Untuk mendapat hasil rakaman yang mantop:
Perlu mengetahui teknik rakaman yang sepatutnya.
Mic yang sesuai, kalau dengan mic pc yang harga RM18 pun boleh, tapi ada caranya.
Soundcard: kalau rakaman biasa (1 track) boleh dengan soundcard biasa yang full duplex.
[ Last edited by paler kembang at 11-6-2009 17:43 ]
Originally posted by paler kembang at 11-6-2009 17:39
Untuk mendapat hasil rakaman yang mantop:
Perlu mengetahui teknik rakaman yang sepatutnya.
Mic yang sesuai, kalau dengan mic pc yang harga RM18 pun boleh, tapi ada caranya.
Soundcard: kalau ra ...
macam mana teknik rakaman yang sepatutnya? sharelah tips
kalau mcm tu mixing pun tak penting la kan, setara mcm mic kalau rm18 pun jadi.
Setelah dimaklumkan oleh David@Paler, Saya Arbanji merasa terpanggil untuk sama-sama berbincang kaedah rakaman yang mampu dilakukan oleh kebanyakan kita.
Masalah pertama ialah pilihan mic.
Rakaman sepatutnya dalam studio ialah dengan menggunakan Condencer Mic.
Namun Condensor Mic memerlukan power sebanyak 48Volt di mana untuk mendapat power sedemikian selalunya melalui mixer atau soundcard yang disediakan Phantom Power. Mungkin sulit bagi kita sebagai pengguna PC biasa, jadi kita lupakan dulu kaedah begini.
Pilihan kedua ialah dengan menggunakan dynamic micriphone samaada yang mahal atau murah (mic PC)
Mic Shure SM58Mic PC
Menggunakan dynamic microphone untuk rakaman (terutama vokal) menggunakan PC biasa agak berbeza sedikit caranya dari cara penggunaan biasa semasa live show. Dynamic Microphone tidak dapat menangkap bunyi yang jauh darinya, oleh itu ia sangat sesuai untuk digunakan semasa live show di mana bunyi sekeliling dari atas pentas tidak dapat masuk ke dalam mic secara jelas. Kita sering melihat penyanyi yang menyanyi di pentas meletakkan mic betul-betul di depan mulut kerana mic sebegini akan menerima bunyi yang dekat sahaja.
Kaedah begini sebenarnya disokong dengan penggunaan peralatan compressor dan sebagainya untuk membantu bagi mendapatkan hasil yang baik.
Dengan menggunakan dynamic microphone pada PC biasa, kita terpaksa mengawal penggunaan mic kerana jika salah meletakkan mic semasa menyanyi, gelombang dan tembakan angin (pop!) semasa menyanyi akan merosakkan bunyi.
Rajah 1 dan 2.
Dalam 2 rajah di atas; garisan hijau di depan muka penyanyi adalah jarak selesa untuk kedudukan mic. Sementara garisan putus-putus warna oren menunjukkan tembakan angin yang keluar dari mulut. Kedudukan mic pada 2 rajah di atas adalah pada jarak selesa garisan hijau tetapi Salah kerana berada pada lengkongan tembakan angin yang keluar dari mulut. Saya katakan salah disebabkan kita membuat rakaman melalui PC dan tiada peralatan tambahan yang dapat mengawal pukulan angin terutama jika menyebut perkaraan yang mengandungi huruf 'P' dan 'B'.
Jadi untuk kedudukan yang benar-benar sesuai untuk meletakkan mic ialah seperti 2 rajah di bawah. Dimana jarak mic dengan mulut masih dekat dan dapat menerima gelombang suara dengan jelas tetapi tembakan angin dari mulut tidak melanggar mic.
Originally posted by rancak at 11-6-2009 22:19
Setelah dimaklumkan oleh David@Paler, Saya Arbanji merasa terpanggil untuk sama-sama berbincang kaedah rakaman yang mampu dilakukan oleh kebanyakan kita.
Masalah pertama ialah pilihan mic.
...
agree dgn abang arbanji, terharu sgt2 atas explanation beliau.
kali ini bantulah kami dalam memberikan penjelasan tentang mixing pula. yang setaraf dgn industri yang selalu main kat radio . mana lebih penting? daw ke atau plugin? EQ atau reverb?
Saya cadangkan rakaman dibuat menggunakan software seperti cakewalk, adobe audition, N-track, Magic dan sebagainya.
Soundcard yang dicadangkan ialah SoundBlaster; Siries Live atau Audigy samada versi Value, Platinum atau Pro. PC pula menggunakan Os Windows XP. Jika anda menggunakan Windows Vista, mungkin akan menimbulkan sedikit masalah kerana driver yang tersedia tidak berapa sesuai untuk Vista sementara driver khas untuk Vista belum mesra pengguna dan tak dapat berfungsi dengan selesa bagi tujuan rakaman.
Track vokal yang terhasil hendaklah dilakukan proses nyah bising (noise reduction) dan compress. 2 proses yang paling penting sebelum memasukkan kesan bunyi samada reverb, delay, echo, chorus dan sebagainya. Saya katakan penting kerana kita merakam terus ke PC tanpa bantuan hardware canggih yang dapat membantu meng'compress'kan dan me'nyah-bising'kan secara langsung.
Begitu juga effect seperti reverb dan sebagainya, elakkan menggunakan effect semasa rakaman dibuat. Effect sepatutnya diguna-masukkan semasa kerja editing dan mixing bukan semasa rakaman.
DAW atau plug-in? kedua2nya penting untuk kerja rakaman. Penggunaan plug-in seharusnya melalui DAW sebagai pembawanya. Contohnya Cakewalk Sonar 8, didatangi sekali dengan pakej DX dan VST dan masih boleh menerima tambahan DX dan VST dari pihak ketiga.
Effect: Ringkasnya, apabila rakaman terhasil, tindakan pertama ialah membuang gangguan bunyi bising, kedua mengkompreskan signal wave, ketiga menyesuaikan bunyi dengan melaraskan EQ, keempat memasukkan kesan bunyi yang bersesuaian samada reverb, chorus, delay, flanger, echo dan sebagainya.
Dan yang paling penting mengetahui bagaimana hendak menangani software yang digunakan untuk rakaman.
Originally posted by paler kembang at 10-6-2009 11:26
Kalau Otai tu bermaksud:
1. orang lama dan berpengalaman = ya la tu..
2. orang tua / veteran = tak la tua sangat, tua keladi jer!!..
ha ha ...
aku percaya ... aku percaya ko otai bro ...
dah 5 tahun aku rasa nampak nick ko ni ..
sebaris dgn ituisi dan presa ...
ingat lagi aku masa thread ni (skrg dah board) mula2 nak hidup ...
korang pakat2 letak lagu sendiri ...
cuma dulu aku guna nick lain ..
Julia .... Terasa dibawa dengan mesin masa ke masa bayi .. tahun 70an ... Muzik yg amat bagus dapat feel jiwa lagu tu .... Solo piano pun agak munasabah. Cuma bunyi simbal tu agak kuat dan ending yg "kasar"
Sore : Tone biasa2 je ... Cuma bro ada teknik yg mana sesuai dgn lagu2 cam ni...
Guys ... belajar cara lontaran yg seketul2 macam ni dgn bro otai ni ya ..
Apa pun dengan arrangement muzik yg komplikated tetapi digaul sbegitu mesra melahirkan sebuah lagu ygtiada kecacatan dan membuai di jiwa.
wahhh... timekaceh atas explanation ittew.. :pompom:
ai selalu salah teknik mike, pasal tu la sume bunyik phhh thhhh bhhh, nafas kuda sume kedengaran.. kadang2 kene rekod sampai 4-5 kali sebab bunyik2 luaran tu sampai pecah2 sore ai..
Aku paste kat sini satu paparan video kerja ringkas dari Bro Arbanji, 'noise reduction process', 'compressing' 'effect' & mastering?? sila download cepat, mungkin link ini tidak lama berada di RS.
Originally posted by paler kembang at 18-6-2009 08:21
Maaf kerana tak dapat menghadirkan diri di sini semalam untuk CMTA 08 LIVE - Rabu JAM 8.45 MLM sebab aku ada kerja lain.