CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tongkatali

Catatan semua peristiwa 'di bawah pokok'

[Copy link]
 Author| Post time 12-3-2009 10:52 PM | Show all posts
Akibat tertidur di bawah pokok...



PENGORBANAN SUCI - Kisah Teladan


Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun  berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok.           Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun  balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.


Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu,  dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah   rumah berhampiran.


Sebaik saja  menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas                  dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam  sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.


Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus  merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja           urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.


Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun  menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi  tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan  pulang semula untuk pancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.


Ketika ditanya  Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang  menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar     dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.


Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi  reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima                   petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan  sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya  putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat  penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak  petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia  memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.


[ Last edited by  tongkatali at 12-3-2009 23:00 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2009 11:11 PM | Show all posts
KEMATIAN PEJUANG...LEFTENAN ADNAN SAIDI

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalampertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cederaparah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnyaberjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yangmenaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahanbersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant,merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalampertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yangcedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamatdengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematianmengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan.Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platunitu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannyatelah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibatkehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnyadengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telahdikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran,pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan,dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuhLt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiranBukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapahari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yangterdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yangdipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorangtentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengandarah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya,Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percayabahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkinmembuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota AskarMelayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatangPasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatansejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt.General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepunmenyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang.Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalamikehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah(Permatang Pasir Panjang)...""After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japaneseattacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. Thelatter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and byafternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhirSingapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunyapertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) denganTentera
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:47 PM | Show all posts
thread nih patutnya letak kat CI
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:11 AM | Show all posts
Apa2 aje, asalkan pokok boleh masuk thread ni ek?

Beberapa peristiwa yg  x ada tarikh:
Peristiwa 1
Sebuah Madrasah Agama di Pakistan tlh melahirkan ramai pakar2 agama. Madrasah ini dikatakan dibina di bawah pokok delima

Peristiwa 2:
Alor Star: x ingat tarikh. 2 minggu lepas
Seorg lelaki meletakkan keretanya di tepi jln, di bawah pokok. Setelah menunggu agak lama dlm kereta tu, beliau pun keluar. Sebaik shj keluar, sebatang dahan pokok yg agak besar patah dan jatuh. Kereta tersebut berada beberapa meter shj dr lokasi dahan yg patah.

Moral: Jgn parking bawah pokok

Peristiwa 3:
Alor Starv lagi:
Sebuah lori yg memandu agak laju telah melanggar salah satu pokok yg ditanam di tengah pembahagi jln. Lori tersebut tlh termasuk ke bhg jln di sebelahnya dan melanggar sebuah kereta kancil. Kejadian ini, menyebabkan kematian pemandu kancil tersebut. Beberapa penumpang bas ekspres yg berada di belakang kancil berkenaan juga turut tercedera.

Tidak berapa lama kemudian, pokok2 yg ditanam di pembahagi jln sepanjang jln tersebut, tlh pun ditebang.

Moral: Eloklah ditebang pokok2 ni. Tak dak pekdah. Membawa kecelakaan lg ada.

Kat jln2 lain nampaknya belum lg ditebang. Bila nak buat Pak Jijan? Gantikan dgn pokok bunga x boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:21 AM | Show all posts
Perancis

Pada Tahun 1979, pemimpin dalam buangan Iran, Ayatullah Ruhollah Khomeini mengadakan mesyuarat dengan penasihat-penasihatnya dibawah sebatang pohon epal di Neauphle-Chateau,Perancis bagi merancang Revolusi yg tidak lama kemudian menjatuhkan Shah Iran

England

Apabila pihak British mengenakan cukai stem di negeri2 jajahannya pada tahun 1765, kumpulan ra'yat yang menamakan diri mereka The Sons Of Liberty bermesyuarat untuk memprotes, dan mesyuarat pertama diadakan di bawah sebuah pokok Elm di Boston. dan The Sons Of Liberty terus mengadakan mesyuarat2 seterusnya dibawah pokok tersebut sehingga akhirnya ia dinamakan "Liberty Tree"..Marah dengan tindakan itu, Kerajaan British menebang pokok tersebut, tetapi The Sons Of Liberty menggantikannya dengan 'Liberty Pole"(Tiang Kebebasan)

Malaysia

Kerajaan Negeri Perak yg dipilih ra'yat terpaksa mengadakan sidang DUNnya di bawah sepohon pokok di pada 3 Mac 2009...ini kerana Dewan Undangan telah dikunci oleh pihak yang telah merampak kuasa secara zolim dan tidak bertamadun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 12:15 PM | Show all posts
Tugu DUN sidang bawah pokok pecah

IPOH: Tugu yang dibina di bawah Pokok Demokrasi untuk memperingati peristiwa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar 3 Mac lalu ditemui pecah pagi tadi, angkara pihak yang tidak bertanggungjawab.

DAP akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu jam 11 pagi ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2009 02:05 PM | Show all posts
sebelum;


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 02:05 PM | Show all posts
selepas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 07:13 PM | Show all posts
Plak 'Pokok Demokrasi' Dipecahkan

IPOH, 13 Mac (Bernama) -- Plak yang diletakkan oleh pakatan DAP, PAS dan PKR di bawah satang pokok tempat Anggota Dewan Undangan Negeri Perak dari ketiga-tiga parti itu mengadakan "persidangan tergempar" 3 Mac lepas, didapati telah dipecahkan.

ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP berkata sebuah tabung akan dilancarkan bagi mengutip derma bagi membina plak baru yang lebih besar dan cantik bagi menggantikan plak yang rosak itu.

"Plak baru ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, Tamil, Cina dan Inggeris bagi memudahkan pelancong memahaminya," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 08:41 PM | Show all posts
pokok ape bnyk antu??huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 04:25 PM | Show all posts
MBI roboh plak pokok demokrasi
15/03/2009 2:32pm

IPOH 15 Mac
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.362039 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list