CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!

[Copy link]
 Author| Post time 17-4-2008 03:40 AM | Show all posts
Wednesday April 16, 2008
Israel kills 17 in Gaza after troops die in clash
By Nidal al-Mughrabi
GAZA (Reuters) - Israeli forces killed 17 Palestinians, most of them civilians including a Reuters cameraman, in the Hamas-controlled Gaza Strip on Wednesday, medical officials and witnesses said.

Reuters cameraman Fadel Shana films in Rafah camp in the southern Gaza Strip in this February 4, 2008 file photo. Shana, 23, was killed outside his car on Wednesday by a blast which locals described as an Israeli air strike. (REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa/File)
The attacks came after three Israeli troops died in a Hamas ambush near a border fuel pipeline. But despite the bloodiest day's toll in more than a month, Israel allowed European-funded fuel into Gaza to keep its only power plant operational.

"The fuel has started to go through," said the European Union official, referring to the Nahal Oz terminal, close to the scene of clashes in which the three soldiers died.

Seventeen Palestinians, at least 11 of them civilians, were killed in Israeli assaults, Hamas and medical officials said.

The dead included Fadel Shana, 23, a Reuters cameraman who was felled outside his car by a blast which locals described as an Israeli air strike. An Israeli military spokeswoman said she had no information on an air strike on a vehicle in the area.

At least three youths, a 67-year-old man, and four Hamas gunmen were also among the Palestinian dead.

Nahal Oz was shut down by Israel on April 9 after militants killed two Israeli civilians at the facility. Israel's Defence Ministry had said it would reopen the pipeline on Wednesday, but the latest attack had raised doubts fuel would flow again soon.

Kanan Abaid, deputy chairman of the Palestinian Energy Authority in the Gaza Strip, said before pumping resumed that the power plant only had enough fuel to operate until Saturday.

The EU official said the goal was to provide "as much (fuel) as can be possibly be pumped today" because the army had yet to tell the Europeans whether they would be allowed to make further deliveries to the plant on Thursday and Friday.

The plant supplies power mainly to residents of Gaza City and its surrounding areas, home to 800,000 people.

A strike by Gaza petrol station owners has been preventing distribution of limited Israeli supplies of gasoline and diesel to the general public.

Israeli officials accuse Hamas of preventing distribution of petrol and diesel in order to create a crisis to pressure Israel to ease a blockade it tightened after the Islamist group seized control of the territory in June.

In a development likely to stoke further anger in Israel, Hamas said former U.S. President Jimmy Carter, who planned to travel later in the day to Egypt, would meet in Cairo with two of its Gaza-based leaders, Mahmoud al-Zahar and Saeed Seyam.

"Mr Carter asked for the meeting. He wanted to hear the Hamas vision regarding the situation, and we are interested in clarifying our position and emphasising the rights of our people," Hamas official Ayman Taha said.

Carter's delegation in Israel declined to comment.

Zahar, speaking in Gaza before leaving for Egypt, said Carter had been able "to break all the restrictions preventing him from meeting Hamas leaders".

Israeli leaders have shunned Carter over his contacts with Hamas, which has rejected Western demands to recognise Israel, renounce violence and accept existing Israeli-Palestinian interim peace deals.

Carter, who began a Middle East visit on Sunday, said in Arab East Jerusalem it would be counterproductive to exclude Hamas completely from "conversations or consultations".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2008 07:19 PM | Show all posts
Sekatan Gaza zalim


MANGSA KEKEJAMAN: Wartawan Palestin menyalakan lilin sebagai tanda memperingati rakan mereka, Fadel Shana, 23 yang dibunuh bedilan kereta kebal Israel dan dikebumikan kelmarin.


Carter sifatkan Israel lakukan jenayah terhadap penduduk Palestin

KAHERAH: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, menyelar tindakan Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza dan menyifatkannya sebagai jenayah dan kekejaman yang menyebabkan 1.6 juta penduduk Palestin di wilayah itu berisiko meninggal dunia kerana kebuluran.

"Ia satu bentuk kezaliman yang dianggap sebagai hukuman ke atas penduduk di Gaza. Ia satu jenayah. Ia menjijikkan kerana kekejaman itu berterusan," katanya dalam ucapan di Universiti Amerika di Kaherah.

Israel, yang disokong kuat Amerika Syarikat, mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas mengambil alih pentadbiran di wilayah itu dari Fatah.

Carter, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2002, berkata penduduk Palestin di Gaza 'dibiarkan kebuluran sehingga mati', dan tidak mendapat bekalan kalori mencukupi berbanding penduduk di bahagian paling miskin di Afrika.

Katanya, Israel dan Amerika cuba menjadikan kualiti hidup di Gaza semakin teruk berbanding di Tebing Barat, kawasan pentadbiran Presiden Mahmoud Abbas.

Lapan kumpulan bantuan Britain bulan lalu berkata, 1.6 juta penduduk Palestin di Gaza dilanda krisis kemanusiaan paling teruk dalam masa 40 tahun berikutan sekatan berterusan rejim Zionis itu.

Carter, arkitek perjanjian damai Mesir-Israel pada tahun 1979, berkata usaha Amerika meminggirkan Hamas nyata tidak berhasil.

"Saya rasa ia cuma mengukuhkan lagi populariti Hamas dan menjejaskan kedudukan Fatah," katanya.

Memetik kenyataan dokumen sulit, majalah Amerika, Vanity Fair, mendedahkan pentadbiran Presiden George W Bush merangka pelan untuk menggulingkan Hamas selepas kemenangan pasukan itu pada pilihan raya Parlimen pada tahun 2006 dengan bantuan orang kanan Fatah, Mohammad Dahlan, memaksa Hamas mengambil tindakan awal dengan menawan Semenanjung Gaza.

Carter, yang dalam lawatan sembilan hari untuk mempromosikan proses damai Asia Barat, berkata pemimpin Hamas yang ditemui di Kaherah Khamis lalu memberitahu kumpulan pejuang itu akan menerima perjanjian damai dengan Israel yang dianjurkan Mahmoud jika penduduk Palestin meluluskan ia dalam referendum.

Bekas pemimpin itu bertemu dengan Menteri Luar Palestin, Mahmoud al-Zahar dan bekas Menteri Dalam Negeri, Saeed Seyam di Kaherah Khamis lalu. � Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 08:23 AM | Show all posts
Israel ceroboh utara Gaza, pemimpin Hamas diculik
BANDARAYA GAZA: Tentera Israel mencerobohi bandar utara Gaza awal pagi semalam dan menculik seorang pemimpin Hamas tempatan berikutan pertempuran dengan lelaki bersenjata Palestin, manakala anak perempuan lelaki berkenaan dibunuh.

Pertempuran berlaku di bandar Beit Lahiya berhampiran sempadan Israel dan tentera mengesahkan serangan itu sambil berkata pasukannya berbalas tembakan dengan pejuang Palestin.

Biarpun keganasan terbaru itu, Mesir meneruskan usaha untuk menjadi orang tengah bagi perjanjian damai di antara Hamas dan Israel. Rundingan juga diadakan termasuk pertukaran seorang banduan dan pembukaan kawasan sempadan Gaza berikutan wilayah itu ditutup oleh Israel dan Mesir sejak Hamas mengambil alih Jun lalu.

Israel dalam masa beberapa hari lagi akan memberi jawapan kepada cadangan terkini Hamas termasuk gencatan senjata selama enam bulan.

Mahmoud Zahar, orang kanan Hamas di Gaza tidak membincangkan mengenai perincian tawaran itu, tetapi berkata sekiranya Israel menolak rundingan, semua pilihan adalah terbuka.

Beliau mengeluarkan amaran lebih banyak keganasan akan berlaku dalam satu kenyataan televisyen kelmarin selepas kembali daripada rundingan bersama pegawai Mesir di Kaherah.

Israel masih mencurigai tawaran Hamas itu. Seorang bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Ephraim Sneh, semalam berkata bahawa kerajaan beliau tidak sepatutnya menerima perjanjian dengan Hamas.

Beliau berkata apa-apa juga yang akan memanjangkan penguasaan Hamas di Gaza termasuk gencatan senjata tidak menarik minat Israel.

Sneh adalah seorang ahli parlimen dari Parti Buruh Israel yang diketuai Menteri Pertahanan, Ehud Barak. Tentera itu berkata bahawa mereka akan terus memburu militan Hamas selagi mereka mengancam penduduk awam Israel.

Hamas dan kumpulan militan lain didakwa melancarkan beratus-ratus roket ke arah bandar sempadan Israel beberapa tahun lalu.
Sasaran utama serangan Israel di utara Gaza semalam adalah Talat Hassan Marouf, seorang pemimpin Hamas tempatan.

揚ertempuran berlaku di sekitar rumah mangsa dan pasukan Israel berundur selepas menahan beliau, kata Abu Obeida,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 01:26 AM | Show all posts
Empat kanak-kanak, pejuang Palestin terkorban di Gaza
28/04/2008

GAZA 28 April - Empat kanak-kanak, berusia antara satu hingga lima tahun, serta seorang pejuang Palestin terbunuh dalam satu operasi tentera Israel di Semenanjung Gaza hari ini, kata perkhidmatan kecemasan Palestin.

Mussab Abu Mateq, satu, Hana Abu Mateq, tiga, Rudeina Abu Mateq, empat dan Saleh Abu Mateq, lima, terbunuh manakala ibu mereka cedera parah apabila rumah mereka di Beit Hanoun terkena tembakan kereta kebal.

Seorang pejuang pula maut ketika berbalas tembakan dengan askar-askar Israel di kawasan yang sama, kata pegawai perubatan.

Tentera Israel mengesahkan pasukannya melancarkan operasi di Gaza, termasuk dua serangan udara. Seorang askarnya tercedera dalam operasi itu.

Sekurang-kurangnya 442 orang, kebanyakannya Palestin terbunuh sejak Israel dan Palestin memulakan rundingan damai di bawah naungan Amerika Syarikat sejak November. - AFP

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2008 12:47 PM | Show all posts
Wednesday June 11, 2008
Israeli tank fire kills girl in Gaza, say medics

GAZA (Reuters) - Israeli tank fire killed a 9-year-old Palestinian girl in the Hamas-controlled Gaza Strip on Wednesday, Palestinian medical workers said.

They said the girl's remains had been recovered from a house in the village of Qarara, east of Khan Younis, that had been struck by the tank fire. She was inside at the time of the shelling.

An Israeli military spokesman said a ground force had attacked Palestinian militants in the central Gaza Strip who had been attempting to fire rockets into Israel from a built-up area. He said he was unaware of any civilian casualties.

Israel regularly sends its ground and air forces into Gaza in what the military says is a necessary measure to try and stop cross-border rocket and mortar attacks by Palestinian militants.

The Islamist Hamas movement seized control of Gaza a year ago when its fighters routed President Mahmoud Abbas's Fatah forces.

Egypt has been trying to broker a truce to end violence on the Israel-Gaza border.

This week Israeli Prime Minister Ehud Olmert and other top officials have been discussing ceasefire prospects and possible broader military action should Egypt's efforts fail.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2008 09:29 AM | Show all posts
Budak, pejuang mangsa terbaru Israel

GAZA: Tentera Israel membunuh seorang budak perempuan Palestin dan seorang pejuang Hamas secara berasingan dalam satu operasi askar rejim Zionis yang turut dibantu kereta kebal di Semenanjung Gaza, awal pagi semalam.

Angka terbaru itu menjadikan sekurang-kurangnya 497 orang, hampir semuanya warga Palestin dan pejuang di Gaza, maut sejak rundingan damai Israel-Palestin disambung semula November lalu.

Petugas perubatan Palestin berkata mayat budak perempuan berusia 9 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang dibedil kereta kebal Israel di perkampungan Qarara, timur Khan Yunis.

Ketika pencerobohan dan operasi tentera Israel berterusan, askar Zionis itu menembak mati pejuang Hamas, kata petugas perubatan itu.

Jurucakap tentera Israel berkata pasukan tenteranya menyerang pejuang Palestin di Semenanjung Gaza yang didakwa cuba melancarkan roket ke Israel dari kawasan berkenaan.

Jurucakap itu turut mendakwa beliau tidak mengetahui sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
Kejadian itu menyusuli tindakan askar Israel membunuh tiga pejuang Hamas di Gaza dan mencederakan lima lain selepas askar Yahudi itu mendakwa beberapa serangan mortar dilancarkan ke selatan Israel.

Israel sering menghantar anggota tentera darat dan udaranya menceroboh Gaza atas alasan menyekat serangan roket dan bom mortar.

Pergerakan Hamas menguasai Gaza setahun lalu apabila pejuangnya dapat menumpaskan pejuang Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

Mesir cuba menjadi orang tengah bagi menamatkan keganasan di sempadan Israel-Gaza. - Reuters/AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2008 08:35 AM | Show all posts
Israel terus tindas Gaza

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza semalam memberi amaran semakin ramai pesakit Palestin mati berikutan kepungan kejam Israel dan menggesa pertubuhan perubatan antarabangsa segera membantu warga Palestin.

Perkhidmatan berita Palestin memetik kementerian itu yang turut menyifatkan kekejaman rejim Zionis itu satu usaha melaksanakan pembunuhan beramai-ramai ke atas kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Kementerian itu yang turut berdepan masalah kekurangan bekalan dan peralatan perubatan yang mendadak, turut menyelar tindakan membisu dunia Arab dan negara Muslim di atas penderitaan penduduk Palestin berkenaan.

Ia mendakwa, setakat bulan ini saja, 16 pesakit mati akibat kekurangan ubat dan sekatan tentera Israel ke atas perjalanan mendapatkan rawatan perubatan.

揑ni menyebabkan bilangan pesakit meningkat kepada 187 orang, termasuk kanak-kanak,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2008 07:41 PM | Show all posts
Israel tutup laluan lintas sempadan di Gaza
25/06/2008

GAZA 25 Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2008 02:53 PM | Show all posts
Derita Palestin lebih buruk daripada aparteid



MANGSA KEKEJAMAN: Seorang wanita Hebron menangis melihat rumahnya dibedil tentera Israel, kelmarin.



Tokoh Afrika Selatan terkejut lihat kesengsaraan penduduk

HEBRON: Sekumpulan 23 anggota pasukan hak asasi manusia Afrika Selatan yang berpengaruh melawat wilayah Palestin dan menyamakan kesengsaraan penduduk Palestin itu dengan pengalaman mangsa aparteid.

Malah, ada di antara mereka yang mengunjungi Israel dan wilayah Palestin selama lima hari, turut menyuarakan rasa terkejut dengan persekitaran di Hebron yang dikuasai Israel dan menyifatkan keadaan penduduk Palestin itu jauh lebih buruk daripada apa yang pernah dirasai penduduk Afrika Selatan akibat sistem aparteid berkenaan.

Rejim Yahudi itu mengenakan pelbagai sekatan ke atas penduduk Palestin, yang turut menyaksikan kira-kira 3,000 perniagaan dan unit perumahan Palestin, terpaksa ditutup.

Lebih memburukkan keadaan, ada kereta dan pejalan kaki Palestin dilarang menggunakan jalan raya tertentu, sekatan yang tidak dirasai penduduk Afrika Selatan dalam sistem penindasan itu.

揃iarpun menguatkuasakan sistem permit dan sekatan pergerakan di Afrika Selatan, kami tidak pernah menyaksikan sekatan sedemikian teruk seperti yang dirasai penduduk Palestin di sini,
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 04:46 PM | Show all posts
hapuskan je israel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2008 06:14 PM | Show all posts
Israel tembak penduduk Palestin bergari guna peluru getah


gambar yang dirakamkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi Israel, B'Tselem semalam menunjukkan bagaimana askar-askar Israel melayan seorang penduduk Palestin yang ditahan selepas mengadakan tunjuk perasaan. Tangan lelaki berkenaan, Ashraf Abu Rahman diikat dan matanya ditutup sebelum kakinya ditembak dengan peluru getah, di Nilin, Tebing Barat.
- AFP


BAITULMAQDIS 21 Julai - Satu rakaman video oleh kumpulan hak asasi di Israel yang disiarkan melalui televisyen semalam menunjukkan bagaimana seorang askar Yahudi menembak seorang penduduk Palestin dengan peluru getah.

Babak dalam video itu yang dirakamkan oleh kumpulan B'Tselem menunjukkan penunjuk perasaan Palestin yang dikenali sebagai Ashraf Abu Rahman, 27, telah digari tangan dan ditutup matanya ketika seorang leftenan kolonel tentera Israel menahannya.

Ashraf hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Julai lalu di perkampungan Nilin, Tebing Barat, tempat yang kerap menjadi lokasi protes membaling batu oleh penduduk terhadap tembok sempadan dengan Israel.

Pihak tentera Israel yang mendakwa lima orang pengawal sempadan, tiga askar dan dua orang pekerja di tembok itu cedera dalam protes yang diadakan pada Jun lalu itu, mengumumkan siasatan telah dimulakan selepas video tersebut ditayangkan di televisyen Palestin.

Namun jurucakap tentera Israel, Avital Leibovich menyatakan timbul beberapa kesangsian.

"Jelas filem itu tidak dirakamkan secara terus. Ada babak-babak yang hilang? Apa yang terkandung di dalamnya?" ujar Leibovich.

Jelasnya, lelaki tersebut pulang ke rumah dengan cedera pada ibu jari dan tidak memfailkan sebarang aduan.

Israel menegaskan bahawa tembok pemisah itu perlu bagi menghalang berlakunya serangan ke atas penempatan Yahudi di Tebing Barat dan pencerobohan ke atas Israel, namun ia dipersoalkan penduduk Palestin kerana rampasan tanah seperti itu memberi kesan buruk ke atas proses damai.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2004 telah mengeluarkan resolusi yang menuntut agar sebahagian tembok pemisah tersebut diruntuhkan dan sebarang pembinaan dihentikan namun ia langsung tidak diendahkan Israel.
- AFP



tadi kat keja kitorang masa break ada tunjuk ler pulak pasal isu palestine kat gaza sbb kompeni kitorang ada ler buat donation nak hantar kat gaza sana.... bos aku ni... bini dia worang palestine so mmg dia selalu bagitaw citer2 tentang yg berlaku kat palestine sana...     mmg sedey wooo tengok budak 1 tahun pun kena tembak.. apa kejadah israel zionist kejam ni!!!   pastu tengok gambar ni  obvious ler  kekejaman zionist nih...

tulun ler sesapa jgn sapport apa2 yg pihak israel ada kepentingan.... saper2 yg tak boikot israel zionist ni... mari kita boycott dia!! :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 08:57 PM | Show all posts
Israel rancang serang Genting Gaza semula
05/08/2008


BAITULMAQDIS 5 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2008 12:38 AM | Show all posts
Penduduk dibenar ibadat di Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS 1 Sept. - Israel membenarkan sebahagian penduduk Palestin mengunjungi Masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis Timur bagi menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Israel berkata, lelaki Palestin berusia antara 45 dan 50 tahun serta berkahwin, boleh mengunjungi masjid itu, iaitu tempat suci ketiga bagi umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Kebenaran turut diberikan kepada lelaki berusia lebih 50 tahun dan wanita berusia lebih 45 tahun.

Bagi penduduk Palestin di Tebing Barat yang berusia 30 hingga 45 tahun pula, hanya mereka yang mempunyai permit khas yang dikeluarkan oleh tentera Israel dibenarkan mengunjungi masjid itu.

Pihak berkuasa Israel dilaporkan turut bercadang melanjutkan masa operasi di pusat-pusat pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

Selain itu, pihak berkuasa Zionis juga akan membenarkan kaum keluarga menyerahkan bungkusan kepada 11,000 rakyat Palestin yang ditahan di beberapa penjara di Israel.

Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas ketika menghadiri satu pertemuan di sini semalam.

Ia sebahagian daripada usaha kedua-dua pihak untuk mewujudkan perjanjian damai dengan Israel yang diharap dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini.

Palestin sebelum ini menuntut wilayah Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka.

- AFP



finally... dapat gak rakyat sembahyang kat al aqsa... mmg kejam regim israel nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 01:17 PM | Show all posts
Israel tindas penduduk Gaza, Tebing Barat

RAMALLAH: Kerajaan Israel menambahkan masalah pemisahan di antara bandar Tebing Barat dan Gaza dengan meningkatkan sekatan ke atas penduduk Palestin untuk masuk dan keluar dari dua tempat berkenaan, lapor kumpulan hak asasi manusia Yahudi, semalam.

Israel memperkenal dasar baru kepada penduduk Gaza supaya memohon permit untuk pergi ke Tebing Barat terlebih dulu sekalipun warga Palestin terbabit mempunyai isteri di bandar itu.

“Malah, penduduk Tebing Barat yang memohon tetapi didapati tidak layak, boleh diusir ke Gaza,” kata pertubuhan B’tselem dan Hamoked.

Dua pergerakan itu menyifatkan dasar baru rejim Zionis itu sebagai mencabul undang-undang antarabangsa kerana dua kawasan berkenaan terletak bersebelahan.

Masyarakat antarabangsa menganggap Tebing Barat dan Gaza umpama satu unit. Dua kawasan itu juga terletak dekat wilayah Israel yang mengaku memperkenal dasar itu kerana kemunculan pergerakan Hamas yang menguasai Gaza sejak tahun lalu. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 10:36 PM | Show all posts
Majlis Keselamatan setuju tamat sikap berdiam diri isu Israel
26/09/2008

NEW YORK 26 Sept. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam bersetuju menamatkan “sikap mendiamkan diri” sejak berbulan lalu dan mula membincangkan pendudukan Israel di tanah yang dituntut oleh rakyat Palestin sebagai negara mereka.


Mesyuarat yang berlangsung hari ini iaitu pada hari yang sama Kuartet Asia Barat iaitu Rusia, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan PBB bersidang, adalah mesyuarat sampingan di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bagi membincangkan proses damai tersebut.

Ia dilaksanakan selepas diminta oleh Arab Saudi dan disokong oleh Menteri-Menteri Luar Arab yang bertemu di New York bagi membincangkan isu kawasan penempatan Israel kelmarin.

Diplomat Barat berkata, Majlis Keselamatan dijangka tidak akan mengambil sebarang tindakan dengan mengeluarkan kenyataan bersama atau resolusi.

Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 negara sebelum ini gagal mencapai persetujuan dalam sebarang perkara berkaitan Asia Barat selama berbulan-bulan.

“Ia lebih kepada persetujuan untuk mendengar,” kata seorang diplomat.

Diplomat Barat menjelaskan, punca utama kebuntuan tersebut adalah kekecewaan AS dengan perdebatan Majlis Keselamatan tentang sekatan Israel awal tahun ini dan keengganan negara-negara Arab untuk mengutuk Hamas yang merampas kuasa di Gaza tahun lalu. – Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2008 09:43 AM | Show all posts
Lebih 190,000 di Masjid Al-Aqsa


AFP
penganut Islam solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis semalam.

BAITULMAQDIS - Lebih 190,000 penganut Islam bersolat Jumaat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, kata polis Israel semalam.

Solat Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan itu diadakan walaupun terdapat kawalan ketat oleh pasukan keselamatan Israel.

Jurucakap Polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, tidak terdapat insiden besar yang berlaku ketika penganut Islam mengerjakan solat tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya, pihak keselamatan masih mengekalkan tahap berjaga-jaga yang tinggi pada cuti lalitulqadar.

Cuti itu diraikan menjelang hampir Ramadan di mana ramai penganut Islam menganggap malam lailatulqadar adalah waktu paling baik untuk berdoa.
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci yang ketiga bagi umat Islam dan merupakan lokasi 'panas' kerana menjadi tempat konflik antara penduduk Palestin dengan Israel.

Penduduk Yahudi percaya bahawa kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa pernah menjadi lokasi sebuah rumah ibadat agama mereka.
Bagaimanapun, rumah ibadat itu sudah dimusnahkan oleh tentera Rom pada 70 Tahun Masihi. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2008 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 30-1-2008 01:00 PM
kalaulah negara middle east ni bersatu lawan israel dan regime zionist - memang lama dah kalah orang2 yahudi ni


kebanyakkan negara arab skang ni pro barat,drg risau kepentingan dan perdagangan ngan amerika terjejas sebab tu la drg ni diam je...korg boleh tgk masa amerika serang afganistan,iraq dan israel plak serang palestine ada drg membantah atau memboikot tindakan amerika...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 10:21 AM | Show all posts
'Serah Baitulmaqdis'

Olmert arah tinggalkan sebahagian wilayah timur


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Ehud Olmert yang akan berundur berkata penduduk Yahudi perlu meninggalkan sebahagian besar wilayah timur Baitulmaqdis selain menyerahkan kepada penduduk Palestin wilayah sebesar keseluruhan Tebing Barat dan Gaza.

Kenyataan Olmert itu dianggap sebagai isyarat jelas bahawa beliau sedia menerima tuntutan utama Palestin yang dikemukakan dalam rundingan damai di antara dua pihak bertelagah itu.


Dalam wawancara yang disiarkan dalam akhbar harian Israel, Yediot Ahronot, Olmert juga berkata Israel perlu berundur dari Bukit Golan jika ia mahu berdamai dengan Syria.

"Kita perlu mencapai persetujuan dengan Palestin. Ini bermakna kita perlu berundur dari kebanyakan wilayah yang diduduki," kata Olmert yang mengetuai kerajaan sementara selepas meletak jawatan pada 21 September lalu.

"Kita akan terus menduduki sebahagian daripada wilayah ini tetapi perlu menyerahkan bahagian yang sama besar kepada Palestin. Jika kita tidak berbuat demikian perdamaian tidak akan dicapai."
"Ini termasuklah Baitulmaqdis," katanya merujuk kepada daerah timur kota suci itu yang dicerobohi Israel selepas perang 1967.

Kenyataan Olmert itu dijangka mencetuskan kontroversi kerana Tel Aviv secara rasmi menganggap Baitulmaqdis ibu negaranya yang tidak boleh dipisahkan selama-lamanya. � AP



tunggu betul ker  kata akan dikota.. sbb puak2 zionist ni adalah pembohong besaq...   aku harap sangat palestine dapat balik negara depa yang telah dicurik oleh yahudi nih!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 08:53 AM | Show all posts
Polis Israel cemari al-Aqsa


PENGANUT Yahudi menyambut Yom Kippur di
tembok al-Buraq berhampiran pekarangan
Masjid Al-Aqsa, semalam.


Pasukan keselamatan Zionis minum arak, zina di kawasan masjid

RAMALLAHemimpin Pergerakan Islam di utara Israel, Sheikh Ra'ed Salah, berkatapolis Israel secara sesuka hati mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.

"Polis Israel minum arak dan melakukan zina di dalam kawasan masjid suci berkenaan," katanya.

Salah berkata, pihak berkuasa Israel merancang untuk mendirikan bangunan keagamaan terbesar di dunia sehingga mendekati laman Masjid Al-Aqsa dan juga mahu menukarkan Dinding Al-Buraq, Masjid Al-Marwaniyang berada di bawah Al-Aqsa dan perkuburan Islam kepada tempatkeagamaan orang Yahudi.

Katanya, pihak berkuasa Israel, cenderung menghalang mana-mana projek membabitkan pengubahsuaian Masjid Al-Aqsa dan menggesa penubuhan dana Islam antarabangsa 'bagi memulihkan Baitulmaqdis yang diduduki, masjidnya, rumah, tanah dan kawasan sucinya.'

Salah, yang disabitkan kesalahan beberapa kali oleh mahkamah Israel dan berulang kali dipenjarakan, menegaskan bahawa sebuah lubangbesar terbentuk berhampiran pancutan air Qaitbay, hanya 50 meter daripada Kubah Batu.
                                 
Beliau berkata, akibat penggalian berterusan oleh Israel, rekahan muncul dalam bangunan dan sekolah di sepanjang dinding barat Masjid Al-Aqsa serta rumah yang terletak di bahagian selatan masjid itu.

"Satu-satunya cara untuk menghapuskan semua ancaman ke atas Baitulmaqdis dan tempat suci umat Islam lain ialah dengan mengakhiri penjajahan Israel," kata Salah.

Sementara itu, Yayasan Zakat dan Warisan Al-Aqsa berkata beratus pelampau Yahudi memasuki Masjid Al-Aqsa kelmarin dengan bantuan polis Israel untuk menyambut Yom Kippur.

Yayasan itu berkata, penceroboh melakukan beberapa upacara Yahudi di dalam masjid dengan perlindungan tentera penjajah Israel yang mengarahkan pengawal masjid beragama Islam supaya tidak berhenti atau menghampiri kumpulan Yahudi itu. � Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2008 11:53 AM | Show all posts
Jurugambar diserang penduduk Yahudi

GAMBAR ini menunjukkan Abed diserang oleh dua
lelaki Israel dekat Hebron kelmarin.



HEBRON - Sekumpulan pendatang haram Yahudi memukul seorang jurugambar Palestin yang sedang merakamkan gambar beberapa petani Palestin memetik buah zaitun di Tebing Barat kelmarin.

Kejadian yang berjaya dirakamkan oleh krew berita televisyen AP memaparkan empat lelaki Yahudi melintasi sebuah dusun di bandar Hebron.
Lelaki itu kemudiannya dilihat menumbuk dan menendang seorang jurugambar daripada agensi berita Palestin, Abed Hashlamoun.

Salah seorang daripada pendatang haram Yahudi itu kemudiannya merampas kamera milik Abed tetapi menjatuhkannya apabila dihalang oleh seorang wanita iaitu aktivis hak asasi manusia.

Abed memberitahu bahawa dia diserang selepas merakamkan gambar kumpulan lelaki tersebut dan aktivis wanita dari Britian berumur 53 tahun itu turut menerima nasib yang sama.

Rakaman tersebut juga menunjukkan Abed membaling batu pada salah seorang lelaki Yahudi berkenaan selepas dia diserang.

Tiada siapa mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu yang berjaya dileraikan oleh beberapa askar Israel yang kemudiannya membenarkan penyerang berkenaan pergi begitu sahaja. - AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.388278 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list