CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

PHILIPPINES: update - tentera pertahan pengeboman di mindanao

[Copy link]
Post time 18-9-2008 12:53 PM | Show all posts
Situasi di Mindanao masih meruncing - PBB

DATUPIANG, Filipina 17 Sept. - Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) hari ini menggambarkan situasi kemanusiaan di selatan Filipina sebagai masih meruncing, dengan puluhan ribu pelarian memerlukan bantuan kecemasan.

Wakil Program Makanan Sedunia (WFP) di Filipina, Stephen Anderson berkata, bantuan yang disalurkan setakat ini ternyata tidak mencukupi.

Beliau melawat sebuah kem penempatan sementara yang penuh sesak di pekan ini, medan pertempuran terbaru antara tentera kerajaan dengan puak pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Situasi sangat meruncing dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir yang semakin buruk.

"Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pengurusan kem di sini kerana penduduk tinggal dalam keadaan sangat sesak selain kekurangan bekalan air bersih," kata Anderson.

Beliau berkata, WFP telah memperuntukkan bantuan untuk kira-kira 600,000 pelarian dan lebih 12,000 guni beras telah dihantar kepada 16 buah kem penempatan sementara di Mindanao.

Di pekan ini, WFP mengagihkan 500 guni beras kepada 429 keluarga, kebanyakannya tidak mendapat makanan cukup sejak berhari-hari lalu.

Polis berkata, kira-kira 6,329 "ketua keluarga" tinggal di kem di sini.

Memandangkan sebuah keluarga biasa mempunyai lapan anggota, jumlah sebenar yang berlindung di situ mungkin melebihi 50,000 orang.

Anderson berkata, beliau sangat terkejut apabila mendapati semakin ramai penduduk yang mencari perlindungan di kem- kem berkenaan walaupun pertempuran besar-besaran antara askar dengan gerila MILF telah berkurangan.

"Saya sangka bilangan penduduk yang datang tidak akan bertambah tetapi keadaan menjadi sebaliknya," katanya.

-AFP



[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 08:35 AM | Show all posts
Tentera gempur kem MILF di Lanao

Presiden Gloria Arroyo (dua dari kanan) ditemani oleh Ketua Tentera Filipina, Jeneral Alexander Yano (kanan) dan Setiausaha Pertahanan, Gilbert Teodoro (kiri sekali), melihat senjata api dan bahan letupan yang berjaya dirampas selepas pertempuran dengan anggota MILF sewaktu lawatan ke selatan Mindanao, semalam.
- AFP


MANILA 18 Sept. - Tentera Filipina membunuh tujuh anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta menawan sebuah kem latihan utama selepas melancarkan satu serangan udara dan darat, semalam.

Ketua Operasi Tentera, Brigedier Jeneral Jorge Segovia memberitahu Reuters, tentera kerajaan telah menggempur pangkalan anggota MILF di Lanao, Mindanao.

Beliau berkata, serangan dilancarkan selepas pihak pemisah melancarkan serangan ke atas pekan Calanugas menyebabkan seorang askar terbunuh dan lapan yang lain cedera.

"Tentera berjaya menawan kem tersebut semalam selepas beberapa jam bertempur dengan sejumlah besar anggota gerila pemisah.

"Berpuluh-puluh anggota MILF turut cedera dalam pertempuran itu. Ini merupakan kejayaan taktikal terbesar kami sejak melancarkan gerakan bulan lalu," katanya.

Menurut Segovia, kem tersebut menyimpan arang batu dan menempatkan kemudahan latihan yang boleh memuatkan lebih 100 orang.

Beliau berkata, pihaknya percaya masih ada anggota gerila pemisah yang berjaya menyelamatkan diri dalam serangan yang disokong oleh serangan roket dari helikopter itu.

Segovia berkata, pertempuran sejak empat minggu lalu telah mengorbankan lebih 150 anggota pemisah, 80 orang awam dan lebih 20 askar.

"Kira-kira 100 askar turut cedera sepanjang pertempuran tersebut," katanya.

Keganasan terbaru itu terus mengancam rundingan damai yang ditaja oleh Malaysia bagi menamatkan konflik hampir 40 tahun di wilayah selatan negara ini yang dipercayai kaya dengan bahan galian dan hidrokarbon.

Pertempuran sebelum ini dihentikan dengan ketibaan Ramadan, tetapi tercetus semula selepas MILF melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera di empat wilayah.

- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 08:39 AM | Show all posts

hhh

Originally posted by myohmy at 27-6-2008 12:28 AM
setahu aku kat negara ni la penggunaan bahasa inggeris sejak dari tadika lagi...bukti bahawa mereka lebih 'maju' dari kita


maju bendaaa camtu... ramai yang merempat.... org nak maju dalam semua aspek termasuk modal insan...........

[ Last edited by  tempur at 19-9-2008 08:40 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 09:02 AM | Show all posts

Reply #41 tempur's post

betul gak... maju tapi negara lintang pukang perang sana sini.. berontak sana sini... apa kejadahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 09:02 AM | Show all posts
7 pemisah dibunuh

Tentera Filipina rampas kem latihan


MANILA: Tentera Filipina merampas kem latihan utama pemisah Islam di selatan negara itu, membunuh tujuh daripada pejuang pemisah dan mencederakan berpuluh-puluh lagi dalam serangan udara dan darat kelmarin, kata seorang jeneral tentera semalam.


Ketua Pusat Operasi Tentera di Manila, Brigadier Jeneral Jorge Segovia, berkata tentera terserempak dengan pangkalan pemisah itu semasa memburu anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di wilayah Lanao di Mindanao.

Seorang anggota tentera maut dan lapan lagi cedera dalam serangan pemisah di bandar Calanugas kelmarin, sebelum tentera melancarkan serangan balas yang membawa mereka kepada kem itu.

"Tentera kami menawan kem pemisah kelmarin selepas bertempur sengit selama beberapa jam dengan ramai pemisah. Berpuluh-puluh anggota MILF juga cedera berdasarkan pintasan komunikasi radio. Ini adalah antara kemenangan taktikal besar sejak tindakan berbentuk hukuman dilancarkan bulan lalu," kata Segovia sambil menambah tujuh mayat pemisah ditemui di kawasan itu.

Katanya, kem pemisah mempunyai kubu dan kemudahan latihan yang boleh memuatkan 100 orang. – Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 12:31 AM | Show all posts
Konflik selatan: Gloria minta Kongres tambah peruntukan tentera
29/09/2008

MANILA 29 Sept. – Presiden Gloria Macapagal Arroyo akan meminta Kongres meluluskan belanjawan ketenteraan lebih besar bagi menangani konflik dengan pejuang pemisah di selatan negara ini.

Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Alexander Yosano berkata, tentera mahu lebih banyak peruntukan berbanding ca dangan AS$1.6 bilion (RM5.53 bilion) da lam belanjawan 2009 yang sedang diperdebatkan di Kongres.

“Perang adalah mahal, maka kami perlu lebih banyak perbelanjaan,” kata Yano kepada pemberita.

Yano menjelaskan, lebih banyak dana diperlukan untuk minyak dan peluru serta “meningkatkan rentak” operasi menen tang pemberontak di selatan Filipina yang semakin aktif kebelakangan ini.

Tambah Yano, pihak tentera memerlu kan belanjawan tambahan bagi baki tahun 2008 untuk mengekalkan operasi sehing ga penghujung tahun ini. - AFP

– AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 09:01 AM | Show all posts
Tentera Manila gempur kubu MILF di Datu Piang, 13 maut

MANILA 16 Okt. - Sekurang- kurangnya 13 orang pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) terbunuh hari ini selepas kubu mereka diselatan negara digempur oleh pesawat tentera Filipina.

Jurucakap tentera, Mejar Randolph Cabangbang berkata, puluhanpejuang MILF turut cedera dalam serangan udara yang dilancarkan sebaga isokongan kepada tentera darat itu.

Operasi berkenaan dilancarkan bagi menghalau keluar pejuang yang bersembunyi di sebalik kubu konkrit di kawasan Datu Piang.

"Bom digugurkan dari kapal terbang dan roket ditembak dari helikopter bagi membantu pasukan tentera darat.

"Tiada korban di pihak kami dalam serangan tersebut tetapi menurut maklumat risikan, seramai 13 pejuang maut dan 30 lagi cedera," katanya lagi.

Komander Briged Wilayah Maguindanao, Kolonel Marlou Salazar memberitahu, kumpulan pejuang menggunakan jaringan parit perairan untuk berlindung.

Tambahnya, mereka juga menggali kubu untuk berlindung sewaktu dibomdi bawah rumah konkrit di beberapa kawasan perumahan yang ditinggalkan.

Hampir 300 orang terkorban dalam pertempuran selama dua bulan yang turut menyebabkan kira-kira 500,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Keganasan tercetus pada pertengahan Ogos apabila Mahkamah Agung Filipina menggantung dan menghentikan perjanjian antara kerajaan dan MILF bagi mewujudkan kawasan autonomi Islam yang memberikan kuasa politik, sosiol dan ekonomi yang lebih besar.

- Reuters
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048688 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list