|
[MERGED]Forum Majlis Peguam 'Memeluk Islam: Update-Kecoh: Salah K'jaan-Dr M
[Copy link]
|
|
Originally posted by mrzombie at 6-8-2008 10:20 AM
benar gak ya..bila ramai yg mengadu..tu yg buat puak2 pandai geliga ni naik kepala..sbb ada strong support from the back..
pada pndapat aku, selagi agama rasmi di Malaysia adalah Islam dan pem ...
saya pulak berpendapat agak lain...
walaupun agama rasmi Islam, tetapi undang2 atau pentadbiran Islam boleh saja memberi kesan (yg tak boleh diterima) kepada kehidupan beragama org2 bukan Islam...
dgn itu penyelesaian kena dicari...
dan saya tak anggap penyelesaian yg hanya bersifat pentadbiran menjejas agama Islam.... terutama drp segi akidahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita pasal memeluk Islam ni... ada mualaf yg komplen sebab pegawai2 jabatan agama macam tak galakkan mereka peluk Islam. Berbagai soalan 'power' ditanya.
Pak Abu fahamlah sekarang kenapa pegawai2 itu buat demikian -- ramai sangat yg peluk Islam sebab nak kahwin saja. Bila ada masalah rumah-tangga, dengan agamanya sekali hendak ditinggalkan.
Mungkin bagus juga dibuat perbincangan berkenaan. Bentangkan dengan sejelas2nya bahawa apabila memeluk Islam bukan boleh main2 atau saja2. Kalau dah jadi Islam, kena amalkan dan tk boleh senang hati saja ditinggalkan. Menukar ugama bukan seperti menukar nama di kad pengenalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by p4k4bu at 6-8-2008 10:31 AM
Cerita pasal memeluk Islam ni... ada mualaf yg komplen sebab pegawai2 jabatan agama macam tak galakkan mereka peluk Islam. Berbagai soalan 'power' ditanya.
Pak Abu fahamlah sekarang kenapa peg ...
sebab itu hal berkenaan dgn nama dan agama dlm IC
berkenaan pendaftaran memeluk Islam
hak2 dan t/jawab selepas dan sebelum memeluk Islam
hak2 dan t/jawab kalau satu pihak saja peluk Islam dalam satu2 keluarga dll dll itu semuanya saya anggap sebagai pentadbiran dan pengurusan agama Islam saja.... bukan agama itu sendiri.
jadi kebijaksanaan diperlukan dlm hal itu... yg boleh memberi kesan dan natijah baik dalam hidup masyarakat berbilang agama macam malaysia... tanpa menjejaskan agama Islam sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi saya sokong forum majlis peguam itu kalau tujuannya ialah menjelaskan kedudukan semasa dan masalah2 yg timbul dalam hal2 berkaitan pentadbiran agama Islam yg memberi kesan kepada bukan Islam.
saya tak anggap ini sebagai sengaja mencari gaduh dgn org2 Islam atau pihak berkuasan Islam... atau sengaja nak menimbulkan semangat perkauman melulu...
org Islam sendiri patut berani bersemuka dgn sesiapa saja dalam mempertahankan dan menjelaskan kedudukan mereka secara rasional... bukan dgn cara mengugut atau menakut2kan org dgn tindakbalas perkauman atau tindakan undang2...
[ Last edited by petola at 6-8-2008 10:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti lalalng @ MAZA tak cakap apa pulak? INikan peluang baik untuk publisiti |
|
|
|
|
|
|
|
petola..aku rasa mungkin perlu dibincangkan...mungkin mufti/cerdik pandai Islam kat mesia ni bole join skali..
lepas buat survey kes2 berkaitan...rumit jugak kes2 berkaitan agama nih..yelah, stiap agama ingin keadilan utk agama masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrzombie at 6-8-2008 09:35 AM
tajuk debat..Memeluk Islam..ada masalah ke dengan Islam?
Kalo kita bahagia dgn kenaikan harga minyak, kita pun tak buat debat live aritu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 6-8-2008 09:11 AM
Kenapa Majlis Peguam tiba-tiba nak bincang pasal tu pulak ?
Saje nak jolok sarang tebuan..
[ Last edited by tumpanglalu74 at 6-8-2008 12:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kompem ler peguam C.I yg tersohor join sekali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maideen. at 6-8-2008 01:20 PM
Perkara beginilah yang membuat orang makin tidak menyokong kerajaan dan mereka beralih kepada DAP dan PKR.
Kerajaan tidak sedar kalau rakyat mahukan mereka begini sudah tentu dah lama rakyat ...
syed hamid lawyer?
waaaaa.....
tapi politik buat dia jadi bodoh kan maideen... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak isu agama yang perlu dibincangkan, bukan berniat bermain api, tetapi seperti terdapat ketidaksesuaian di dalamnya. Malah reputasi Islam sebagai agama yg cintakan kedamaian, kesopanan dan tidak berlaku zalim terhadap bukan Islam terjejas gara2 beberapa isu berikut:
1) Isu murtad di kalangan orang Melayu
- Melayu yang murtad menjadi org Kristian, tetap pergi gereja dan sebagainya, namun di Mykad masih ada "Warganegara Islam". Ini sesuatu imej yg tidak baik kepada org Islam secara keseluruhan kerana dikhuatiri orang Melayu yg murtad ini melakukan perkara2 yg melanggar akidah dan akhlak yg sepatutnya ditunjukkan oleh org Islam. Isu ini perlu dibincangkan.
2) Isu murtad di kalangan org bukan Melayu kerana perkahwinan
- Ramai org bukan Melayu yg masuk Islam disebabkan perkahwinan. Kadang2 orang yg dikahwini mereka itu langsung tidak mengajar tentang Islam, ditambah lagi jabatan agama Islam local yg tidak memberi guide kepada mereka. Jadi bila bercerai, mereka cenderung utk kembali kepada agama asal mereka. Tetapi ini sukar dilakukan kerana ramai pegawai jabatan agama Islam yg tidak sanggup memikul dosa membenarkan orang meninggalkan agama Islam. Isu ini perlu dibincangkan.
3) Isu murtad di kalangan org bukan Melayu kerana diabaikan
- Ramai org bukan Melayu, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak, diIslamkan oleh dakwah ulama2 dan ustaz2. Namun begitu, tiada tindakan susulan dibuat untuk memastikan mereka terus mengamalkan ajaran2 Islam. Hasilnya, ramai yg kembali kepada ritual lama, ditambah lagi desakan budaya rakan2 sebangsa mereka yang mau mereka kembali ke agama asal, menyebabkan mereka murtad. Isu ini perlu dibincangkan.
4) Isu pewarisan harta mualaf
- Terdapat mualaf yang terpaksa menceraikan isteri mereka kerana mereka tidak mau sama2 memeluk Islam dan hak penjagaan anak juga diberikan kepada si isteri. Jika mualaf ini meninggal, automatik harta mereka masuk ke baitulmal kerana kemgkinan besar tiada langsung saudara Islam. Isunya di sini, Baitulmal tidak mengaturkan program utk membantu balu dan anak2 si arwah yang bukan Islam ini dari segi kewangan dan biasanya mereka dibiarkan terkontang-kanting tanpa bantuan. Reputasi orang bukan Islam ialah Islam nampak kejam dalam kes ini. Jadi isu ini sangat perlu dibincangkan.
5) Isu berebut mayat
- Hampir semua mualaf tidak memberitahu keluarga mereka tentang pengIslaman mereka. Ini menyebabkan bila si mualaf ini meninggal, maka berlaku perebutan mayat. Si keluarga menunjukkan bukti si mualaf tidak Islam, dan jabatan Islam mengeluarkan bukti pengIslaman si mualaf ini. Isu ini perlu dibincangkan.
6) Isu hukuman moral terhadap orang bukan Islam
- Sekiranya seorang Islam ditangkap khalwat dgn org bukan Islam, yg bukan Islam akan dilepaskan kerana tiada undang2 moral dan hukuman moral ditetapkan ke atas mereka, dan yg Islam itu pula dihukum. Ini membolehkan mereka yg bukan Islam ini melakukan perkara yg sama ke atas org2 Islam yg lain (terutamanya lelaki bukan Islam terhadap perempuan Islam). Sekiranya seks adalah secara sukarela dan nikmatrela, maka tiada hukuman langsung terhadap yg bukan Islam tersebut. Isu ini juga perlu dibincangkan.
Nanti aku fikir lagi kalau ada isu lain yg harus dibangkitkan. |
|
|
|
|
|
|
|
up!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 |
|
|
|
|
|
|
|
dalam sebuah negara demokrasi perbincangan, forum debat dll seumpamanya patut digalakkan...
di situlah letaknya penyelesaian kepada banyak masalah...
malah kalau ikut konsep public sphere (ruang awam) jurgen harbemas perbincangan dan debat awam inilah yg sepatutnya mempengaruhi tindakan2 kerajaan... untuk kepentingan awam juga.
......
"The public sphere is an area in social life where people can get together and freely discuss and identify societal problems, and through that discussion influence political action. It is "a discursive space in which individuals and groups congregate to discuss matters of mutual interest and, where possible, to reach a common judgment."
The public sphere can be seen as "a theater in modern societies in which political participation is enacted through the medium of talk" and "a realm of social life in which public opinion can be formed".
The public sphere mediates between the "private sphere" and the "Sphere of Public Authority". "The private sphere comprised civil society in the narrower sense, that is to say, the realm of commodity exchange and of social labor." Whereas the "Sphere of Public Authority" dealt with the State, or realm of the police, and the ruling class. The public sphere crossed over both these realms and "Through the vehicle of public opinion it put the state in touch with the needs of society."
"This area is conceptually distinct from the state: it [is] a site for the production and circulation of discourses that can in principle be critical of the state."
- wiki |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 Baiduri Othman's post
Oh yakah. Kamek nangga macam belum diberik kredit jak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 Muntz's post
TQ. Harap Atira or Dexa berik credits dgn post kitak esok pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
MAZA tu bukan Mufti lalang. Saya ada tengok dia bagi ceramah kat TV. Selalu time pagi. Best apa ceramah dia. Memang membuka minda. Cuba korang buka minda korang try dengar ceramah dia. Idea kita sama mcm idea dia. Perasan kejap.
Tak salahkan tengok or dengar dia berceramah w/p tak bersependpt dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|