CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

Di Sebalik Perang Dunia

[Copy link]
Post time 14-11-2008 09:35 AM | Show all posts
Saya harap orang2 HINDRAF akan faham dan nampak gambaran sebenar apa itu PENGHAPUSAN ETNIK.

Ini main tibai sahaja kata mereka jadi mangsa penghapusan etnik India di Malaysia.

Takda pun orang India mati kena holocus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 11:29 AM | Show all posts
Layan... Di Sebalik Perang Dunia 2 xde ke? i want more!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 05:13 PM | Show all posts
bagus info...
post kalau ada lg...
keep it up...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 06:43 PM | Show all posts
thanks anak kencana... good info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 04:59 PM | Show all posts

Reply #20 din_atos's post

sy mmg minat pasal sejarah. Klu kat astro mmg cenel History is my faveret. Dari sejarah tu kita blaja apa yg kita ada hari ni. Tp bg pendapat sy la, Malaysia skrg patut lebih maju & taraf pendidikan lebih tinggi dr apa kita capai skrg. Setuju?


..ramai yg suka gaya penulisan sejarah yang boleh dibaca dengan intonasi....hidup dan penuh semangat..

tu lar, bak kata pakar sejarah Prof. Khoo Kay Kim.. beliau selalu mengeluh tentang peminggiran mata pelajaran Sejarah. Sejarah selalu diketepikan..dan kekadang dianggap sebagai subjek yang kurang penting...tak ada nilai komersil & kurang popular.

...mungkin sebab pengolahan subjek sejarah semasa sekolah dulu tersangat "exam oriented" kan.... cepat jadi bosan..layu dan tiada variasi..seperti apa yg berlaku sebenarnya dalam fakta sejarah? Dan lagi.. kalo harapkan buku teks sejarah malaysia, memang agak bosan kerana intinya agak terhad dan umum.. ditulis dengan gaya bahasa yang kaku... cuma, buku teks memberi fakta dalam bentuk karangan panjang yang berperenggan. Buku rujukannya pulak, dalam bentuk point. Tapi tetap fakta semata-mata. Tak ada yang mencabar minda selain daripada untuk hafalan dan mencabar tahap kesabaran sebab tak dapat nak hafal katanyer... contohnya, kita dihidangkan dengan kemunculan parti komunis, kesan tindakan komunis dan sebagainya. Tapi kita tak "diajar" apakah ideologi komunisme sebenarnya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 07:35 PM | Show all posts

Reply #21 WonBin's post

makasih uols..:handshake:

Perang ada peranan penting dalam sejarah. Disebalik kemusnahan, ada sesuatu yang baru muncul. Perang, walaupun memusnah, dapat menjana ekonomi baru. Lihat saja perang-perang besar dan kecil serata dunia; punca dan kesannya!!

Kerapkali pemimpin mencipta musuh, walaupun keadaan ternyata aman...:@


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2008 02:45 PM | Show all posts

Perang Dunia Kedua



Perang Dunia Kedua memakan masa hampir selama 6 tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur..




Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.

Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 03:28 PM | Show all posts
lps perang dunia ke 2...wujud perang dingin...antara barat&timur
komunis&sekutu2 US(esp nato) so kira balance le antara kuasa2 besar dunia...

lps kejatuhan tembok berlin&Rusia secara am nya...kuasa US semakin berleluasa hingga ke hari ini...

if not US ni takut gaks dgn kuasa Rusia&sekutu nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2008 05:09 PM | Show all posts

Reply #28 sebringfgk's post

"Tak seorang pun ingin berperang, tetapi lebih tak ingin lagi dijajah..."

...tak terkejut kalo Amerika merupakan negara yang terbanyak terlibat dalam konflik (perang) antarabangsa. Industri senjata di negara tersebut merupakan industri yg sangat besar. Boleh dilihat, setiap kali Parti Republik berkuasa di Amerika, dijamin bakal akan ada perang di sebelah/bahagian dunia lain pulak sebab Parti Republik disokong oleh industri senjata...(presiden George Bush dan George Walker Bush berasal dari Parti Republik)...



[ Last edited by  anakencana at 18-11-2008 08:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 05:26 PM | Show all posts
Yay.. ada cerita WW2.. tp mcm x byk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 11:37 AM | Show all posts

Reply #30 zulyusoff's post

salam zul,

..berakhirnya musim dunia Kristian Menipu dunia Islam.. :victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 02:42 PM | Show all posts
info yg bagus.. syabas tuan rumah.. saya suka jugak sejarah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 04:59 PM | Show all posts

Bermulanya Perang Agama?



Para penganalisa politik meramalkan... bahawa peperangan menyerang Afghanistan ialah permulaan Perang Agama seperti yg dituliskan dan diulang kembali oleh Robert Fisk, Amerika sebagai kuasa terkuat di dunia sanggup menghentam negara termiskin di dunia atas nama memerangi keganasan sedangkan itu hanya satu tipu-muslihat.

Kalau betul-betul mahu perangi keganasan Amerika harus menghentam IRA yang sudah lama membunuh di negara barat terutama sekali di kota London. Amerika dan NATO harus mengebom wilayah Basque yang sudah lama mahukan kemerdekaannya daripada Sepanyol.

Amerika harus menyerbu Colombia di mana bersarangnya Mafia Dadah terbesar dunia ataupun Tupak Maru di Peru. Ketika Milosevic (bekas presiden Yugoslavia) bertindak ganas membunuh orang yang tidak berdosa setiap hari, Amerika sepatutnya menyerang Kosovo dan bukan mengarahkan NATO melindunginya. Sehingga kini Ridzwan Karatzhik belum lagi tertangkap walaupun ratusan ribu umat Islam mati disembelihnya.

Malahan, Amerika seharusnya menakluki Israel kerana mengeksport keganasan ke seluruh dunia, termasuk satu pasukan khas di Singapura di mana terdapat satu pangkalan pesawat udara (drones) tanpa juruterbang sentiasa bersiap sedia (dan diberikan keizinan menggunakan ruang udara Malaysia secara percuma). Sekaligus Amerika harus mengebom Singapura yang menjadi proksi Israel membuat kerja risikan di seluruh Afrika dan Asia Tenggara. Singapura juga merupakan sarang pembikinan jerangkap samar yang dibekalkan kepada Kuwait untuk dipasang sepanjang sempadannya dengan Iraq; dan di persisiran pantai di Teluk Arab/Parsi yang tidak mampu dikawalnya.


[ Last edited by  anakencana at 19-11-2008 05:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 05:13 PM | Show all posts

Bermulanya Perang Agama?



Banyak lagi tempat lain di mana masih ramai penyangak yang mengganas besar-besaran, tetapi Amerika tidakpun bertindak mengajar mereka. Semua serangan itu mempunyai bukti sahih betapa Amerika benar-benar mahu mengganyang dunia Islam.

Kalau AS berjaya menguasai Afghanistan melalui perang yang tipu muslihatnya dikatakan untuk mendera Osama Laden dan Kumpulan Al Qaeda; ini bererti seluruh dunia Islam akan tergugat. Banyak unsur penekanan perjuangan Islam itu sedang ditekan oleh pemimpin Islam sebagai proksi kepada AS dan Zionisme serta dunia Kristian.

Ketika Kosovo dan keseluruhan Bosnia tergugat, Malaysia merupakan salah satu negara yang mula-mula menawarkan perlindungan kepada masyarakat Islam di sana termasuk di Albania untuk mendapat perlindungan di sini. Kenapa kali ini tidak ada tawaran diberi kepada masyarakat Afghanistan? Apakah kerana masyarakat Bosnia yang diberi perlindungan dulu merupakan orang Islam hanya pada namanya sahaja?

Bukankah itu yang berlaku di Vietnam, Congo, Mozambique, Somalia, Bosnia, Ethiopia, Eriteria dan banyak lagi ?

Serangan yang dibuat oleh AS dan Britain terhadap Afghanistan adalah satu penghinaan besar kepada dunia Islam kerana tidak mampu menyekatnya. Ketika Amerika di serang pada September 11 dulu, ia dilakukan sebelum waktu pejabat di siang hari. Ramai orang Yahudi yang sudah mengambil cuti seolah-olah mereka tahu akan kemunculan serangan. Apakah Osama Laden dan orang-orangnya yang memberitahu jadual serangan itu ataupun serangan itu dilakukan oleh kumkpulan proksi Yahudi? Jika demikian, Osama Laden bukannya orang yang patut dituduh mencetuskan jenayah itu.

Ketika Amerika menyerang-balas, serangan dibuat di tengah malam kerana mengambil kira "prime-time" untuk tontonan rakyat Amerika (Amerika ada empat zon waktu). Tetapi itulah waktunya rakyat Afghanistan sedang tidur tanpa lampu elektrik di banyak tempat. Bayangkan kesengsaraan mangsa meraba-raba mencari perlindungan di waktu gelap gelita tanpa sebarang bantuan kepada pihak yang cedera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 05:27 PM | Show all posts

Bermulanya Perang Agama?



Serangan Amerika diberikan lintas langsung di TV sambil diberikan penjelasan apa sasarannya. Kemudian diselang seli dengan senario mencari mayat di Pusat Dagangan Dunia sebagai muslihat untuk menyedarkan rakyat dunia supaya bersimpati dengan Amerika kerana tindakannya. Kalau Amerika mahu, runtuhan Pusat Dagangan Dunia itu sudah boleh dibersihkan dalam jangkamasa dua minggu. Kalau AS betul-betul ingatkan ajaran Allah dan hormati mangsa yang sudah mereput di bawah runtuhan batu itu, keseluruhan timbunan batu sudahpun bersih diangkut dan apa juga mayat yang dijumpai ataupun cebisan anggota badan, sudah ditanam. Tetapi, ia sengaja dilambatkan supaya tidak terdedah ke mana perginya puluhan ribu orang Yahudi yang dikatakan bekerja di pusat itu?

Ia memang dilengahkan kerana Bush mahu mengimbangi sentimen manusia, kalau-kalau berlaku kecelakaan dalam serangan mereka di Afghanistan. Timbunan runtuhan bangunan itu sengaja dijadikan bahan pelancongan terbaru baik dari segi fizikal ataupun segi lawatan elektronik, kerana parti Republikan mahu menyauk simpati rakyat untuk merestui perancangan menambahkan belanjawan darurat yang akan merancakkan industri pengeluaran kelengkapan perang. Untuk menambahkan kehebatan rencana itu mereka kerahkan hampir 50,000 tenaga kerahan (national sevice) dan tubuhkan pula satu jabatan 揌omeland Security Service擺/b] yang tidak jauh bezanya dengan konsep 揌ome Guard
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 05:42 PM | Show all posts

Bermulanya Perang Agama?



Amerika Membodohkan Negara Islam

Tekanan Amerika mengganyang Afghanistan tidak dipedulikan oleh dunia Islam, kerana Afghanistan merupakan sebuah negara yang termiskin di dunia. Apabila Timbalan Presiden Dick Cheyney memberi katadua, "You are with me or with the babarians!" tidak ada seorangpun pemimpin negara Islam yang membantah secara terbuka. Kenapakah Amerika sanggup menggugat dunia dengan kata-dua tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk ambil sikap berkecuali? Kalau di PBB semua negara ahli pertubuhan itu boleh memilih untuk berkecuali, kenapa Amerika tidak mengamalkan dasar itu, sedangkan Amerika merupakan negara yang paling besar hutangnya kepada tabung PBB itu?

Amerika bangga menunjukkan gambar "live" mereka mengebom untuk menghancurkan bandar-bandar Afghanistan. Di waktu yang sama mereka juga menggugurkan bantuan bekalan makanan dan transistor radio untuk membolehkan rakyat Afghanistan mendengar propaganda mereka.

Tindakan Amerika ini adalah satu tindakan kurang ajar kerana:

a) Kalau setakat mengebom pusat latihan Al-Qaedah kenapakah dimusnahkan rumah kediaman dan pejabat NGO di sana? Amerika menyerang menggunakan peluru berpandu 憈omahawk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2008 05:59 PM | Show all posts

Bermulanya Perang Agama?

\\

Presiden Bush sudah lama merancang untuk menghancurkan dunia Islam kerana itu merupakan agenda ayahnya dulu yang pernah berkata 揂fter Iraq, Islam is next?擺/b] Tetapi, ketika dia menghentam Iraq dulu hampir keseluruhan belanjawan angkatan tentera Amerika telah dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi, Kuwait, UAE dan Brunei.

Dengan lain perkataan, sejak pemerintahan bapanya Presiden Bush yang ini bersama sekumpulan penyangak di Rumah Putih sudah mempunyai satu pendirian tegas mahu memerangi Islam dengan menggunakan kekayaan Islam. Sekaligus dunia mahu dihancurkan dengan menggunakan kekayaan dunia Islam itu sendiri. Amerika fikir mereka boleh berjaya dengan agenda ini kerana hampir semua pemimpin negara Islam termasuk yg berjiran dengan Indonesia yg hanya tinggal gigi dan lidah sahaja apabila mahu berdepan dengan Amerika.

Memang sejak peperangan Vietnam dulu Amerika sudah berjaya melancarkan sistem menghakis kekayaan negara Islam dengan muslihat adu-domba peperangan yang diselang-seli dengan sistem sekatan ekonomi. Suasana peperangan membuatkan negara Islam berbelanja sakan membeli kelengkapan perang, sehingga banyak negara itu yang membeli lebih pesawat terbang daripada jumlah juruterbang dan juruteknik terlatih.



Kemudian direncana pula untuk menekan negara yang sudah banyak mempunyai kelengkapan perang itu sehinggakan wang simpanan mereka di Barat dapat dibekukan, dan sekatan ekonomi dan embargo dikuatkuasakan. Itulah yang terjadi kepada beberapa negara berminyak seperti Libya, Nigeria, Iraq, Kuwait, Iran, Saudia, UAE, Brunei dan Indonesia.

Di waktu yang sama negara Islam yang mempunyai banyak rakyat yang pintar dalam dunia pendidikan dan teknologi, terus ditekan agar tidak bangkit sehingga mampu bergusti dan menggigit. Pakistan, Bangladesh, Indonesia adalah contoh yang terbaik. Tetapi, di negara Arab inilah negara yang menghantarkan ramai penduduknya (Amerika) untuk menguruskan pelbagai industri di sana....  
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:03 AM | Show all posts

Reply #34 anakencana's post

Errr IRA sebenarnya dah berhenti mengganas sejak 1997...so dah tak jadi sasaran dalam apa2 hal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 09:47 AM | Show all posts

Reply #39 alphawolf's post

sowwi  beb kalo salah paham lak... nie info yg berkaitan ngan situasi/keadaan pada masa tu.. bukan 2-3 tahun kebelakangan nieee..:time:
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:21 AM | Show all posts
Amerika sepatutnya menyerang Kosovo dan bukan mengarahkan NATO melindunginya. Sehingga kini Ridzwan Karatzhik belum lagi tertangkap walaupun ratusan ribu umat Islam mati disembelihnya.


Erm Wilayah Kosovo tu orang Islam punya bro! Sebab tu kita hantar askar sekali ke sana masa perang Kosovo.

BTW Ridzwan Karatzhik ialah Radovan Karadzic kan? Bukan dia dah ditangkap ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.222372 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list