CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: niy

MOTHERS ARABIAN NIGHT WITH MAWI , NABIL & HELIZA

[Copy link]
 Author| Post time 19-5-2008 12:19 PM | Show all posts
tak ada laporan ke pasal show ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 07:57 PM | Show all posts
ni citer psal show tu walaupn tajuknya tak tulis nma mawi...

Nabil dan Heliza pilih Stacy sebagai juara AF6

mStar.com.my 19-05-2008 03:49:05 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KETIKA keenam-enam pelajar Akademi Fantasia musim keenam iaitu Stacy, Nadia, Riz, Nubhan, Toi dan Stanly sedang berhempas pulas untuk menjayakan Konsert minggu kesembilan pada malam Sabtu lalu, penyanyi popular Mawi, Heliza dan Nabil Raja Lawak 2 juga menghadapi situasi yang sama untuk meraikan sambutan Hari Ibu di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh.

Dalam Mawi, Heliza dan Nabil membuat persembahan, antara mereka masih ada yang mengingatkan penonton tentang AF.

Contohnya, Nabil tidak jemu-jemu menyebut tagline "Oklah tu!" yang digunakan oleh kakak penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida yang sudah tersingkir pada Konsert AF minggu kelima.

Mawi juga ada menyebut nama Mama Rina iaitu pelajar berusia 44 tahun yang disingkirkan pada minggu keenam semasa mereka mengajak penonton bermain game 'Mumia' dengan menggunakan tisu tandas.

Sudah namanya program realiti, program terbitan Astro yang telah dianjurkan sejak lima musim lalu memang memberi sedikit sebanyak impak kepada orang ramai dari yang kecil hinggalah ke golongan dewasa.

Namun, sejauh mana kejayaan pada musim-musim lalu bisa berulang lagi sementelah AF musim keenam ini dikatakan seperti sudah hilang punca dan tenggelam dek arus perubahan citarasa khalayak yang sememangnya dahagakan pembaharuan bermakna.

Bukan ingin mengatakan bahawa AF6 tidak mendatangkan apa-apa makna kepada penonton, tetapi 'input' dan 'output' yang diberikan kurang menunjukkan 'kesegaran' yang betul-betul diinginkan seperti sewaktu program ini 'menjajah' diri penonton seketika masa dahulu.

Majoriti pembaca mStar sudah bosan dengan AF6 setelah undian dilakukan. Kali ini kita tanya, apa pula kata Heliza dan Nabil tentang prestasi AF6 dan telahan siapa yang bakal bergelar juara pada konsert final pada Sabtu ini?

"Saya tak berapa tengok konsert AF sebab tiada TV di hostel. Kadang-kadang sahaja saya tengok di rumah warden asrama. Itupun ada dalam sekali dua.

"Saya rasa ok sahaja dengan kehadiran mereka kerana takkan saya tak sokong rakan-rakan satu platform.

"Tentang 'kejutan' dalam AF6, saya rasa memang dah boleh jangka. Manakala tentang graf kedudukan pelajar pula memang susah untuk jangka kerana kadangkala pelajar yang pada mulanya dilihat berada di kedudukan 'selamat' pun boleh tersingkir di akhirnya.

"Saya tengok Nadia, Stacy atau Riz mempunyai harapan untuk bergelar juara. Tetapi jika ditanya tentang pilihan saya, saya pilih Stacy sebagai juara AF6 nanti.

"elajar lain pun ada yang mempunyai nada suara yang sedap iaitu Nubhan," beritahu Heliza seusai majlis tamat dan hos AC Mizal mengumumkan penyingkiran Stanly dalam konsert kesembilan pada malam itu.

Bukan sahaja Heliza, malah Nabil juga memberikan jawapan yang sama apabila memilih Stacy sebagai juara AF6.

"Saya tidaklah selalu mengikuti perkembangan AF6 namun apabila masa terluang saya ada menonton siaran ulangan Konsert AF6.

"Saya lihat pelajar yang berbakat dalam AF6 adalah Nadia dan Stacy. Untuk juara, saya pilih Stacy," ulas Nabil.

Apa pula komen Nabil apabila ramai yang berpendapat AF6 nampak suram dan kurang 'aura'?

"Saya rasa mungkin faktor pengacaranya. Kalau dulu, orang suka tengok AF sebab ada Aznil. Apabila AC Mizal menjadi hos musim ini, mungkin orang akan letak tahap yang tinggi agar AC boleh jadi sehebat Aznil.

"Tetapi, saya sukakan kedua-duanya. Jadi, saya tak nampak faktor untuk membezakan kedua-duanya. AC juga mampu menjadikan AF6 menarik. Dia mempunyai cara yang tersendiri dan sempoi.

"Seperti program Raja Lawak musim pertama, orang nampak ia kurang menarik kerana masih baru. Namun, apabila masuk Raja Lawak kedua semakin mendapat perhatian kerana ramai yang sudah tahu.

"Tetapi, terbalik pula dengan AF. Walaupun sudah masuk musim kelima, orang nampak suram mungkin berdasarkan pemilihan peserta. Jadi, mereka yang terpilih harus buktikan samada boleh buat atau tidak.

"ada pandangan saya, AF sekadar memberi peluang kepada bintang baru untuk menyanyikan lagu yang diberikan oleh pengetua sahaja.

"Saya rasa kalau mereka bagi lagu untuk digubah oleh pelajar, ia boleh membuatkan mereka berfikir dan menonjolkan kreativiti masing-masing dengan menghasilkan lagu yang baru dan lebih menarik. Itu barulah mencabar," jelas Nabil lagi.

Komen Mawi tidak sempat diambil disebabkan beliau terus meninggalkan majlis selepas persembahannya selesai. Menurut pihak penganjur iaitu Anugerah Amal S/B dan Al-Najwa Productions Sdn. Bhd., Mawi terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana perlu menghadiri majlis pelantikan beliau sebagai duta produk DCL keesokan harinya.

Nabil tak 'demand'

Nabil pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau ingin berlakon dengan pelakon hebat seperti Sharifah Amani dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie terbitan SDAF Pictures Sdn. Bhd.

Namun, ada sesetengah pihak yang tersalah tafsirkan kenyataan tersebut dengan mengatakan Nabil demand untuk berlakon dengan pelakon 'gred A' seperti Amani.

"Sebelum ini, saya ada putuskan untuk berlakon dengan  Sharifah Amani dan Maya Karin. Saya hanya berkata sedemikian kerana rasa mereka ini ada 'chemistry' dan mampu bekerjasama dengan saya.

"Namun, setakat ini SDAF belum mengumumkan siapakah pelakon wanita yang akan berganding dengan saya.

"Tentang perkembangan lain, saya mungkin akan berlakon filem tersebut setelah selesai berlakon filem Sifu arahan Prof. Razak Mohaideen," terang Nabil yang bakal bergandingan dengan pelawak popular Saiful Apek dalam filem itu.

'Arabian Night' menghiburkan!

Tema majlis yang meraikan Hari Ibu itu iaitu Arabian Night memang sinonim dengan kostum ala Arab di mana Nabil dan Mawi masing-masing menyarungkan serban.

Manakala Heliza tampil sopan dan ayu dengan baju kurung moden dan tudung berwarna merah jambu tajaan Al-Najwa Production Sdn. Bhd.


Heliza mendendangkan tiga buah lagu (Foto mStar oleh Siti Azira)

Nabil juga memakai pakaian tajaan Al-Najwa dan Mawi pula dengan sut tajaan butik Jakel.

Kehadiran 450 orang pada malam itu dihiburkan dengan upacara gimik sedutan dari filem Ali Baba Bujang Lapok sebagai persembahan pembuka oleh staf hotel tersebut. Selepas itu persembahan diteruskan oleh penyanyi nasyid Ikhwan.

Heliza mula menghangatkan majlis melalui persembahan nyanyian lagu Wassini dan Sejakku Bertemu Padamu.


Mawi dan Heliza berduet lagu Doa Dalam Lagu

Selepas itu, Nabil mula mengambil alih pentas dengan cerita tentang Hari Ibu. Persembahan anak muda ini pasti membuatkan ramai penonton bergelak ketawa dengan lawaknya yang bersahaja.

Dengan satu perkataan "mak" sahaja, Nabil mampu merungkaikan dan memanjangkan perkataan tersebut sehingga menjadi cerita yang menarik dan mampu membuatkan orang ketawa. Katanya, "Setiap masa saya ingat mak".

Kemeriahan majlis diteruskan dengan game 'memecah belon' antara ibu dan anak. selepas itu, beliau mengajak penonton bergelek dan menyanyikan lagu Arab secara 'miming'. Peserta yang 'sporting' berjaya membuatkan game yang dilakukan berjalan dengan lancar.


Aksi Mawi dan Nabil di pentas mampu membuat penonton terhibur

Lebih menarik apabila seorang peserta bernama Yati tanpa segan silu bergelek sakan sesuai dengan pakaian berambu-rambu yang dipakainya.

Kemunculan Mawi sememang dinantikan penonton. Beliau memulakan persembahan dengan lagu Ya Salam. Selepas itu, beliau berduet dengan Heliza melalui lagu Doa Dalam Lagu.

Seterusnya, beliau mendendangkan lagu Nourel Ain yang pernah disampaikannya ketika menyertai konsert AF3 lalu.

Selepas itu, penonton dihidangkan dengan game 'mumia' di mana enam orang dijemput ke pentas untuk membalut pasangan masing-masing menggunakan tisu tandas.

Mawi mengakhiri persembahannya dengan mendendangkan dua buah lagu yang dimuatkan dalam albumnya iaitu Al-Jannah dan Aduh Saliha.

Hadiah untuk ibu

Sebelum majlis berakhir, Nabil dan Heliza sempat menyampaikan hadiah kepada ibu mereka.

Nabil membuat kejutan dengan memberikan rantai Habib Jewel, sebuah beg tangan dan set minyak wangi.

Manakala Heliza pula menghadiahkan ibunya iaitu Latifah Mohamad, 47 dengan sekampit beras.

"Ini merupakan kali pertama saya menghadiahkan beras untuk ibu saya. Ianya sekadar simbolik kerana ibu dan abah memberi saya makan dari kecil. Lagipun harga beras sekarang dah naik," ujar Heliza Helmi, 22.

Hanya ibu bapa Nabil dan Heliza sahaja yang kelihatan pada malam itu. Sementara itu, ibu Mawi tidak hadir di majlis yang berakhir dengan nyanyian beramai-ramai oleh Heliza, Nabil dan Mawi melalui lagu Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 08:03 PM | Show all posts
botak bagi apa kat mak melah ??? bagi  menantu "hantu" ka ??
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 18-4-2008 11:12 AM
Mawi dgn Nabil ni tak abih-abih tumpang populariti Heliza

Tapi aku perhatikan ... mawi dan heliza yg tumpang fufularity nabil :re: :re: :re:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by cikgu_murni at 19-5-2008 08:13 PM

Tapi aku perhatikan ... mawi dan heliza yg tumpang fufularity nabil :re: :re: :re:


Fofular ke Nabil tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 20-5-2008 08:32 AM


Fofular ke Nabil tu ?


Dini ni kan sape je yang dikaitkan ngan heliza pasti dia tak suka tau... die aje yang sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2008 11:07 AM | Show all posts

Reply #25 houdini's post

nabil baru nak naik... takyah la nak banding ngan mawi kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by mdmju at 20-5-2008 09:14 AM


Dini ni kan sape je yang dikaitkan ngan heliza pasti dia tak suka tau... die aje yang sesuai


Mestilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 20-5-2008 11:07 AM
nabil baru nak naik... takyah la nak banding ngan mawi kan...


Dua-dua bidang berlainan pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:25 PM | Show all posts

Reply #29 houdini's post

yela... tp ade fanatik sendiri beria2 nak nengok mawi tersembam menyembah bumi.... klau dah tak minat tu... beransur2 la bawa diri hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 12:32 PM | Show all posts
wah.....dah ada review......

tq:flower:

busy lagi dak motak tu ek.....tapi ada org kata dah suam.....;)
rezeki memasing kan?...... tambah lagi jadi duta produk
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #30 dino's post

HUKHUIKhuk.................. abe dino kata kat i ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 04:24 PM | Show all posts

Balas #32 sRbA\ catat

ala terasa ke.... abe refer yg masih berdendam ngan mawi tuh....
biarla die tentukan hidup die hikhik.... kite dah puas tegur kan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 20-5-2008 04:24 PM
ala terasa ke.... abe refer yg masih berdendam ngan mawi tuh....
biarla die tentukan hidup die hikhik.... kite dah puas tegur kan....


dino dah tegur ke??..tegur kat sini , mawi tak dengarlah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 08:10 PM | Show all posts
meh ...layan gambar si puteri ngan ....mawweekkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by chami at 20-5-2008 08:10 PM
meh ...layan gambar si puteri ngan ....mawweekkk
http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_ffd1c261-c0a85062-ee21f500-76c4226c/1/mawi-heliza.jpg


ni yang bagi dini lagi panas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 03:35 AM | Show all posts
tak ada gambar lain ke...gelap je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:35 AM | Show all posts
macam pak arab dah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:55 PM | Show all posts
Tak de ke gambo Ija kat korea?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058554 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list