|
[PENDAPAT] SRK dapat title Datuk - Reaksi Korang Sebagai Rakyat Negeri Melaka
[Copy link]
|
|
Originally posted by tuah_r at 21-10-2008 05:44 PM
ari2 wa kene kutuk pasal nie..lahanat tulll....
lu ketua menteri ker
|
|
|
|
|
|
|
|
Siaran langsung majlis anugerahDMSM Shah Rukh Khan
Sumber : Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Zee, Astro.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, siaran langsung itu bukan sahaja boleh ditonton oleh rakyat negara ini tetapi juga rakyat India.
Menurutnya, aktor itu dijangka tiba di Melaka pada 29 November ini untuk menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob pada hari yang sama.
''Majlis akan diadakan di Seri Negeri pada kira-kira pukul 10 pagi. Persiapan majlis sedang dibuat,'' katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di sini hari ini.
Shah Rukh Khan, 41, menerima anugerah tersebut sempena sambutan ulang tahun Khalil yang ke-70 pada 11 Oktober lalu.
Mohd. Ali berkata, kedatangan Shah Rukh Khan tidak dibiayai oleh kerajaan negeri sebaliknya aktor itu membayar sendiri tiket penerbangan pergi dan balik.
Beliau berkata, kerajaan negeri hanya menyediakan tempat tinggal untuk satu malam semasa Shah Rukh berada di Melaka.
Menurutnya, aktor itu juga akan dibawa melawat destinasi pelancongan menarik di Melaka seperti Menara Taming Sari dan Eye of Malaysia selain memenuhi acara bertemu peminat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Shah Rukh Khan terima Datuk Rabu depan, disiar langsung
KUALA LUMPUR: Bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka Rabu depan bagi menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk.
Upacara penganugerahan darjah kebesaran berkenaan akan diadakan di Seri Negeri pada pukul 10 pagi dan kerajaan negeri merancang untuk menyiarkannya secara langsung melalui televisyen.
Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bintang filem Hindi itu akan dipujuk supaya berada di Melaka satu atau dua hari dengan harapan beliau akan melawat Menara Taming Sari, Eyes on Malaysia dan beberapa tempat menarik dan bersejarah lain di negeri itu.
Beliau mempertahankan langkah kerajaan negeri memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan walaupun ia menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak dengan memberi alasan bahawa bintang filem itu layak menerimanya kerana sumbangan besarnya kepada Melaka.
"Walaupun banyak pihak mencemuh, mengkritik dan memberi komen negatif terhadap langkah memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, tapi saya tetap percaya beliau patut dan layak diberi gelaran itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka di sini. Menurut Ali, sumbangan yang diberi oleh pelakon itu menyebabkan Melaka dikenali ramai serta dipandang hebat sedangkan kerajaan negeri tidak perlu membayar sesen pun kepadanya.
Beliau berkata seramai 100 juta orang dari seluruh dunia termasuk warga Eropah, Amerika, Asia dan Timur Tengah telah menonton filem lakonan Shah Rukh Khan yang dibuat penggambaran di Melaka dan ini membantu mempromosikan negeri itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pilahdelpia at 17-10-2008 02:38 PM
x patot langsung....:@
bek bg kt rosyam nor ker...
lgi byk jasa dlm industri drama & filem tempatan...
Aku sokong!!
Rosyam Nor nie orang Melaka gak
patutnya beliau diberi pengiktirafan mcam tu
slalunya kalau drama beliau kebanyakkan berlakon kat melaka |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 jer...
ni kan musim deepavali...
saje nak tarik indians datang malacca nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah aku rase patut sebab pengaruh SRK tu besar
sekali die turun mahu bawak jutaan rupee hihihi
so bile die di appriciate melaka..maybe die akan selalu dtg lagi
bawak byk duit lagi
mlk collect 1.5 billion dalam industri pelancongan
ade la strategi tu
bukan bg kosong jerr |
|
|
|
|
|
|
|
X patut langsung..!!
Reaksi lips : Rasa nak lucut kerakyatan melaka je...!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran Datuk: Shah Rukh Khan jelaskan di Melaka
Oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: Kritikan rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan gelaran Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan akan dijelaskan sendiri oleh bintang Bollywood itu apabila dia berkunjung ke Melaka bagi acara penganugerahan itu 29 November ini.
Menurut ejen pelakon popular itu, Shah Rukh Khan sendiri menyedari tentang isu tersebut yang hangat diperkatakan di negara ini, baru-baru ini.
Namun, buat masa ini, dia enggan untuk memberikan sebarang komen.
Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai ini tidak menolak untuk memberikan pandangannya sendiri berhubung gelaran yang dianugerahkan kepadanya itu kelak.
Pelakon berusia 43 tahun itu dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober lalu.
Gelaran tersebut ternyata telah mencetuskan ketidakpuasan hati banyak pihak.
Namun begitu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan gelaran itu tidak akan ditarik balik walaupun banyak pihak mempersoalkan tentang perkara itu.
Tegas beliau, Shah Rukh Khan turut memberi sumbangan dari segi mempromosi pelancongan negeri itu yang mana sebelum ini enam buah filem lakonannya pernah menjalani penggambaran di situ.
Pada majlis rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkannya baru-baru ini, Ali mengesahkan bahawa pelakon itu akan menerima anugerah tersebut pada 29 November ini di Dewan Sri Negeri, Melaka.
Upacara itu juga dijangka akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Zee TV.
Namun begitu, difahamkan, Shah Rukh Khan hanya akan berada di Melaka untuk semalam saja. |
|
|
|
|
|
|
|
tu le....
dari dulu lagi melaka selalu je beri pada oghang luar.....
bukit kasi kepada ..........
tanjung beri kepada .....
'dato' kepada srk.....
tak do ke anak melaka yg layak? |
|
|
|
|
|
|
|
Shah Rukh Khan抰 come to receive Datukship
MALACCA: Bollywood star Shah Rukh Khan will not be able to receive his Datukship on Nov 29 due to his busy schedule.
It is learnt that state officials here are now trying to arrange for an alternative date.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said he had got wind of it but refused to comment further on the matter.
揑 understand it has been postponed. For any details, you will have to ask the State Secretary, |
|
|
|
|
|
|
|
bodo la tyt mlk
piang tiang |
|
|
|
|
|
|
|
TYT & CM Melaka mmg bodo AX.. xkan xtau...
Lepas ni agak2 dioprg nak bagi award dkt Angelina Jolie, Bradd Pitt, |
|
|
|
|
|
|
|
INFO
Aturcara Datuk Shah Rukh Khan di Melaka 6 Disember
# Dijadual tiba di KLIA jam 7.30 pagi dan terus ke Melaka
# Menghadiri majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh jam 10 pagi
# Pada majlis itu, Shah Rukh Khan bakal memakai baju Melayu serba hitam dan bersongkok
# Dijadual menghadiri sidang media bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas itu
# Selepas makan tengah hari bermula jam 2 petang, beliau akan bersiar di pusat Bandaraya Melaka Bersejarah
# Destinasi pertama adalah Menara Taming Sari, sebelum menaiki beca menyusuri Jalan Quayside dan berhenti di Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
# Jam 2.50 petang, beliau berada di Eye On Malaysia dan selepas itu mengunjungi Jonker Walk menaiki buggy hingga ke Padang Nyiru. Di situ beliau akan menaiki bot menyusuri Sungai Melaka hingga ke Eye On Melaka, sebelum menaiki buggy bersiar di Kampung Morten.
# Jam 4.45 petang, aktor ini akan dibawa ke Dataran MBMB untuk menghadiri sesi bertemu peminat. Beliau dijadual singgah di situ kira-kira 30 minit.
# Sempena kunjungan artis Bollywood ini, satu konsert turut diadakan di kawasan ini membabitkan artis tanah air bermula jam 4.30 petang hingga 6.30 petang
# Shah Rukh Khan dijadual meninggalkan Melaka sejurus selepas itu menuju ke KLIA. Beliau dijadual berlepas pulang ke Mumbai jam 8 malam.
# Mengikut pengumuman awal sebelum ini, majlis penganugerahan Shah Rukh Khan ini akan turut dirakamkan stesen televisyen India iaitu Zee TV yang turut disiarkan stesen Astro menerusi saluran 108. |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Shah Rukh Khan akan ikat samping harga RM3 ribu stail P.Ramlee
Ketibaan Datuk Shah Rukh Khan dinanti-nantikan oleh peminatnya di Malaysia
KUALA LUMPUR: Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi.
Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi.
Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman di sebuah sidang akhbar tengahari tadi di Pejabat Sovereign Wear Sdn Bhd, Sri Hartamas.
Fabrik samping dan baju Melayu yang bakal dipakai oleh Datuk Shah Rukh Khan pada 6 Disember ini. -foto mStar oleh SITI AZIRA
“Jadi, Shah Rukh Khan merupakan orang pertama yang menggunakannya kerana tahun ini kita baru mula gunakan songket tersebut untuk penerima gelaran ‘Datuk’,” kata Ab Karim mengenai samping yang berharga kira-kira RM3,000 itu.
Tambah beliau, Shah Rukh Khan akan mengenakan samping mengikut stail Allahyarham P. Ramlee dan dipakai bersama bengkungnya sekali.
Samping itu pula akan diikat oleh pihak Institut Seni Malaysia Melaka (ISMA), yang juga menaja samping itu.
Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman (kanan) menunjukkan contoh memakai samping stail Allahyarham P. Ramlee yang bakal dipakai oleh Shah Rukh nanti.
Ab. Karim ditugaskan untuk mengiringi Shah Rukh Khan semasa upacara tersebut berlangsung nanti.
Shah Rukh yang dianugerahkan gelaran‘Datuk’ pada bulan Oktober tahun ini juga bakal mengenakan baju Melayu cekak musang berbutang lima.
Anugerah itu nanti akan disampaikan oleh Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaacob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 1,000 orang tetamu kehormat.
Manakala persalinan baju Melayu disediakan oleh pereka dan penaja baju dari butik Sovereign Wear Sdn Bhd.
Menurut pengarah urusan Huzry Fionnawatty Hussein yang bertindak selaku pereka dan penaja baju tersebut, baju Melayu Shah Rukh itu akan menggunakan fabrik ‘Italian crepe’ berwarna hitam bersama songkok.
Tambahnya, harga baju Melayu tersebut dianggarkan berharga dalam lingkungan RM550 sepasang kerana fabriknya berharga dalam RM85 semeter.
Datuk Shah Rukh Khan khabarnya teruja hendak menyarungkan pakaian tradisional Melayu Sabtu ini.
Difahamkan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam baru saja memaklumkan untuk menempah baju tersebut semalam ketika beliau berada di Paris.
“Saya berasa gembira dan dihargai apabila diberi peluang oleh kerajaan negeri Melaka.
"Ia merupakan cabaran buat kami untuk menyiapkan baju tersebut dalam masa yang singkat sebelum esok. Kami akan buat yang terbaik,” kata Huzry yang sudah beberapa kali menerima tempahan dari kerajaan negeri Melaka untuk upacara istiadat.
Mengenai ukuran badan Shah Rukh, Huzry berkata pihaknya membuat anggaran berdasarkan ketinggian aktor bertubuh sasa 5 kaki 8 inci.
"Itu pun kami lebihkan setengah inci pada setiap ukuran seperti di lengan dan dada kerana lebih molek begitu untuk baju Melayu," jelasnya.
Jelasnya lagi, "Insya-Allah baju Melayu itu akan siap sepenuhnya pada esok hari."
Sebelum ini, Sovereign Wear yang ditubuhkan sejak lebih dua tahun itu pernah menerima tempahan pakaian daripada menteri dan timbalan menteri seperti Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Noh Omar dan Datuk Noraini Ahmad.
Kata Huzry, disebabkan mereka berbesar hati dengan penghormatan yang diberikan oleh kerajaan negeri Melaka ini, pihaknya akan menghadiahkan sahaja baju tersebut kepada pelakon popular filem Kuch Kuch Hota Hai itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sapa2 yg pergi ke?
[ Last edited by Mya111 at 5-12-2008 04:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KAD JEMPUTAN
|
|
|
|
|
|
|
|
ATURCARA!!
|
|
|
|
|
|
|
|
apala nak di kecohkan sgt.. bagi datok kat SRK pun ade maksud..
byk projek pelancongan dan majukan melaka dgn SRK.. tgk jerla nanti.. kalo tak jadi langsung projek3 tu sume, SRK pun tak dapat nak naik kan melaka di mata dunia, baru la kita nak kutuk ape pun.. dah terang2 tujuan promosi melaka jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|