|
ok....akk try tp yg last for tonite...blm edit yg part lain...
"Tak guna kita berdendam mengingati cerita yg dah jadi sejarah, sebaiknya kita jadi kawan, sekurang-kurangnya hati tak sakit. I tahu niat you, I faham perasaan you tapi I tak pernah rampas hak you. Tak adil kalau you buat I begini. You kenal Azam selama lima tahun, cukup lama untuk you kenal hati budi dia. I tak tahu apa sebabnya you all boleh berpisah. I tak kenal Azam, satu apa ttg dia I tak tahu, sewaktu I terima dia jd suami I. I tak cintakan dia dan I tak pernah bercintapun. Umur I belum sampai 17 tahun waktu tu. I terpaksa berhenti sekolah semata2 utk perkahwinan kami. Dia boleh cari ramai lagi wanita2 hebat seperti you setaraf you bila2 masapun, tak susah bg dia. Ada sbb mengapa dia pilih I, itu you kena tanya dia.
Tapi satu saja yg I nak you ingat, you tentu seorg yg sangat istimewa baik dr segi rupa dan perangai you, kalau tidak takkan Azam pernah jatuh cinta dgn you. Wanita yg baik tentu akan dapat lelaki yg baik juga. Mungkin juga lelaki yg baik itu jauh lebih baik dari Azam sebab itu Azam bukan jodoh you." kata-kataku mengundang mata wanita itu seakan berkaca-kaca.
Aku pegang tangannya dan aku pandang ke wajahnya, dia seperti sedang sebak menahan perasaan.
"We don't have to be perfect, lelaki tak suka" kataku kpd Noraisyah.
Azam tersenyum meleret memandang wajahku, bersandar di kerusinya sambil menarik nafas panjang. Dia yg telah lama berdiam sekadar menjd pemerhati akhirnya bersuara.
"Syah, I broke up dgn you bukan pasal you tak nak beralah, ada beberapa sebab2 lain. You know that, kalau you tak tahu juga, I terpaksa bagitau you. Tapi I tak nak jatuhkan air muka you depan Fauziah. This is for your own good. Belum terlambat utk you berubah. I know why you tak nak minta tukar dulu, I tahu kenapa you sentiasa tak bersedia nak kahwin dgn I, bukan pasal karier. Cukuplah kalau you dan I sahaja yg tahu. Dah lama hati I bukan lagi utk you, lama sebelum we broke up. Masa kita broke up I dah tak ada perasaan langsung pada you. I rasa tak adil nak bandingkan you dan Fauziah. Dia baru saja 22 tahun, muda lebih sepuluh tahun dr you. You dah dengar tadi mcm mana dia bercakap. Sekarang I rasa you dah nampak apa yg I cari, yg tak ada pada you. Tak guna nak berdendam. I dah maafkan you dan Fariz atas apa yg both of you pernah buat di belakang I" mata Azam tajam memandang Noraisyah yg masih memandangnya tanpa kata.
Kalau you tinggalkan I untuk org yg lebih baik I masih boleh hormatkan you. You memecah belahkan bbrp buah keluarga semata-mata kerana mengejar kekayaan, you menikam sahabat baik you sendiri yg tak pernah berkira wang ringgitnya untuk you. You kawan dgn dia hanya kerana nak menumpang senang, you gunakan dia. Bila you dapat apa yg you nak you pergi begitu saja, you pisahkan I dari abang I, dari ibu bapanya. You pisahkan abang I dr anak dia, darah daging dia. Sekarang ni apa yg you hendak dari I?
Kadang2 peluang itu hanya sekali bila you tak grab, it won't come again. Kalau you rasa I lelaki yg baik you patut sedar dari dulu. Mungkin salah I pada you hanya satu, I tak eager nak ajak you tidur dgn I. Tp I ikhlas, I mmg nak kahwin dgn you. Mungkin sejak dr awal I bukan pilihan you. Sekarang I masih lagi lelaki itu tapi hati I hanya untuk isteri I. Allah pernah menjemput dia pergi tp dia masih nak pulang ke pangkuan I sbb dia tahu kuatnya perasaan I pada dia. Syah, isteri itu anugerah Allah, kalau sesiapapun pilihan I, I akan sayangkan isteri I. Semenjak dia jadi isteri I, hati I tenteram, hidup I bahagia, kerja I teratur. I tak pernah mengawal hidup dia walaupun dia muda lagi tp dia pandai mengatur hidup kami, I cuma membantu mana yg patut.
Bukan dia yg bertuah dapat I, tp I yg bertuah dapat dia. Jgn tutupkan hati you hanya kerana dendam dan dengki, you tak akan kemana-mana. Mcm Fauziah cakap ramai lagi lelaki yg baik2, cuma you yg tak perasan. I faham cinta pertama, mmg kekal di situ, tp kadang2 cinta yg datang selepas itu jauh lebih manis dan berkesan di hati. Tak guna kenangkan cinta pertama jika ia menyakitkan, buka hati you luas-luas dan perhatikan betul-betul you akan faham. Kalau you tak cuba you tak akan tahu." Panjang dan lebar suamiku berbicara tp tetap dgn penuh kelembutan di dalam ketegasan. Kalau aku jd Noraisyah mmg aku malu dan mahunya aku lari dr situ, tp rasanya Noraisyah hatinya keras dan kuat. Lama terdiam baharulah dia bersuara.
"I akan cuba, doakan yg baik2 untuk I" dia bangun, aku juga, dia memelukku dgn kemas.
"Azam, you are always a lucky guy, I menyesal, dah lama I menyesal. Fauziah, I tahu mengapa Azam pilih you dan I tahu mengapa cinta dia kuat pd you. Bukan setakat Azam, tp mana2 lelakipun yg dapat you akan sayangkan you mcm Azam. You cantik tp hati you jauh lebih cantik dr wajah you. Janji dgn I yg you akan jaga Azam untuk I sampai bila2, bahagiakan dia sebagaimana dia bahagiakan you. I kena balik office, kalau I ke Sabah I akan contact you all" itulah kata2 terakhir Noraisyah, kami berdua memandangnya hingga dia hilang dr pandangan.
Sewaktu berjalan ke bilik kami, Azam masih memujiku tanpa henti.
[ Last edited by blingblings at 6-2-2009 12:27 AM ] |
|