|
Dulunya logo di atas tu simbol kpd Bangkok Bank tapi dah ditukar logo nih. Mungkin sbb restructure ke ape ke (ataupun org dah pakat celik sigil ke jadi hacker dah gelisah ler.ni andaian sy je). |
|
|
|
|
|
|
|
patung singa didataran angkor wat cambodia.....
[img=317,222]http://[/img]
dan yang ni pulak patung naga kepala tujuh juga dari cambodia........
[img=382,201]http://[/img]
dua simbol kekuatan dan penguasaan daratan dan air......mereka tidak dapat menguasai udara.....samaada dari segi kekuatan dan maklumat.........kalau adapun dari epik hikayat ramayana......menceritakan keupayaan hanuman yg terpaksa melompat tinggi diudara untuk mencari sita dewi...........hanuman adalah simbol keperkasaan perajurit2 dan ketangkasan beladiri.........hingga ada dakwaan mengatakan bahawa antara ilmu beladiri dinusantara berasal dari permainan harimau dan monyet.......
[ Last edited by silau at 16-5-2008 11:26 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 silau's post
Klu check balik manuscript lama egypt atau buku2 psl Dinasti Firaun ni ,sume cendekiawan mtafsirkan dewa Horus disifatkan burung helang tapi klu dlm bentuk manusia dia separuh helang iaitu kepalanya helang x pernah pulak dengar ada sarjana arkeologi dan antropologi tafsirkan kepala horus tu kepala burung nuri .
Yup tafsiran dan konsep sebegitu sesuai la dengan zaman milennia nih tapi zaman yg kita bincang sebelum banjir dan sebelum masihi sangatlah lain dari hari ini.
Klu info dlm Kambujuddah membicara tiga nabi Allah SWT yakni Nabi Ibrahim a.s keturunan hebrew = sezaman kerajaan Sumeria,Nabi Musa a.s = sezaman kerjaan Firaun tapi sebelum Dinasti Akhenaten(bini dia Nefertiti) dan Nabi Sulaiman A.S = Zaman kegemilangan Bani Israel lepas baginda zaman kejatuhan buat bani Israel. Ketiga2 nabi ini selepas banjir besar @ selepas nabi Noh.Bila bicara Lemuria/Atlantis tentulah kerajaan tu lebih 'ancient' lagi.
So elemen yg ko tafsirkan tu klu dipadankan sebelum banjir besar lain skopnya yop.Binatang cam Naga,Garuda,Singa ialah emblem puak2 dahulu yg memerintah Atlantis.Maka betullah,Puak Naga menguasai laut (dlm tamadun greek mengadaptasinya sbg dewa 'Poseidon'.Garuda puak kuasai udara (ni susah sket nak habaq yop kena p thread kambujuddah-info flying saucer) Puak Singa raja rimba di darat.Tu sebab Puak Naga datang dari Atlantis/Lemuria.Dlm mythology Lemuria, puak lemuria mmg ada spiritual teknologi 'pengapungan di udara'.
Klu generasi tak percaya,tapi ingat sesuatu benda tu walau tak nampak ngan mata kasar anda tak semestinya tak wujud.Sama gak ngan teori jirim dgn kembarnya anti-jirim (walau x nampak ngan mata lendir ni tapi x bole ia wujud).
Sorry panjang explain mmg kalu citer kisah nusantara mmg dah lama sangat lebih lama dari zaman Nabi Noh a.s lagi. sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Seven Headed Dragon ni simbolik kepada bangsa yg first sekali mendiami tanah kerajaan Angkor iaitu Nagas of Nagaland.Sy teringat pulak 7 kepala patung di Pulau Easter simbolik kepada 7 puak.Ok.Lagend Soma and the princess ni lagenda org.Khmer.Nagas of Nagaland ni lah yg mengajar moyang Khmer penanaman padi (teres2 sawah di lereng2 bukit di Kamboja,Filipina,Vietnam boleh dilihat sbg teknologi agrikultur yg hebat).Nagas of Nagaland dikatakan membina Angkor Wat.
So Nagas ialah Melayu Deutro yg bina kerajaan Melayu terawal iaitu Funan yg datang lebih kurang 2000 tahun yg lalu dari Yunnan @ utara (atau lost tribe yg diguide oleh nabi Musa a.s merentas atap dunia iaitu Tibet Himalaya turun di Yunnan masuk nusantara) ni teori jerr ok nak tau sahih kena ada pihak buat kajian terperinci dengan dana yg banyak.Bila dah menetap nusantara ada yg turun selatan lagi buka kerajaan di semenanjung Malaya iaitu yg terawal antara yg awal ialah KErajaan Gangga Nagara di Perak. Chapter kedatangan nabi Sulaiman sezaman dengan empayar Srivijaya muncul lewat sket dari Gangga Nagara selepas hancur diserang tentera kerajaan hindu Chola 1.
Alamak nampaknya sy dah ulas benda yg sama dlm thread Kambujuddah la pulok arrghhh ...nak tau lanjut yop silau sila lah ke thread kambujuddah yek tu pun klu sudi lah |
|
|
|
|
|
|
|
rasa ok je sebab tak lari dari tajuk...........mengenai kenyataan saudara centrix7 lagenda orang2 khemer atau nagas atau nagaland......kerana mereka menguasai sistem pengairan yag baik serta teknologi pertanian yang maju waktu itu......
saya pernah beri komen di forum cvt dahulu mengenai asal usul melayu....saya juga berpeluang berkerja disana selama 1 thn......apa yang saya tahu.....cara kehidupan mereka seperti orang melayu juga.....sikap...perilaku......adab sopan.....malah kalau dilihat pada batu2 yang dipahat didinding angkor itu sendiri berupa mirip orang2 jawa / melayu.....(rahang lebar) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kroit92's post
Macam penah nampak ni kat kedai barang lama di Shiraz Iran... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by s_a_r_i_p at 14-5-2008 08:09 AM
GALERI SEREMBAN? kat blah mana plak ada galeri seremban ni...
Kat sini pun ada juga muko pakcik DEN..
Galeri Pusaka Moyang berada di area Matahari Heights, Senawang.
rasanya dah pindah.nnti DEN confirmkan.
[ Last edited by disclaimer at 17-5-2008 06:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pembalseman Firaun Ramses II Pakai Kapur Barus Dari Nusantara
Dari berbagai literatur, diyakini bahwa kampung Islam di daerah pesisir Barat Pulau Sumatera itu bernama Barus atau yang juga disebut Fansur. Kampung kecil ini merupakan sebuah kampung kuno yang berada di antara kota Singkil dan Sibolga, sekitar 414 kilometer selatan Medan. Di zaman Sriwijaya, kota Barus masuk dalam wilayahnya. Namun ketika Sriwijaya mengalami kemunduran dan digantikan oleh Kerajaan Aceh Darussalam, Barus pun masuk dalam wilayah Aceh.
Amat mungkin Barus merupakan kota tertua di Indonesia mengingat dari seluruh kota di Nusantara, hanya Barus yang namanya sudah disebut-sebut sejak awal Masehi oleh literatur-literatur Arab, India, Tamil, Yunani, Syiria, Armenia, China, dan sebagainya.
Sebuah peta kuno yang dibuat oleh Claudius Ptolomeus, salah seorang Gubernur Kerajaan Yunani yang berpusat di Aleksandria Mesir, pada abad ke-2 Masehi, juga telah menyebutkan bahwa di pesisir barat Sumatera terdapat sebuah bandar niaga bernama Barousai (Barus) yang dikenal menghasilkan wewangian dari kapur barus.
Bahkan dikisahkan pula bahwa kapur barus yang diolah dari kayu kamfer dari kota itu telah dibawa ke Mesir untuk dipergunakan bagi pembalseman mayat pada zaman kekuasaan Firaun sejak Ramses II atau sekitar 5. 000 tahun sebelum Masehi!
Berdasakan buku Nuchbatuddar karya Addimasqi, Barus juga dikenal sebagai daerah awal masuknya agama Islam di Nusantara sekitar abad ke-7 Masehi. Sebuah makam kuno di kompleks pemakaman Mahligai, Barus, di batu nisannya tertulis Syekh Rukunuddin wafat tahun 672 Masehi. Ini memperkuat dugaan bahwa komunitas Muslim di Barus sudah ada pada era itu.
Sebuah Tim Arkeolog yang berasal dari Ecole Francaise D'extreme-Orient (EFEO) Perancis yang bekerjasama dengan peneliti dari Pusat Penelitian Arkeologi Nasional (PPAN) di Lobu Tua-Barus, telah menemukan bahwa pada sekitar abad 9-12 Masehi, Barus telah menjadi sebuah perkampungan multi-etnis dari berbagai suku bangsa seperti Arab, Aceh, India, China, Tamil, Jawa, Batak, Minangkabau, Bugis, Bengkulu, dan sebagainya.
Tim tersebut menemukan banyak benda-benda berkualitas tinggi yang usianya sudah ratusan tahun dan ini menandakan dahulu kala kehidupan di Barus itu sangatlah makmur.
Di Barus dan sekitarnya, banyak pedagang Islam yang terdiri dari orang Arab, Aceh, dan sebagainya hidup dengan berkecukupan. Mereka memiliki kedudukan baik dan pengaruh cukup besar di dalam masyarakat maupun pemerintah (Kerajaan Budha Sriwijaya). Bahkan kemudian ada juga yang ikut berkuasa di sejumlah bandar. Mereka banyak yang bersahabat, juga berkeluarga dengan raja, adipati, atau pembesar-pembesar Sriwijaya lainnya. Mereka sering pula menjadi penasehat raja, adipati, atau penguasa setempat. Makin lama makin banyak pula penduduk setempat yang memeluk Islam. Bahkan ada pula raja, adipati, atau penguasa setempat yang akhirnya masuk Islam. Tentunya dengan jalan damai (Rz/eramuslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Arkeologi yang di temui di katakan pra sejarah adalah tidak mustahil berdasarkan artikal di atas |
|
|
|
|
|
|
|
Jika kerajaan Firaun sudah melangkau masuk kenusantara maka kita terlebih dahulu mesti mengenal pasti adakah melayu bertuhankan tuhan sumeria atau / firaun.
tuhan-tuhan bagi masyarakat firaun |
|
|
|
|
|
|
|
kendi
ok back to topik.......kenapa tak nampak langsung persamaan objek dan simbol diantaran tamadun melayu dan mesir?......kalau ada pun mungkin dari parsi dan rom iaitu hikayat merong mahawangsa.......tidak nampak unsur2 burung geroda+singga+naga di catatan pada dinding pyramid? |
|
|
|
|
|
|
|
munkin kah kendi itu diserahkah kpd wan ahmad oleh seseorang tangan hitam (illuminati) yg mendakwa dijumpai di kaw kota gelanggi? iluminati memang suka menggelapkan kebenaran. ada baiknyA KENDI itu dibuat carbon dating utk disahihkan ketulenannya. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU AKAN CUBA HUBUNGI WAN AHMAD UTK DAPATKN INFO DR MANA DIA DAPATKAN KENDI NI. AKU AKAN INFOMKAN DLM MASA YG TDEKAT SAMADA PMBERIAN ATAUPUN DIBELI-SPANJANG AKU BKERJA DGN BAPA SEDARA AKU NI.. BRG2 PURBA SLALUNYA DIJUAL OLEH OWNER YG XMNGETAHUI ASAL USUL N PENTINGNYA BRG2 TERSEBUT. BOLEH MENCECAH PULUHAN HINGGA RATUSAN RIBU. CONTOHNYA MANUSKRIP2/KITAB2 KUNING YG DISELUDUP KLUAR DR INDON PADA TAHUN LEPAS MCECAH RATUSAN RIBU |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by disclaimer at 17-5-2008 06:48 PM
Kat sini pun ada juga muko pakcik DEN..
Galeri Pusaka Moyang berada di area Matahari Heights, Senawang.
rasanya dah pindah.nnti DEN confirmkan.
hola.. hola... kek mano tomek eh tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matlabu888 at 21-5-2008 12:03 AM
munkin kah kendi itu diserahkah kpd wan ahmad oleh seseorang tangan hitam (illuminati) yg mendakwa dijumpai di kaw kota gelanggi? iluminati memang suka menggelapkan kebenaran. ada baiknyA KENDI i ...
rasanya artifak kendi tu memang asal ori dari sini.....sebab objek tu hampir menyerupai kenderaan garuda milik merong mahawangsa........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply to Post #35
Ok sedara Silau,sebenarnya bukti hubungan nusantara dgn kerajaan kuno mesir dah mula waktu pre-dynastic lagi.Bukti arkitektur bdasarkan penelitian para researcher didapati teknologi hidraulik dlm antechamber di Great Pyramid sama di gunakan dlm pembinaan Angkor Watt di Kemboja. Malahan ukiran imej 'manusia berkepala burung' di kompleks prambanan di loro jonggrang tanah Jawa tu seiras imej horus (berbadan manusia berkepala burung) dlm great pyramid.Imej separuh manusia separuh haiwan ni juga wujud dlm tamadun olmec iaitu imej dewa Quatzcoal -Mayan ,Virachoha-Incan (bersisik dan berkepala burung).Jadi boleh dikatakan tamadun olmec,egypt dan kerajaan Sanjaya yg terpisah jauh beratus ribu batu berkongsi kepercayaan dan juga kejuruteraan banggunan.Mmg hubungan diplomatik antara egypt dan nusantara dah wujud sejak Queen Hatshepshut dan pewaris selepasnya Firaun Thutmosis 1. Dlm teks egypt kuno disebut 'Punt' merujuk kpd tanah asal meka yakni khususnya Sumatera/jawa secara amnya nusantara.
Tapi cam kata aiz klu dah sebut makhluk separa haiwan separa orang dah jadi kaum kerabat Annunaki ,t
api tu lah maka Allah SWT memberi petunjuk buat para utusannya yakni Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Sulaiman a.s turun ke negeri ujong tanah(x mustahil sbb klu taraf wali boleh rentas dimensi maka bagi para rasul dah tentu kacang jer) nih nak membersihkan fitnah kaum kerabat Mr. DJ nih.Maklumlah manusia ni kan selalu lupa jadi setiap 100 tahun akan diturunkan Allah SWT utusannya utk peringatan buat kaum yg terlencong ke hapa ke .
Klu korang perhatikan agama Hindu menyembah berhala ttp ajaran buddha takde berhala seawal2 nya.Buddha ialah yg dapat hikmah kebijaksaan .Senang kata bagi para penganut Buddha,Buddha tu sendiri adalah taraf utusan tuhan meka atau messenger buat ajaran Buddha.Ada gak pengkaji mengatakan Buddha itu ialah nabi Musa a.s ttp lama-kelamaan ajaran buddha makin terlencong bila penganutnya menyembah patung buddha tu sendiri.Nampak tak hackers dah hacking ajaran buddha.Sedangkan agama hindu menyembah berhala sentiasa berbalah dengan penganut buddha.Di India pun dikatakan agama Buddha muncul akibat penentangan thadap diskriminasi kasta tahap Cipan oleh agama hindu.
Senang citer camni lah betoi lah aiz pendapat ko ajaran hindu(hacked by hidden hand) dah merge dari timur tengah iaitu dari arah egypt dan juga kerajaan purba sumeria/mesopotamia pun ya gak.Lingkage tu mmg ade dari king of Conspirator yg keep changing nama.Tamadun Sumeria Annunaki and partner Enki(Ye ke? klu silap tolong betulkan,masuk egypt Osiris father & Son's Horus).
Korang tengok mesti ada mou antara dunia jirim & anti-jirim.X mustahil Eye of all seeing pernah jejak ke sini sedangkan tamadun Mayan dan Incan dia dah tinggalkan cap mohor=eye of all seeing so kat cni so far xde cop mohor mata tu cuma nampak sgt Majapahit =hindu berkelahi ngan Srivijaya=Buddha (Evil Vs Good) merebut kuasa.Indo-China pun sama kerajaan Angkor (org Khmer =agama hindu) kalahkan kerjaan Melayu Funan di kemboja (Buddha).Ada jugak pengkaji kata Nabi Musa a.s and lost tribe turun ke nusantara iaitu di Kemboja atau Kampuchea.
Kendi sama ada dari Indochina (Kerajaan Melayu Funan-kemboja) sebab pengaruh parsi mmg terdapat banyak di kota Ayyuthaya sejak sekian lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Kendi kuatkan teori Melayu dari Champa
Oleh Hussain Said
SALAH satu kendi yang ditemui Sungai Mentakab, Pahang berusia lebih 2,000 tahun.
| PENEMUAN kendi berusia ribuan tahun tertanam di kawasan bukit berdekatan sungai di Mentakab, Pahang baru-baru ini menguatkan teori asal usul masyarakat Melayu zaman logam, sekitar 2,000 tahun lalu yang dikatakan dari Vietnam Utara dan Champa.
Kendi atau istilahnya dalam perkataan Sanskrit kundika adalah tempat menyimpan air yang biasanya diperbuat daripada logam seperti gangsa dan tembaga atau seramik.
Selain menjadi tempat menyimpan air, kendi yang mempunyai signifikan tersendiri berdasarkan reka bentuk dan lakarannya yang unik turut digunakan bagi menyimpan wangi-wangian, mereneh ubat, upacara keagamaan dan perkahwinan.
Lazimnya, kendi yang diperbuat daripada logam digunakan golongan bangsawan yang dikenali sebagai 'Kendi Diraja' untuk dijadikan tempat mereka meludah dan sebagai tepak sirih yang mesti ada berdekatan.
Dalam konteks zaman moden selepas kedatangan Islam, kendi dijadikan tempat menyimpan air suci iaitu air zam-zam dan ketika ini kendi yang diperbuat daripada logam sukar diperoleh berbanding jenis seramik.
Pembuat kendi selalunya menjadikan haiwan mengkarung, cicak, buaya sebagai identiti ukiran hiasan kendi yang dihasilkan selain imej burung, kerbau, muka manusia, rebung dan buluh.
Keistimewaan dan keunikan sesebuah kendi itu selalu berdasarkan ukiran serta material yang digunakan dan kedua-dua faktor itu juga melambangkan kemewahan kepada pemiliknya.
Penemuan dua lagi artifak sama di Port Dickson dan Terengganu, juga berdekatan kawasan sungai selepas itu mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Kerajaan Melayu Maritim sezaman dengan Kerajaan Langkasuka, Champa dan Funan.
Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, yang menemui dan memiliki ketiga-tiga artifak itu berkata, zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.
Kebanyakan institusi peradaban purba mempunyai akar umbi 'riverine maritime' yang kukuh serta strategik dan peradaban awal ini dipercayai berevolusi daripada masyarakat pra sejarah yang hidup secara nomad atau masyarakat pertanian yang terpimpin.
"Berdasarkan sumber bertulis China, seawal milenium pertama sebelum masihi dan selewat-lewatnya kurun ke-2 masihi sudah muncul kerajaan awal di alam Melayu seperti Dong Son, Vietnam Utara; Fu-Nan, Lembah Sungai Mekong; Champa, Vietnam Tengah; dan Langkasuka, Selatan Thailand-Kedah," katanya.
"Antara alasan perpindahan atau penghijrahan itu termasuk mencari tempat baru bagi putera raja atau mencari negeri baru untuk dibuka serta diterokai selepas kalah dalam peperangan.
"Komuniti yang berpindah ini umumnya dipimpin seorang raja dan disertai oleh kerabat, menteri, hulu balang, bala tentera dan rakyat. Gambaran ini terdapat dalam sejarah Melayu mengenai pembukaan negeri Melaka itu sendiri," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menolak penemuan tiga artifak kendi itu menjadi bukti arkeologi yang kukuh mengenai kewujudan sebuah peradaban Melayu awal setidak-tidaknya pada kurun pertama masihi.
"Berdasarkan reka bentuk kendi yang ditemui di Mentakab yang unik, seperti seekor burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat, bahagian pemegangnya mempunyai imej haiwan mengkarung dan material gangsa yang digunakan untuk membuatnya, ia jelas menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam atau budaya Dong Son.
"Manakala reka bentuk burung mahawangsa berkaki dua dengan tandu di atas badannya yang ditemui di Pasir Panjang, Port Dickson banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di Mentakab.
"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan kedua-dua artifak itu adalah berpasangan sekali gus mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Melayu zaman logam yang menjadikan kawasan pesisiran perairan sebagai tapak pentadbiran kerajaan," katanya.
Wan Ahmad yang juga pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM) di Senawang, Negeri Sembilan berkata reka bentuk ketiga-tiga artifak itu juga tidak melambangkan reka bentuk lazim artifak di zaman Kesultanan Melaka yang banyak dipengaruhi reka bentuk Arab, China, Indo-China dan Eropah.
"Ini membawa kepada andaian artifak ini berasal dari zaman logam, yang berlaku sekitar milenium pertama sebelum masihi. Zaman logam mula berpengaruh di nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa di mana lokasi asal artifak zaman logam banyak ditemui," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan artifak yang ditemui di Mentakab itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penemuan kota purba - Kota Gelanggi, di Johor pada 2003. |
|
|
|
|
|
|
| |
|