CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DecK

Surat Wasiat

[Copy link]
Post time 8-5-2008 11:00 AM | Show all posts
mak aku dah wasiat kalau dia ninggal nanti, bahagikan harta dia secara adil 50-50% tapi takde hitam putih le, wasiat mulut je.

mak aku taknak ikut faraid sbb nnt aku dpt sket sbb aku pompuan, adik aku laki. kitorg 2 badik je. blh ke pakai cara wasiat mulut ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 11:07 AM | Show all posts

Reply #1 DecK's post

elokla nak buat wasiat tu..btw Deck's..kalau ko ada tatoo kat badan tu cam kat ko nye avatar baik ko gi buang k..kang susah dorang nak uruskan mayat ko...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #19 kikilalat's post

Sebab - sebab perlu ada wasiat.

Sebenarnya wasiat adalah sangat penting kerana ia dapat memastikan bahawa semua hak/kewajipan kita dapat dibereskan setelah kita meninggal dunia. Wasiat merangkumi:

1. Kos Kebumi

2. Hutang kepada Allah

a. Haji (Jika kita tidak sempat menunaikan Haji, pihak yang menguruskan wasiat akan mengupah orang untuk menunaikan Haji bagi pihak kita.

b. Fidyah

c. Kifarah

d. Zakat

3. Hutang kepada Institusi

a. Pinjaman

b. Kad Kredit

c. Cukai

d. Perubatan

4. Hutang kepada Manusia

5. Wasiat

a. Bukan Waris

b. Sedekah

6. Harta Sepencarian

7 . Faraid

Ini menunjukkan bahawa wasiat sangat penting kerana ia dapat memastikan kita dapat menyelesaikan segala kewajipan kita. Sebaliknya tanpa wasiat, pewaris kita belum tentu dapat menggunakan harta peninggalan kita untuk tujuan tersebut.

Wasiat juga dapat mengelakkan pergaduhan di antara pewaris kita tentang pembahagian harta. Sebenarnya hal ini sering terjadi dalam masyarakat kita dan telah menyebabkan pertelingkahan di dalam keluarga.

Menurut mafhum dari Surah An Nisa : 12

揓ika kamu meninggal, untuk isteri-isteri SEPEREMPAT dari peninggalanmu, jika tidak mempunyai anak. Kalau kamu mempunyai anak, maka untuk mereka SEPERLAPAN dari peninggalanmu. Setelah dikeluarkan WASIAT yang kamu wasiatkan atau HUTANG-HUTANGmu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by DecK at 8-5-2008 08:55
salam geng .. dah lama tak posting kat sini .. bz sket skang ni .. anyway , aku nak bukak topik baru arini .. semalam tetiba je aku dok terpikir ttg keluarga aku .. kalau tetiba aku mati , mcm ma ...


Assalamualaikum DecK,

Rasulullah saw telah berpesan 1500 tahun dahulu agar pengikut nya membuat WASIAT sebelum mereka TIDUR.(tidur betul tau....bukan mati)

Wsalam
p/s bukan tunggu dah sakit or teraser nak mati baru nak buat wasiat
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:19 AM | Show all posts
sape2 yang banyak reta tu eloklah bahagi samarata masa idup ni..senang..tapi susah jugak eh anak2 moderen ni kang dah di bagi sume depa lupa mak pak pulak..yerlah kalau mak pak byk reta kena le wat baik nak dapat reta tu ekekekeke...buat masa la ni reta aku kwsp ke insuran ke sume aku letak penama laki aku..aku pesan kat dia..kalau aku mati pepandai le dia bahagi ikut faraid...jgn makan duit haram..yang penting anak2 aku terbela...walaupun dia selalu kata bahagian dia 1/4 tu dia tak nak..aku cakap itu ikut suka le nak sedekah kat sape..itu dah hak dia tapi of course lagi baik dia sedekah kat tabung anak2 aku ...jgn lupa mak pak aku sekali kalau depa masih idup...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:23 AM | Show all posts
ha berkenaan harta sepencarian ni..kwsp somi tu harta sepencarian jugak ke..bukan apa ari tu ada kawan aku abang dia meninggal..katanya duit kwsp abang dia pun di kira sebagai harta sepencarian..contohnya katalah ada 100k..50k siap dibagi pada balu aka kakak ipar dia..selebihnya 50k baru dibahagi ikut faraid...anyone arif on this..kekadangn lagi aku baca segala website pasal faraid sume tu lagi confius otak akunya ..kena lak kalau guna bm canggih ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2008 11:27 AM | Show all posts

Reply #21 gam_gajah's post

setahu aku ler... pembahagian kepada waris2 kena ikut faraid... tak bley main 50-50 jer... tapi lepas dah bahagi tuh, kalo adik ko nak kasik kat ko sampai cukup jadik 50% bahagian ko... kira okay...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #26 Lipton's post

baru bacer e-syariah... kwsp, tabung haji sumer tuh masuk bawah faraid jugak... cuma kwsp and tabung haji ader pemegang amanah/ penama yg dipertanggungjawabkan untuk buat faraid distribution...

mebbe wife dia dapat 50% lepas campur bahagian anak2 sekali kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by kikilalat at 8-5-2008 10:32 AM
afja... kalo buat wasiat pun... kena ikut faraid gak... cuma kat wasiat tuh dah tentukan saper pemegang amanah nyer... tak bley lari dari faraid (kalo Islam ler...)


mmg betul....

tp kalau ikut akta pusaka kecil...iaitu akta pembahagian harta pusaka kecil tahun 1955, ada 3 cara boleh ikut :

1) org islam ikut faraid
2) bukan islam ikut akta pembahagian 1958
3) pembahagian secara muafakat atas persetujuan waris dan tidak bercanggah dengan undang2...

pusaka kecil nilai : 600k ke bawah
agensi - pej tanah, amanah raya, jkptg,

pusaka besar : 600k ke atas
agensi - mahkamah tinggi


hat no. 3 tu.... org islam pun boleh guna kan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #26 Lipton's post

Kecuali dengan persetujuan sahaja.

Caruman KWSP - Bukan harta sepencarian

Pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Suwaid Tapah berkata, caruman wang KWSP bukan dianggap sebagai harta sepencarian melalui sumbangan secara tidak langsung jika dirujuk kepada konsep asalnya.

Sebaliknya, ia merupakan harta milik peribadi penama dan hanya mereka yang mempunyai hak mutlak ke atasnya wang tersebut.

``Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah syariah, tidak begitu jelas sama ada caruman KWSP sudah diiktiraf sebagai harta sepencarian atau sebaliknya.

``Malah sehingga kini, belum ada fatwa yang jelas mengenainya walau ramai berpendapat ia adalah harta sepencarian,'' katanya semasa menyampaikan ceramah pada Siri Penerangan Undang-undang Islam: Harta Sepencarian dan Wang Simpanan KWSP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Dr. Suwaid, berdasarkan mekanisme dan peraturan Seksyen 51 dan 54 Akta KWSP, tuntutan harta sepencarian berasaskan sumbangan secara tidak langsung tidak berbangkit.

Sehingga kini, hanya satu kes yang diputuskan membabitkan tuntutan tersebut daripada simpanan suami di dalam KWSP.

Katanya, dalam kes Mariam dan Mohamed, Mahkamah Rendah Terengganu telah memerintahkan kepada defendan supaya menyerahkan RM18,000 daripada carumannya kepada plaintif.

Bagaimanapun, perintah tersebut dikeluarkan berasaskan persetujuan kedua-dua belah pihak yang mana penama dengan rela memberikan jumlah tersebut kepada bekas isteri.

``Sehingga kini, memang tidak ada akta sama ada dalam enakmen keluarga Islam mahupun KWSP yang membolehkan pihak ketiga mengeluarkan wang tersebut tanpa kebenaran penama termasuklah mahkamah.

``Cuma jika suami tidak menjelaskan mutaah, hutang, nafkah dan sebagainya dan tiada harta yang lain, maka isteri boleh menuntutnya daripada wang KWSP melalui perintah mahkamah apabila tiba tempoh matang,'' jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, di mahkamah sivil, tuntutan caruman dalam KWSP dan gratuiti ketika persaraan telah diputuskan sebagai harta perkahwinan.

Pasangan yang berkenaan boleh memohon injunksi bagi menghalang majikan atau agen daripada mengeluarkan sehingga permohonan diselesaikan.

Sementara itu, Timbalan pengurus Bahagian Perancangan Korporat KWSP, Shahril Juraimi pula berkata, pandangan bahawa KWSP adalah harta sepencarian adalah tidak tepat.

Menurutnya maklum balas secara lisan yang diterima daripada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, simpanan KWSP suami sebagai harta sepencarian tidak boleh dipakai secara menyeluruh, sebaliknya hanya berdasarkan kes-kes tertentu sahaja.

Fatwa yang ada hanya berkaitan ahli meninggal dunia sebagai harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut faraid dan penama KWSP hanya sebagai pentadbir.

Bagaimanapun KWSP tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan keatas penama yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai wasi atau pentadbir tersebut di bawah Akta KWSP.

``Simpanan ahli KWSP yang masih hidup adalah hak mutlak ahli berkenaan dan tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain.

``Sama ada orang ketiga atau pihak mahkamah yang memerintahkan, KWSP tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkannya kecuali dengan persetujuan ahli,'' jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, jika caruman yang dibuat oleh salah satu pasangan dijadikan sebagai harta yang dipertikaikan dan menjadi kes mahkamah sama ada di mahkamah sivil atau syariah, pihak kwsp mempunyai budi bicara menasihati ahli supaya menyempurnakan perintah tersebut sebaik-baik sahaja caruman layak dikeluarkan.

Dengan perkataan lain, perintah mahkamah berkenaan adalah bagi memudahkan pihak KWSP mentagkan caruman kepada penama yang disebut oleh mahkamah berkenaan.

Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Mohd Rizduan Awang pula berkata, KWSP hanya boleh diiktiraf sebagai harta sepencarian jika ada pindaan yang berkaitan pada Akta KWSp mahu pun Enakmen Keluarga Islam.

Katanya, sehingga kini, akta dan undang-undang KWSP atau pencen yang sedia ada bertentangan dengan tuntutan tersebut.

``Mungkin KWSP boleh diiktiraf sebagai harta sepencarian jika ada fatwa yang berkaitan serta akta KWSP dan Enakmen keluarga Islam dipinda.

``Jika sudah diiktiraf, jangan lupa, suami juga mempunyai hak yang sama ke atas caruman KWSP isteri, bukan hanya isteri ke atas suami jika berlaku penceraian,'' katanya.

Bagaimanapun, secara peribadi, beliau bersetuju dengan pendapat Dr. Suwaid dan Shahril bahawa caruman KWSP bukan harta sepencarian.

Katanya, selain bertentangan dengan akta dan undang-undang yang sedia ada, ia adalah hak seorang pekerja untuk persediaan di hari tua.

``Ia juga bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebab ia dianggap sebagai wasit dan dibahagikan mengikut faraid apabila berlaku kematian

``Malah tidak pernah berlaku di mahkamah syariah yang memutuskan kwsp sebagai harta sepencarian kerana tidak ada dalam enakmen undang-undang syariah,'' jelasnya.

Selain itu, katanya, tujuan asal setiap pekerja diwajibkan mencarumkan wang ke dalam KWSP juga tidak akan tercapai jika ia dianggap sebagai harta sepencarian.

Malah, pelbagai masalah dari segi perlaksanaan akan timbul kerana ia melibatkan perkiraan yang rumit terutama bagi mereka yang berpoligami, caruman terkumpul sebelum berkahwin serta jenis akaun yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by kimmycunz at 8-5-2008 10:56 AM
yg terbaiknya tukar nama masa hidup lagi. xder sesapa nak rebut lrpas tu, bole lah mati dengan aman

sbb wasiat hanya 1/3 jer boleh, n kalau nak ikut faraid make sure pewaris faham sbb banyak b ...


betul...
tukar nama siap masa hidup...

konsepnya dlm Islam : HIBAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by gam_gajah at 8-5-2008 11:00 AM
mak aku dah wasiat kalau dia ninggal nanti, bahagikan harta dia secara adil 50-50% tapi takde hitam putih le, wasiat mulut je.

mak aku taknak ikut faraid sbb nnt aku dpt sket sbb aku pompuan, ...


better documented kan...
susah kalau dh jd cam haku
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #28 kikilalat's post

ok noted....ciput jer ek bahagian bini kat kwsp 1/8 he he
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 8-5-2008 11:09 AM
Sebab - sebab perlu ada wasiat.

Sebenarnya wasiat adalah sangat penting kerana ia dapat memastikan bahawa semua hak/kewajipan kita dapat dibereskan setelah kita meninggal dunia. Wasiat merangk ...


Allah madiey.... i lebiu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by Lipton at 8-5-2008 11:42
ok noted....ciput jer ek bahagian bini kat kwsp 1/8 he he


Ciput kalau anak nyer satu or dua oghang.
Kalau ada anak pompuan 4 oghang............. bahagian isteri lebey banyak dari deme tau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 8-5-2008 11:40 AM
Kecuali dengan persetujuan sahaja.

Caruman KWSP - Bukan harta sepencarian

Pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Suwa ...


salah satu tu.... lecturer aku....
dia la yg ajar aku ilmu faraidh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 12:03 PM | Show all posts

Reply #35 niceghost2005's post

care to share with us...  Tak pernah tahu pulak bini leh dapat banyak kalau ada anak pompun 4 owang...yagn tahu dapat 1/8..kalau tak dak anak dpt 1/4...anak pompuan sahaja lebih drpd 2 owang..anak2 pompuan tu dapat 1/2 dr harta....  Mak pak pulak dapat 1/6 each...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by Lipton at 8-5-2008 12:03 PM
care to share with us...  Tak pernah tahu pulak bini leh dapat banyak kalau ada anak pompun 4 owang...yagn tahu dapat 1/8..kalau tak dak anak dpt 1/4...anak pompuan sahaja lebih drpd 2 owang..a ...


maksudnya.... bahagian anak perempuan tu...
kalau anak sorang mmg la dpt byk....
tp kalau anak pompuan tu ada 6...
bahagian anak perempuan di bahagi sama byk antara 6 org anak perempuan tu lah....

fhm x nih?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:14 PM | Show all posts

Reply #38 afja's post

tak bape paham le afja..hang ada link website tak...dedolu aku ada simpan .. habis terdelete masa note book aku kena virus ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by Lipton at 8-5-2008 12:14 PM
tak bape paham le afja..hang ada link website tak...dedolu aku ada simpan .. habis terdelete masa note book aku kena virus ...


x de link lah...
kita pong ingat2 lupa....

'ilmu fil suturr laisa fil sudurr"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.122194 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list