|
Balas #20 Gemukkkkkkk\ catat
bile nk wat gathering nyer niey...
muk nnti trun la KL..dating beramei2.. |
|
|
|
|
|
|
|
muk bila nak berdating ngan mak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 AnBulisia's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 bromatt's post
mike ada gtalk?........noor dah add kat gtalk noor.....
noor -Shah Alam..... |
|
|
|
|
|
|
|
teman - setiawangsa sahaja klcc pun okeh |
|
|
|
|
|
|
|
kite pon kat shah alam gak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
i kat pulau ketam |
|
|
|
|
|
|
|
ai kat mana2 pon boley... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tempat lepak kat umah lama teman, masa duduk Kuarters dulu tahun 2001 - 2006 di Pusat Bandar Puchong
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 Pikir's post
merk dah carik port lain taww nyahh... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu gak petang2 lepak kat sini, tapi yg best ko dtg sini baca Yasin mlm jumaat ngan solat subuh hujung minggu kalau kena dgn Ustaz Idris yg baru umur 25 tahun tu, sah ko nak hari2 solat kat Masjid As Salam Puchong Perdana ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu dikenali Lombong Buaya , aku pernah 2 kali ke sana , la ni udah x cantik weh
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TUKANGKEBUN at 28-10-2008 04:27 PM
Aku selalu gak petang2 lepak kat sini, tapi yg best ko dtg sini baca Yasin mlm jumaat ngan solat subuh hujung minggu kalau kena dgn Ustaz Idris yg baru umur 25 tahun tu, sah ko nak hari2 solat k ...
Tasik ni lah best..dulu tiap2 tahun ada pertandingan mancing..tahun ni tak dengo lak ada ke takde..tp ketutu byk, hari tu sauk dapat berbelas ekor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bagi sikit info kws PUCHONG kat korang ye
Puchong
Puchong ialah satu kawasan pinggir bandar yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asasnya kawasan Puchong merujuk kepada kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur-Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Dari segi pentadbiran, Puchong adalah di bawah lingkungan Daerah Petaling, dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.
Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Seri Serdang dan Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil.
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Sejarah Puchong
Puchong telah wujud sekurang-kurangnya 120 tahun dahulu. Contohnya dikatakan Kuil Hindu di Puchong Batu 12 mempunyai sejarah selama 120 tahun. Manakala bagi SRK(C) Han Ming di Puchong Batu 14, ia telah disahkan mula beroperasi sejak tahun 1921 manakala SRJK(C) Sin Ming di Puchong Batu 17 mula beroperasi pada tahun 1934. Terdapat juga Sekolah Melayu yang awal dibina di Puchong iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang mula dibuka pada tahun 1946.
Sejarah awal Puchong adalah tidak jelas. Tetapi sejarah Puchong sehingga tahun 1980-an masih boleh dikesan melalui sumber lisan.
Puchong pada 1980-an
Ekonomi Puchong pada era ini adalah sangat bergantung kepada industri perlombongan (timah & pasir), penorehan getah dan juga pemprosesan serbuk kari. Pada zaman ini pola penempatan Puchong adalah berbentuk sejajar dengan Jalan Puchong. Penempatan ini ditandai dengan "Batu". Penempatan di kawasan Puchong pada zaman itu adalah seperti berikut:
Batu 6
Sekarang kawasan ini merujuk kepada kawasan di sebelah jambatan yang melintasi Lebuhraya Shah Alam, sebelah Kuala Lumpur.
Batu 8
Sekitar kawasan Kinrara dan Taman Pak Siong.
Batu 9
Merupakan kawasan pusat bagi Puchong, dikenali juga sebagai Bandar Puchong Jaya. Puchong Jaya merupakan salah satu susur keluar ke Lebuhraya Puchong-Sungai Besi , Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Batu 11
Kini masih wujud, merujuk kepada Kampung Melayu berhampiran "Lurah Besar" Puchong, dekat dengan Bandar Puchong Jaya.Di tahun 60an hingga 70an terdapat sebuah kawasan penternakan buaya di Batu 11 Puchong dan pada tahun 70an juga terdapat satu banjir besar telah melanda Puchong.Akibat dari peristiwa banjir tersebut,kebanyakkan buaya buaya yang berada di kawasan Batu 11 Puchong telah terlepas dan mendiami kebanyakkan sungai,lombong dan juga tasik di sekitar Puchong. Ini termasuk juga 'Buaya Puchong' yang mendiami tasik di Kampung Sri Aman. Ramai warga setempat mengatakan yang buaya tersebut terlepas semasa banjir besar pada tahun 70an dan telah mendiami tasik berkenaan.
Kompleks sukan di Puchong Batu 12.Batu 12
Pada masa dulu ia adalah pusat bagi penduduk Puchong. Balai polis Puchong asal terletak di sini tetapi sekarang telah dipindahkan ke Bandar Puchong Jaya. Terdapat juga beberapa buah rumah kedai namun telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Damansara Puchong. Kawasan ini sekarang lebih dikenali sebagai Bandar Puteri Puchong. Tepat pada selekoh besar LDP, terdapat kilang traktor. Sekarang pekan Puchong Batu 12 cuma tinggal sebuah Masjid, dan juga rumah JKR.
Batu 13
Merujuk kepada penempatan di tepi Sungai Kelang. Di sini juga ada sebuah kilang kari iaitu kilang Kari Cap Burung.Terdapat 6 buah kampung di Batu 13 Puchong Kampung Baru Sri Puchong, Kampung Sri Langkas, Kampung Sri Langkas Tambahan,Kampung Sri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan. Diakhir tahun 60an terdapat satu peristiwa buruk dimana sebuah kapal korek dikawasan perlombongan dipuchong telah terbalik,ia berlaku di Batu 13 yang mana sekarang dipanggil sebagai Puchong Permai. 'Buaya Puchong' yang dahulunya menjadi tajuk besar didalam surat khabar juga berasal dari sebuah tasik semulajadi di Kampung Sri Aman Batu 13 Puchong.
Batu 14
Merupakan penempatan tradisi di kawasan Puchong yang dipelihara dengan lengkap. Terkenal dengan hubungan kaum yang baik antara kaum Melayu-Cina-India-Orang Asli (Puak Rasau). Selain itu tempat ini juga terkenal dengan masakan Hakka Yong Tau Fu.
Batu 16
Sebuah penempatan estet yang telah dibangunkan menjadi kawasan perumahan baru iaitu Bandar Bukit Puchong 1 dan Bandar Puchong Utama.
Batu 17
Merujuk kepada kawasan lombong Ayer Hitam yang merupakan lombong terbesar di Puchong. Dahulu di sini terdapat banyak penempatan penduduk. Namun pada pertengahan 1980-an, apabila lombong ditutup kawasan ini dikenali sebagai bandar hantu sehinggalah kerajaan negeri membangunkan semula kawasan ini kepada pertumbuhan penempatan baru yang dikenali sebagai Putra Perdana, Danau Putra, Aman Putra dan Nusaputra.
Batu 18
Merujuk kepada kawasan sekitar Kampung Pulau Meranti dan kawasan perumahan baru seperti KiPark Puchong,Taman Meranti Indah dan Desaria Kondominium.
Kawasan perumahan penduduk berpendapatan sederhana di Puchong.Kawasan Puchong mempunyai penduduk dianggarkan menghampiri 380,000 orang. Namun jumlah ini adalah jumlah yang telah dimasukkan sebahagian kawasan Sepang yang mempunyai poskod yang sama iaitu dari 47100 sehingga 47190 di bawah nama Puchong dan ianya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Demografi Puchong terbahagi kepada dua iaitu:-
Jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Petaling adalah dianggarkan seramai 295,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu menguasai 45% peratus dari jumlah penduduk diikuti oleh kaum Cina 40%, India 14% dan kaum-kaum lain mewakili 1 peratus dari keseluruhan penduduk. Kebanyakkan kaum Melayu mendiami kawasan kampung-kampung di sepanjang Sungai Kelang dan taman-taman perumahan seperti di Puchong Permai, Puchong Perdana, Puchong Prima, Puchong Indah, Puchong Utama, Bandar Bukit Puchong 1 dan Puchong Intan. Manakala kaum Cina banyak tertumpu kepada kawasan-kawasan perumahan yang besar seperti Bandar Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Bandar Puteri, Bandar Kinrara, sekitar Puchong Batu 8, Taman Kinrara, Kampung Baru Cina di Batu 14 dan Mutiara Puchong. Bagi kaum India pula penempatan mereka tertumpu kepada Kampung Bunga Melur di Batu 14, sekitar Sri Puchong dan Kampung Tun Razak. Terdapat juga penempatan kaum asli di Puchong iaitu di Puchong Batu 14 dikenali sebagai Kampung Sungai Rasau.
Bagi jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Sepang pula, jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 85,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti iaitu dianggarkan sebanyak 77%, diikuti kaum Cina 10% dan kaum India 13%.
Agama
Masjid Puchong Perdana.Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Puchong. Puchong merupakan kawasan yang didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 7 buah masjid, 6 kuil hindu, 4 kuil Buddha dan beberapa buah gereja kecil yang boleh didapati di Puchong. Terbaru sebuah Masjid baru telah dibuka iaitu Masjid Puchong Perdana dan sebuah Gereja Katolik telah dibuka di Bandar Puteri. Terdapat juga 2 buah masjid yang dalam pembinaan di Pusat Bandar Puchong dan Bandar Bukit Puchong. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengangkutan
Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKL telah menstrukturkan semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong
.
Lebuhraya Damansara-Puchong.Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang.
Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:
Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi
Lebuhraya Persekutuan
Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) (dalam pembinaan)
Lebuhraya Puchong-USJ (dalam perancangan)
Lebuhraya KL-Putrajaya-KLIA(dalam pembinaan)
[sunting] Pendidikan
Puchong hanya mempunyai sebuah institusi pengajian swasta yang bertaraf kolej universiti iaitu Binary University College yang terletak di IOI Business Centre di Puchong Jaya. Di samping itu Puchong juga mempunyai lebih daripada 10 sekolah menengah dan lebih 20 sekolah rendah.
[sunting] Sukan dan rekreasi
Pemandangan Tasik Wawasan dari Kiara Apartment.Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah stadium mini di Bandar Kinrara. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong), Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik Puchong Perdana (Permandangan menghadap Masjid Puchong Perdana) dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).
[sunting] Kesihatan
KPMC dari persimpangan Bandar Puteri.Terdapat beberapa pusat kesihatan di Puchong, antaranya Pusat Rawatan Islam Puchong, Pusat Perubatan KPMC[1], Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 14, Klinik Desa Kampung Pulau Sebok, Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 13. Terbaru sebuah hospital swasta dengan 78 katil dibina di Bandar Puteri yang dikenali sebagai Columbia Asia Medical Center. Hospital swasta ini sudah pun memulakan operasi akhir tahun 2007.
[sunting] Ekonomi
Di Puchong terdapat banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Puchong juga merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk dan menjadikannya sebuah bandar yang penting di Malaysia.
Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.
[sunting] Senarai taman perumahan
Puchong mempunyai banyak kawasan perumahan yang pesat membangun. Antaranya ialah:-
[sunting] Di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya
Kawasan perniagaan baru di Bandar Puteri.
Kawasan perumahan di Pusat bandar Puchong.
Pasaraya Giant dari Bandar Puteri.
Pasaraya Jaya Jusco.Puchong Batu 14
Puchong Impiana
Puchong Hartamas
Puchong Jaya
Puchong Perdana
Puchong Utama
Taman Tenaga
Taman Kinrara
Bandar Kinrara
Puchong Indah
Puchong Intan
Pusat Bandar Puchong
Bandar Bukit Puchong 1
Bandar Puteri Puchong
Taman Bukit Kuchai
Taman Puchong Prima
Taman Puchong Permai
Taman Puchong Permata
Desa Milennia
Taman Maju Jaya
Taman Sri Puchong
Lake Edge
Mutiara Puchong
Mutiara Indah
Saujana Puchong
Taman Puchong Tekali
Taman Tasik Prima
Taman Sunway Kinrara
Lake Residency
Taman Lestari Puchong
Pusat Perdagangan Puchong Gateway
Setia Walk
Grandview Puchong
Amansari
Austral Yarra Link
Rumah Murah PKNS
Taman Puncak Jalil
Taman Damai Utama
[sunting] Di bawah Majlis Perbandaran Sepang
Bandar Nusaputra
Taman Amanputra
Taman Putra Perdana
Taman Danau Putra
Taman Meranti Jaya
Taman Meranti Permai
Taman Putra Impiana
Taman Mas Puchong
Taman Tasik Puchong
Desa Air Hitam
Taman Putra Prima
Bandar Bukit Puchong 2
Taman Meranti Indah
Taman Prima Tropika
Bandar D'Alpinia
KiPark Puchong
Desaria Kondominium
Alam Sanctuary
Suria Tropika
Duta Perdana
Taman Lestari Permai
Abadi Man Nien-Dalam perancangan,perbandaran seluas 500 ekar
Lush Development- Dalam perancangan, perbandaran seluas 650 ekar
Kampung Pulau Meranti |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|