|
Penguin Malaysia --
Penguin Malaysia Oleh Hamzah Osman
Spesiesburung yang sebelum ini menghuni benua Antartika berjaya ditetaskansecara semula jadi selepas pengeraman 35 hari di Langkawi
PENGUIN kini boleh menetas di Malaysia. Usaha membiakkanhidupan marin antartika itu menjadi kenyataan menjelang jam 10 pagipada 9 September lalu di Underwater World Langkawi (UWL) di PantaiChenang, Langkawi.
Kejayaan itu berkat kesabaran 90 kakitangan pusat pelancongantermasyhur itu selama empat tahun untuk membiakkan spesies burung tidakboleh terbang yang sebelum ini cuma menjadi penghuni tetap diAntartika.
Lebih mengagumkan anak penguin dari spesies`Rockhopper' berjaya ditetaskan dalam sarang terbuka selepas melaluiproses pengeraman selama 35 hari oleh induknya.
Benua Antartika adalah tempat paling sejuk di muka bumidengan suhu mencapai -85 hingga -90 darjah Celsius pada musim sejuk danpada musim panas pula mencatat 30 darjah Celsius, yang mana jauhberbeza dengan suhu di negara ini.
Kejayaan itu dipercayai yang pertama di negara ini, walaupuntahun lalu UWL pernah mencipta kejutan membiakkan 11 penguin daripadaspesies `Black-Footed' berasal dari Afrika Selatan menerusi pengeramaninkubator.
Timbalan Pengurus Besar UWL, Mohd Hafizuddin Abdullah, berkata kejayaanmenetaskan penguin seberat kira-kira 89 gram menerusi kaedah semulajadi itu membuktikan semangat `Malaysia Boleh'.
"Pada 9 September lalu tercatat satu lagi sejarah palingmembanggakan kami di UWL apabila anak penguin jenis `Rockhopper' yangterkenal dengan jambul kuning dan bulu mata lebat berjaya ditetaskan.
"Diikuti dua hari kemudian seekor lagi anak penguin jenissama ditetaskan menjadikan jumlah keseluruhan penguin `Rockhopper'dimiliki UWL kini sebanyak 21 ekor," katanya ketika ditemui di pusatpelancongan itu.
Mohd Hafizuddin berkata, penguin `Rockhopper' memiliki tabiatunik apabila membina sarangnya di tempat terbuka, ini berbeza denganpenguin `Black-Footed' yang membina sarang berbentuk seperti gua.
Tinjauan pula mendapati, penguin `Rockhopper' membina sarangmenggunakan himpunan ranting dan serpihan kayu, batu karang sertakerikil yang sebelum itu dikumpul kakitangan UWL di pekaranganPenguinarium berharga RM30 juta itu.
Difahamkan, penguin `Rockhopper' juga mempunyai satu musimpembiakan setiap tahun dan akan bertelur sebanyak dua biji pada satumasa dengan perbezaan antara tiga dan lima hari bagi telur pertama dankedua.
Bagaimanapun, hanya telur yang kedua saja mendapat perhatianinduk jantan untuk menjalani proses pengeraman, manakala telur yangpertama biasanya bersaiz lebih kecil akan dimusnahkan induk betina.
Sepanjang tempoh pengeraman, penguin jantan mengambiltanggung jawab sepenuhnya untuk mengeram, manakala penguin betinadilihat berkeliaran di sekitar sarang atau berenang dengan suhu airmencecah 15 darjah Celsius.
Kuratur Kanan UWL, Tan Ean Kok, berkata sehingga kini penguin`Rockhopper' dipercayai adalah penguin terkecil di kalangan penguinyang berjambul dengan memiliki ketinggian kira-kira 47 sentimeter (sm)dan beratnya sekitar tiga kilogram.
Sehingga kini, katanya, ada kira-kira 17 spesies penguin diseluruh dunia dan pada peringkat permulaan ini UWL hanya memberitumpuan memelihara dua spesies saja iaitu `Rockhopper' dan`Black-Footed'.
"Penguin `Rockhopper' berasal daripada rangkaian pulau kecilyang tersebar luas di kawasan perairan sub-antartika, khususnya dikepulauan Tristan De Cunha, manakala penguin `Black-Footed' dari AfrikaSelatan.
"Diet semula jadi adalah ikan kecil dan sotong, manakala diUWL penguin dewasa berusia antara tiga dan lima tahun disajikan ikanselayang dan kembung dua kali sehari iaitu pada jam 10 pagi dan 3petang," katanya.
Beliau berkata, penguin dewasa mampu menghabiskan antara300-400 gram (gm) ikan sehari, sekali gus menjadikan tugas memastikansemua haiwan itu mendapat makanan secukupnya agak rumit dan perlukanketelitian.
"Penempatan penguin pertama di Langkawi dilakukan UWL pada 15Disember 2003 dengan ketibaan 19 penguin jenis `Rockhopper' dan 17`Black-Footed' dari Johannesburg, Afrika Selatan menerusi penerbanganselama 16 jam.
"Sebaik tiba di Langkawi penguin itu dibawa ke UWL dandiletakkan dalam sebuah bilik khas seluas 570 kaki persegi bersuhu 7-11darjah Celsius untuk dikuarantin," katanya.
Kini, `Rockhopper' dan `Black-Footed' yang ditempatkan dalamtangki khas dan dilengkapi sistem sokongan hidup yang menepati standardJabatan Pertanian, Amerika Syarikat menjadi tarikan utama pengunjung kepusat itu.
Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi UWL, Siti Raudhah Shaari,berkata sebagai tarikan baru di pusat pelancongan itu, ruang yangmenempatkan penguin terbabit sentiasa sesak dengan pengunjung biarpunbukan pada musim cuti persekolahan.
"Namun, pengunjung jangan sesekali memasang impian untukmendekati atau memberi haiwan ini makan kerana ia begitu sensitif dantidak boleh didekati secara terus dengan manusia.
"Malah, petugas kami yang memberi makan atau merawatkesihatan penguin ini perlu memakai pakaian khas kerana bimbang kumanyang ada di badan manusia menjangkiti haiwan berkenaan," katanya.
Pembiakan penguin di UWL
15 Disember 2003 penempatan pertama membabitkan 17penguin jenis `Blackfooted' dan 19 `Rockhopper' diterbangkan dariJohannesburg, Afrika Selatan.
Setiap seekor berharga RM26,000 dan sebaik tiba di UWL haiwan itu ditempatkan dalam bilik khas bersuhu bawah 15 darjah Celsius.
Penguin `Blackfooted' berasal dari Pulau Tristan de Cunha, Afrika Selatan, manakala `Rockhopper' dari perairan Sub-Antartika.
Induk `Blackfooted' mula bertelur pada awal Februari 2006 dan menetas menerusi kaedah inkubator pada pertengahan Mac tahun itu.
Induk `Rockhopper 'mula bertelur pada awal Ogos 2006 dan menetas menerusi kaedah pengeraman semula jadi pada 9 September lalu.
Tempoh pengeraman inkubator selama 40 hari, manakala pengeraman semula jadi oleh penguin jantan cuma 35 hari.
Mengikut putaran hayat, seekor penguin mampu bertelurdua kali setahun, antara Februari dan Mac serta Ogos dan September dania akan mula bertelur ketika berusia antara enam dan 12 tahun, selainmampu hidup sehingga 25 tahun.
Lebih setahun lalu, sebanyak 10 telur penguin`Blackfooted' dan dua `Rockhopper' berjaya ditetaskan menerusi kaedahinkubator dan pengeraman semula jadi oleh pasangan induk masing-masingdi UWL.
Jumlah semasa penguin yang dimiliki UWL ialah 21 `Rockhopper' dan 28 `Blackfooted'. |
|