunan di West Acres ni dan lebih kepada kebajikan pekerja,kempen dan macam-macam lagi.

Aku menuju ke dalam office Encik Naim Hakimi.Ketika mengeluarkan mengemas mejaku,aku dapat melihat satu bingkai gambar yang ditelangkupkan supaya tidak naampak gambarnya.Aku berkira-kira untuk melihat gambar itu tetapi keadaan memaksaku.Okey,tu gambar dia dengan bini dia,kot.Cantik bini dia tapi...seksi.Tak pakai tudung!Ah,apa aku kisah,dosa dia!Tapi...Hemm...Patutlah dia curang.Aku mendengus memandang rambut perangnya.Berkarat!Sakit mata aku nengok!

Aku kembali melakukan kerjaku.Mejaku yang terletak di sebelah dinding menyebabkan meja di dalam office ini berbentuk 'L'.Tiba-tiba ketukan di dinding mebuatkan aku tersedar dari lamunanku.Lamunan yang...Tak macam lamunan...APer yang aku mencarut ni!

Aku memandang wanita di hadapanku.Oh,Mia."Mia!Terkejut aku tau!"

"Eleh,tak terkejut pon aku tengok.Hmm...Jomlah lunch.Hari ni tunang aku belanja!"kat Mia.

"Tunang kau?Tunang kau kerja kat sini ke?"soalku.Mia mengangguk."Dia engineer.Tadi kau tak sempat nak kenal dia.Dia kena tengok projek kat Ampang tu.Ader masalah tadi."

Aku mengangguk-angguk.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Mesej dari Izzat!

Darling,
Skang lunch time...
Kita lunch sesama boleh?
Iz belanja
Wana tunggu Iz ambik okey...

Tapi...aku nak makan ngan Mia.Macam mana ni?Mia yang membaca mesejku tersenyum.

"Wana,macam ni jelah.Kau suruh Izzat cakap kat mana dia nak belanja.Pastu suruh dia tunggu situ.Kau gi ngan kitorang.Suruh dia belanja..Jimat duit tunang aku.Boleh guna untuk kawin,"selorohnya.Aku ketawa kecil.

Iz,
Wana sepatutnya lucnh ngan Wana and her fiance...
Tapi...Wana ingat biarlah Iz belanja kitorang skali...
Boleh Iz kenal tunang Wana...
Cakap kat mana Iz nak belanja
Pastu wana gi ngan Mia and...the fiance...
okey?

Setelah beberapa minit menunggu Izzat membalas mesejku,telefon bimbitku berdering lagi.

Okey...
At mama's cook restaurant.
hehe....you know what I mean,dear..
now,please...
papa Riz waiting 4 u too..

Erk...Kena makan kat umah dia,pulak dah..."Err..Mia dia ajak kita makan kat umah dia.Mama dia masak...Tapi...Tapi kau jangan risau,masakan mak dia kalah tukang masak hotel 7 bintang tau!"

"Okeyh,kalau macam tu.Lagi jimat duit Izzat nak buat duit hantaran untuk kau!"kata Mia.Aku ketawa.Encik Arfan masuk.

"Hey,girlz...Sampai semput ketawa...mana Kimi,Cik Wana?"soal Encik Arfan.Aku mengerutkan dahi.

"Keluar tadi...Takder pulak cakap dia kat ner.Lagipun saya ni secretary dia ke?Takkan...Kerja saya cam kontraktor jugakkan?Dan satu lagi...Encik Arfan...Nama saya Nurul Hazel Nirwana.Takder 'Cik'.Jadi tolongg panggil saya Wana jer."

Arfan mengangguk dan tersenyum"You pon tolong panggil I,Arfan jer."

"Yeap,Arfan.Semestinya.Tapi,kalau bini you marah,jangan salahkan I pulak,"aiyoo dah ber'I'-'You' pulak.Biarlah.Selesa gak!

Mia dan Arfan tergelak besar.Aku terpinga-pinga.Oh,ya.Aku buat lawak tadi.Apa aku ni?Dah tak betul?

[ Last edited by  lily_lyssa at 4-11-2007 09:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2007 02:38 PM | Show all posts
Bab 16

Aku merenung keluar.Telingaku mendengar setiap bait perkataan yang sedang dibulakan Mia dan tunangynya,Zainal.Aku terasa ada sesuatu yang tidak kena pada Izzat hari ini.Bukan sebab kerja,aku yakin kerana MFH mempunyai peluang untuk selamat apabila satu syarikat telah memberi peluang kepada MFH untuk menarik minat ketua mereka.

Sebab apa?Izzat memang banyak tersenyum hari ini.Itu perkara biasa tetapi senyuman itu kelihatan dibuat-buat terutamanya ketika memandangku.Apakah dia sudah jelak terhadapku?Apa silapku?Aku akan mencari jawapannya.

"Ya,Arfan.Baik,"kata Mia sebelum memutuskan talian yang dijawabnya.Zainal memandang sekilas pada Mia sebelum memfokuskan semula matanya pada pemanduannya.

"Saper?"soal Zainal.Belum sempat Mia menjawab,Zainal menduga,"Pejabat?"Mia mengangguk dan menjawab,"Arfan...Nal,laju sikit boleh tak?Aisyah...Dia dah hilangkan dokumen yang Kimi suruh update.Tu projek kat Sri Mulai Chalet."

"What?Aisyah?Naper Kimi suruh dia?Kimi kan tau yang Aisyah tu careless,"kata Zainal tanpa berpaling.

"Urmm..."itu sahaja yang terkeluar dari bibir Mia.Aku yang mendengar mengerti sedikit.Tetapi...Siapa Aisyah?

"Ehem.."Aku berdehemMia berpaling ke arahku."So,apa kena mengena ngan sampai cepat skit kat office?Bukan ke skang masih lunch time?Tinggal setengah jam jer lagi."

Mia memberikan senyuman nipis begitu juga Zainal."Err...Masa tu,Kimi suruh Aisyah updatekan dokumen tu sebab dia masih belum dapat pengganti Lika,pembantu dia yang dulu.Jadi,skang sepatutnya kerja tu Wana yang buat.Tapi ingatkan Aisyah dah siapkan jadi mesti Wana takyah wat kerja tu tapi...As you can see,Aisyah dah terdelete.Jadi Arfan tengok Kimi mengamuk.Dia suruh awak datang office cepat untuk buat kerja tu.Banyak yang kena updatekan.Sebab Kimi dah banyak kali bertangguh untuk kemaskinikan dokumen tu.Salah dia..."Mia menjuihkan bibirnya.Zainal mengangguk.

"Dia tau yang Aisyah tu careless tapi boleh pulak bagi kerja yang big camtu kat budak tu,"kata ZainalMia mengangguk setuju.Aku sekadar mengeluh.Encik Naim Hakimi ni cam panas baran jer dia!

"There you are.This is my tip,take a very long breath before going in,"kata Arfan ketika aku sudah sampai di hadapannya.Nadanya seperti bergurau tetapi berbaur nasihat.Macam mana tu?

Aku tersenyum kelat.Aku menuju ke bilik Encik Naim Hakimi.Erk...Baik dalam otakku ni tukar nama dia.Aku panggil dia Kimi jugaklah!

Beberapa orang yang tidakku kenali sedang berbisik-bisik sambil mengerling Kimi yang sedang menengking Aisyah di dalam biliknya.Suaranya kedengaran lantang dan kasar.Terdapat maki hamun di dalam ayatnya.Wajahnya yang bengis dan garang kelihatan seperti singa sahaja.Rambutnya kelihatan tidak terurus mungkin telah diraup banyak kali kerana menahan marah.

Aku terpaku seketika di ruang yang luas itu sebelum masuk ke bilik Kimi yang tidak ditutup pintunya.

"****** hell...Syah,macam mana boleh hilang dokumen tu?Saya dah berbulan simpan,takder hilang pulak!Yang awak bodoh sangat sampai tercicir tu apsal?Kalau kita terlepas klien ni macam mana?Mana saya nak letak muka ni?Saya rasa awak tak setolol itu sampai tak dapat fikirkan akibat dia.Betul tak?"suaranya terlalu kuat ketika itu.Aku kecut perut.Macam mana kalau aku berbuat silap?Adakah sebegitu hukumannya?

Aisyah yang geram,menggumam sendirian,"Letak jelah muka dia kat situ.Takkan nak letak muka tu kat jamban,kot."Suaranya diperlahankan agar tidak menambahkan kemarahan Kimi.Namun malangnya,Kimi dapat mendengarinya.Dia melenting.

"Apa awak cakap,Syah?Saya tak dengar!Cakap kuat-kuat!Oi,betina.Kau tau tak ko tu saper?Ko tu kerani yang gajinya tak sampai sesuku gaji aku.Kau nak bangga dengan tu?Budak hingusan lepasan SPM macam kau sebenarnya tak layak kerja kat sini tau tak,betina!"tengking Kimi.Aisyah menitiskan air matanya mungkin kerana dihina.

Aku tidak tahu mengapa.Perasaan simpati mula membuak-buak di dalam diriku.Aku ingin menerjah Kimi dan menengkingnya pula.Maka aku mula membuka langkah tetapi Arfan dapat menghidu keiinginanku dan segera mencelah.

"Dahlah tu,Kimi.Tak payahlah nak dibesar-besarkan.Bukan ke Wana ader?Dia boleh buat balik."

Kimi berpaling ke arah Arfan dan dia kelihatan tunduk.Dia menoleh ke arahku pula.Wajahnya bertukar garang."Kau jangan nak cari pasal!Nanti kau akan kena lebih teruk dari ni.Boleh lebam muka kau tu!Jadi kerja kat sini sebab kerja.Jangan nak menggatal sebab nanti takder saper yang nak kat kaulah kalau muka kau tu mengherot!"bentaknya.Aku mengangkat kedua-dua belah keningku tanda err...Nak menyindir kot.Bagi akulah...

"Jangan risaulah,Kimi.Dia berpengalaman!"kata Arfan.Aku sedikit tergamam.Kimi meninggalkan pejabat untuk menenagkan dirinya.Aisyah pula meluru ke arah toilet untuk melepaskan geram.Aku mendekati Arfan."berpengalamn heh?Nanti kalau Kimi tanya kat ner Wana kerja sebelum ni,nak cakap apa?Kang senget muka Wana ni,saper nak baiki?"kataku melalui hujung bibir.Arfan tersenyum."Katalah Wana kerja kat...Kat Bpoint ke,"cadang Arfan.Aku tersengih dan mengangguk lalu duduk di mejaku.

Macam mana nak buat kerja kalau tak tahu apa yang nak dikerjakan?Hish,menyusahkan betullah Kimi ni!desis hatiku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2007 04:18 PM | Show all posts
Bab 17

Aku merenung monitor.Izzat...Apa tak kena dengan kau?Kau yang mengajakku datang ke rumahmu tapi kau seperti tidak melayanku.Adakah kau sudah letih melayan kemanjaanku selama 4 tahun ini?Aku sanggup berubah,Iz,kalau itu yang kau mahukan.Aku sanggup!

"Ehem..."seseorang berdehem.Aku mendongak.Hakimi sedang berdiri di muka pintu.Wajah tidak lagi bengis tetapi lebih tenang dan dia tampak kacak sebegitu.Aku merenung Hakimi.

"Apa yang awak buat?"tanyanya dengan nada suara yang lebih rendah.Mungkin dia rasa bersalah kerana menengkingku tanpa sebab sebentar tadi.Aku merenung monitor kembali."Kerja,"jawabku sepatah.

"Ah...Apa yang awak kerjakan tu?"soalnya lagi.Aku merenungnya."Semakan analisa tunai yang Dahlia..."Aku menjawab."Oh,awak dah kenal Dahlia.Dahlan,kembar dia,kontraktor kat sini,awak dah kenal?Saper lagi kontraktor yang awak dah kenal?"

Aku merenung monitor kembali dan meneruskan kerjaku.Aku takkan membiarkan soalannya terbiar sepi lalu aku menjawab,"Dahlan...Saya tak kenal.Mungkin dia ada hal.Selain Dahlia,Encik Hakimi dan Arfan,saya kenal Zarinna,Kelly ngan Efa"

"Oh,okey.Banyak lagi yang awak harus kenal,"katanya.Aku sekadar mengangguk tanpa memandangnya.Rasa kasihan pada Aisyah masih belum pudar."Encik Hakimi..."

Dia memintas,"Kita di sini macam family jadi tolong panggil Kimi jer...Sumer kat sini pon panggil saya Kimi."

"Family...Jadi awak ayah yer?"ada ada sindiran di kata-kataku.Hakimi memandangku.Dirinya menjadi tegak."Tak paham,"katanya.Aku tersenyum sinis."Di antara anggota keluarga,yang berhak tengking anggota keluarga adalah ketuanya,iaitu bapanya.Jadi...Tadi awak marah Aisyah bermakna Aisyah adalah anak dan awak adalah...Bapa.Ya,bapa."

Melalui ekor mataku,aku dapat melihat air muka Hakimi berubah.Ah,aku tak kisah dia nak marah ke,nak tengking ke!Dia yang terasa!Hakimi cuba menahan bara."Ya,mungkin,"jawapan Hakimi itu mengejutkanku tetapi aku berlagak tenang.Ah,lantak dialah dia tak terasa!

Hakimi membongkok di mejanya dan mengeluarkan pen-drivenya.Dia turt membawa beberapa helai kertas yang sudah tercetak."Nah,kertas-kertas ni semua data yang Aisyah terdelete tu.Awak type balik and save lam pen drive ni.Yang dalam kertas ni yang belum dikemas kini.Tu saya dah conteng apa yang perlu.."

"Saya tau macam mana nak buat,thanks.Dahlia ajar kalau itu yang awak nak tanya,"kataku tanpa memandangnya.Aku masih meneruskan kerjaku tanpa mencapai apa yang dihulurkan Hakimi.Hakimi meletakkannya di atas mejaku.Kemudian,teleffon bimbitnya berdering.Dia mengangkat.

"urmm...Angin situ okey.Tak kencang.Urm...Dah...Er Ling kata okey jer...Urmm...Dekat Genting?Aku?Kau biar betul Arfan....Okeylah...Kau kat ner tu?Okey,aku jumpa kau kat sittu.Kau tunggu.Bye,"kata Hakimi.Dia memandangku sekilas sebelum berlalu.

Aku mengeluh.Kerja Dahlia pon aku kena wat.Kerja Kimi ni pon ambik masa berjam-jam.Kelly pulak suruh temankan dia ke site.Karang,nak gantikan Rinna jumpa orang..Uikkss..Aku baru hari pertama,tapi dah knea jumpa klien?Gila!Okey,tenang,Nurul Hazel Nirwana!Kau boleh buat!

Aku menyambung kerjaku.Tangan sungguh pantas menekan papan kekunci.Sambil bekerja aku mendengar lagu dari MP3 yang didengariku secara diam-diam.Aku adalah pekerja yang tidak bertauliah...Hehehe.Jangan bocorkan rahsia,okey!

"Wana...Have you done the document I give you,just now?The pay for the workers and the cash analise?Have you?"soal seorang wanita yang agak tinggi dan berkulit hitam manis.Tubuhnya agak gempal.Tetapi alat solek yang dikenakan dan pakaian yang dikenakan menyebabkan dia kelihatan menawan.Warna pakaiannya yang gelap menyebabkan kulitnya kelihatan lebih cerah.Aku mengukir senyuman yang manis.

"Urm...Tu yang saya nak cakap.Ada masalah ni.Lia tak cakap pasal projek luar KL tu,"kataku.Dahlia mengerutkan dahinya."Luar KL?Yang tu...Saya takder buat projek kat luar KL.Ah...Kat Pahang ke?"

Aku mengangguk.Dahlia menampar dahinya."Saya terlupa...Nanti saya buat sendiri.Saya dah free skang.Awak save jer kat pen dirve saya ni,"kata Dahlia sambil menghulurkan pen drive kepunyaannya yang berwarna hitam metalik.Aku mencapainya.

Sambil aku melakukan apa yang disuruh,Dahlia berkata,"Kesian awak..Macam Secretary jer...Sebenarnya Kimi tu memang macam tu.Sumer orang dia berani marah,kecuali Arfan...Tapi lepas sembahyang,mood dia okey balik.Jadi,kitorang dah berpakat.Kalau ader buat salah biar dia tahu masa nak dekat sembahyang."

Aku ketawa kecil.Dahlia tersengih."Macam PA pon ader gak...Kena ikut Kelly gi site pasni,"kataku.Dahlia mengerutkan dahinya."Kelly?Kat Ampang ke?Ke jalan kat KLCC tu?"

Aku menjungkitkan kedua-dua belah bahuku."Entah.Dia tak cakap pulak.Lia,sapeer lagi kat bahagian kontraktor ni?Kimi cakap banyak lagi yang saya harus kenal."

Dahlia merenungku dan mencapai pen drivenya yangku hulurkan."Ah,banyak lagi.Alan,Bahrin,Dahlan,Qaisy,Ika,Lina,Tina ngan Lokhman.Diorang ni yang ada projek kat luar KL skang.Banyak diorang ni dihantar ke Kelantan.Ada yang dihantar ke Terengganu.Nak buat macam mana,pengurus syarikat suruh.Kena ikut,silap-silap kang,you're fired yang kita dapat."

Aku tersengih.Dahlia memandang kertas yang bertimbun di mejaku."Kerja Kimi,I guess...I can't disturb you or maki hamun yang Lia dapat.Ingat,jangan cuai!Kimi memang pantang..."katanya lalu meninggalkanku.

Aiyoo...Lagu ni kuat sangat!Aku tak dengar apa yang Dahlia cakap tadi.Errmm...Biarlah.Aku kan pekerja yang tidak bertauliah!Hehe...

"Eh,Lydia!"Aku terdengar seseorang menjerit.Lydia?Oh,anak Amirul,pengurus syarikat ini...Aku melihat apa yang terjadi di luar bilik melalui dinding kaca bilik itu.

Seorang wanita yang rendah,berleher jinjang,berkulit putih dan mempunyai badan yang slim.Dia memakai skirt putih paras paha dan memakai blaus berwarna pink.Dua butang teratas di blausnya dibiarkan terbuka.Rambutnya yang panjang paras bahu dilepaskan.Dia kelihatan seksi dan menawan...Tidak menawan di mataku,mata lelaki sahaja sebab begitu menjolok mata.Tangannya pula melingkari lengan seorang jejaka yang tampan.Pemuda itu memakai seluar berwarna hitam dan kemejanya berwarna putih dipadankan dengan tali leher yang berwarna kelabu.Badannya tegap dan tinggi.Mereka berdua kelihatan amat cocok.

Aku...Aku macam pernah tengok lelaki tu tapi...Kat mana?Aku merenung tajam lelaki itu.Entah kenapa aku terasa...Terasa benci melihat lelaki itu.Mata lelaki itu memandangku.Mata kami bertembung.Aku menunduk dan meneruskan kerjaku.Siapa dia?Ah,lelaki...Putra!Ya Allah,tolonglah aku!Aku nak lari...

"Wana,jomlah.Kau kan lom kenal ngan Lydia.Tengok,dia siap bawak boyfren dia lagi...Hensemkan boyfren dia?"panggil Dahlia.Aku melemparkan senyuman yang kelat.Kalau hensem perangai macam...macam...Ah,malas!

"Wana..."desak Dahlia lagi.Aku memandang Dahlia dan mengangguk perlahan.Aku menuruti Dahlia yang menuju ke arah Lydia yang dikerumuni beberapa kontraktor lain.

"Hey,Dia!Ko tak nak kenalkan boyfren kau tu kat kitorang ke?"terdengar soalan dari Kelly.Macamlah Dia ni artis pulak!Nak kerumunlah.Nak bertanyalah.Aku membuat wajah blur...Sengaja!

"urmm...Okey,all.Ni Putra Haikal.Panggil Haikal jer...Kal,ni Kelly,ni Rinna,ni Dahlia and ni...."Dia berkerut-kerut memandangku.Aku yang berada di sebelah Dahlia melemparkan senyuman nipis.

"Ah,ni..."Dahlia ingin mengenalkanku tetapi Putra memotong,"Nurul Hazel Nirwana."Terbeliak mataku mendengarnya.Macam mana dia tau nama aku?Aku tak pernah bagitau dia pon.

"Awak tertinggal ini masa kat KLCC ari tu,"katanya sambil menghulurkan sekeping kad...Kad?Kad apa?Oh,membercard MPH bookstore kepunyaanku.Kad itu bertukar tangan.Aku menggumam,"Thanks..."

Dia mengangguk."So,darling...What's so special here?"soalnya pada Dia.Dia yang sedang merenungku tajam berpaling pada Putra."Urmm...Kal,they are my best friends,okey!Merekalah antara yang termesra ngan Dia,"katanya."Except..This girl.Don't know if she's good."

Aku tersinggung dengan kata-katanya tetapi aku pandai mengawal emosiku.Aku memberi senyuman kelat pada Dia dan berpusing.Aku harus siapkan kerja Kimi!

"Rude..."Aku terdengar Dia berkata."Taklah,Dia.Wana tu kena siapkan kerja Hakimi.Tadi Kimi tengking Aisyah sebab delete data kat dalam komputer dia..."jelas Rinna.

"So,dia tak kena marah?"soal Dia.Dahlia menjawab,"Oh,tempias.Dia kena tempias jer...Tak teruk cam Aisyah kena."Aku sudah sampai di bilik Kimi.AKu duduk di tempatku dan meneruskan kerja.Aku dapat merasakan sepasang mata sedang merenungku.Aku berpaling dan mataku bertembung dengan mata Putra.Sah,dia yang tenung aku!Dia nak buat apa-apa ke kat aku?Jangan Ya Allah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 03:41 PM | Show all posts
next pls...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 10:20 PM | Show all posts
Bab 18

Sudah dua minggu Izzat tidak berhubung denganku.Kenapa?Aku igin ke rumah mama tapi Izzat sedang sibuk dengan kerjanya kerana ada masalah dan bank iaitu klien mereka yang sebelum ini menabur fitnah tentang MFH.

Aku juga sedikit sebanyak sudah mulai rapat dengan Hakimi maka timbullah khabar agin bahawa kami sedang menjalinkan hubungan.Argh!Mungkin Izzat dengar kot...Sebab tu dia tak nak jumpa aku!Dia dengki...Ya ke?

"Wana,cik abang awak panggil.Dia kat parking lot,"kata Dahlia.Pipiku merona merah."Cik abang?Saper?"soalku.Aku terfikir Izzat.Takkanlah.Tapi...Saper lagi cik abang aku?

"Lah,saper lagi kalau bukan Kimi,"kata Dahlia.Aku tergamam.Kan aku dah kata.Diorang salah paham."Eh,dia bukan cik abang akulah!Lagipun...Aku dah ada,"kataku.Dahlia merenungku."Saper?"soalnya.

"Er..Adalah..."Aku teringat kata-kata Izzat,'Wana,nanti kat pejabat,kalau ada orang tanya saper boyfren Wana.Cakap jer Iz okey!Jangan malu...'Macam mana ni?Takyah cakaplah.Nanti diorang tau gak.

"Aiyo...Kimi kita tu frust menonggenglah nampaknya,"kata Dahlia.Seulas senyuman terbentuk di bibir tu.Kimi seringmenafikan perasaan sukanya kepadaku apabila ditanya.Aku tak sebuta itu.Cara dia layan aku...Aku tahu dia suka aku.Tapi,aku tak perasan okey.Memang betullah.

Aku bangun dan menuju ke lif.Aku terpana di hadapan lif.Putra sedang berada di dalam lif berseorangan.Kalau nak kata dia nak jumpa Dia,Dia takde.Lagipun...Ni bukan tempat pertama untuk mencari Dia.

"Haz..."Aku segera memotong,"Maaf,Dia takde."Sebenarnya,aku ada jumpa dia seminggu lepas.Dia minta maaf sebab minta 'benda' tu dan suruh aku 'pay' balik dengan belanja dia makan bersama.Aku nak ajak Mia makan sekali tapi dia tolak.Alasan dia,takut Mia hebohkan kat tempat kerja jadi mesti Dia marah kat aku ngan dia.Aku terima alasan dia.Aku nak belanja di makan kat warong tapi...Yalah,bukan class dia.Dia naik BMW,aku...Lesen P pun takder.Keadaan jadi...Terbalik.Dia gi belanja aku pulak kat hotel.Satu lagi,dia panggil aku Hazel walaupun dah banyak kali aku kata panggil aku Wana.Dia degil!Apa ke malang aku jumpa laki ni?

"Hazel,I juz wanna talk ask for the pay,"katanya.Aku mengangkat kening kananku."Oh...Hari tu...Sori,saya takder masa.Hari lain."Dia merenungku dalam-dalam.Aku mengalihkan mataku lalu masuk ke dalam lif."Laki tu?"

Laki tu?Apa maksud dia?Aku banyak laki yang aku kena jumpa...Oh,hari dia belanja aku makan tu,aku jumpa Ridzal.Ridzal nak hantar aku balik.Lagipun,aku tak berapa selesa ngan Putra jadi aku ikut jelah Ridzal.Aku menggeleng.

"Saper?"Hish,banyak soal pulak laki sekor ni.Aku tempeleng kang."Err...Hal saya.You don't need to know."

"Huh..."keluhan kedengaran di bibirnya yang merah.Aku keluar dari lif sebaik sahaja sampai di tempat meletak kereta.Aku mencari-cari kelibat Hakimi.Satu lagi pasal Hakimi,dia suruh aku panggil dia...Im,singkatan dari nama depan dia,Naim.

Aku akhirnya terjumpa kelibatnya.Dalam kereta Honda CRVnya.Mesti dia nak belanja aku lunch.Aku menuju ke arah keretanya.Dia mengukir senyuman melihat aku melabuuhkan punggung di sebelah tempat pemandu.Aku membalas senyumanya dan memandang ke luar.

Aku rindu...Rindu suara Izzat.Rindu muka Izzat.Hari last kitorang jumpa,seminggu lepas lunch hari pertama aku kerja.Ya Allah,adakah dia turut merindui aku?Adakah dia merasai apa yang aku rasa?

"Dah sampai..."Akhirnya suara Im mengejutkan aku dari lamunan.Aku kalut.Dah sampai?Rasa cam baru jer..."Aik?Kita nak makan kat traffic light ke?"soalku seperto orang bodoh apabila aku melihat kereta CRV Im masih terkandas dalam kesesakan lalu lintas.Im tergelak.Aku tersengih.

"Salah ke?"katanya."Buang tabiat?"mulut aku mengeluarkan kata-kata itu tanpa kesedaranku.Im tergelak lagi."Kita makan kat rumah Im,"katanya.

"Rumah Im?Tapi...Tak manis kalau anak dara makan kat rumah bu...duda,"kataku.Aku hampir cakap yang dia bujang...Padahal dia dah duda tanpa anak.

"Huh...Saya tinggal ngan familylah."Aku mengangguk tanda mengerti.Apabila lampu isyarat bertukar hijau,Im memandu dan akhirnya,aku sampai di sebuah rumah banglo dua tingkat dengan halaman yang besar dan menghijau serta dipenuhi rama-rama.Di suatu ruang,kelihatan empat buah kereta.Di suatu sudut lain,seorang lelaki yang sudah separuh umur sedang mencuci ssebuah kereta Mercedes.Pintu utama rumah banglo itu sudah terbuka.Aku terpinga-pinga.Kenapa tempat ni macam pernah tengok?Tunggu jap.Aku memandang ke luar pagar rumah itu.Rumah Izzat!Rumah mama atau rumah Izzat sama jer...Ya,rumah Izzat di hadapan rumah Im.Tapi...Tak pernah tengok lak Im kat sini.

"Wana?"panggil Im.Aku berpaling dan tersengih."Kenapa?"soalnya."Err..Tak,"balasku."Rumah tu?"soalnya.Aku mengangguk perlahan."Ah,tu jiran Im yang paling mesra kat sini.Walaupun anak lelaki sulung diorang tu selalu sibuk sejak lima tahun lepas.Adik lelaki dia lari dari rumah.Sampai sekarang masih lom jumpa.Nak tahu?Ni rumah pengurus MFH.Mungkin sejak kebelakangan ni diorang terlebih sibuk sebab bank tu cakap benda yang tak betul kat berita ari tu."

"Macam mana Im tau berita tu tak betul?"soalku walupun aku tahu sememangnya kata-kata orang dari bank itu tak betul."Izzat takkan buat benda macam tu.Dia baik walaupun,ya,dia agak garang tiba-tiba tapi bersebab,"jelas Im.Aku mengangguk setuju.Aku tahu Im tidak mengerti tanda angguk itu.Mungkin padanya,anggukku tadi bermakna aku mengerti.

"Im takkan perkenalkan Izzat tu kat Wana...Nanti Wana terpikat..Sebab Izzat tu hensem dan baik..."gumamnya agar tidak sampai ke pendengaranku.Aku menoleh ke arahnya"Apa?"soalku."Err..Takder apa-apa.Izzat tu dah ader girlfren tau!Dah empat tahun dengan girlfren dia,"katanya.Pipiku merona.

"Mana Im tahu?"soalku."Im ader nampak satu malam dulu.Diorang dok kat taman rumah Izzat tu.Mesra.Lawa girlfren dia.Lagipun,Izzat sendiri ada cakap yang dia ada girlfren.Dah empat tahun dengan pompuan tu.Dia kata sayang nak lepas.Setia,kan?"

Aku terharu.Iz kata sayang nak lepaskan aku?Ya,aku pn sayang nak lepaskanmu,Iz!Aku mengangguk perlahan apabila Im memandangku.Aku memandang sekilas ke rumah Izzat sebelum masuk ke rumah Im.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 10:21 PM | Show all posts
..................

[ Last edited by  lily_lyssa at 10-11-2007 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 10:21 PM | Show all posts
...............

[ Last edited by  lily_lyssa at 10-11-2007 10:53 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 10:24 PM | Show all posts
..........

[ Last edited by  lily_lyssa at 10-11-2007 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 10:02 AM | Show all posts
macam mana dia leh baik ngan kimi lili??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #36 almanda85's post

nanti lily citer...
dlm bab 19 ader
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2007 11:38 AM | Show all posts
Bab 19

"Kimi nak kat Wana ke?"Aku terdengar perbualan Diana,ibu Im dengan Im di dapur."Dia cam...Dah berpunya,"kata Im sambil melepaskan keluhan."Berpunya?emm...Mak suka Wana tu.Sopan,cantik...Tak macam Kira tu.."

"Mak!"Im memotong kata-kata ibunya,okey,maknya."Betul apa?Shakira tu kan dah hilang dara masa korang kawin?Kau degil nak jugak ngan dia.Dah berubah konon.Jadi...Camner Kimi boleh nak kat Wana?"

"Entahlah...Masa kali pertama jumpa dia...Kimi rasa pelik tapi tak perasaan pulak tu..."Diana memotong,"Perasaan cinta.Pandangan ke berapa baru Kimi perasan yang tu cinta?"

"Ketiga kot...Ala,mak ni banyak soal pulak!"kata Im."Kimi,mak nak cucu.Tengok adik kau,Saza tu.Dah berapa kali gugur.Liana pulak tak mahu kawin-kawin lagi.Nak pentingkan kerja dululah.Hish..."

"Wana tau Kimi nak kat dia?"soal Diana."Ya kot..."balas Im ringkas."Ya kot?Kalau dia tau...Tapi dia ikut jer Kimi,mesti dia nak kat Kimilah tu."

"Taklah.Dia tahu tapi dia dah jelaskan yang dia dah ada seseorang and dia kata ikatan paling rapat yang boleh terjalin di antara kami,best friends.That's all I can say."

Ah,hari tu aku dah jelaskan kat dia.Best friend ke aku cakap?Ya...Aku tak nak bagi harapan palsu kat dia nanti lebih sakit hati dia.Aku berpaling.Sudah tidak mahu mendengar perbualan mereka lagi.Aku menuju ke ruang tamu utama di rumah Im itu.

"Jadi,Wana...Wana dah ada boyfren?"soal Sazarina,adik bongsu Im yang dikahwinkan dengan pilihan keluarganya,Yazir.Aku mengukir senyuman.Dari Ruang tamu itu,aku dapat melihat sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah di hadapan rumah Im.Kereta Izzat...Aku mengeluh.

"Err...Kak Saza kenal orang itu tapi bukan...Bukan Im secara jujurnya,"kataku sebelum diusik.Saza tergelak."Okey,Kak Saza jer ke yang kenal boyfre Wana tu?"

"Tak.Satu keluarga ni kenal orang tu.Dia berjiran jer ngan korang,"kata-kata itu lancar sahaja keluar dari bibirku.Arghh!Aku terlepas.Mesti diorang tak percaya aku ngan Izzat.

"Jiran?Sekitar rumah ni cuma ada beberapa rumah dan cuma sebuah rumah sahaja yang ada anak lelaki yang bujang selain rumah ni,rumah Fariz,"kata Naufal,ayah Im.Aku tersengih dan menggaru dahiku sambil mengintai Izzat yang sedang keluar dari keretanya."Selain tu,takder keluarga lain ke?"soalku.Naufal menggeleng.

"Denagn saper?Izzat ke Ridzal?"soal Liana pula.Aku menggeleng."Nampaknya...Wana tersilap.Wana pernah gi kat umah dia dan tempat dia macam kat sini..Tapi bukan kot."

"Bukan?Ha,cuba cakap nama dia apa?Mana tau dia memang kat sini ke,"kata Saza pula.Belum sempat aku menjawab,ayah Im memandang ke pintu utama rumah itu dan berkata,"Lia,Saza pergi pakai tudung.Izzat ngan auntie datang."

Aku terkedu.Izzat datang?Oh,ngan jiran ada masa jumpa.Ngan aku?Hish,Izzat ni!Aku ingin memberi alasan ke tandas tetapi Izzat dan mama telah masuk ke rumah Im.

"Assalamualaikum,uncle..."Izzat terhenti.Mulutnya terkunci.Matanya tertancap padaku."Wana?"

"Eh,Wana ada kat sini?Kenapa tak lawat rumah mama?"soal mama pula.Argh masalah!Izzat masih memandangku.Naufal pula terpinga-pinga.Kaca mata yang bertenggek di atas hidungnya yang mancung dibetulkan.

"Izzat!Auntie!Lama tak nampak?"sergah Im pula bersama Diana.Izzat bersalam dengan Diana dan berpelukan dengan Im.Mama pula memaut bahuku sambil berjalan menuju ke arah Diana dan Im."Jadi,Wana kerja kat bahagian Kontraktor.Naper tak cakap kat mama?Boleh mama cakap kat Kimi ni.Jangan bagi kerja teruk-teruk sangat."

Im memandangku dan mama.Kemudian,dia dan Diana saling berpandangan.Izzat mengerti kenapa Im begitu lalu meraih tanganku."I guess Wana tak bagitau yang Iz boyfren dia."

Im terkejut.Aku menelan air liur.Bukannya sebab takut Im tau tapi sebab tanganku digenggam erat oleh Izzat.Dah lama dia tak buat macam ni.Naper hari ni?

Tiba-tiba telefon bimbit Izzat berdering.Dia melepaskan pegangannya dan menuju ke luar untuk menjawab telefon bimbitnya.Ketika dia merenung nama pemanggil itu,sekuntum senyuman terlukis di bibirnyaDengan aku tak pulak di senyum macam tu.Pompuan lain ke?Luluh hatiku apabila terfikir begitu.Tak!Izzat seorang yang setia.

Aku menoleh.Im merenungku tajam.Diana dan mama pula menuju ke taman untuk berbual bersama.Sekarang tinggal aku dan Im di ruang keluarga."Izzat boyfren Wana?"soalnya.Aku membuka mulut untuk menjawab'ya' tetapi Iz datang."Wana,can we have a lunch?"

Lunch?Tapi..Aku dah janji nak makan kat umah Im.Aku merenung Izzat dan menggerakkan sedikit kepalaku ke arah makanan yang sudah sedia terhidang di meja makan.Izzat mengerti tanda itu dan merenung ke arah Im."Kimi,maaf.Iz nak cakap ngan Wana.Nak denda dia sebab tak hebohkan satu office yang dia girlfren Iz,"terdapat nada gurauan di kata-katanya.Bibirnya turut melakar seulas senyuman yang menggodaku suatu ketika dahulu.

Im tersenyum.Kelat.Dia mengangguk dan memerhati kepergianku bersama Izzat.Aku merenung Izzat yang sedang menghidupkan enjin keretanya.Senyuman yang sebentar tadi diukir telah luntur.Aku ingin membuka mulut untuk bertanya tetapi dia memberikan renungan yang menandakan dia inginkan pengertian dariku.Aku menutup mulut.

Sepanjang perjalanan itu,tiada siapa pun yang bersuara.Kenapa?Iz nak putuskan hubungan ni ke?Aku....Aku belum bersedia,Ya Allah!Aku terlalu cintakan dia.Benarkah dia sudah bosan denganku?Benarkah ada yang ketiga dalam hubungan kami?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2007 11:46 AM | Show all posts
Akhirnya,kami tiba di McDonald.Suasana agak sesak tetapi aku bisa mencari tempat duduk untuk kami berdua.Dari tempat duduk itu,aku bisa melihat kereta Izzat yang diparkir berdekatan.Izzat pula membawa pesananku.Aku merenung makanan di atas dulang itu.Makanan Izzat?"Iz tak nak makan?"soalku.Dia menggeleng."Iz tak lapar."

Aku mengangguk dan menyedut sedikit air Vanilla Coke.Mataku kemudian dapat menangkap renungan Izzat.Terdapat redup sedih dan terpaksa di di situ.Dia kemudian bersuara,"Iz nak ke toilet."Aku mengangguk dan terus menyedut minumanku.Tiba-tiba satu tangan memegang bahuku.Aku menoleh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 12:46 PM | Show all posts

Reply #39 lily_lyssa's post

alamal lily apasal sikit sangat tak puas akak baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.085740 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list