|
Balas #21 ceqtom\ catat
yela..selatan tu..huhu..jalan pun mcm tak lengkap je area tu dah la byk projek tak siap |
|
|
|
|
|
|
|
welcome to puchong... my pren kate area equin tu jem teruk pagi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 ceqtom's post
Sebab mahal sangat bayar tol, balik tu aku lalu kat dengkil, terus gi wetland.. (kaber sebenarnya, takut sesat lagi kat situ ) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 tebuanharimau\ catat
tulah.. aku ni x pernah lg sesat insyaallah..
sbb pd aku sesat kat hutan batu ni insyaallah blh keluar lg tp kalau sesat kat dalam hutan belantara alamat " tinggal nama " je la |
|
|
|
|
|
|
|
Equine umah murah lagik kan.. cuma area tuh dulu delelopernya under talam.. skrg ade 2 comp. yg amik projek talam .. beware... tuh ler pasal banyak umah terbengkalai.. kalau2 tengok kawasan dalam lagik tuh.. kalu nak duduk.. pegilah carik area bandar puteri, puchong jaya, tman industri ker.. kaw tu ok skit laaa.. dekat pon ngan giant, ioi mall. tesco..
aku baru jer lagik dok puchong.. area kat hospital colombia tuh |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN MALAYSIA27/05/2009
RM300 juta naik taraf LDP
Oleh ardyhansah amat
[email protected]
Sazally Saidi memberikan taklimat mengenai pembinaan laluan baru dan projek naik taraf LDP bernilai RM300 juta di Kompleks Operasi Litrak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, semalam. - utusan / Rozaini Ismail
--------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA 26 Mei - Pemegang konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) akan membelanjakan RM300 juta lagi untuk menaik taraf lebuh raya tersebut.
Jumlah tersebut merupakan tambahan kepada RM600 juta yang sudah dibelanjakan melibatkan 66 projek dengan 29 daripadanya merupakan projek berskala besar iaitu pembangunan melebihi 40 hektar.
Pengarah Litrak, Datuk Ir. Azmi Mat Nor berkata, projek-projek tersebut bertujuan meningkatkan keselesaan dan tahap keselamatan pengguna lebuh raya tersebut.
"Mungkin ada yang menganggap kami mendapat bantuan daripada pihak lain khususnya kerajaan, tetapi hakikatnya wang tersebut disediakan oleh Litrak sendiri.
"Setiap RM1 bayaran tol yang dikenakan ke atas orang ramai, sebanyak 42 peratus akan digunakan oleh Litrak untuk kerja-kerja menaik taraf lebuh raya dan tol," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Ini bermakna sebahagian besar daripada pendapatan tol akan dipulangkan semula kepada orang ramai dalam bentuk penambahbaikan lebuh raya itu.
Mengenai peruntukan RM300 juta untuk perbelanjaan sehingga 2012, beliau berkata, ia meliputi kerja-kerja pembinaan laluan baru dan melebarkan lebuh raya sedia ada dengan menambah bilangan lorong.
"Selain itu, kita turut menumpukan kepada kelancaran lalu lintas di kawasan tol yang saban hari mengalami kesesakan yang teruk.
"Litrak kini mengambil inisiatif dengan menambah kaunter-kaunter bayaran termasuk kaunter tol berlapis bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, pihaknya akan membuat penambahbaikan di beberapa kawasan yang dilihat berpotensi untuk berlaku kesesakan yang teruk pada masa hadapan.
Antaranya, kata beliau, ialah di Persiaran Surian-Penchala, Damansara, Puchong Jaya, Puchong Perdana serta Puchong Intan.
"Kami optimis untuk terus membuat penambahbaikan lebuh raya di bawah kendalian Litrak berikutan jumlah pengguna LDP yang terus meningkat setiap hari.
"Misalnya, di Petaling Jaya, pengguna di kawasan itu mencecah satu juta orang setiap hari berbanding 240,000 sebelum LDP dibuka menyebabkan kesesakan lalu lintas sering berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Nantikan kemunculan PUCHONG NITE WALK pd 6 Jun 2009 di Tmn Perindustrian Maju Jaya (belakang PETRONAS/SHELL yg baru dibuka ditepi LDP di Puchong Utama
Waktu perniagaan 8.00 hingga 12.00mlm setiap hari kecuali Isnin anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Zon 15 & PPNS |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 TUKANGKEBUN's post
elok la upgrade. jgn ini dijadikan alasan mintak naik tol suda laa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|