CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: esprito193

[MERGED] Meningitis

[Copy link]
Post time 22-11-2008 10:26 PM | Show all posts
mati2 bila aku baca topik ni ingatkan 'menangis..'


tipah tertifu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 10:38 PM | Show all posts
rsnye ta jangkit kot. tuh jangkitan kuman dlm otak kan? er.. kene tanye lotor ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 10:47 PM | Show all posts

Balas #2 seroja\ catat

jangkit  ambil suntikanlah. kalau baby lahir kat hospital swasta memang ada suntikan ni.
kos around rm200 rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 10:50 PM | Show all posts
Penyakit Meningitis
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing

Oleh itu, hanya apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak

Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus.
Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.<br />

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
o Demam
o Kurang selesa.
o Enggan minum.
o Sakit kepala.
o Menangis berterusan.
o Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi.

Tanda akhir serangan Meningitis
o Sawan.
o Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
o Lemah.
o Ruam seperti lebam-lebam.
o Tidak sedar

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.


[ Last edited by  arasham at 22-11-2008 10:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 10:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 10:57 PM | Show all posts
my sis-in-law punye kawan punye baby baru je meninggal khamis lepas sbb meningitis ni ....
dorang cakap takde tanda2 cuma demam je ... sungguh menakutkan ..
baby tu baru umur 3/4 bulan ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2008 10:58 PM | Show all posts
Penyakit Meningitis
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing

Oleh itu, hanya apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak

Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.


Tanda-tanda awal serangan Meningitis:
o Demam
o Kurang selesa.
o Enggan minum.
o Sakit kepala.
o Menangis berterusan.
o Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi.

Tanda akhir serangan Meningitis
o Sawan.
o Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
o Lemah.
o Ruam seperti lebam-lebam.
o Tidak sedar

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:00 PM | Show all posts
doc suh aku ambil suntikan meningitis ni sebab aku mudah kena selsema
ambil kat HUKM kos around RM200.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 11:02 PM | Show all posts
meningitis ni berjangkit....

rasanya dah ada vaksin.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:06 PM | Show all posts
good info..
ada cara pencegahan?? suntikan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #22 arasham's post

kanak-kanak aje ke yg boleh kena?? org dewasa??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:09 PM | Show all posts
dulu2...entah lah...a month or..weeks before..i don't remember..
aku ni jenis...cam...entahla..suka nak coba2...cos...masa tu aku tengok kat tv...
org puteh makan steak medium rare and bagai...so...aku pun coba...

pastuh kepala and neck aku sakit...i hope it's not meningitis...pastuh aku hentam makan habbatus sauda...byk2..i mean...really byk2...sampai skrang ... aku tak sakit...Alhamdullilah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:19 PM | Show all posts

Balas #25 zehra2\ catat

dewasa pun bleh gak kena. kalau tak silap kat US semua warga emas di nasihati ambil suntikan ni
ada org boleh confirmkan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:36 PM | Show all posts
ouh jangkit ek..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:40 PM | Show all posts

Reply #1 gdb's post

ada...pneumococcal and meningococcal vaccine...
usually bagi kat budak2...tp xde lagi dlm vaccination table kat msia,means x wajib la...
optional je...
btw,this is for viral meningitis...
kalau nak prevent,time org yg balik haji nanti,jgn r bawak budak2 melawat...


for bacterial,xde vaccine lagi rasanya...
lagipun,jangkitan kat telinga (otitis media) pun boleh merebak ke otak utk form meningitis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:47 PM | Show all posts

Balas #8 hypnose_s\ catat

itulah kat hospital kerajaan tak de kan(I mean tuk baby masa lahir) sebab masa
aku bersalin dulu (12 tahun dah) kat swasta ada bagi.
pas tu la ni aku selalu sangat kena selsema. ari tu doc kat
HUKM tu suruh ambil suntikan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 11:57 PM | Show all posts
aiyakkk aku baru je makan daging kambing beli kat carrefour tadi..aku panggang separa masak..ada kemungkinan tak rasanya? adoiyaiii...apa aku kena buat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 01:20 AM | Show all posts
org pregnant boleh amik suntikan meningitis tak??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 01:46 AM | Show all posts
penyakit ni nak dapat cam mana...?..makan seafood ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #9 arasham's post

i suppose ada kat certain hospital kerajaan yg besar je...not so sure..
pasal maintenance kot..n price also...
u amik vaccine yg mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.111290 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list