|
apada itu minah komplen, dia tak tau ka iklan tu telah melonjakkan martabat bangsa melayu di mata dunia. dia tak tau ka yg berlakon iklan tu sure bukan sembarangan orang, semuanya anggota elit commando RM, termasukla lelaki melayu tu sekali...ini jelas menunjukkan orang kita mendapat pengiktirafan utk berkhidmat bukan aja dlm tentera british, tapi up tu elit force lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 kuihkoci's post
kali ni aku setuju dengan ko..apsal la nak melenting ni..tengok slang ni aku rasa ada komando masih simpan dendam kat melayu limbangni...tapi kira power jugakler, mamat tu boleh tembak jatuh heli dengan AK aja tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 mmc's post
rasanya komando brunei kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 windof's post
komando 42 ada peristiwa berdarah kat sana ler...mamat tu mungkin orang brunei kut..komando ler tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan lebih baik diaorang buat iklan Mat Selamat yang belakon yang lari dari Singapork tu....pastu Marin tue kejar2 dengan tentera Singapork...kejar2 tak dapa2...kejar2 tak dapat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 mmc's post
Inspirasi dari Pakcik Ali, Iraq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 shamsadis's post
kejar2 x dapat hahahaahha ko ni mesti bengang derang kan.... tu ler satu tragedi dalam sejarah derang yang x leh dilupuskan..... tahanan TERlepas dari pulau sekangkang kera.... kalo negara tu sebesar malaysia atau Indon leh paham lagi kan? ni secenonit pon lagi senang nak lepas..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa Mas Selamat ada gunakan 'ilmu ghaib'...walaupun aku sendiri tak mempercayainya tapi tulah hakikat yang terjadi apabila ilmu tersebut dipratikkan... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi betolke Mas Selamat tuh terlepas.... aku rasa cam dah arwah jer kot... nak cover punya pasal cerita la dah terlepas... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 shamsadis's post
x pon memang Selamat ni dah x bernyawa pon ye kan? mustahil ler seorang manusia ni susah nak dijejaki my theory is memang dia ni dah dihapuskan tapi saja je nak buat uproar kata dia ni ilang.... |
|
|
|
|
|
|
|
like Msian Police stail...? |
|
|
|
|
|
|
|
korang ni tak abis2 konspirasi teori...tak semua kes boleh selesai kat dunia ni..singapore ke, british ke hatta malaysia pun...kalau tidak apsal kes nurin dan sewaktu dengannya sampai la ni pun tak selesai weh..
macam kes selamat ni komandan penjara dah kena pecat dan gurkha dia dah kena turun pangkat..takkan senang2 nak rosak karier orang fasal nak buat citer sensasi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 mmc's post
x logik pon kalo kata Mas tu leh lepaskan diri dari Singapore TERsohor tu Muchi, tu je unless memang dah kojol ler mamat tu.... kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Turun pangkat tu sajerk jerk nak mengaburi mata rakyat....
Dakwaan Amnesty Malaysia Mungkin Amal Pembunuhan Secara Rahsia, Tidak Berasas
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Dakwaan Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia, bahawa Malaysia adalah antara negara yang mungkin mengamalkan pembunuhan secara rahsia bagi mengawal statistik jenayah tahunan sebagai tidak berasas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar.
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalankan tugas dengan profesional dan penyiasatan adalah bersifat terbuka.
"Ini tidak betul... isu berkenaan tidak seharusnya dikaitkan dengan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Amnesty International yang mendakwa Malaysia mungkin melakukan pembunuhan secara rahsia.
Pertubuhan itu membuat dakwaan demikian dalam laporan tahunan 2007 yang dikeluarkan di London semalam. Turut disenarai selain Malaysia adalah Mongolia dan Vietnam.
Prinsip PDRM adalah menjalankan tugas secara telus dan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Ditanya sama ada PDRM akan menghubungi Amnesty International untuk mendapat penjelasan sebenar berkenaan laporan itu, Ismail berkata: "Kita perlu rujuk Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang keputusan".
Bagaimanapun, Ismail berkata beliau belum menerima sebarang maklumat daripada pertubuhan berkenaan berhubung kenyataan itu.
-- BERNAMA
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 shamsadis's post
er ko ada udang sebalik maggi ke nak hijack thread ni...lari jauh dari apa orang cakapkan ni..macam saja aja nak ketengahkan ko punya agenda ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 28-5-2008 11:04 AM
er ko ada udang sebalik maggi ke nak hijack thread ni...lari jauh dari apa orang cakapkan ni..macam saja aja nak ketengahkan ko punya agenda ni..
takder apa-apa...sajerk berkongsi pendapat...(kata forum), selagi tak melanggar undang-undang dan melakukan jenayah kita berhak menyuarakan pendapat dan pandangan...kita juga bincangkan?:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 mmc's post
xde ler pandang Suparman, tapi dah berdegar2 sistem Keselamatan pusat derang, tu kira kasi muka maaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 shamsadis's post
tak ada apa..aku perasan orang cakap lain..line itu juga ko nak ketengahkan...itu bukan cara berbincang bro |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa perkara ni dah boleh tutup dah...
Am
UK Tarik Balik Iklan Gambarkan Melayu Pengganas
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menarik balik penyiaran iklan milik Kementerian Pertahanan Britain yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas semalam.
Timbalan Menteri Luar Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, penarikan balik iklan di laman web kementerian itu dibuat setelah Malaysia membuat teguran.
"Kementerian juga telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu daripada pihak berkuasa UK dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini, Khamis.
Penyiaran iklan kira-kira 30 saat itu yang turut disiarkan di pawagam-pawagam di Britain didedahkan seorang pembaca sebuah akhbar tempatan yang berada di United Kingdom yang menyatakan terkejut melihat iklan itu.
Iklan kepunyaan Royal Marines Commando Britain itu antara lain bertujuan menarik rakyat Britain menyertai pasukan berkenaan. Ia adalah iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain.
Iklan itu berlatarbelakangkan suasana seperti baru selesai 'operasi keganasan', ketua kumpulan pengganas berkenaan berbangsa Melayu, dirakam menembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, "Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua'.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk memendekkan tempoh sah visa ketibaan (VOA) yang dikeluarkan kepada pelancong dari India dan Bangladesh daripada 30 hari kepada 14 hari bagi mengatasi masalah 'kehilangan' pelancong dari dua negara tersebut yang semakin meningkat. "Kita juga akan mengenakan syarat di mana pelancong Bangladesh dan India ini supaya mengemukakan tiket pergi dan balik sebelum VOA dikeluarkan kepada mereka," katanya.
Katanya cadangan itu merupakan antara mekanisme yang sedang dikaji berikutan peningkatan aduan dan kes penyalahgunaan VOA di kalangan pelancong.
Syed Hamid berkata, sebanyak 280,451 VOA dikeluarkan kepada pelancong asing sepanjang tempoh dari September 2007 hingga April lalu.
Mengenai isu pendatang asing tanpa izin, Syed Hamid berkata, pihaknya menjangkakan terdapat lebih satu juta pendatang tanpa izin di negara ini.
"Ditambah dengan 2.1 juta pekerja asing, bermakna, kita ada 3.1 juta warga asing di Malaysia. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar dibandingkan dengan 26 juta rakyat Malaysia," katanya dan menambah kementerian sedang mengatur langkah-langkah lebih drastik bagi mengurangkan kebanjiran warga asing di negara ini.
Menjawab isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan atau meminda akta berkenaan berikutan keperluannya dalam memastikan keselamatan negara.
Senator Mohamad Yusof Mohamad Hussin kemudian bangun bertanyakan langkah yang diambil kerajaan untuk 'memulihkan' bekas tahanan ISA kerana beliau yang sudah dua kali ditahan di bawah akta itu merasakan masih belum pulih sepenuhnya.
Syed Hamid kemudian bingkas menjawab ; "Kehadiran Yang Berhormat (YB) di sini (Dewan Negara) sudah membuktikan bahawa YB sebenarnya sudah pulih sepenuhnya dan tidak lagi menjadi ancaman kepada negara," katanya yang mengundang ketawa daripada anggota Dewan Negara.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|