|
pernah terbaca dekat mana ntah
punca harga buku luar mahal sbb kerajaan takde polisi wajibkan pencetakan semula
buku2 nih dalam malaysia
maksudnya buku2 english nih ambik direct dari oversea...so that's why laa cost dia tinggi sangat
kalau kerajaan ada polisi suruh cetakkan balik dalam malaysia
harga buku english mesti turun jadi belasan ringgit jek |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lady_nF at 18/3/2008 08:07 AM
pernah terbaca dekat mana ntah
punca harga buku luar mahal sbb kerajaan takde polisi wajibkan pencetakan semula
buku2 nih dalam malaysia
maksudnya buku2 english nih ambik direct dari oversea.. ...
nak mintak tolong sapa settlekan masalah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau cerita ceriti pasal harga buku ni, sebenarnya banyak pihak kena main peranan
bukan sekadar seperti ayam jantan berkokok, tapi tak buat apa-apa
pihak publisher, kena kaji harga buku terbitan penulis-penulis malaysia sendiri.
pihak kerajaan, kena usulkan mengenai penurunan harga buku.. pandai-pandailah nak turunkan tax on imported books ke. ini nak galakkan orang membaca, tapi usaha untuk turunkan harga buku tu takde
pihak bookstore, aku tengok dah banyak gak usaha deme.. sebab untung bookstore tak amik banyak, biasanya 10% from the stated book price. banyak promotion macam borders, buy 2 books, free 1 book. discount bila jadi member bookstore etc etc..
pihak consumer, berapa kali dah menulis pasal harga buku mahal. mmg la tak sanggup nak beli bila fikir harga sebuah buku. tetapi nak enrich knowledge.. cuma cost of living makin tinggi ni buat ktia terfikir banyak kali bila hendak membeli buku
pihak library, hehehe.. boleh tak tolong update katalog library tu? biarlah up to date sikit buku-buku kat library! ini, pergi jenguk perpustakaan negara pun tak seronok.. takkan takde manager yang pilih buku (content editor/ book selection manager) kat situ? sambil-sambil tu pergilah tanya opinion orang awam bahan bacaan apa yang sesuai untuk diletakkan dalam lib
pihak penulis, dah-dah le letak harga buku tinggi.. tak semestinya dah famous, kau boleh letak sebijik buku RM 100+! yang membeli, kami jugak.. yang kaya, anda jugak.. kang buat gelombang rakyat, baru padan muke kome. boikot beli buku depa.. hehehe
[ Last edited by limau_nipis at 18-3-2008 09:11 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila minat yg tinggi ada, harga bukanlah menjadi faktor penghalang utama, cuma soal cepat & lambat saje....tetapi akan tetap berusaha utk mendptkannya ...
harga novel2 tempatan di Msia masih diperingkat mampu dimiliki oleh para pembaca, tidak lagi sampai ke tahap harga yg dikategorikan melampau....
sokongan kpd para penulis tempatan dgn membeli karya2 mereka perlu demi memastikan dunia penulisan tanahair tidak ternoktah begitu sahaja..........negara kita punya ramai penulis2 yg hebat, berbakat, kreatif serta boleh pergi jauh jika diketengahkan hasil karya mereka....:victory: :victory:
diharapkan pembentangan belanjawan negara 2009 pada bulan Ogos nanti , kerajaan akan menaikkan tahap pelepasan cukai keatas pembelian buku/majalah dr RM1000 ke RM2000 sebagai salah satu faktor pendorong utk rakyat Msia juga mungkin memperkenalkan insentif2 lain demi menjayakan matlamat menjadikan masyarakat Msia sebagai masyarakat berilmu..:handshake: :handshake: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 aprilsnow's post
april, ni aku maksudkan makcik JK rowling.. nak beli buku harry potter pun terbeliak biji mata tgk harga masa launching |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 aprilsnow's post
idea yg sangat menarik..
kalau ada sesape/mane2 persatuan yg buat surat appeal kepada menteri utk tujuan ni aku pun mahu join.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 redsinner's post
Red...setiap tahun apabila menghampiri bajet persatuan2 seperti Malaysian Institute of Taxation(MIT),Malaysian Institute of Accounting( MIA),The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan individu2 dari firma-firma percukaian ternama akan dijemput berdiskusi utk memberi cadangan pada Unit Analisis Cukai, Kementerian Kewangan utk isu2 cukai yg dirasakan bermanafaat utk dimasukkan dlm perbentangaan bajet...sebagai individu bebas yg juga berkepentingan dlm negara kita boleh memberi cadangan pada persatuan2 tersebut dgn cara mengemail mereka berkenaan perkara ini....
[ Last edited by aprilsnow at 19-3-2008 12:37 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 coyotemawi's post
entahlaaa
buku2 nih under kementerian usahawan ke?
from universitipts.com
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan: Datuk Saifuddin Abdullah
Dato'Noh Omar adalah Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK). Padatahun 2007, dia merampas jawatan itu, yang sebelumnya sentiasadipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran.
Dato' Noh mahukanjawatan itu sebab kononnya dia waktu itu timbalan menteri pelajaran.Tetapi komuniti buku mempunyai teori lain, iaitu MBKM dapat dijadikantempat membuat lubuk duit, maklumlah kementerian pelajaran mempunyairatusan juta ringgit bajet pembelian buku oleh Bahagaian TeknologiPendidikan (BTP), Bahagian Buku Teks (BBT) dan Pusat PerkembanganKurikulum (PPK).
Banyak gosip mengaitkan Dato' Noh denganprojek pembelian buku oleh BTP pada 2007 yang lalu, yang menampakkanbanyak perkara yang tidak patut berlaku tetapi berlaku.
Nota:Teropong Sifu ternampak seorang kontraktor buku keturunan India (yangmendapat tender BTP) baru sahaja membeli BMW 7.0. Sekarang Dato' Nohbukan timbalan menteri pelajaran lagi. Adakah dia masih mahukan jawatandi lubuk duit itu?
malaysia patut jadi cam india dalam hal2 ilmu gini
india tak benarkan buku2 diimport ke dalam negara dia
unless kalau buku itu dicetak dalam negara
dgn cara tuh, suma orang untung
penerbit untuk, pencetak untung, rakyat pun untung kan
[ Last edited by lady_nF at 18-3-2008 07:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 limau_nipis's post
part cukai tuh
buku-buku yang diimport dari luar negara tidak dikenakan cukai
tapi interestingly, kertas yang digunakan untuk menerbit buku dalam negara kena cukai plak
pasal tuh laa buku2 malaysian pun bleh tahan mahal
part library memang setuju sangat2
rasanya dekat library tuh, top management mmg selalu gi oversea untuk beli2 buku
tapi in the end, sampah2 jugak dimuat dalam library tuh haa
mmg sedih sangat tgk collection library malaysia
sangat tak mengikut zaman kan?
kadang2 title2 classic pon takde |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 lady_nF's post
a'ah buku import dari luar negara x kena cukai
tapi kertas kena cukai--->baru2 ni je cukai tu diperkenalkan tak silap dlm 2003/2004
harga buku bukan diset oleh penulis tetapi publisher.
xde publisher nak cetak(except maybe DBP) buku dari luar negara coz kena bayar copyright yg amatlah mahal--->tapi dlm jangka masa panjang menuntungkan sume pihak---->peluang pekerjaan etc...pembeli/pembaca dpt beli harga jauh lebih murah |
|
|
|
|
|
|
|
budaya masyarakat kita tak membaca. kita yang membaca ni pelik tengok orang tak baca buku. buku yang berkaitan dengan akademik/ untuk ilmu pengetahuan, tak banyak yang diterjemah. yang bersungguh-sungguh pun hanya DBP. malu dengan negara jiran, indonesia..masyarakat mereka kuat membaca. macam-macam buku ada. majalah 'tempo' waktu hampir diharamkan oleh kerajaan indonesia dulu pun, ramai rakyat bangkit untuk demonstrasi. kita? majalah massa yang menceritakan isu semasa tenggelam pun tak rasa apa-apa
buku 'jangan bersedih' tulisan abdullah aidh al qarni dah jadi bestseller kat indonesia, baru masuk malaysia. itupun just lukewarm response. yang beli, tak ramai pun....tengok sahaja trend masyarakat cina dgn melayu. kalau kat kinokuniya, section buku bahasa cina lebih besar dari bahasa melayu. adakah itu tanda kita ni memang tak suka membaca yer?
kerajaan galakkan untuk membaca dengan iklan komersiol perpustakaan negara. tapi perpustakaan pun, macam tak ypdate katalog buku. tahulah banyak bahan ilmiah, tapi aku naik bosan tengok section novel. semua novel zaman tok kaduk. penulis menulis era aku belum lahir lagi...
aku rasa ramai peminat buku kecewa dengan koleksi perpustakaan.
lagi satu, orang kita rata-rata suka baca gosip, suka baca bahan ringan, macam majalah mangga, URTV, remaja. tapi majalah berilmiah sedikit, macam majalah I, terus sambutan kurang.
sedih...sedih... |
|
|
|
|
|
|
|
dari blog jiwarasa: http://jiwarasa.blogspot.com/2008/01/kenapa-malas.html
Kenapa malas?
Mengapa orang Malaysia kurang membaca? Itu pertanyaan saya kepada Pak Jawahir, orang kuat Alam Raya, kedai buku di Jalan Pahang Barat, L, yang banyak mengedarkan buku-buku dan majalah dari Indonesia.
Saya terkejut melihat macam-macam jenis buku dari Indonesia yang dijual di kedai Alam Raya milik beliau. Kami berbincang banyak tentang tabiat membaca kedua-dua di Indonesia dan di Malaysia. Di Indonesia, aktiviti terjemahan sangat rancak. Berbagai-bagai genre buku yang telah diterjemahkan dari berbagai bahasa ke Bahasa Melayu Indonesia. Perbincangan dan perdebatan khalayak di Indonesia juga bercabang banyak. Adakalanya terlalu kompleks sehingga boleh memeningkan kepala orang luar yang mahu membuat kajian. Pemikiran Islam di Indonesia sebagai contoh telah melahirkan bermacam-macam aliran pemikiran yang rencam.
Kata Pak Jawahir, di Indonseia, berkhutbah sewaktu Solat Jumaat adalah perkara biasa bagi semua orang. Saintis biasa berkhutbah di sana, dan isi khutbahnya bukan tentang isu-isu biasa seperti di sini. Khatib di sana berkhutbah tentang dunia sains, penemuan sains dan wahyu, mengkaji Sains dan hubungannya dnegan Al-Qur抋n.
Khatib di Malaysia tidak berkhutbah, tetapi membaca teks khutbah. Tanpa teks tidak ramai yang boleh berdiri tegak tanpa lutut menggeletar dan berpeluh dingin di mimbar. Isu yang dibincangkan pun isu-isu ringan. Isu-isu yang selamat yang tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa walaupun orang yang memang sepatutnya disinggung. Teks khutbah di Malaysia menepati syarat resepi untuk mendodoi jemaah pendengar untuk tidur.
Bukan sahaja khutbah, perbicangan khalayak di Malaysia juga berkisar benda-benda ringan. Isu-isu yang dibincang adalah isu-isu pop dan ringan. Tengok sahaja kandungan perbincangan di internet. Tengoklah kandungan blog-blog penulis berbahasa Melayu di internet. Ya, memang bilangan blog berbahasa Melayu sudah meningkat. Namun berapa banyak yang punya kandungan yang bagus? Berapa banyak pula yang menulis menggunakan bahasa yang baik?
Berapa banyak blog yang menulis dengan bahasa yang hodoh, dan mereka ini bukan lulusan sekolah atap. Sekurang-kurangnya ada SPM. Lulusan universiti, ada ijazah malah ada yang punya doktor falsafah, tetapi blognya langsung tidak membawa manfaat kepada pembaca. Berapa banyak blog pemegang ijazah yang hanya menulis tentang berapa kali makan dan berak dalam satu hari.
Berapa banyak blog yang tuannya punya sarjana tetapi tidak boleh ditumpang kesarjanaannya. Tidak ada langsung tulisan yang boleh diambil manfaat. Tidak ada langsung hasrat mahu memandaikan bangsa. Bahasanya hodoh, sekerat bahasa ibunda sekerat bahasa asing, sekerat putih sekerat hitam macam panda. Bahasa utamanya bahasa pasar dan bahasa sms, dan mereka semua ada sijil!
Blog orang kita dalam bahasa Inggeris pun boleh dikira yang betul-betul bermanfaat. Lebih banyak mencarut dari yang bercerita menyampaikan ilmu.
Itulah realiti masyarakat kita. Masyarakat yang malas membaca. Malas berfikir. Zaman berfikir berhenti sejurus keluar dari dewan peperiksan di hari terakhir di universiti. Segulung ijazah jadi lesen untuk berhenti membaca.
Kenapa orang Malaysia malas membaca? Kenapa orang Malaysia malas berfikir?
` Mungkin kerana orang Maaysia sudah hidup senang, sudah hidup mewah. Kesenangan hidup sudah tidak memerlukan orang membaca lagi. Apa guna membaca dan berfikir yang berat-berat, kerana sudah ada segala-galanya. Ada rumah besar, kereta besar. Apa guna lagi pening kepala berfikir benda yang berat-berat? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mardhiah12 at 19/3/2008 10:15 AM
budaya masyarakat kita tak membaca. kita yang membaca ni pelik tengok orang tak baca buku. buku yang berkaitan dengan akademik/ untuk ilmu pengetahuan, tak banyak yang diterjemah. yang bersungguh ...
lagi satu, orang kita rata-rata suka baca gosip, suka baca bahan ringan, macam majalah mangga,
URTV, remaja. tapi majalah berilmiah sedikit, macam majalah I, terus sambutan kurang.
majalah apa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 coyotemawi's post
baru sebut
dah ada orang tak tahu
majalah I ni macam majalah agama & falsafah
terbitan karangkraf
ni website dia: http://karangkraf.com.my/e-majalah/i/
ramai penulis top menulis di situ, termasuk ustaz hasrizal (saifulislam.com) & faisal tehrani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bende balik pada soal minat dan adakah orang lihat membaca itu sbg satu keperluan atau tidak.....orang tk bleh hidup tanpa tv,tk bleh hidup tanpa kereta,tk bleh hidup tanpa hp,dan tk bleh hidup tanpa astro...ironinya ada yg aku sebutkan tu sebelum ini tdk pernah pn menjadi sebahagian dlm hidup kita.tp apabila masa beredar,persepsi dh berubah dari satu yg sampingan kepada keperluan, maka harga bukan halangan lagi...
yg kita kene ubah yg ialah persepsi orang terhadap membaca.itu paling utama..nk membaca ada banyak kaedah,bukan semestinya dengn membeli buku...pinjam ngn rakan boleh,di library boleh, secara online pn boleh...
ini nk spend RM1.50 utk membeli srtkhabar pn berkira.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 aprilsnow's post
i think i've heard of it because masa dulu aku langgan majalah The Economist utk 3 years aku kasi resit kat ayah.
ayah kata thanks alot because it waived a little bit from the tax. then i know boleh simpan resit beli buku pastu compile utk tax relief.
alhamdulillah!
but still it'll be better kalo buku2 kat mesia ni turun harga 50% terus! rakyat pun boleh jadikan buku sbg komoditi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|