CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Misteri : Sumpahan Sang Ikan

[Copy link]
Post time 4-2-2009 03:04 PM | Show all posts
pasal cerita pantang larang ni kakak ipar aku orang sarawak..keturunan Melanau..keturunannya xleh makan ikan haruan. kalau makan bdn jadi gatal2..kalau makan ikan keli boleh jadi gila...pernah jgk aku tanya abg aku..tak try ke makan ikan tu..dia cakap kalau setakat gatal2 ok ler...kalu jd gila mcm mana????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-2-2009 11:24 AM
tahu dah.

ikan kelisa lebih dikenali arowana, orang tuo dulu panggil ikan nie ikan sarung golok.

jenuh dok carik, ikan sarung golok nih apa


ikan kelisa ni bukan ikan sarung golok, ikan sarung golok ni kepala dia mcm sarung parang mcm ikan aji2 gitu , dia tirus panjang, rupa sekali pandang ikan tenggiri, ikan ni ramai tak makan, kalau dapat akan buang tp hb pernah mancing ke laut, dia cakap tekong gorengbuat makan pagi sedap ya amat!

ikan kelisa @ arowana air tawar kan, dia bukan duk laut, sarung golok duk laut, kelisa ni suka makan lipas, lipan, sanggup ke korang goreng makan, hee... tp kelisa ni ikan termahal, kan, kiranya sapa2 makan, memang mahal le sekor dia yg besar, bak raja makan santapan gitu

citer ikan kekacang ni, memang wujud kat kelantan, zaman dulu kala, keturunan wan dr tanah arab datang berdagang ke laut china selatan masa tu ribut taufan kat laut, mereka solat hajat,tolong selamatkan mereka semua, Allah datangkan sekumpulan ikan kekacang dan janji keturunan wan ni kat ikan2 tu, keturunan dia akan muntah darah sekiranya makan ikan kekacang, berikutan dr ikan itu tolong derang mendarat dengan selamat.

kalau tak silap keturunan raja jembal kelantan takleh makan, keturunan raja jembal adalah tuan guru nik abdul aziz, kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 03:28 PM | Show all posts

Reply #21 pokwo's post

hehheheh

tul gak tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 04:00 PM | Show all posts
Cara elak alah ikan talang


SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.

Tentu ada cara untuk mengelak daripada terkena penyakit berkenaan selepas memakannya. Justeru Petua Pak Nuri kali ini cuba mendapatkan ikhtiar bagi mereka yang alah jika menyentuh atau makan ikan talang yang dikatakan sangat enak itu.

Daripada risik yang diperoleh daripada beberapa rakan yang berpengalaman jika seseorang itu alah dengan ikan talang terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya langkah yang perlu diambil ialah dengan mengoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hancur dan halus lalu disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali lalu membiarkannya hingga kering.

Spesies ikan talang yang terkenal dengan menyambar umpan di permukaan air sangat ganas ketika bertarung terutama apabila merasai dirinya (ikan) sudah menjadi mangsa pemancing. Bagaimanapun keganasan itulah yang sangat digemari kaki pancing kerana dapat menguji kemahiran masing-masing.

Apa pun yang diperkatakan terhadap spesies ikan yang cuma dikaitkan dengan ikan kering itu sebenarnya mempunyai rasa isi yang lazat walau dicelah-celah tulang tajam berselerak itu. Cara untuk mendapatkan isi ikan berkenaan dengan tidak menjejaskan isinya anda perlu kukus ikan talang berkenaan sehingga masak, kemudian mengeruk isinya menggunakan garfu.

Isi ikan talang yang sudah tidak bertulang itu boleh dimasak mengikut selera masing-masing tapi yang terbaik anda boleh buat sup atau bebola ikan serta digoreng tepung.

Kepada penggemar nasi goreng boleh juga menjadikan talang sebagai sebahagian dariapda rencahnya. Mereka yang alah boleh mencuba petua yang diturunkan diatas atau jika rasa takut jangan paksa untuk memakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:36 PM | Show all posts
syd dah tepek semua .. aku nak cerita apa lagi? tapi di perak ni memang banyak tempat ambik sempena nama tapah.

ada tapah, di kaki jalan nak naik ke cameron highland

ada tapah road, di perjalanan antara tapah nak ke teluk intan

dan ada sungai tapah di ipoh.

aku dengar keturunan yg pantang mkn ikan tapah ni memang berpantang sungguh2. hinggakan anak2 pun takut nak cuba-cuba makan ...

keturunan tak makan ikan tapah ni bagaimanapun ramai di lambor. lambor ni kalau korang nak tahu banyak makan-makan lama sultan perak zaman dulu. kiranya pasir salak tempat lahirnya nasionalisme melayu, pun idak lah jauh sangat dari sini.

berbalik kepada ikan tapah (since ini bod mancing ikan ) aku belum pernah jumpa dgn sesiapa pun yg pernah makan ikan ni sama ada di tapah, lambor mahupun di ipoh.

[ Last edited by  stormyrain at 5-2-2009 09:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 09:57 AM | Show all posts

Reply #25 stormyrain's post

u try test laa?

u keturunan apa?

Pak Kaduk?

Pak Pa**ir? - siyes, u buat i gelak laa last nite..hhaahahah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2009 11:05 PM | Show all posts
u try dulu ...

[ Last edited by  stormyrain at 7-2-2009 12:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 11:34 PM | Show all posts

Balas #9 Syd\ catat

Salam..

Tuan Syed orang Lambor ke.....Tau detail tentang crita Pak Kadok....Pak Kadok tu Moyang Kepada Moyang saya...Pantang larang tu memang keturunan Pak Kadok terpaksa Perakui secara tidak langsung.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2009 09:42 AM | Show all posts

Reply #28 kfc's post

wahhhh

ada forumer keturunan tok kaduk kat sini


meh laa share citer....


/- kisah2 yang orang lain tak tahu pasal ikan tapah, keturunan tok kaduk ni, selain yang dikisahkan dalam artikel diatas. mmg teruk ke penangan sumpahan ikan tapah nih?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:03 PM | Show all posts

Balas #29 Syd\ catat

Salam....

Boleh dikatakan ape yang Tuan crita tu banyak yang betul.. .Sebaiknya mencegah lebih baik dari mengubati.Kita kena amik IKTIBAR dari crita tersebut.Banyak maksud yg tersirat disebalik crita tersebut.Baik jadi Jahat jadi Baik, Mulia jadi Hina Jadi Mulia.SEMUA yang baik-baik dari ALLAH TA"ALLA.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 05:16 PM | Show all posts
alaa...

dah bertuan-tuan plak




rasa mcm dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-2-2009 10:55
Misteri: Kancing emas penawar sumpahan
Oleh Mohd Idris Sulaiman


Keturunan Pak Kaduk jika terkena air ikan tapah akan alami gatal-gatal, sakit kulit terbakar

HASMAH menceritakan pengalama ...




aku knal family yg x muley mkn ikan tapah ni
skunk d kt rawang...aku dpt taw pn mse ikut fmily dieowg braya kt tapah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 01:46 PM | Show all posts

Balas #16 Syd\ catat

bini ku tak makan ikan tuh..
ade keturunan bugis la.. kate mak bpk die, boleh kena putih2 cam sopak gitu.. taktau la ye ke tak sbb b4 tak penah dgr.. dan tak penah pulak kaji secara saintifik.. :victory:

[ Last edited by  encikdodol at 13-3-2009 13:49 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 02:17 PM | Show all posts

Reply #33 encikdodol's post

so..mmg ada lah pantang larang nih
dalam keturunan bugis

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-2-2009 10:32
Dok terbaca, katanya ada beberapa jenis ikan nih dikatakan ada sikit special laaa..
Ada sesetangah keturunan tak boleh makan, kalau makan gak rasalah penangan nye...hehe


1. Sumpahan Ikan Ta ...



keturunan teman memang dilarang sama sekali mkn ikan nih......jgn kata mkn...
kena air ikan tu pon tak bole.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 02:50 PM | Show all posts
Ikan merah

Menurut kepercayaan Orang Laut pantai barat, negeri Johor. ikan juga mempun瓂ai badi. lkan vang dikatakan kuat badinya ialah ikan merah yang ganjil daripada biasa. lkan ini mempunyai sisik yang terbalik atau sisiknya tegak. Sekiranya ikan merah seumpama ini ditangkap, ia hendaklah dipukul teriebih dahulu, atau dijirus dengan air sejuk dari kepala hingga ke ekor beberapa kali hing璯a sisiknya kembali normal.

lkan merah yang memakan anak ikan yang masih hidup dalam mulutnya juga tidak boleh diusik. lkan yang masih hidup itu tidak boleh dikeluarkan dari mulutnya. Kalau ini dilakukan, pelakunya akan terkena badi. Pernah terjadi nelayan yang cuba mengeluarkan anak ikan yang masih hidup dari mulut ikan merah telah terke璶a badi. Kemudian menyebabkannya tidak sedarkan diri di tempat kejadian itu. Matanya terbeliak putih, tangannya asvik memegang lehernya meminta tolong kerana terlalu kesakitan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 09:09 PM | Show all posts
keturunan nenek dato aku tak leh makan ikan patin...
sumpahan ...macam..kalau tak cacat , gila,
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 07:28 PM | Show all posts
x pernah dengar pantang larang makan ikan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 07:58 AM | Show all posts
Eh benor.. Mak teman pernah citer, sepupu dia or adik dia ntah pernah termakan ikan tu.. Habih gatai gatai satu badan kabornyer.. Maybe citer ni benor.. Tp boleh gak jadi allergic reaction.. Maybe genetics issue ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 10:25 AM | Show all posts
39# manjung87

Lagi...syok gak baca kisah nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.094132 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list