CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pelik/jelik/sengal @ N9

[Copy link]
Post time 3-4-2009 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by joyahglam at 3-4-2009 12:35 PM
kes2 macam buang bayi bukan ada kat N9 jer..
seluruh mesia nie pun ada..
aku ingatkan cerita misteri ke apa ke..
tapi memanglah, skrg nie org mcm hidup tak der
pegangan agama je..buang bayi, ...


mmg kes2 berkenaan bukan takan kek n9 yo..tapi niekan bod n9, so kami di sini mmg khususkan kejadian2 yg berlaku kek dlm n9 yo....   

harap jgn kompius
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 11:56 AM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

bdh punye manusia..klo dpt org cam gini...bia dia plk yg kne
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 07:59 PM | Show all posts
glamer jap jiran den nii...
bang zin..oo bang zin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 07:58 AM | Show all posts
Suami cemburu suntik isteri dadah
Oleh Hussain Said
[email protected]

SEREMBAN: Menyuntik dadah, mengurung dan menabur tepung di halaman rumah antara kes keganasan rumah tangga dilakukan suami terhadap isteri yang dilaporkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Penasihat Undang-Undang KPWKM, Ahmad Razif Mohd Sidek, berkata perbuatan suami terbabit antara kes pelik diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal dan emosi, selain kes penderaan fizikal yang biasa dilaporkan di media seperti menampar, menumbuk dan menendang.

Katanya, kes 'luar biasa' itu membabitkan mangsa yang cantik dan tindakan suami itu kerana cemburu buta dan mahu mengongkong isteri.

"Ada kes, seorang suami sebelum keluar untuk ke tempat kerja sanggup menyuntik isterinya dengan dadah kerana tidak mahu mangsa aktif, termasuk keluar rumah ketika ketiadaannya hingga menyebabkan isterinya ketagih.

"Kes lain pula, seorang suami menabur tepung di halaman rumah sebelum ke tempat kerja bertujuan mengesan (tapak kaki), sama ada isteri keluar rumah atau ada orang lain datang ke rumahnya ketika ketiadaannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Definisi Keganasan dan Undang-Undang Berkaitan pada Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam.

Ahmad Razif berkata, secara purata pihaknya menerima dua kes sebulan membabitkan keganasan rumah tangga, tetapi percaya banyak kes tidak dilaporkan kerana beberapa faktor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:19 PM | Show all posts

Reply #24 Syd's post

bangang lak aiii, somi apa tu...budusss :@:@:@      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 08:05 PM | Show all posts

Reply #25 aamoi's post

tu kekadang aku pikir

apa guna nye berlaki

kalau dah jadik mcm nih

rasa mcm takde harga diri

mcm letak kat bawah tapak kaki je

kena kurung la
tak kasik campur orang

aku ingat institusi perkahwinan tu
sepatutnya meletakkan harga diri kita
ditempat yang paling tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-5-2009 12:46 PM | Show all posts
慍ecair misteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 06:42 AM | Show all posts
Anggota polis PGA ditemui mati

TAMPIN 11 Mei - Seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui mati dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan di kediamannya di Felda Bukit Rokan di sini petang semalam.

Khairol Azuan Abdul Ghani, 24, yang berpangkat Konstabel dan bertugas di PGA Bakri di Muar, Johor, ditemui terbaring di bahagian dapur rumahnya dengan beberapa kesan kelaran.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata, mangsa ditemui mati dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah selain kesan kelar pada kedua-dua pergelangan tangan dan bahagian perut kirinya.

"Pihak polis menemui mangsa dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 7 malam di rumahnya.

"Berdasarkan siasatan awal, kami menemui sebilah pisau lipat dan pisau cukur di tempat kejadian yang dipercayai digunakan mangsa untuk menghiris anggota badannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Osman, di lokasi kejadian, pihak polis turut menemui kesan darah di beberapa lokasi berasingan di dalam rumah itu, iaitu di bahagian anjung, ruang tamu dan dapur.

"Berdasarkan siasatan Unit Forensik, penemuan kesan darah itu tidak menunjukkan sebarang kewujudan unsur-unsur lain yang menyebabkan kematian mangsa," ujar beliau.

Osman berkata, hasil daripada siasatan awal, tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan kematian mangsa dan ia diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2009 10:44 AM | Show all posts
Cempedak berbuah nangka


NOR Bibah Ismail menunjukkan buah nangka aneh yang keluar dari pangkal sebatang pokok cempedak berhampiran rumahnya di Pekan Kota, Rembau, semalam.

REMBAU 19 Mei - Sudah tentu ramai antara kita yang tidak pernah menyangka, apatah lagi melihat sendiri pokok cempedak berbuah nangka.

Namun, kejadian luar biasa itu benar-benar berlaku pada sepohon cempedak yang sedang lebat mengeluarkan buah di Pekan Kota dekat sini.

Seorang penduduk, Nor Bibah Ismail, 54, berkata, dia melihat lima biji 'cempedak' bersaiz luar biasa di pangkal pokok semasa membersihkan kawasan berhampiran kira-kira pukul 3 petang semalam.

Katanya, salah satu daripada 'cempedak' berkenaan didapati sudah masak lantas dia memetik dan membelahnya.

"Saya hairan mendapati isinya menyerupai nangka. Setelah memakan seulas, saya terkejut kerana 'cempedak' yang dimakan memang benar-benar nangka," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Ekoran penemuan tidak diduga itu, tambah Nor Bibah, dia segera memanggil beberapa penduduk lain dan mereka turut mengesahkan buah tersebut sememangnya nangka.

Jelasnya, gugusan buah nangka aneh itu tidak mempunyai aroma yang harum dan kuat walaupun tangkainya menjulur keluar dari bahagian pangkal pokok cempedak yang ditanam arwah bapa saudaranya kira-kira 30 tahun lalu.

"Setiap tahun, pokok cempedak berkenaan memang lebat berbuah. Bagaimanapun, ini kali pertama ia mengeluarkan buah nangka.

"Kalau difikirkan, memang tak masuk akal dan membingungkan. Bagaimana cempedak boleh berbuah nangka?" katanya.

Ujar Nor Bibah, mungkin terdapat penjelasan saintifik berhubung kejadian aneh itu .
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:26 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 8-5-2009 12:46 PM
慍ecair misteri
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-5-2009 10:44 AM
Cempedak berbuah nangka

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0520/Utusan_Malaysia/Selatan/ws_05.1.jpg
NOR Bibah Ismail menunjukkan buah nangka aneh yang keluar dari pangkal sebatang pokok cemped ...


ღ wah...magik... 2 in 1...tapi kuasa Allah sape leh jangka

buah tu rasa nangka ke rasa cempedak ek??   
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 09:03 PM | Show all posts
go go go kak syd!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 02:03 AM | Show all posts

Balas #31 aamoi\ catat

Mungkin tak pelik pun. Benih pokok tu mungkin benih kawin.... pokok benih asal nangka dikawinkan ngan benih pokok cempedak.... jadi batang asal (kat bhg. bawah pokok tu nangka) & kat bhg. atas pokok tu cempedak (dari paras pokok tu dikawinkan keatas).... bila membesar jadilah sebahagian batang/pangkal pokok bhg. bawah masih pokok nangka (gene nangka) & sebahagian yg diatas/yg membesar cempedak (gene cempedak).... sbb tu bila berbuah, buah nangka tu cuma ada kat bhg. bawah/pangkal pokok tu jer & yg lain2 kat bhg. atas suma cempedak. Kawin benih pokok berbeza ni tujuan nak dapat benih yg berkualiti.... rasanya sama cam kes pokok dokong kawin, pokok benih asal tu rasanya dokong biasa jer & dikawinkan ngan benih dokong yg berkualiti.... dapatlah benih dokong lebih berkualiti. Pandangan saya jer.... kalau nak lebih pasti cuba tanya pakar2 pokok klon ni, pasti ada jawaban nya yg lebih sainstifik.... jadi kita tak bleh lah nak cepat sangat rasa pelik bila berlaku sesuatu yg lain sikit dari kebiasaan, sbb pasti ada sebab & penjelasannya kalau kita kaji asal usul sesuatu tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 02:24 PM | Show all posts
Korban khalwat
Oleh Mohd Amin Jalil dan Nor Aziah Othman
[email protected]

PORT DICKSON: Akibat terlalu panik, seorang gadis yang terkejut dan terlalu takut ditangkap basah oleh pegawai penguat kuasa agama, maut selepas bertarung nyawa selama 10 jam akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Teluk Kemang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa yang memakai baju-T dan kain, dipercayai terjatuh dari tembok tingkap di bilik berkenaan sebelum kepalanya dipercayai terhempas pada bucu longkang menyebabkannya cedera parah.

Sebelum itu, mangsa berusia 20-an yang dipercayai bekerja di sebuah institusi kewangan di Lembah Klang, dipercayai datang ke bandar pelancongan ini bersama pasangan lelakinya berusia 30-an sebelum menginap di hotel terbabit.

Berikutan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Seremban, tetapi disahkan meninggal dunia jam 3 petang hari sama.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sepasukan lapan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan selepas menerima aduan berhubung kegiatan khalwat.

Menurutnya, sebelum itu, pegawai penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan selama 10 minit sebelum seorang gadis membuka pintu dan mangsa mempamerkan riak wajah terkejut apabila pegawai terbabit menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan.

揝ecara tiba-tiba gadis itu terus berlari ke dalam bilik lalu memanjat tingkap, tetapi dia (mangsa) hilang imbangan ketika berdiri di tembok birai tingkap berikutan hotel terbabit tidak mempunyai balkoni lalu jatuh.

揋adis berkenaan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bawah hotel apabila kepalanya dipercayai terhantuk pada longkang, manakala pasangan lelakinya ditemui berada di atas katil dalam bilik yang diperiksa itu.

揚egawai penguat kuasa yang menyedari kejadian itu menghubungi pihak polis dan HPD bagi mendapatkan bantuan sebelum mangsa dikejarkan ke hospital berkenaan dengan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 07:43 PM | Show all posts

Balas #17 Syd\ catat

kalau nak di banding kan senawang tahun 96 dgn sekarang memang byk perubahannya. masa aku mula mula duduk kat area ni best sgt sebab masih hijau dan bila bgn pagi masih boleh dengar kicauan burung burung. kat rumah tak yah nak guna kipas sebab sentiasa sejuk dan mendamaikan.

sekarang ni dinihari boleh dengar deruman enjin mat rempit dan bebudak racing kereta. jalan utama senawang tu memang meriah sebab byk kedai kedai, ada giant, mc donald, bank bank dan macam macam lagi. rumah makin panas sebab byk kawasan hijau dah di teroka dan dijadikan area perumahan.

terbaru sedang dlm pembinaan highway kuala pilah yang aku rasa akan menambahkan bilangan kenderaan. kilang kilang lama masih ada ditambah dgn wujudnya kawasan light industries yg baru.

dulu aku bangga duduk area ni sebab di kira panggir bandar sekarang ni kepala otak aku asyik pikir nak pindah sebab tak setenang dolu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2009 08:47 PM | Show all posts
Penoreh bergaya kena samun
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]

SEREMBAN: Gara-gara mahu bergaya ketika keluar menoreh, seorang wanita kerugian lebih RM5,000 apabila barang kemas dan telefon bimbitnya disamun tiga lelaki di sebuah kebun getah di Sendayan dekat sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata tindakan wanita berusia 42 tahun itu memakai barang kemas termasuk gelang, rantai dan subang serta membawa telefon bimbit menarik perhatian tiga lelaki yang mengekorinya hingga ke kebun.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, tiga lelaki berkenaan yang menaiki dua motosikal, menendang dan menampar wanita itu sebelum merampas sejumlah wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit mangsa.

"Berdasarkan laporan dibuat mangsa, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan tidak menggunakan senjata," katanya di sini, semalam.

Mohd Zaki menasihatkan wanita supaya tidak memakai barangan kemas yang banyak ketika bekerja kerana ia boleh menarik perhatian penjenayah.

Beliau juga meminta penduduk yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran bagi membantu mengesan penjenayah terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2009 05:00 PM | Show all posts
Man detained for growing ganja in parent’s house

SEREMBAN: Police detained a man after discovering two marijuana plants measuring 0.9 metres high behind his parents' house at Felda Pasoh 2, Jempol.

State Narcotics CID Head Supt V.R. Ravi Chandran said on Monday that the self-employed 25-year-old man was detained at about 11 am on Saturday after police had conducted a surveillance on his activities.

He told reporters that police investigation revealed that the suspect was a drug addict.

He said police had taken the two ganja plants to be sent to the Chemistry Department for analysis while the suspect was being remanded to assist in the investigation.

"The suspect would be investigated under Section 6B of the Dangerous Drugs Act 1952," he added. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2009 10:27 AM | Show all posts
Lampias nafsu dalam bilik bos
Oleh Mohd Amin Jalil
[email protected]


SEREMBAN: Memalukan apabila sepasang kekasih di sebuah jabatan kerajaan di sini, sanggup pulang lewat ke rumah walaupun tamat waktu bekerja semata-mata untuk melempiaskan nafsu berahi dengan memadu asmara di pejabat mereka.

Pasangan berusia lingkungan 20-an itu dikatakan mengambil kesempatan di atas ketiadaan orang berikutan tamat waktu kerja untuk memadu kasih.

Tanpa rasa bersalah, mereka dikatakan bertindak berani dengan menceroboh bilik seorang penolong pengarah di jabatan berkenaan untuk melakukan perbuatan itu.

Malah, pasangan itu bukan kali pertama ditahan pihak berkuasa agama negeri kerana mereka sebelum ini pernah dicekup berdua-duaan di sebuah hotel dekat sini tahun lalu dan dikenakan amaran keras.

Tindakan mereka bagaimanapun mengundang padah apabila dicekup penolong pengarah terbabit yang kebetulan berpatah balik ke pejabatnya untuk mengambil barangan miliknya yang tertinggal di situ.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Jumaat lalu, penolong pengarah itu dikatakan terkejut selepas membuka pintu apabila mendapati dua kakitangan berada di dalam pejabatnya.

“Lelaki berumur 25 tahun dan pasangannya berumur 23 tahun itu terkejut dan tidak menyangka pengarah itu akan berpatah balik.

“Ketika dicekup, mereka didapati sedang berdua-duaan di situ hingga boleh menimbulkan syak,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu tiada kakitangan lain berada di situ selain pasangan yang juga kakitangan pejabat berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki yang ditahan itu sudah empat tahun berkhidmat di situ manakala pasangannya baru berkerja dua tahun.

“Pihak kami merujuk kes berkenaan kepada pihak pentadbiran untuk tindakan lanjut dan difahamkan, kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu bukan saja mengaibkan, malah boleh memalukan seluruh jabatan berkenaan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, ketika ditahan pasangan itu sedang rancak berbual di atas kerusi di bilik berkenaan dan masih lengkap berpakaian.

Nasib mereka berdua akan ditentukan tidak lama lagi selepas kes terbabit sudah dirujuk kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang ditahan berkhalwat boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 03:44 PM | Show all posts
Imam cabul pemuda di hotel direman 4 hari
Oleh Jaafar Mulup
[email protected]

TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.

Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.

Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.

"Mangsa diminta berbogel untuk proses rawatan. Mula-mula, imam terbabit melakukan urutan ke seluruh badan. Mangsa terperanjat apabila dadanya diraba dan kedua-dua cuping telinga diusap. Dia kemudian mengucup bibir dan memegang zakar mangsa.

"Tersentak dengan rawatan luar biasa itu, mangsa mencapai dan menyarung pakaian lalu melarikan diri dari bilik hotel. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tampin," katanya.

Sumber itu berkata, imam terbabit sebelum ini disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak yang mengaji al-Quran dengannya, tetapi kes diselesaikan oleh imam itu dan keluarga mangsa tanpa dilaporkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan imam itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau persendirian yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Beliau juga meminta ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi mangsa atau sesiapa saja yang pernah menjadi mangsa kelucahan melampau suspek terbabit membuat laporan polis untuk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2009 12:37 PM | Show all posts
Wanita cekik anak sendiri
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]

SEREMBAN: Seorang wanita yang melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya, mencekik bayi lelaki yang baru dilahirkan dan menanamnya di belakang rumah sewanya di Labu dekat sini, kira-kira seminggu lalu.

Wanita berusia lingkungan 20-an terbabit yang melahirkan anaknya di bilik air rumah itu dipercayai berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi itu menarik perhatian penduduk sekitar yang tahu dia belum berkahwin.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas teman lelakinya sendiri menghubungi Balai Polis Labu untuk memaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis berkejar ke tempat kejadian, tetapi gagal mengesan tempat bayi itu ditanam.

Anggota polis kemudian menyoal siasat wanita terbabit dan membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk menjalani pemeriksaan perubatan, tetapi dia enggan mengikut arahan itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata polis dengan kerjasama penduduk kampung melancarkan gerakan mencari tempat mayat bayi itu ditanam.

"Penduduk kampung berjaya menemui bayi itu dalam bungkusan kain berbau busuk di belakang rumah itu dan penemuan ini menyebabkan polis menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut," katanya semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.439203 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list