CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[NFO] Seremban diisytihar bandar raya 09.09.09

[Copy link]
Post time 2-6-2008 04:21 PM | Show all posts
kot iyo la jadi bandarayo...den harap banyak laa peluang pekerjaan kek somban ni.....malap yo aku tgk...adehhh nak kono tanyo kek MB nnt ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 11:49 AM | Show all posts
09.09.2009........bandaraya??
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 11:44 PM | Show all posts

Balas #22 sha_n\ catat

tah hapo golar eh masing-masing
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 09:05 AM | Show all posts
seremban...
dr zaman aku sekolah smp la dah beranak 3...
perubahan x de la..

Jln masih mcm 2 jgk..
tp kalau di bandingkan ngan penang.. s'ban lg ok..
tgk le apa perubahan nye s'ban nnt.. kok mcm tu jgk x pyh jd bandaraya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 01:36 PM | Show all posts
seremban nak jadik bandaraya?????
peruntukan kerajaan pusat akan bertambah.....tapi aper yg bertambah kat seremban tuh?
yg aku prasan bler balik....jalan ada lawa skit la.jalan2 baru kat dpn spital,kat area sikamat tuh mmg dah lawa.
kolam ikan tgh bandar biler nak kasi clear???nyemak jek...port2 lepak nepal/bangla kat depan KM Plaza tuh ntah aper la motifnyer.
kalo status bertukar....mau naik segala cukai.abislah mak ayah aku nak bayar cukai pintu.
harga makanan kat kedai makan mau naik gak....mcm kat JB nih.
tu bangunan aper yg xsiap sebelah padang KGV tuh....biler nak kasi clear???dolu2 memekak je psg piling masa aku nak blaja....last2 hampeh yo!

ada baik dan buruk gak kalo naik jadik bandaraya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 01:22 AM | Show all posts
mungkinkah kolam renang saiz olimpik tu akan dijadikan taman ala central park kat ny nun selepas seremban jadi bandaraya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2008 02:08 PM | Show all posts
apapun aku nampak laa juga perubahan ketara kat negeri sembilan nie...

banyak jalan baru di buat di seremban... utk mengalihkan jem...

kalau nak kira bandaraya... bukan pokan seremban jer kita kena tgk...
kena tgk daerah seremban tu secara keseluruhan maa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 10:17 AM | Show all posts
Nostalgia 112 tahun MPS

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
[email protected]


PEMANDANGAN indah bandar Seremban yang dahulunya dianggap pekan 'koboi' kini bertukar wajah dan bakal mengecapi status bandar raya pada tahun 2010.

SEREMBAN 7 April - Jika faktor usia dijadikan kayu pengukur sesebuah agensi kerajaan, maka umur 112 tahun dilihat sesuatu yang cukup matang dalam menyalurkan perkhidmatan terbaik.

Oleh itu, sambutan ulang tahun Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang ke-112 wajar menjadi contoh kepada sebuah pentadbiran pihak berkuasa tempatan ke arah kecemerlangan, sekali gus memburu gelaran sebuah bandaraya menjelang 2010.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, dengan kepercayaan warga Seremban terhadap pentadbiran MPS ini, maka amat wajar sekali beberapa gerak kerja dipertingkatkan supaya imej ke arah bandar raya itu dapat direalisasikan.

''Kita mahu menjadikan Seremban sebuah bandar kosmopolitan dengan penggabungan dua entiti iaitu MPS dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Kita berharap ia akan menjadikan seluruh tenaga kerja lebih matang seperti usia MPS yang ketika ini 112 tahun," katanya di sini baru-baru ini.

Abd. Halim berkata, melalui pelaksanaan infrastruktur tersusun, pelan pembangunan terancang serta kemudahan yang dipertingkatkan selain pemasangan kamera litar tetutup (CCTV) di lokasi strategik di bandar ini, ia akan mencerminkan wajah baru Seremban menjelang tahun 2010.

''Banyak projek sedang dirancang termasuklah mewujudkan sebuah Jabatan Hal Ehwal Komuniti," kata beliau.

Jabatan itu berteraskan 'keprihatinan' dengan orang ramai menjadi sofware, yang mana jabatan ini berfungsi untuk melihat permasalahan penduduk, keselamatan, kemiskinan, pembangunan belia, aduan, kaum, ibu tunggal dan warga emas.

''Keharmonian dan kesejahteraan bandar Seremban ini perlu diterjemahkan melalui kecekapan kerja kakitangan MPS dan apabila bergabung kelak, ia juga akan melibatkan kakitangan MPN.

''Mereka perlu menanggung beban tugas yang lebih mencabar dan sebab itulah kita mahu memastikan agenda sumber manusia MPS dan MPN ini diperkasakan melalui latihan dan program peningkatan kualiti kerja," katanya.

Beliau berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh semua warga kerja MPS ialah penyediaan perkhidmatan tersusun, kebajikan, sistem aliran trafik, pelesenan, pengurusan projek, landskap, cukai, kawalan bangunan dan sebagainya.

''Pengurusan pelanggan amat penting untuk memastikan orang ramai kembali yakin dengan perkhidmatan yang diberikan.

''Majlis ini sentiasa membuka ruang kepada orang ramai untuk membuat sebarang aduan, di mana kami menganggap ia sebagai satu maklum balas yang positif dalam memperbaiki kelemahan," katanya.

Apa yang pasti, usia 112 tahun itu sudah cukup memberikan kematangan kepada pentadbiran MPS, sekali gus membawa kepada satu perubahan dalam pembanguan dan kemajuan untuk bergelar sebuah bandar raya menjelang 2010.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 10:20 AM | Show all posts
MPS wajar punyai galeri sejarah sendiri

SEREMBAN 7 April - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) seharusnya mempunyai sebuah galeri sendiri untuk menyimpan segala artifak dan dokumentasi sejarah penubuhannya setelah usianya kini mencecah 112 tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengumpulan artifak, gambar, dokumentasi dan sebarang perihal serta penceritaan sepanjang penubuhan pihak berkuasa tempatan dalam tempoh itu hendaklah diperhalusi supaya menjadi rujukan di kalangan penyelidik dan generasi masa hadapan.

''Banyak sejarah yang telah berlaku di kawasan bandar Seremban ini. Bermula dengan kehidupan masyarakat Melayu lampau sehinggalah kepada pembangunan holistik menuju sebuah bandar raya.

''Semua ini hendaklah dibuat dalam bentuk sejarah dan pengumpulan artifak supaya ia menjadi asas dan bukti pembangunan bandar Seremban yang lama kepada moden," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, galeri berkenaan hendaklah dibuat di kawasan tumpuan orang ramai dan menjadi satu lagi lokasi tarikan pelancong ke bandar ini selain apa yang telah dibangunkan seperti Taman Tasik, Dataran Seremban dan sekitar kawasan pemuliharaan bangunan warisan.

''Perkara ini perlu dibuat segera sejajar dengan hasrat penggabungan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai menjadi satu entiti ke arah penubuhan sebuah bandar raya Seremban menjelang 2010," katanya.

Pada masa yang sama juga, beliau mahu segala pembangunan yang berlaku di bandar ini dibuat dengan lebih terancang supaya pertumbuhannya dapat diselaraskan dengan keperluan dan kesejahteraan rakyat.

''Ketika kita mengejar sebuah pembangunan yang rancak, kita tidak harus melupakan kepentingan rakyat. Sebab itulah mewujudkan rumah mampu milik, prasarana, kemudahan jalan raya, peningkatan mutu perkhidmatan menjadi agenda kerajaan.

''Kita mahu semua penjawat awam mengutamakan hubungan baik dengan rakyat dan memberi segala perhatian kepada mereka demi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, bersatu dan sejahtera," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:47 PM | Show all posts
Wahahaha... cita2 besar... somban nak jadi bandarayo? sampai ke nilai? aiyo laa... buek la buek.. den nengok yo.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 06:36 PM | Show all posts
buek yolah...
den tgk nogori 9 ni lah nogori yg slalu kono pinggir kan jo...
apo2 program seluruh negaro buek kek nogori slalu x dipilih....
alasan eh sobab nogori 9 dokek ngan kl...hampes....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 06:37 PM | Show all posts
N9 ... takder paper da ....
Hotel yg ada ... Royal adelphi, Seri Malaysia ngan satu lg ... aper nama ..
Shopping complex ....Giant Senawang, JJ, Seremban Parade ngan terminal one ....tempat lepak2 bangla ngan Indon ..
bangunan tinggi2 ... braper jer yg ada ...

Prasarana lain .... ntah ....
aku tak nampak per yg majunya sampai leh naik status bandaraya ....
Pembangunan pon klau compare ngan Melaka ... jauh ketinggalan ...
Sampah bersepah2 ...

Sebelum naik jadi bandaraya ....
wat la somthing yg boleh di gahkan ...

malu eh kalau jadi Bandaraya ....
tapi cam tadak aper2 ...
Kalau ikut poll kat CI ari tu .... Bandar yg paling mundur ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by Jesse_Mccartney at 10-4-2009 18:37
N9 ... takder paper da ....
Hotel yg ada ... Royal adelphi, Seri Malaysia ngan satu lg ... aper nama ..
Shopping complex ....Giant Senawang, JJ, Seremban Parade ngan terminal one ....tempat  ...

ya lah..
seremban nak jadi bandaraya?metropolitan?this is a joke..
aku tgk seremban tu tak mcm bandaraya apatah lagi metropolitan..even mcm bandar pon tak..
mcm pekan ada la..

bukan nak merendahkan hometown aku sindri..tapi hakikatnya seremban mmg tak membangun..projek tinggal banyak..memalukan kalau seremban jadi bandaraya dlm keadaan sekarang ni..kalau projek2 tinggal kat seremban ni kembali dibangunkan dan siap 100%,maybe i'll change my mind..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 10:05 AM | Show all posts
memang takde pape kat semban tu

tpt lalu lalang jer

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:06 PM | Show all posts
Somban eh, sodeh den nengok. Cam itu juo maso den tinggal kek sano sampailah den bohijrah kek Saghawak, sampai den balek somulo kek somonanjung, Somban totap cam itu juo.

MPS kono duduk mikerkan napo oghang kek Somban pun tughun kek KL maso ari minggu ... apo sobab eh?

Udah tontu pasal pombangunan kek Somban yg idak ponah siap2, byk eh yg tobongkalai, buek monyaketkan ati monengok eh ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 10:59 PM | Show all posts

Balas #35 robotech\ catat

den dah nak balek kampung Pilah.Biar den duduk kampung berulang kojo kek Somban...den taknak jadi subahat nengok bondo-bondo maksiat jadi dopan mato nih..kalau kek kampung nengok binatang yo yang buek maksiat...lopeh ni nengok maknusio lak...tak sanggup den doh....biarlah den boghalah dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 02:39 PM | Show all posts
Agak2 nyo napo...nogori 9 x maju...
kerajaan nogori tido kah??:@
atau mmg xde luck....
atau bentuk muka bumi yg bbukit bukau...elok tanam pokok gotah yo...
yg dmaksudkan seluruh nogori 9 (Dari seromban sampai gomeh x maju)  
bkn seromban jo...yo....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 08:16 PM | Show all posts

Reply #28 Syd's post

cehhh gamba tu cam kolam eh cantik bonar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 06:40 PM | Show all posts
Kulam bosa eh kan bagus dibuek kulam ikan ... bulih den balik Somban ari minggu poie mancing ... haaa, buek skit khemah ko, kasik yo caj RM 15 sojam ko, hahhhh, musti ramai kaki mancing turun kek Somban poie mancing kek kulam eh ...

Ado gak pekdah ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 08:38 PM | Show all posts
apo yang kito lihat kek seromban nih semuo ehhh peniggalan enchek Isa Samad.... bagi den lah kan dio nih laaa yang menjahanam kan seromban dan nogori sembilan khusus nyo.... kalau nak compare seromban dongan ibu negeri selatan yang laen; shah alam, melaka, jb...memang jauh ketinggalan negori sembilan nih dongn nori selatan yang laen....

tapi nasib baek laahh enchel Mohamad Hassan amik alih...sojak beliau MB nih, jalan sosak kek rasah nun dah dibosarkan, jalan rahang-tampin pun tongah dibosarkan, ado beberapo projek tergendalo dah disambung balik(walaupun tak semuo)... tapi yang memang tak boleh nak kaver tuh memang tasik bosar sebolah terminal one tuh...
dulu2 orang sobut jo taman tasik seremban, semuo oghang tahu kek mano, dokek dongan masjed noguri....sekarang nih sumuo ehhh menuding dokek tasik nyamuk seromban tuh.....
ado ko patut pogi ghuntuhkan sekolah semato2 nak buek tasik yang takdo paedah ehhh tuh.... tak pasal2 seromban dah ado 4 tasek...tasik nyamuk, taman tasik, tasik paroi, tasik seromban 2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.180569 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list