|
WANITA2 MISTERI dalam ALAM MELAYU; pilihan anda?
[Copy link]
|
|
PUTERI CHENDANA ATAU PUTERI CHANDANA? |
|
|
|
|
|
|
|
Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.
Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.
1. Fakta menyatakan kerajaan Kelantan telah ditakluk oleh Kerajaan Melaka itu perlu diperjelas kerana wilayah Kelantan pada masa dulu luas dan wilayah-wilayah berlainan diperintah oleh beberapa raja. setiap raja mewakili kawasan berbeda. Jadi kalau nak dikatakan kerajaan Kelantan maka tidak tepat. Seharusnya kita tidak merujuk kawasan negeri Kelantan seperti seadanya pada masa sekarang. Pada masa dahulu sempadan pemerintahan sentiasa berubah mengikut jajahan takluk atau perluasan dari penyatuan kuasa. Malah cerita negeri Kelantan ditakluk tidak di'bbaghikan' oleh orang2 tua tidak seperti kisah puteri saadong dan che siti...
Kalau dikaji dari segi sejarah..penaklukkan oleh sesuatu kuasa keatas satu kuasa yang lain adalah akibat permusuhan dari sikap tidak puashati dan juga dari perbezaan agama. Jika dikelih dalam konteks antara Melaka dan 'Kelantan' pada masa tersebut tidak ujud permusuhan malah jauh sekali perbezaan fahaman kerana pada ketika itu di kelantan sudah terdiri kerajaan Islam malah lebih awal dari Melaka(penemuan syiling 'al-Jaluusi Kelantan' bertarikh 557H bersamaan 1187M).
Pada pendapat saya tidak berlaku penaklukkan seperti yang difahami oleh kebanyakkan orang. Mungkin ujud perhubungan persahabatan dengan ikatan pernikahan serta hubungan antara rakyat di kedua belah negeri kerana mengikut riwayat...Hang tuahpun pernah berguru di Bukit Panau.
2. Dalam salsilah di raja mengatakan Raja Ahmad adalah anak kepada Raja Gombak...kalau anak saudara siapakah bapa beliau...kenyataan tersebut samar... |
|
|
|
|
|
|
|
berapakah jarak masa antara Puteri Linang Cahaya dengan Puteri Selindung Bulan? |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg keliru tentang Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong....nama ini ada merujuk kepada 2 orang yang berlainan. Che Siti ada 2 dan Puteri Saadong pun ada 2...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yup..dan kadang kala fakta yang pelbagai mengenai sejarah ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sya_sugar_sugar's post
Paling terkenal Puteri Gunung Ledang ... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Nujum^Rewang's post
berdarah putih tuh maksudnyaa apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pooja at 5-12-2007 02:45 PM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dengar cite ct zubaidah masih ada. berkepit ngan zainal abidin lagi.
ye ke?
pandai ko.... ermm.... kat mana ko dengor erkkk.... aku suker baca statement ko tuh.... setuju!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lloni at 6-12-2007 03:06 PM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
ramai yg keliru tentang Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong....nama ini ada merujuk kepada 2 orang yang berlainan. Che Siti ada 2 dan Puteri Saadong pun ada 2...
maksudnya Lloni,...
Puteri Saadong ada 2 versi?
Che Siti Wan Kembang ada 2 versi?
atau 2 orang nama serupa? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sya_sugar_sugar at 7-12-2007 09:22 PM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
maksudnya Lloni,...
Puteri Saadong ada 2 versi?
Che Siti Wan Kembang ada 2 versi?
atau 2 orang nama serupa?
ada dua orang yang bergelaran sama....cuba selak sejarah....macam che siti...yang sebenar tak kawin ialah yg pertama...yang kedua anak sultan ahmad itu kahwin.....
Nama Che Siti Wan Kembang hanya nama gelaran......nama sebenar ialah.....??
macam nama Puteri Selindung Bulan....adalah nama gelaran....nama sebenar ialah....Puteri Syahirah.. beliau melahirkan zuriat yang ada menjadi raja dan ada menjadi para aulia....
akan adapun Puteri Syahirah itu adalah bermak-anak dengan Puteri Raja Jauhar...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nice_72 at 7-12-2007 03:14 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
pandai ko.... ermm.... kat mana ko dengor erkkk.... aku suker baca statement ko tuh.... setuju!!!
Dengor kate kat kota bharu. Kalu jjupe tlg pm!. |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Umno pun melayu apa...?? ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
[ Last edited by PlutoNium at 7-1-2008 10:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Lloni's post
Sokong...CIK SITI WAN KEMBANG...."aura"nya masih dirasai hingga kini oleh masyarakat Melayu Kelantan. Wataknya sentiasa "hidup" dan akan terus "hidup".... |
|
|
|
|
|
|
|
hi girls
aku nak 3-3...ada satu lagi kosong...hehe
...
[ Last edited by thessailly at 9-2-2008 11:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 halimijuliana's post
pgl hanya mitos dlm sulalatus salatin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 tongkatali's post
cik siti wan kembang, kehwujudannya diragui sebab tak banyak fakta sejarah, hanya ckp mulut ke mulut saja |
|
|
|
|
|
|
|
pilihan aku Puteri dari Gunung Tahan, Walinong Layang Sari dengan Puteri Gunung Ledang..
Tapi naik Gunung Tahn hari tu tak jumpa ap-apa pun, nak kena panggil dulu ye?Panggil puteri yang betul ker?atau panggil jin qarin tuan puteri tu?
Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang
Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, melambung lembing
Pandai melambung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Lloni at 6-12-2007 03:06 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
ramai yg keliru tentang Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong....nama ini ada merujuk kepada 2 orang yang berlainan. Che Siti ada 2 dan Puteri Saadong pun ada 2...
Bagaimana pula dengan Puteri Nilam Puri?.Ada juga disebut dalam cerita hikayat dari Kelantan.Di harap Lloni boleh huraikan.Saya dah tak ingat kisahnya tetapi pernah mendengar kisahnya dari arwah moyang saya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|