CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DewaGanaZ

Saving Acc anak2

[Copy link]
Post time 23-10-2008 09:44 AM | Show all posts

Balas #19 misy\ catat

misy,pia bukak acc sspn kat anak ni,sbb kat sekolah tadika kemas dia, semua students diwajibkan bukak acc ni..

tu pun sib baik ckgu dia yg berusaha tolong bukak kan,sbb my hubby malas layan.. (kengkadang geram kat somi ni,semua benda tak cakne:@ )

ye la kan kita tak tau apa situasi masa akan datang... at least nanti kalau anak tak dapat mana-mana pinjaman lain boleh la mintak sspn....

lagipun sspn ni ada beri perlindungan insurans percuma sehingga Rm 50k dgn pampasan/khairat kematian ..yg ni untuk simpanan RM 1000 dan ke atas..

bukakla satu utk ank..promot la pulek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #21 sofiajane's post

nak buka...nanti ku baca link yg pia letak tu...serber opis tgh ngong tak leh bukak

borang tu ambik kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:55 AM | Show all posts

Balas #22 misy\ catat

Pembukaan Akaun SSPN

Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan ejen kutipan deposit di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:

Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;
Salinan Sijil Kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Penerima Manfaat; dan
Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka)

* Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini serta salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.

  
Jumlah deposit minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan deposit ialah sebanyak RM20.00 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Penambahan deposit boleh dibuat sebaik sahaja kad keahlian diterima.

Semua urusan simpanan boleh dibuat menerusi ejen-ejen kutipan deposit yang telah dilantik oleh PTPTN iaitu:-
-Bank Simpanan Nasional
-CIMB Bank
-Bank Pertanian Malaysia
-Bank Islam Malaysia Berhad
-Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
-Maybank
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #21 sofiajane's post

nak buka...nanti ku baca link yg pia letak tu...serber opis tgh ngong tak leh bukak

borang tu ambik kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:59 AM | Show all posts
Ciri2 & keistimewaan sspn...


Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:

Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi RM2,000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM3,000; dan

Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM500.

Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun
;

Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;

Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;

Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;

Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

Kemudahan menyimpan di lebih 1,400 ejen kutipan SSPN;

* Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.

** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan.


[ Last edited by  sofiajane at 23-10-2008 10:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 09:59 AM | Show all posts

Reply #23 sofiajane's post

wokess thanks sis...aku dah copy & paste
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by misy at 23-10-2008 09:51 AM
nak buka...nanti ku baca link yg pia letak tu...serber opis tgh ngong tak leh bukak

borang tu ambik kat mana?


borang tu pia rasa misy boleh ambik kat mana2 satu bank ni...

Bank Simpanan Nasional
-CIMB Bank
-Bank Pertanian Malaysia
-Bank Islam Malaysia Berhad
-Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
-Maybank
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:05 AM | Show all posts
Aku bukak dekat:

1. AMBank (sebab dulu laki aku keja kat situ, now tak lagi, tapi at least bank ni bukak hari Ahad)
2. Bank Islam (sebab bank ni dekat dgn rumah)

Kesimpulannya aku pilih bank2 di atas sebab convenience. Lagi cepat simpan duit anak lagi bagus ... sebab nanti omak nyer asik pinjam jer

[ Last edited by  RedAlert at 23-10-2008 10:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #1 DewaGanaZ's post

aku buatkan semua anak2 aku..account Tabung Haji jek..

tapi lepas ni rasanya.. nak bukak kan diorang account SSPN jugak lah..

ada le 2 account...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:06 AM | Show all posts
anak 1st - CIMB Bank
anak 2nd - AM Bank
anak 3rd - Public Bank (yang ni lebih tinggi compare yang others)
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:10 AM | Show all posts
nih pia paste lagi sikit pasal sspn ni...

Penyata & Pengeluaran
PENYATA AKAUN

Penyata Akaun disediakan dan diposkan ke alamat pendeposit dua kali setahun.
Tiada buku simpanan disediakan.
Semua penerima manfaat akan diberikan
kad keahlian SSPN.


PENGELUARAN
Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 1 tahun menyimpan.
  Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:-


Pengeluaran 10% daripada baki akaun atau RM500 (mana yang terendah) sekali pada setiap tahun; dan
Pengeluaran 100% atau penutupan akaun SSPN sekiranya penerima manfaat memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:-

- Diterima masuk ke IPT ;
- Terkeluar daripada sistem pendidikan secara sukarela atau diberhentikan atas sebab-sebab tertentu;
- Sakit berterusan yang tiada peluang untuk sembuh dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan;
- Keilatan kekal dengan pengesahan doktor perubatan Kerajaan;
- Kematian penerima manfaat; atau
- Kematian pendeposit.


Apakah itu Geran Sepadan ?

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang diberikan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga) yang mempunyai pendapatan keluarga tidak melebihi RM 2000 sebulan. Jumlah pemberian Geran Sepadan (maksima RM 10000) akan ditentukan setelah mengambil kira tempoh simpanan SSPN dan jumlah simpanan Kadar Geran Sepadan akan lebih banyak sekiranya mempunyai simpanan yang lebih tinggi dan tempoh simpanan yang lebih lama.

Kelayakan Pemberian Geran Sepadan:-

1. Pendeposit mempunyai pendapatan keluarga (ibu dan bapa) tidak melebihiRM 2000 sebulan; dan
2. Penerima manfaat diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan.

Dimanakah saya boleh membuat semakan penyata akaun SSPN ?

Penyata akaun SSPN boleh disemak atau dicetak melaui laman web:
http://www.ptptn.gov.my . Manakala semakan baki akaun boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPNNO AKAUN SSPN dan hanter ke 33199.

Contoh: PTPTN SSPN 017401160354610


misy...borang sspn boleh download kat sini...


>>http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/borangSSPN<<



contoh borang



[ Last edited by  sofiajane at 23-10-2008 10:21 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by misy at 23-10-2008 08:48 AM
anak2 aku ada tabung haji je...free of riba, potong dari gaji tetiap bulan
pastu ada satu lif insurans yg matang umur 18, kira saving utk education diorang le

samo la kita....

anak anak den ada tabung haji n insurans pendidikan aje.... sok dh ada ic aku ingat bukak kan asb..... so far tuh je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:15 AM | Show all posts
savings anak kat dlm -Bank Islam (wadi acc)- sbb bank plg dekat
                             -SSPN
                             - ASD
                              -takaful Ikhlas (education plan)
sorg anak smpai 4 tmpt menyimpn.. , nie pn ingt nk buka'n acc Tabung Haji utk dia. yg pnting simpan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #31 sofiajane's post

pia..nah tacang..pasal rajin tepek infor..

thanks ye..!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #32 tehlaut's post

kan...itu je terbuat stakat ni... plan nak menabung tu banyak Insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:44 AM | Show all posts
Meben yippie. sbb? senang m2u ajer... tp duit raye aritu kene gi masukkan kat bank gak ler... Benefit? Name pun saving acc, mane le byk benefit, unless IFD ker ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 10:50 AM | Show all posts
anak2 qies lak antaranye

1.  Agro bank > wajib dari nursery every month rm10 so termasuk dlm montly
    fees dah....
2.  Maybank Yippie...sbb senang nak cash deposit or M2u ajer...time duit bisnes
     ada lebih senang campak2 situ sikit2...
3.  Unit Trust..long term investment target umur diaorg 18thn...setakat ni mmg
     pejam mata top up....
4.  ASD....ermmm....ni lg bagus tp leceh asal nak bank in ajer dah abih...so last2
     tinggal ajer yg mana ade kat situ...qies top up kat mana2 satu saving
     kat atas.....

sekrang tgh berkira2 nak bukak tabung aji lak tuk depa....

sspn kalo depa dpt g sambung belajar mana2....3-4 bulan sebelum panggilan pun bole masuk dan layak tuk pinjaman PTPTN....cuma satu asben tak berapa suka yg ni sbb dia kalo bole tak mo anak2 dia terikat ngan utang pinjaman utk belajar...kalo tak terdesak sgt ler...stakat nak sambung belajar kat msia mungkin cukup kot saving2 yg ade...tp tak tau le kot2 anak2 ade rezeki ke obersi ker kena gak ler kot bukak sspn...but sebole2 asben nak elakkan yg ni...but sspn ni ade gak kelebihan yg lain...bergantung pada pendapat masing2 ler kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 10:57 AM | Show all posts

Reply #34 putubambu's post

makasih buk putu..makasih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by peaceofme at 23-10-2008 10:15 AM
sorg anak smpai 4 tmpt menyimpn.. , nie pn ingt nk buka'n acc Tabung Haji utk dia. yg pnting simpan kan...


a'ah yg penting menyimpan kann...kalau bukak 10 acc sekalipon tapi asap ngan abuk aje yg ade..buang karen je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:12 AM | Show all posts
tahun dpn baby kuar.. tp tahun ni bakal daddy dh pesan awal2.. nnt bukak kan akaun tabung haji tuk baby dia..
eda akan transfer online tiap bln n hubby akan bayo blk kt eda.. segala2 duit yg baby akan dpt ke tabung haji gak la nnt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.532543 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list