|
Gelaran wira negara bagi Suharto jadi isu
Cadangan Golkar cetur reaksi berbeza rakyat Indonesia
JAKARTA: Indonesia mula membahaskan sama ada bekas Presiden Suharto wajar diisytiharkan sebagai pahlawan negara, tidak sampai seminggu selepas kematiannya, meskipun pemerintahannya selama 32 tahun dicemari dakwaan mencabul hak asasi manusia dan gejala rasuah.
Suharto yang memerintah Indonesia secara kuku besi sebelum disingkirkan pada 1998 di tengah kekecohan politik dan ekonomi, meninggal dunia Ahad lalu pada usia 86 tahun disebabkan kegagalan pelbagai organ penting untuk berfungsi.
Rakyat Indonesia kini berbelah bagi mengenai rekod Suharto. Ramai memberi pujian kepada bekas jeneral tentera itu kerana mengeluarkan berjuta rakyat Indonesia daripada kancah kemiskinan.
Tetapi, ramai lagi menyalahkannya atas budaya rasuah yang mendasari negara itu sehingga hari ini dan memberi banyak lesen perniagaan kepada keluarga dan rakannya.
Penyokong, termasuk anggota parti politik terbesar Indonesia, Golkar, menggesa kerajaan mengisytiharkan Suharto sebagai wira negara kerana sumbangannya, manakala pembangkang berkata beliau tidak layak menerima penghormatan itu.
Kehidupan Pak Harto umpama buku terbuka. Semua orang mengiktiraf apa yang dilakukannya. Seorang wira juga seorang manusia tetapi kebaikan yang dilakukan mengatasi yang buruk," kata ahli perundangan Golkar, Slamet Effendi Yusuf.
Perbahasan itu membangkitkan kenangan lama mengenai presiden pertama Indonesia, Sukarno, yang juga diaibkan apabila dipaksa meletak jawatan di tengah kekacauan politik dan ekonomi pada 1966.
Beliau kemudian diberi status wira negara pada 1980-an selepas kekal popular. Dikeji dan dikutuk pada awal tahun selepas penyingkiran memalukan, Suharto sebaliknya mendapat simpati rakyat ketika sakit sehingga kematiannya.
Stesen televisyen, sebahagiannya dikaitkan dengan keluarga bekas pemimpin itu, masih menyiarkan zikir memuji tokoh berkenaan.
Bekas presiden itu dikebumikan dalam upacara tentera dalam majlis diketuai Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Ketika beliau terlantar di hospital, golongan elit negara itu bergegas ke sisinya untuk mendoakannya.
Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, pengerusi Golkar, berkata terdapat kriteria untuk menganugerahkan seseorang sebagai wira negara tetapi enggan memberitahu sama ada Suharto memenuhi syarat itu, lapor agensi berita Antara.
Rakyat biasa Indonesia membawa perbahasan itu ke forum perbincangan internet dan ruang pendapat di akhbar.
"Gelaran wira langsung tidak sesuai untuknya kecuali beliau mengembali semua wang kepada negara," menurut komen yang disiarkan di laman web Detik.com, merujuk kepada tuduhan terhadap bekas presiden itu.
Pengkritik berkata, Suharto dan keluarganya mengumpul kekayaan mencecah AS$45 bilion (RM144 bilion) dalam bentuk rasuah atau perjanjian. Transparency International meletakkan aset Suharto sebanyak AS$15 hingga AS$35 bilion (RM48 hingga RM112 bilion) atau 1.3 peratus daripada keluarga dalam negara kasar.
Suharto dan keluarganya menafikan sebarang salah laku. |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara Sangsaka ada menyatakan LKY adalah anjing Amerika. Disini saya ingin menyatakan Suharto adalah anjing Amerika yang lagi besar....
Regim Suharto adalah ciptaan Amerika. Satu kospirasi yang sugguh terancang selepas perang dingin. Protogenist-protogonist adalah Ford Foundation, CIA Plan Directorate dan Council of Foreign Relation. Semua ini adalah organisasi Amerika yang berperanan untuk membentuk satu blok dunia yang bipolar untuk menangkis pengaruh blok socialist yang ketuai oleh Soviet Union.
Amerika telah lama bercadang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Sukarno yang berfaham socialist dan sungguh charisma. Sukarno juga salah satu negarawan yang mendukung konsep negara-negara berkecuali( non-alignment) termasuk Cho Eng Lai, Gamal Abdul Nasser, Nehru, Marshal Tito dan Kwame Nkrumah. Pertubuhan ini di tubuhkan pada 1951 di Konferensi Bandung. Sepekara lagi ialah Sukarno mendapat sokongan popular dari Parti Kominis Indonesi (PKI) yang ahlinya yang terbesar di luar China dan Soviet Union. Spektra kejatuhan Cina kapada Mao Tze Tung menghantui Amerika kerana Indonesia ada benting pertahanan yang penting kerana hasil minyak, tin dan getahnya.
Langkah pertama ialah menukar fahaman ideologi ekonomi pembangunan paska kemerdekaan Indonesia kapada ala 'open economy'. Wang dicurahkan oleh Ford Foundation untuk merealisasikan tujuan ini. Ramai para intelligesia- pensyarah-pensyarah dan Professor-professor, di hantar ke America untuk belajar disana. CIA juga memainkan perananya dengan mengenalkan konsep ini dengan menajai lawatan dan latihan pada para cerdik-pandai ini di RAND Coporation. Para cerdik-pandai ini di panggil ' Berkeley Mafia' kerana hampir kesemunya kelulusan postgraduate UC Berkeley....sudah tentu mereka diberi jawatan yang tinggi selepas jatuhnya kerajaan Sukarno.
Ini tidak mencukupi kerana Amerika maseh lagi tidak puas hati dengan polisi Sukarno yang cundung kapada faham socialist. Mereka duga Sukarno akan menubuhkann konsep Soviet dengan sokongan popular PKI. Dengan itu Amerika mencari teman dengan Tentera Darat ( Navy amat lemah dan tentera udara di bawah General Omar Dhani adalah penyukong kominis). Ramai pegawai-pegawai angkatan darat di beri latihan di Amerika saperti di Fort Leavenworth dan Fort Bragg. Kesemuanya adalah pro Amerika.
Strategi selanjutnya ialah menyusup dalam rangkaian tentera darat. Langkah pertama ia di SESKOAD atau Sekolah Turus dan Kommand Angkatan Darat Bandung. Di situ curriculum 'Economics Aspects of Defence' diperkenal dan ' Contigency Plan' untuk membenbtras PKI di ujudkan. Semua ini di lakukan dengan bantuan tenaga pelajar civilian 'Bekerley Mafia'. Para jeneral yang megukir ' Contigency Plan' ini di ketuai oleh Armed Forces Commander Jeneral Ahmad Yani. Suharto juga adalah ahlinya.
Insiden Gestapu( Gerakan September Tiga Puluh) adalah satu insiden yang di dalangi dan di sponsor oleh operative-operative CIA dan angkatan darat di peralatakan termasuk Suharto. Pada saat itu beliau adalah pemerinth atau ketua garrison Jakarta KOSTRAD yang berpangkat Brigadier Jeneral. Disitulah tersimpannya 'Contigency Plan' untuk Suharto mengambil kuasa dari Sukarno dan menenangi PKI.
Oleh kerana kesemua jeneral- jeneral yang pro Amerika telah mati dibunuh, kecuali Nasution, Suharto mengambil inisiatif untuk merampas kuasa diri Sukarno. Nasution yang maseh hidup di sisihkan atas dasar sikapnya yang kurang tegas dan hasutan operatiave CIA bernama Guy Pauker.
Presiden Nixon menyifatkan kejayaan ini sabagai ' the greatest prize in South Asian area' dan juga satu kejayaan bagi 'Pax Pacifica'
Regime Suharto membuka laluan ekonomi negara untuk Amerika ( multi-national) meraih semua harta kekayaan negara termasuk minyak ( Caltex) dan lombong-lombongnya. Malah Amerika menutup mata sahaja kapada insiden pembunuhan beramai-ramai dan pencabulan hak manusia di Indonesia dilakukan.
Suharto terus berkuasa selama 30 tahun dan terus menjadi anak didik Amerika. Yang ironynya Amerika jugalah yang menjatuhkanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Prihall salahlaku Suharto memang sukar dikatahui awam melainkan kalau kita dapat memperolehi material-material yang di tullis oleh aktivis radikal. Genocide-genocide yang dilakukan adalah yang paling buruk di abad 21 tetapi sengaja tidak umumkan. Nixon merastui Suharto menawan Timor-timor dan menggunakan kekerasan di Aceh.
Saya mula membuat kajian salahlaku Suharto apabila terjumpa satu buku di Stanford University California dimana editornya ialah Steve Weissman bertajuk" The Trojan Horse: A Radical Look at Foreign Aid" Palo Alto California: Ramparts Press. Beliau juga ahli jemaah badan "Pacific Studies Center and the North American Congress on Latin America". Dalam buku itu juga ada memberi argument senario yang sama juga di lakukan oleh CIA untuk mejatuhkan kerajaan Sihanouk di Kemboja tahun 1970 dan Kerajaan Allende di Chile tahun 1973.
Atas tekanan pihak tertentu ' under the freedom of information' CIA tidak lama lagi akan mengunclassifiedkan kerta-kertas rahsia kapada umum tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 thamrong's post
Yea, terima kasih Thamrong. Saya bersetuju dengan pandangan anda berhubung peranan CIA dan Suharto satu ketika dulu. Dan sememangnya menjadi amalan CIA kemudiannya, meninggalkan tokoh yang mereka sokong apabila kelihatan tokoh-tokoh berkenaan tidak memihak lagi kepada mereka, atau tidak menurut 100% kehendak mereka. Ortega dari Nicaragua, Saddam Hussien dari Iraq bahkan Osmana bin Laden dari Taliban Afghanistan.
Tetapi mengesahkan 'kebijaksanaan' BG Lee sebagai pengganti dinasti Lee tidak boleh kita setuju. Apakah beliau akan mendapat peluang sedemikian rupa sekiranya BG Lee bukan anak Lee Kuan Yew? Nope, i dont think so. Malangnya, isu berkenaan dipendamkan dengan alasan kehebatan beliau dalam akademik, tetapi sejarah membuktikan kecemerlangan akademik bukan pra-syarat utama untuk seseorang menjadi pemimpin yang baik, bijak dan berkarisma. BG Lee tidak mungkin boleh menjadi PM hari ini, sekiranya beliau adalah anak Pak Harto, walaupun mungkin dia memperolehi triple degree sekalipun dari Harvard, Cambrigde atau Linclon Inn. Selagi Singapura baik dengan US, barangkali anak BG Lee akan menjadi Perdana Menteri pula selepas ayahnya. Hal ini dibenarkan, selagi Singapura berbaik dengan US. Lantaran itu, Singapura hampir tidak parti pembangkang. Sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh US dinegara yang tidak disukainya.
Kita tidak mungkin boleh menafikan sumbangan Almarhum Pak Harto di Indonesia. Malangnya, beliau dituduh mengamalkan sistem kuku besi. Sistem kronime. Sistem rasuah yang berleluasa. Mungkin benar semua tuduhan itu. Tetapi bagi memerintah sebuah negara yang rakyatnya masih mundur dan tidak sebijak mana, corak pemerintahan perlu keras. Kebebasan bersuara kononnya, bukan juga menjadi sebab untuk sesebuah negara maju - kecuali jika rakyat sudah bersedia dan berfikiran matang.
Singapura jauh lebih keras keterbukaannya dari Indonesia - sekurang-kurangnya masa kini. Apakah demokrasi tulin wujud di Singapura dimana ramai tokoh pembangkang dibangkrapkan hanya kerana ucapan yang dikatakan fitnah hingga tidak mampu bertanding sebagai pembangkang di Singapura? Dan bagaimana dia menggunakan pendekatan sekeras itu untuk memastikan negarannya aman dan damai walaupun hanya 2 juta rakyat. Apakah pendekatan serupa boleh berjaya di Indonesia yang kelihatan lebih buruk dari sebelum pemerintahan Suharto?
Dan semua negara, dipasca era kapitalis-komunis di tahun 60an terpaksa memilih satu antara dua. Sementara Singapura lebih condong kepada US hingga hari ini dan Indonesia kelihatan pada mulanya condong ke arah Soviet Union untuk perlindungan dan pertolongan. Dan susupan ejen asing berlaku, dimana-mana pun, dengan corak dan gaya yang pelbagai. Kalau bukan KGB, mungkin CIA, mungkin MI6. Dan hingga hari ini, Singapura memainkan wakil US untuk memantau perkembangan yang berlaku di seluruh rantau sini. Dan tidak mungkin gerakan di Burma pun didalangi oleh CIA. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 SangSaka's post
Very good reply saudara SangSaka...Thank You.. |
|
|
|
|
|
|
|
The other side's of Suharto son: Halimah-Mayang Rebutan Harta Bambang, Rp 14 Trilyun
Halimah Incar Rumah Mayang
JAKARTA, BPOST - Halimah Agustina Kamil (49) agaknya akan membuat tidur Mayangsari tak nyenyak. Pasalnya, Halimah mencantumkan seluruh aset milik penyanyi asal Purwokerto itu dalam berkas harta yang diajukan di Pengadilan Agama Jakarta Pusat.
Menurut Lelyana Santosa, kuasa hukum Halimah, sejumlah aset lain yang dijadikan bukti di antaranya akta dan sertifikat atas nama Halimah dan Bambang Trihatmodjo. "Detil harta itu berupa PT (perusahaan), rumah, dan aset yang lain," katanya.
Saat ditanya rumah yang akan di Halimah termasuk rumah Mayangsari di Simpruk Golf XV, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, Lelyana mengakuinya. "Rumah yang di Simpruk itu termasuk salah satunya," ucapnya.
Dalam sidang yang mengagendakan pembuktian harta milik Halimah-Bambang itu, Lelyana juga menyerahkan bukti-bukti berupa kliping pemberitaan tentang aset-aset Mayangsari yang disebut-sebut sebagai pemberian Bambang Trihatmodjo. Seperti diberitakan, Bambang memiliki kekayaan sekitar Rp 14 triliun. Kabarnya, saat masih berumah tangga dengan Halimah, Bambang memberikan sebagian hartanya kepada Mayangsari, istri sirinya.
"Ini kami jadikan bukti juga. Karena selama ini tidak pernah ada bantahan atas pemberitaan selama ini. Seandainya mereka keberatan atau semua itu memang bukan miliknya sendiri, mereka akan memberikan hak jawab, tapi ternyata sampai saat ini tidak ada," kata Lelyana.
Dalam sidang yang berlangsung sekitar satu jam itu, Bambang Trihatmodjo juga tidak hadir. Bambang diwakili oleh kuasa hukumnya, Devi Selvana SH.
Menanggapi bukti-bukti yang disodorkan pihak Halimah, Devi Salvana mengatakan, "Ya sekarang kalau mereka menyodorkan bukti seperti, silakan dibuktikan. Kita tadi tidak diberi kesempatan menjawab pertanyaan pemohon (Halimah). karena minggu depan masih pembuktian kembali dari pemohon karena bukti belum lengkap."
Sebagian harta yang diperoleh Mayangsari dari BT dan diduga masuk daftar permohonan harta bersama yang diajukan Halimah di PA Jakpus:
- Rumah di Simprug Golf XV, kebayoran Lama, Jaksel
- Rumah di Kalibener Purwokerto
- Rumah di Mutiara Pratama Purwokerto
- Rumah di Taman Anggrek Purwokerto
- Radio Sumasli (Suara Banyumas Asli)
- Mobil Jaguar
- Mobil BMW X5
dll
Sources : http://www.banjarmasinpost.co.id/content/view/17949/180/
[ Last edited by HangPC2 at 21-2-2008 12:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jakarta rampas RM454j harta Suharto
JAKARTA 29 Ogos - Kerajaan Indonesia merampas aset bernilai AS$134 juta (RM454 juta) dari sebuah firma yang mempunyai kaitan dengan keluarga bekas Presiden Suharto, kata seorang menteri Kabinet, hari ini.
Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati berkata, tindakan terbaru itu merupakan satu lagi langkah tegas oleh kerajaan bagi mengekang penguasaan dinasti bekas Presiden tersebut.
Menurut Sri Mulyani, Bank Mandiri diarahkan untuk memindahkan wang 1.225 trilion rupiah itu dari akaun Timor Putra Nasional milik anak bongsu Suharto, Hutomo Mandala Putra atau Tommy ke sebuah akaun kerajaan bagi "menyelamatkan wang negara".
Wang itu dirampas selepas Timor gagal menjelaskan hutang beberapa bank kerajaan selepas krisis kewangan 1997.
- Reuters
harta tu tak dapek nak tulun dia pung!!.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|