CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

USA Catastrophe: Latest - Kebakaran Hutan di California

[Copy link]
Post time 26-5-2008 12:42 PM | Show all posts
7 terbunuh, 50 cedera akibat ribut di Iowa


PARKERSBURG: Ribut kuat melanda kawasan pedalaman Utara Iowa, awal pagi ini menyebabkan lima terbunuh manakala ramai lagi cedera.

Ribut melanda kira-kira jam 5 petang waktu tempatan itu menyebabkan kerosakan teruk di Pekan Parkersburg.

Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan mengesahkan ribut kuat melanda pekan kecil yang berpenghuni kira-kira 1,000 orang itu.

Pentadbir Keselamatan Kawasan Iowa, Dave Miller, berkata lima yang mati berasal dari Parkersburg, manakala dua lagi dari pekan berdekatan, New Hartford.

Sekurang-kurangnya 50 yang lain cedera.

Miller berkata, pihak berkuasa tempatan sedang membuat anggaran kerosakan dan mereka yang cedera. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 04:39 PM | Show all posts
Banjir di timur laut AS ragut lapan nyawa
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]kereta yang dinaiki pekerja penghantaran akhbar The Grand Rapid ditemui tersangkut di tebing sungai di Lake Shore Drive, selatan bandar Douglas, Michigan, kelmarin. Dua pekerja syarikat akhbar tersebut ditemui mati dalam banjir di kawasan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:09 AM | Show all posts
Banjir di Tengah Utara AS semakin buruk
LAKE DELTON, Amerika Syarikat (AS) 10 Jun - Banjir kilat menenggelamkan sebuah bandar di barat daya Wisconsin buat kali kedua sejak 10 bulan lalu.

Sementara itu, sebuah tambak yang dibina di sepanjang tasik buatan di sini turut pecah dan menghasilkan arus kuat sehingga menghanyutkan rumah berhampiran.

Limpahan air Sungai Kickapoo menenggelamkan hampir keseluruhan perkampungan Gays Mills semalam, memaksa kira-kira 150 penduduk dipindahkan.

Bencana alam kali ini sama seperti yang berlaku pada Ogos lalu.

Peningkatan aras air juga mewujudkan kebimbangan terhadap empangan-empangan di rantau Tengah Utara AS.
Keadaan itu menyebabkan pihak tentera dikerahkan dalam operasi membina benteng beg-beg pasir di tebing Sungai Indiana ketika paras airnya naik dengan cepat.

Ribut yang melanda sejak hujung minggu lalu sudah meragut 10 nyawa, kebanyakannya di kawasan Tengah Utara ini.

Fenomena itu berbeza di kawasan timur yang dilanda cuaca panas dari Carolina ke Connecticut dengan suhu dicatatkan sehingga 38 darjah celsius di Georgia ke Virginia.

Suhu di New York dicatatkan setinggi 37 darjah celsius.

Kor Jurutera Tentera AS semalam menyatakan yang mereka akan menutup sebahagian jalan raya di sepanjang Sungai Mississippi dari Fulton, Illinois ke Clarksville, Missouri pada Khamis ini kerana banjir.
- AP
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 08:33 AM | Show all posts
Cedar Rapids struggles to endure historic flood



CEDAR RAPIDS, Iowa - The Cedar River poured over its banks here Thursday, forcing the evacuation of more than 3,000 homes, causing a railroad bridge to collapse and leaving cars underwater on downtown streets.



City workers use sandbags to
fight rising floodwaters from sewers
in Cedar Rapids, Iowa


Officials estimated that 100 blocks were underwater in Cedar Rapids, where several days of preparation could not hold back the rain-swollen river. Rescuers had to use boats to reach many stranded residents, and people could be seen dragging suitcases up closed highway exit ramps to escape the water.

"We're just kind of at God's mercy right now, so hopefully people that never prayed before this, it might be a good time to start," Linn County Sheriff Don Zeller said. "We're going to need a lot of prayers and people are going to need a lot of patience and understanding."

About 3,200 homes were evacuated and some 8,000 residents displaced, officials estimated.

Days of heavy rain across the state have sent nine rivers across Iowa at or above historic flood levels. Residents were already steeling themselves for floods before storms late Wednesday and early Thursday brought up to 5 inches of rain across west central Iowa.

"We are seeing a historic hydrological event taking place with unprecedented river levels occurring," said Brian Pierce, a meteorologist with the National Weather Service in Davenport. "We're in uncharted territory
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 07:36 AM | Show all posts
Bush bimbang banjir


AIR banjir menenggelamkan bandar Cedar Rapids, Iowa kelmarin.

PARIS - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semalam melahirkan kebimbangan terhadap mangsa yang terjejas akibat banjir terburuk di Iowa dan beberapa bahagian di Barat-Tengah AS.

Bush menyatakan kebimbangan beliau itu selepas menghadiri satu majlis di sebuah gereja di Paris, Perancis dan berkata, beliau berdoa untuk mangsa banjir yang menderita di AS.

"Saya tahu ramai penduduk yang menderita sekarang dan saya berharap mereka mampu mencari kekuatan dan mengetahui Tuhan sentiasa bersama mereka," ujarnya.

Sementara itu, air banjir yang berwarna gelap dan kotor yang menenggelami bandar Cedar Rapids di Iowa mula surut selepas 24,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Seorang jurucakap bomba, Dave Koch berkata, dianggarkan kawasan seluas 24 kilometer persegi di bandar itu ditenggelami air dengan menyebabkan kerugian awal ditafsirkan AS$736 juta (RM2.41 bilion).

Banjir di Iowa yang terkenal dengan gelaran negeri jagung nombor satu di AS itu tercetus akibat beberapa siri ribut pada minggu lalu.

Banjir terburuk dalam sejarah Iowa itu mengakibatkan 15 penduduk maut dan menjejaskan tanaman jagung di negeri itu.

Beberapa kawasan penanaman jagung di beberapa bahagian turut terjejas ketika kenaikan harga bijirin itu dan berlakunya krisis kekurangan makanan di dunia. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 03:07 PM | Show all posts
Another land where the People have ignored the Laws of Nature. Sorry ... ran out of Sympathy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2008 01:03 AM | Show all posts
Thursday June 19, 2008
Mississippi flood levees strain, Bush to visit
By Nick Carey

QUINCY, Illinois (Reuters) - The Mississippi River surged past levees and spilled into farms, small towns and parkland on Thursday, adding to billion-dollar losses that have ignited global food inflation fears.


Inmates from a prison in
Jeffersonville, Missouri (wearing orange caps)
help the Missouri National
Guard and residents of Canton
sandbag a levee in Canton, Missouri,
June 18, 2008. (REUTERS/Frank Polich)


More than two dozen levees on the key U.S. commercial waterway have either overflowed or been breached, causing grain and meat prices to soar on concerns about short supplies.

Corn prices retreated early on Thursday, having set record highs for two weeks on flooding that has submerged or stunted crops on millions of hectares.

Political pressure was growing to provide relief.

President George W. Bush will travel to Iowa on Thursday to survey flood damage in Cedar Rapids and Iowa City and meet with emergency workers and state and local officials.

Republican presidential candidate John McCain, an Arizona senator, will also be in the state to inspect the damage and the response.

His Democratic rival in the November presidential election, Illinois Sen. Barack Obama, visited earlier this week.

In Quincy, Illinois, along the Mississippi, the largely volunteer effort to fill and stack sandbags continued.

Jeff Steinkamp, chief engineer of Quincy, where the flooded river was expected to crest at 9.8 metres on Friday, said days of sandbagging levees had paid off so far.

"Everything is holding for now. So far, so good," he said.

The Army Corps, which operates river locks and dams, said 23 levees along the Mississippi had failed this week. It said 48 levees protecting more than 115,335 hectares of cropland from Dubuque, Iowa, to St. Louis, Missouri, were overflowing or at high flood risk.

The latest levee to be overtopped was close to the confluence of the Missouri and Mississippi rivers, north of St. Louis, that protected about 1,619 hectares of parkland. Another two-dozen levees are at risk of being swamped by floodwaters, the Army Corps said.

Levee breaches upstream temporarily lower the river's level downstream.

'A LITTLE RELIEF'

"We've had a little relief because the levee breaches lowered the river level a little. But it's coming up again. We're not done yet," said Kathy Dougherty of the Hancock County Emergency Services Agency in Dallas City, Illinois, north of Quincy.

Upriver, the U.S. Army Corps of Engineers reopened two locks as water levels receded. But locks along more than 200 miles of the vital commercial waterway remained closed to commercial traffic, stranding scores of barges.

The slow-rolling disaster, the worst flooding in the Midwest in 15 years, has swamped vast sections of the U.S. farm belt and forced tens of thousands of people from their homes.

The cost of the disaster may end up rivaling that of 1993 Midwest floods that caused more than $20 billion in damage and 48 deaths. Flooding and violent storms and tornadoes have been blamed for 24 deaths since late May. The damage has yet to be fully assessed.

Estimates are that 5 million acres of farmland across the Midwest have been ruined and will not produce a crop this year.

The prospects of smaller crops have jolted commodity markets, food producers and exporters. Chicago Board of Trade corn prices traded at a record $8.07 a bushel on Wednesday, but were down 8 cents on Thursday to around $7.92 a bushel. For 40 years, CBOT corn has traded mostly in a range of $2 to $4 a bushel.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 01:09 AM | Show all posts
Air Sungai Mississippi mula melimpahi tebing

Pemandangan dari udara menunjukkan banjir menengelami kawasan pinggir bandar Burlington, Iowa, semalam.
- Reuters


IOWA 19 Jun - Paras air di sungai Mississippi semalam melimpah dari 12 tambak yang dibina di sebalik kejadian banjir buruk yang telah menenggelamkan ladang-ladang mengakibatkan kerugian bernilai berbilion dolar.

Lebih membimbangkan lagi cuaca buruk itu dijangka akan meningkatkan kadar inflasi makanan dunia.

Setakat ini 22 tambak telah pecah dan 10 daripadanya berlaku dalam minggu ini mengakibatkan paras air sungai menyusut dan melimpah ke ladang-ladang berhampiran.

Pihak berkuasa tempatan dan sukarelawan kini sibuk menambak laluan air utama menggunakan beg pasir di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat (AS) bagi menahan tambak daripada pecah dan menyelamatkan ribuan ekar tanaman utama daripada ditenggelami air.

"Kami berasa sedikit lega kerana paras air sungai menurun sedikit tetapi dijangka keadaan ini tidak kekal lama.

"Namun kami masih terus menambak kawasan ini dan keadaan dijangka akan menjadi kritikal malam ini," kata seorang pekerja dari Agensi Perkhidmatan Kecemasan Daerah Hancock, Kathy Dougherty.

Bencana ini merupakan yang paling buruk melanda Tengah Utara AS dalam tempoh 15 tahun yang turut memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian dan memaksa lebih 10,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.

Kerugian akibat bencana ini dijangka mencecah lebih AS$20 bilion (RM64 bilion) dan Iowa merupakan negeri paling teruk terjejas akibat banjir.

Kejadian ini turut mengakibatkan harga di pasaran komoditi, pengeluar makanan dan pengeksport melambung.
Lembaga Perdagangan Chicago melaporkan harga dagangan jagung telah mencatat rekod apabila diniagakan pada harga AS$8.07 untuk satu busyel.

AS menguasai eksport jagung dunia sebanyak 54 peratus, kacang soya 36 peratus dan gandum 23 peratus.
- Reuters


aku tak leh nak bayangkan  mississippi  tu melimpah....   cisssssssssss  aku ada few kawan kat  des moines tu.... camana  ler  depa  cope  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2008 02:30 AM | Show all posts
Benteng beg pasir musnah akibat arus deras

PALMYRA, Amerika Syarikat 21 Jun - Air bah yang memenuhi sungai Mississippi yang mula melimpah keluar kini memusnahkan beg pasir yang digunakan untuk menambak tebing sungai itu.

Jumlah kerugian dijangka semakin meningkat dalam kejadian banjir terburuk di negeri Tengah Utara Amerika Syarikat (AS) itu dalam tempoh 15 tahun.

Arus deras sungai berkenaan turut memusnahkan berpuluh-puluh tambak serta menenggelamkan beberapa pekan kecil dan ladang-ladang.

Setakat ini banjir di kawasan Tengah Utara telah mengorbankan 24 orang serta mengakibatkan kerugian bernilai berbilion dolar.

Dalam pada itu paras air di sungai Hannibal dijangka mencecah paras 28.2 kaki hari ini, masih di bawah paras rekod 31.90 yang dicatat pada 1993.

"Kami masih bimbang air akan melimpah dari tambak.

"Jika beg pasir yang digunakan sebagai penambak tidak mampu bertahan, air bah ini akan melimpah ke kawasan pertanian dan tempat tinggal," kata jurucakap tentera AS bahagian kejuruteraan, Ron Fournier.

Setakat ini lebih 2 juta hektar tanah pertanian rosak teruk dan dijangka masalah ini akan menyumbang kepada kenaikan harga makanan dunia.


Harga jagung dan haiwan ternakan telah mencatat harga rekod minggu ini menambahkan kesengsaraan penduduk dunia yang kini berdepan dengan kenaikan harga minyak.

- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 03:21 PM | Show all posts
klu kena New York apa jadi ha?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2008 07:06 PM | Show all posts

Reply #16 jeppa's post

tak ada sungai yang besar yang boleh melimpah kat nyc...

kalau kat washington dc tu...
tak jauh dengan potomac river
harus juga -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2008 08:24 AM | Show all posts
Ribut landa utara tengah AS, 2 maut

OMAHA 28 Jun - Dua orang terbunuh dan beribu-ribu lagi terputus bekalan elektrik apabila ribut kencang melanda kawasan dataran Great Plains di Amerika Syarikat (AS).Angin kuat turut memaksa perenang yang berlatih untuk pertandingan merebut tempat ke Sukan Olimpik Beijing meninggalkan kolam renang.


Angin mencapai kelajuan 160 kilometer sejam di sesetengah kawasan, kata ahli kaji cuaca, Bryon Miller.

Di Council Bluffs, Iowa, dua orang terbunuh apabila sebatang pokok menghempap kereta yang mereka naiki, kata jurucakap polis, Sarjan Jason Bailey.

Kerosakan yang dilaporkan di seluruh kawasan ini berpunca daripada pokok dan tiang elektrik tumbang serta hujan batu sebesar bola besbol.

Amaran banjir kilat dikeluarkan di seluruh Iowa, negeri yang dilanda banjir baru-baru ini.

- AP
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 09:44 PM | Show all posts
tula serang negara org sana sini...tapi xder la nak balas balik
bencana jer yg balas
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:53 PM | Show all posts
Balasan tuhan kepada org yang zalim.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #20 norsweet's post

beringat sebelum terkena.... mesia nie mcm tunggu masa jer... ke??....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by norsweet at 1-7-2008 01:53 PM
Balasan tuhan kepada org yang zalim.........


Janganlah kamu beranggan yg kaum kamu itu adil sangat, baik sangat.

Orang2 America merana kerana tindakan mereka mencemari alam sekitar, bukan kerana serang negara kaum kamu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 1-7-2008 04:12 PM
beringat sebelum terkena.... mesia nie mcm tunggu masa jer... ke??....


Malaysia tengah tunggu masa dia. Dulu orang ramai boleh tidur nyenyak tanpa risau, sekarang mereka kena lari keluar dr rumah malam2 kerana gegaran.

Inilah akibat kpd kerajaan yg tidak berhati perut dan tidak memikirkan kebajikan rakyat. Semua bangunan tinggi yg kerajaan Malaysia bangga2 sangat itu akan runtuh menyembah bumi. Padan muka ... suka sangat buat bangunan besar dgn gunakan wang yg boleh digunakan utk rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 02:17 PM | Show all posts
bala tuhan ......................
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 09:01 AM | Show all posts
Kerajaan yg baik adalah kerajaan yg mengambil kisah kepentingan rakyat dan menbuat pengorbanan utk mengurangkan kesusahan rakyat.

Ini tidak ... mereka suruh kita ikat perut, tetapi mereka pula kebas licin. Setengah2 syarikat spt Petronas, MAS dan Proton ditanggung mengunakan duit rakyat kerana ianya menpunyai kepentingan tertentu utk setengah pihak2 dlm kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 09:07 AM | Show all posts

Taufan Gustav landa USA : update - Gustav landa barat new orleans

aku dengar penduduk new orleans dah tinggalkan tempat tinggal depa...    depa ingat lagi apa jadi masa katrina 2005... jadi ramai yg tinggal dah..

taufan gustav 240km/h  tengah tuju ke cuba  bawak hujan sumer...    cuba ni kecik ajer... habis ler cuba..  saspen lak aku dgr news ni!!


     

[ Last edited by  amazed at 3-9-2008 08:01 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.522054 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list