|
soklan diceduk dr thread isteri solehah.....
cee abg aji bubuh sikit suami soleh tu cemana?
(nk dgr jugak dr pandangan abg aji....
asek bg soklan ajek.... )
adakah dgn tanda lebam di dahi?
adakah dengan tidur berlantaikan duit?
adakah dengan terpampang megah ferrarinya? penthousenya?
adakah jln tunduk ajek - tawaduk?
adakah yg hidupnya ulang alik ke surau?
adakah yg membanting tulang sampai dinihari?
and ETC lah....
haa... cee bubuh sikit ceman rhopanya suami soleh tu? habaq mai sikit cik apja nk dengaq...
TQ
sblm tu soklan cepuemas apa makna soleh ekk? |
|
|
|
|
|
|
|
err..ustaz akhil hayy tu suami soleh tak?  |
|
|
|
|
|
|
|
nak komen jugak...
Suami along boeh kira la kan..
adalah beberapa ciri suami soleh la kot..
Alhamdulillah... walaupun bukanla alim warak tapi boleh diberi pujian..
antaranya..
1. Solat, Alhamdulillah memang on time la, kalau dia tak penat/sibuk, Insya-ALlah dia pegi jemaah di surau, biasanya Subuh/ Maghrib sampai Isya', kaau dia busy balik lambat dari office, sempat Isya' je kat surau.
2. Memang menjaga aurat dia, aurat isteri. (along la tu) dulu masa couple-couple, masa tu studentlah katakan, so bab aurat kadang terbabas juga, (walau bertudung, tp lengan pendek, selalu kena tegur-malu seh)
dah kawin lagilah dia jaga aurat dia dan saya, means, kalau dirumah orang lain yang bukan muhrim saya, dia sentiasa menjaga aurat saya, (walaupun saya sedar sendiri, tetapi kekadang dia menegur juga, contohnya kekadang saya membasuh pinggang, menyinsing lengan baju sampai ke siku) perlahan dia bisik ke telinga saya "Ummi, jatuhkan lengan baju ummi, ummi sayang babah kan," uhuhu mula-mula malu gak kena tego..lama-lama dah faham sendiri.
3. Kalau dia tak jemaah disurau, dia sebolehnya pastikan kami berjemaah di rumah, (part ni kena adjust juga, sebab ada anak kecil, risau juga diaorang tanpa pengawasan. Masa kitaorang couple dulu, jarang berjumpa, tapi kalau jumpa sure kat tempat yang dia pasti ada surau, and surau tu ada tempat wuduk untuk wanita yang selesa, kerana dia tak mau ambil wuduk/bukak tudung (terbuka)
4. Environment dia membesar (anak yatim piatu) menyebabkan dia sangat cintakan anak-anak yatim, sekarang join abah dan mama along buat tuisyen untuk anak-anak yatim, and dlm perancangan dengan m parent untuk tubuhkan tempat motivasi utk anak-anak yatim/golongan kurang mampu. Kalau ada income lebih dari elaun dia outstation/travelling, bonus, sure dia akan asingkan sedikit untuk anak-anak yatim tempat mama dan abah along mengajar tu. Ini memang dia akan pastikan peruntukan tetap ada. Dia rela tak bertukar kasut, baju asalkan peruntukan untuk anak-anak ini tidak berusik. (background my parent is lecturer, so abah along mmg concern bab education)
5. Tegas dalam bab agama
In every situation biasa dia akan tegas bila melibatkan akidah/iman
6. Penyayang dan sangat menjaga hati isteri
Bab ini memang saya puji dia sangat-sangat. ALhamdulillah, syukur. Jarang sangat dia marah-marah, tinggikan suara, atau menyakitkan hati along. very-very less... masa couple dulu memang along suka juga merajuk, buat perangai, emm mana tu limited la cara dia memujuk, bila dah kahwin, dah dapat bersentuhan, pujukan dia lembut, berbisik, dan dapat bersentuhan tangan, dengan cara dia begitu, malu tau nak marah-marah atau merajuk. sebab kita marah-marah, atau muncung sikit, tapi dia sabar je memujuk, lemah lembut, last-last kita lak malu sendiri, dan selalu ingatkan diri "tak bersyukur ke dapat suami yang macam tu, nak macam mana lagi?"
7. Sangat hormatkan orang tua.
Pernah emak arwah wife dia dulu datang rumah, and tengok my parent banyak belikan toys untuk anak-anak arwah dan hubby saya dulu, and tak dinafikan toys-toys ni memang mahal-mahal dan my parent ada sediakn mini library untuk cucu-cucunya (walau bukan dari darah daging dia) ermm parent arwah isteri dia ada sebut "ermm membazirkan belikan mainan mahal-mahal buat budak-budak, mainnya kejap je, dah tu, budak-budak tu nanti biasa hidup mewah takut tak pandai hidup susah" aduhh masa tu hubby risau kalau my parent dengar, sejak itu kalau parent arwah nak datang tengok cucu-cucu dia, biasanya hubby akan simpan toys memahal dalam bilik tido kami, demi menjaga hati kedua-dua nya, sbb takut my parent kecik ati ke apa.. and sentiasa adil je dalam menghormati kedua-dua, dan ajar saya taat orang tua.
ermm alamak..banyak pulak.. kang over la orang kutuk memuji laki...
mungkin belum sampai tahap suami soleh, tapi tak banyak sikit ada juga ciri-ciri yang diperlukan, mungkin jauh lagi tahap dia nak sampai begitu.
[ Last edited by alongg at 19-1-2009 12:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ade lagi ke spesis camni la nih?  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 alongg\ catat
bila baca kisah along....Apa yg jad rasa ialah along jugak sorang isteri yg soleh...Bak kata 'Padan bagai pinang dibelah dua'..
Antara ciri soleh yg jad dapat lihat pada along & suami ialah menghargai pasangan...Teruskan. Tahniah krn ada ciri ini.
Jad pernah ditanya soklan nih apa ciri suami yg jad cari...Memandangkan yg tanya tuh non muslim, jadik idak ler jad cakap jad nak cari yg suka solat jemaah walaupun deep in my heart tuh yg jad inginkan. Lepas tuh dia cakap, ada orang yg nakkan suami yg kelakar ttp adakah diri sendiri sorang yg kelakar. Soklan dia tuh buatkan jad terpikir..Adakah sebab jad nih jarang2 solat jemaah, nyebabkan jad tak jumpa lagi jodoh yg macam nih.
he he apa ler jad merepek nih.
Ramai yg dah listkan serta share cir-ciri suami/isteri soleh tuh camner...Persoalannya...camner(HOW) nak jadi soleh? |
|
|
|
|
|
|
|
alamak jad, alongg rasa jauh lagi kalau nak sampai tahap isteri solehah tu... tapi kita boleh je mencuba kan..
sebab macam along sendiri, bila selalu rasa dihargai dia, alongg jadi segan dan malu sendiri, sbb bagi pihak dia,
dia sudah mencuba jadi yang terbaik, kenapa di pihak kita, kita tak berusaha jadi yg terbaik juga.
bagi pendapat along la kan...maaf ya kalau kurang tepat..
kalau seorang lelaki itu sentiasa menunjukkan kebaikan dan penghargaan buat isteri dia, Insya-ALlah sebagai isteri, dia sendiri pun akan sentiasa berikan yang terbaik untuk suami dia.
Macam along, hubby walaupun seorang yang sibuk dengan kerja dan selalu sangat outstation, tetapi dia pastikan dia ada quality time dengan kami sekeluarga bila dia free, bab sibuk kerja, itu amanah dia dengan majikan kata dia, keluarga itu amanah Allah untuk dia pelihara sebaik-baiknya, so bagi along, macam mana dia hargai kami, begitulah kami kena hargai dia..
Originally posted by jadree00 at 20-1-2009 06:21 AM 
bila baca kisah along....Apa yg jad rasa ialah along jugak sorang isteri yg soleh...Bak kata 'Padan bagai pinang dibelah dua'..
Antara ciri soleh yg jad dapat lihat pada along & suami ialah me ... |
|
|
|
|
|
|
|
seronok pulak baca cerita along..jika suami pandai menghargai isteri, automatik isteri akan menghargai suami..itu namanya kehidupan yg diberkati..moga bertambah berkat lagi..amin |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm... suami aku ni takdelah alim dan warak macam suami along. Dan masa muda dia pun, ada melalui zaman gelap. Maklumlah dlm proses self identification crisis.. Dalam bab2 aurat, aku kat rumah hanya pakai tube aje atau spaghetti strap, tapi bila rasa ada orang nak dtg atau lalu kat depan rumah, dia akan ambik shawl dan balut badan aku, itu je.
Tapi persoalannya, what is a definition of suami soleh, really? adakah bila dia solat tonggang tonggek, lembut pd isteri dia, ML pun dalam selimut, tapi dibelakang2 mengutuk masakan isteri, bila bercakap dgn isteri penuh dgn nasihat2, tapi dalam hati, terdetik niat nak pasang satu lagi sbb isteri skrg byk kekurangannya. And i'm not just making up stories, there are men who behave hollier than thou but dont reallly walk the talk. They immerse themselves in the sea of holiness, but in deeper ground, there is a volcano awaiting to erupt.
Soleh means you do and you meant it. It takes more than just meet the eyes. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm bila dekat2 4 tahun kawen ni aku rasa aku masih bukan isteri solehah  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #33 salju_putih\ catat
mungkin definition soleh, bukan kita sbg manusia yg layak utk bagi. Hanya antara kita dgn Allah. Kita tk tau sejauh mana sesolehan seseorg. Ntah2 kan dia hanya nak menunjuk, who knows. Aku agak sceptical pd org2 yg pious pd luaran ni. Sorry to say, i've seen enough |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #32 Core\ catat
YES i can't agree with you more... soleh bukan pada kita nak menilainya... apa dlm hati ... x nmpk pada mata kasar tp boleh terserlah dgn perbuatan, tutur kata dan niat...
Entah la terlalu sukar mentafsirkan kesolehan seseorang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|