CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: yipun78

Kerajaan tak abai kebajikan ATM

[Copy link]
Post time 19-9-2008 08:46 AM | Show all posts
woit..

jgn la berpolitik kat sini.

tak puas lagi ka dok berpolitik kat bod LP dgn CI?

cukup la tu,

tolong la jgn berpolitik kat sini.

wa bosan tul la dgn politik nih...

ATM tak memihak kpd mana2 parti dan taat setianya hanya kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Period.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 09:29 AM | Show all posts
Anggota, pesara ATM cedera terima skim baru

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Seramai 325 anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan atau hilang upaya kekal semasa berkhidmat bakal menerima Skim Faedah Hilang Upaya Kekal baru, bermula awal tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, penerima-penerima itu merangkumi anggota, pegawai dan para pesara ATM yang mendapat kecederaan mulai Januari 2001.

''Kerajaan meluluskan pembayaran skim baru ini buat anggota tentera yang hilang upaya dan cedera kekal berkuatkuasa pada 1 Januari 2001.

''Pembayaran kepada anggota tentera yang masih berkhidmat dilakukan secara berperingkat mengikut keputusan persidangan Lembaga Perubatan manakala bagi pesara, ia akan dilakukan bermula Januari 2009," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan penyampaian simbolik cek skim baru tersebut kepada sembilan penerima di sini hari ini.

Antara kelebihan skim baru ini ialah nilai pampasan yang lebih tinggi dan penentuan bayaran ex-gratia dibuat berdasarkan gaji hakiki, Elaun Khidmat dan Imbuhan Tetap penerima, berbanding skim lama yang hanya mengambil kira gaji hakiki penerima semasa kejadian.

Selain itu, bayaran ex-gratia skim baru bagi kes hilang upaya 20 peratus ke atas dilakukan secara pukal dan bulanan, berbanding skim lama yang hanya menetapkan pembayaran pencen hilang upaya bulanan sahaja.

Seorang penerima, Koperal (B) Nazni Hashim, 43, tidak menyangka sistem pembayaran ex-gratia yang diterimanya hari ini dibayar secara pukal dan bulanan.

''Alhamdulillah, saya menerima pembayaran ini sebagai rezeki anak-anak," katanya yang baru bersara daripada perkhidmatan Julai lalu.

Nazni yang cedera di kedua-dua lututnya semasa satu latihan payung terjun pada 2002 menerima pampasan berjumlah RM24,316.

Sementara itu, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Nurul Amir Othman, 31, tidak sabar-sabar untuk kembali mengendalikan pesawat Nuri walaupun kini mengalami kecederaan kekal di tangan dan kaki kanannya.

''Mengenai jumlah pampasan yang saya terima tidak perlulah didedahkan tetapi yang penting saya yakin telah pulih dan berupaya untuk menerbangkan pesawat semula," katanya bersemangat.

Nurul Amir terlibat dalam nahas udara Nuri pada Ogos 2004 di Bakelalan, Sarawak, semasa menerbangkan bekalan makanan dan keperluan lain kepada Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Miri.

Bagi Pegawai Waren II Kumaravel Saminathan, 43, dari Tentera Darat, beliau bersyukur dengan pampasan wang pukal serta tunggakan yang diterimanya hari ini.

Beliau yang mengalami kecederaan kekal di tulang belakang dan tengkuk berterima kasih kepada kerajaan kerana turut menjaga kepentingan para anggota tentera yang bukan dari kalangan bangsa bumiputera.

''Anggapan dan tafsiran orang ramai yang mengatakan kerajaan hanya mengambil kira kepentingan kaum Melayu dan bumiputera semata-mata ternyata meleset dan tidak benar," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #21 tin's post

bukan apa...tentera n rakyat berpisah tiada....rakyat n politik berpisah tak boleh....pemerintah n rakyat n tentera tak akan berpisah....  so sikit2 tempias ler jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by tenteng at 19-9-2008 09:29
Anggota, pesara ATM cedera terima skim baru

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Seramai 325 anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan atau ...


boleh ke TUDM benarkan pilot tu terbang balik walaupun cacat ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 08:40 AM | Show all posts

Reply #24 razhar's post

Boleh..kena pulak kalau ada perancangan pakai UAV..heheh
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051643 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list