|
Post Last Edit by belanga at 23-7-2009 08:48
12# plja2117
Hairan gak ek, kenapa beriya2 dia nak anak 'jadi orang lain' , nak jadi omputih in particular? Secara amnya, hebat sangat ke omputih n ...
belanga Post at 23-7-2009 08:38
serius bel, fenomena melanda org2 kelas pertengahan kat malaya nie
hang sangsi? cuba mai duk dgn cek kat sini.......penat nak layan kerenah mak2 duk citer
anak dia makan pasta saja, anak2 tak bagi dengar lagu melayu....low class!
aku pun naik tebai telinga, masuk 3 kali depa duk sentuh anak nie suka lagu joget...
aku sound gak laaaa.....
song and music tak kenal bangsa, tak kenal class....hangpa saja perasan!
anak cakap english ...high class?....ermmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
21# my-alja
Alja, this is so sad and scary. No wonder la aku perhati banyak orang2 kita ni yg seperti dah hilang identiti. Yg lagi peliknya, bila dah hilang identiti, seperti macam masih tercari2 lagi. Bagaimana dengan kata2 Tuah, "Tak Melayu Hilang Di dunia" Boleh pakai lagi ka? Maksud aku bukan saja dari segi biology tetapi juga dari segi adat resam ,budaya dan bahasa.
Saja nak share dengan kawan2 di sini. Soal identiti. Anak2 aku about half Malay, half Caucasian biologically. Tapi dari segi bahasa ,adat resam dan budaya Melayu(budaya Kedah la), aku boleh bagi rate almost 100%(sebagai orang Melayu). Sebagai orang putih, dari segi bahasa 100%, makanan 100%(halal punya la), cara hidup, tak tahu nak rate. Duk kat US, they can blend well dengan tok dan nenek dan kawan2.
Dari segi fizikal, di mata aku nampak budak2 ni anak campuran dan kadang2 nampak Melayu. Tapi di mata orang luar, rasanya derang tak nampak budak2 ni sebagai Melayu. Ini antara komen2 yg terdengar:
1. "Tenguk tu, anak orang putih tu lagi pandai bersilat dari hampa, buat malu!" (Ni di kelas silat).
2. "Anak Mat Salleh, mai tang ni!" ( tahun lepas sewaktu mula2 derang masuk sekolah sini, cikgu tak tahu nama)
3. " Mana budak yg macam rupa Inggeris sikit tu? Dia tak mai ka?" ( Ni minggu lepas sewaktu pemilihan olahraga peringkat
daerah--diberitahu oleh kawan Boo kepada nya)
4. " Hang orang putih, mana boleh masuk nasyid" ( budak2 darjah 4 th lepas kata sewaktu pemilihan untuk nasyid kelas)
Tak tau lah....ni nak gi sekolah sat, hantar bekal. Anak aku tertinggal bekal pulak dah. Will be back |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya bel, org2 kita nie keliru antara isu modernisation dan identiti...
agaknya depa interprete nak jadi modern kena nampak ranggi, rambut kena blonde
mata kena biru, kena cakap omputih...nie syarat nak jadi moden
dlm sedar tak sedar, bila kita ubah semua benda tu ...dlm pd masa yg sama kita ubah identiti
tapi kekadang yg tak paham tu....benda2 luaran camtu prihatin plak nak ubah tapi dr segi mental, cara berfikir dan cara kerja...tak berubah-ubah gak....
kalo membaca masih lagi baca bahan2 picisan cam majalah mangga, hello...hapa2 lagik tu
masih participate isu2 yg tak bawak paedah.....tang nie masih duk takuk lama?
teringat pengalaman dgn mak blonde nie thn lepas...i have nothing against her, my best buddy pun....tapi kekadang bila isu demi isu bertindan dan konflik, kita sendiri jadi keliru
antaranya dia marah anak2 dia dgr lagu mawi, kata dia....mawi bawa pengaruh buruk kat anak2 dia, fine....it's OK wt me, pastu anak i nyanyi lagu mila...pun dia buat isu gak, terpengaruh dgn lagu2 camtu.....OK!...
tetiba masa cuti sekolah thn tu, ada trip showbiz high class muzikal.....yg dr US tu, bukan main happy dia nak suruh i pi tgk konsert tu kat KL.....anak pompuan dia gedik2 nak tgk
so masa tu i jentik lah sket, i kata.....u nie very selective, u taknak anak u camtu-camni
kalo artis tu dr malaya.....org melayu, cakap melayu tapi bila benda yg sama tapi omputih yg buat, hang OK plak!....dia kata, alaaa......hang tau la, mawi tu camtu-camni
hehehe, sian mawi |
|
|
|
|
|
|
|
3# nour2001
Nour, aku nak komen fasal anak kawan Nour umur 17th tu yg tak balik rumah. Kat mana2 pun kalau kita tak didik dan kawal anak secara pepatutnya, macam tu la jadinya. Tak hormat ibubap ...
belanga Post at 23-7-2009 09:15
bel....our fren tu laki bini memang religious.. selalu buat majlis agama tu semua kat umah...anak2 pempuan derang setakat ni alhamdulillah menjadi compare ngan anak bujang ni..kesian tgkkan..sampai nangis2 kawan ni cerita ..dia dah cuba buat macam2 kata dia..tak tau mana silap dia..camna nak buat..nak bagi nasihat pun takde experience dgn teenage kid..budak ni meamng baik cuma tersilap pilih kawan..itulah derang terpaksa buat keputusan balik mesir dgn harapan budak tu boleh berubah..haku kesian dgn kakak & adik2 perempuan yg lain..masing2 ada perancangan nak study uni sini tapi terpaksa batalkan sbb si abang ni..
itulah kena jaga rapi anak2 ni perhatikan apa derang buat, kenal kawan2 and even better family kwn tu sekali..harap bila mek pi sekolah kat islamic school tu terjamin lah sikit dari segi pergaulan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
3# nour2001
Nour, aku nak komen fasal anak kawan Nour umur 17th tu yg tak balik rumah. Kat mana2 pun kalau kita tak didik dan kawal anak secara pepatutnya, macam tu la jadinya. Tak hormat ibubap ...
belanga Post at 23-7-2009 09:15
Heh..heh..belanga, I am one of those yang "over protective" macam abang/kakak bel. Doing the same macam depa , kat malaysia kat oversea sama. Berhantar, berambil, memang letih but got to do it
No tv, computer, phone dalam bilik. Semua kat common area.
We go through their emails with them occasionally so that kenal depa and kawan depa in and out.
Any novels/reading material my husband akan baca dulu, so that boleh tahu whats going into their vulnerable mind. My husband memang suka novels, so satu malam saja dah habis baca.. I surrender
Macam kolot ek? Tapi budak-budak seems fine with the arrangement alhamdulillah setakat ni. Yang penting they are not deprive , they have freedom with a boundary. |
|
|
|
|
|
|
|
24# nour2001
Kesian tu Nour. Dalam berjaga2 pun kalau nak terjadi, jadi juga. Tapi kalau dibanding dengan tak berjaga langsung.....lagi sakanla.
Aku teringat kisah seorang pelakon lelaki 80an dan 90an. Azmil Mustafa. Yg tak tahu kisah dia, boleh google dan baca. Dia hijrah ke timur tengah bawa anak yg bermasalah. Sekarang, alhamdulillah dia dari jahil sampai boleh beri ceramah, dan anak yg liarpun hafiz Qur'an.
Aku perhati budak2 kampong kat sini banyak yg ibubapa biar dan akhirnya terjebak dengan dadah dan rempit. Mencuri lagi. Beberapa bulan yg lalu, rumah sewa aku dimasuku pencuri habis wayar letrik dikebas. Bukan setakat tu, ikan guppies anak aku pun dah 2 kali kena curi. Lagi nak tergelak, pada satu hari, laki aku nampak orang tengah curi buah kelapa aku. Kami kejar tapi dia sempat lari. teruk sampai cam tu remaja2 taik dadah ni |
|
|
|
|
|
|
|
25# KakFie
Kak Fie, I don't call it over protective. Ini saya panggil 'bertanggungjawab'. Sayapun macam tu. Saya share e mail dengan anak. Memang orang gelak, tapi saya malas nak buat asing. Bila sekali, senang, I will never miss her mails. Boleh tahu, anak2 Fie umur berapa? Anak2 saya 11 dan 8.
Yg 11 tu yg saya simbang sikit. Macam2 yg dia dengar di sekolah. Bebudak sekarang terlalu cepat dewasa dari segi hormon2 nya. Dari tahun lepas, cerita2 boyfriend girfriend ni perkara biasa antara kawan2 nya. Bebaru ni dia gi perkhemahan scout sehari. Di kawasan sekolah jadi saya benarkan. Dia cakap kawan dia duk bersms dengan BF dari khemah lain sampai ke jam 1 pagi belum tidor.
Ramai dlm kelas dia yg bercouple. sampai bergaduh2 berebut BF pun ada. Ini perkara yg saya selalu bincangkan dan beri panduan dan nasihat kepada anak bila dia cerita tentang hal2 dan kejadian di sekolah. Beberapa bulan yg lepas, saya sempat bersembang panjang dengan guru disiplin. Terkejut saya bila dia beritahu dia baru saja tangkap budak darjah 3 memiliki majalah porno. Hairan tak, mana derang dapat? Sekali tu, dalam kelas, budak ditangkap ustaz tengah duk pegang2 'anu' kawan. Tak pelik ke ni? Aku dengar nak termuntah.
Budak darjah 6 th lepas, hilang dari rumah seminggu. Rupa2 nya ikut BF ke Penang. Entah apa jadi...nak mujur dah rosak budak tu. BF orang dewasa, bayangkan.... Kawan saya guru di utara Kedah. Tiap tahun dia kata ada saja murrid sekolah dia yg mengandung. Ni sekolah menengah la...
Cerita2 macam ni yg buatkan saya rasa keruntuhan moral remaja di Malaysia ni sama ja dengan di luar sana. Bezanya mungkin dari segi ' degree' dan di sini mereka buat secara 'underground'. Di negara omputih sana secara terang2. Masalahnya, anak2 kita berkawan, berhubung, jadi mereka dengar, tahu juga benda2 tak elok ni walaupun duk di Mesia ni.. Nak mujur, silap hb boleh terpengaruh juga. Tu pasalla saya sangat rapat dengan anak dan escort dia rata ceruk. Tambahan dia aktif cocuriculum.
Dulu semasa di U ramai juga kawan2 saya dari negara Arab. Saudi, Mesir, Libya. Ada yg cerita dia sendiri pernah pakai purdah mak dia masuk ke rumah perempuan untuk sex. Derang ni kata nak buat itu bukan susah , cuma kena tahu caranya untuk elak di tangkap. Ini budak Saudi cerita. Dia couple ngan Mat Salleh. Sewaktu di Saudi, dah beberapa perempuan dia main. Itu baru umur 22 th. Jadi, saya duk fikir2 kesimpulannya kat mana2pun ada perkara2 tak elok ni. Samada orang buat terang2 ataupun sembunyi2.
Tak tahu nak cakap la Kak Fie...... |
|
|
|
|
|
|
|
13# KakFie
Saya bukan di Penang, tapi di Kedah. Kalau nak hantar anak ke international school tu, boleh bukan tak boleh cuma tak mahu atas alasan sama macam suami alja. Dari segi jarak, memang membebankan sebab jauh dan traffic pula tapi kalau berkehendak, kita boleh berkorban masa dan tenaga.
Kawan saya suami isteri American. Derang hantar anak ke government school di SP tak sampai setahun, bawa anak keluar sebab qualiti pendidikan teruk dan gurupun kerap tak ada dalam kelas. Jadi siisteri homeschool anak2 setahun. Selepas tu derang hantar anak2 ke international school di Penang berulang alik. isteri drive. Selepas 7 bulan, tak larat berhantar berambil akhirnya pindah ke Penang.
Komen Kak Fie tentang sikap ibubapa yg.'calculative' ni saya setuju. Saya perhatikan memang masyarakat kita terutama Melayu kurang menunjukkan minat atau berbelanja untuk kemudahan ataupun naikkan taraf pendidikan kepada anak. Soal masukkan anak ke private school yg yurannya angka ribu sebulan memang payah dijangkau oleh kebanyakan orang. Tetapi bagaimana dengan buku2 dan permainan2 yg berkualiti dan memberi faedah? Rasa saya peratus ibubapa yg invest kepada perkara2 ni sangat kurang walaupun terang2 kita nampak mampu.
Bila saya pergi ke rumah kawan2 anak2 saya, tak nampakpun buku2 samada untuk orang dewasa atau pun kanak2. Kalau adapun sikit sangat. Tak tahulah kut dia simpan dlm bilik tidur. Kami letak buku2 dan games di common area. Yg saya nampak majalah2 picisan seperti yg alja sebut. Perhiasan rumah tok sak kiralah...perabut jati dan tirai2nya memang dasat. Takkan buku2 tak boleh beli kut?
Bila derang datang ke rumah saya, derang komen,' wah, kalah library ni!' Siapa yg baca buku banyak2 ni? La...! Hairan pula......
Saya tunjukkan kepada anak2 mereka rak mana fiksyen, rak mana bukan fiksyen. RAk mana buku uncle dan auntie, rak mana buku kanak2. Kemudian kabinet games dan selepas tu ke rumah mainan. Yg peliknya bebudak ni suka datang ke sini sampai ada yg tidur sini. Kesian pula. Bebudak suka tapi ibu bapa tak sediakan. Yg derang duk fikir, nak tukar kereta, beli bag tangan
brand mahal.
Kalau dulu kawan2 anak2 saya pelece kami duk kampong, derang orang bandar tinggal di taman. Sekarang, yg dah biasa datang nak datang lagi. Kat sekolah tu semua orang tinggal di taman perumahan(yg pada pandangan kanak2 dan sesetengah ibubapa adalah 'high class'), hanya anak2 saya tinggal di kampong dan belajar seni pertahankan diri dan musik tradisi Melayu/kampong. |
|
|
|
|
|
|
|
28# my-alja
Tepat sekali alja... soal berfikir tu. Kita kena selalu galakkan anak2 berfikir. Kita kena main peranan lebih sebab di sekolah public di Mesia bebudak tak dilatih untuk berfikir dan mencari ilmu. Yg dilatih ialah untuk dapat A. Setiap tahun ada saja fomula baru untuk 'score A'. Untuk siapa A berderet ni? Untuk anak2 Malaysia ke? Tidak sekali, Hanya untuk naikkan nama sekolah, nama guru2 dan untuk ibubapa berbangga2. Sambil2 sembang 'showing off' periuk belanga , perabut mahal, hiasan taman baru dsbnya boleh la brag anak dapat semua A.
Pada hakikatnya, anak2 yg dapat A ni berapa kerat sangat yg berilmu dan betul2 boleh berfikir?. The truth is, our system does not train our children to be good thinkers , good problem solvers and good leaders. Dan masalah ni semakin tenat. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by belanga at 24-7-2009 11:25
29# my-alja
budak2 uni memang ramai sangat yg teruk sekarang ni. Aku tenguk sendirigambar2 bogel budak USM dlm telephone adik kawan aku. Adik kawan aku nipun sepasal la...kerja dia 'rembat' budak2 uni. Siap dia cakap pula,nak elak masalah jangan pakai pompuan lebih dari sekali. 50 ringgit dahcukup dah dia kata. Ish, apa nak jadi ni. Budak jantan ni pun tak silulangsung cakap open ngan kak dia cam tu. Yg lagi memalukan, yg adik kawan aku duk rembat tu semuanya bertudung di siang hari. Dia ni mungkin pakai tudung hanya ikut2 atauopun sebagai tirai menutup perbuatan jahat---supaya dipandang baik. Tak tahu la apa nak jadi zamansekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
13# KakFie
Saya bukan di Penang, tapi di Kedah. Kalau nak hantar anak ke international school tu, boleh bukan tak boleh cuma tak mahu atas alasan sama macam suami alja. Dari segi jarak, memang me ...
belanga Post at 24-7-2009 10:55
Bel ni orang kampung saya la ni, orang SP?. Small world.
Akak puji what you are doing with your kids. So diorang mixed eh? Cara bel mem"budaya"kan anak bel, tak ramai boleh buat macam tu.
Yup, budak-budak memang suka buku. Itu naluri manusia rasanya, curious dan sukakan ilmu dan benda baru. Dalam kelas yang akak ajar dulu ada reading corner, semua buku akak bawak dari rumah sebab anak-anak dah besar, dah tak baca buku2 tu. Ada masa terluang mesti anak2 kat kelas tu lepak baca atau tengok (sebab tak pandai sangat baca) buku. Dah sampai waktu belajar pun ada yang dok melepak lagi., terlampau khusyuk. Ada yang ambik 4/5 buku sekaligus sebab takut kawan baca..heh.heh..kids. Yang pada mulanya showed no interest whatsoever in books lama-lama jadi contagious sebab ikut kawan and the whole class suka buku.
Harapnya lebih ramai parents yang pay more attention dalam menerapkan budaya membaca bahan bacaan yang membina.
Pasal majalah picisan yang semakin bercendawan di Malaysia..hmmm....sedih sangat. Zaman remaja dulu yang ingat ada URTV dan Varia pop je. Sekarang ni tak tahulah, macam-macam sampai untuk budak kecik pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by belanga at 24-7-2009 11:25
29# my-alja
budak2 uni memang ramai sangat yg teruk sekarang ni. Aku tenguk sendirigambar2 bogel budak USM dlm telephone adik kawan aku. Adik kawan a ...
belanga Post at 24-7-2009 11:16
Wahhh...terkejutnya. Sampai gitu sekali ye? Nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
33# KakFie
he he he...kita sekampong..... ya, bab majalah. Cuba tenguk majalah Bintang Kecil. Target budak umur 8-13th. Tapi bila buka kat dalam bukan sahaja isi kandungan banyak yg kurang sesuai malah boleh 'tangkap jantung' mak pak yg macam kita ni. Ada ka siap ada iklan mencari kekasih? Saya beli sebab anak nak . Katanya kawan dia ada majalah tu. Dan dia dah tenguk di sekolah. Sayapun beli je la sebab tenguk cover tu gambar budak. Nasib baik balik rumah saya belek2 dulu. Saya koyak 3 m/s. Iklan cari kekasih, gosip celebriti dewasa luar negara. Tulis je untuk budak 8-13th. Isinya dah la merapu, merosak budak pun ada.
Apa nak kata lagi, anak dah tengukpun keseluruhan majalah sebab kawan bawa ke sekolah. Budak tu siap mak dia langgan lagi untuk dia. Hm..... |
|
|
|
|
|
|
|
34# KakFie
Ha, itu baru sikit tu...dah perkara biasa kat sini. Ni saya nak cerita lagi teruk. Kalau Kak Fie belum tahu cerita ni, saya warning ...jangan tangkap jantung ya! 3,4 th lepas, heboh sampai masuk suratkhabar dan majalah mastika kes remaja2 Kedah, SP in particular buat tak senonoh di kawasan perkelahan Tupah.
Yg buat kerja ni remaja masih sekolah dan baru lepas sekolah. Duk buat lama dah, berpasang2. Nak jadi cerita perkara ni bocor bila seorang hamba Allah nak buat duit dengan merakam aksi2 panas pasangan2 ni di celah2 semak, di atas batu, di atas motor pun ada! Atas motosikal! Aku tak tau la cemana buat ...memang stuntman sungguh.
Kemudian dia edarkan di pasar malam. Ada orang yg beli video ni kenal muka2 remaja2 ni sudah repot kepada ahli keluarga dan kawan2. Heboh sakan. Akhirnya sampai ke pihak berkuasa dan akhirnya mamat video tu ditangkap polis. Remaja2 yg bermukah ni pun mendapat malu dan memalukan keluarga. ada satu pasangan dinikahkan oleh keluarga dan lahirlah anak haram. maknyapun tak sempat nak ambil SPM sebab terberanak. Masuk dlm majalah ni.
Kakak saya tenguk sendiri video tu sebab jiran datang tunjukkan nak tenguk muka2 yg derang kenal. Kawan kakak saya pengetua sekolah di sinipun tenguk untuk camkan pelajar sekolah dia. Terkejut sebab anak murid dia ada dalam video tu. Kawan saya sendiri pun kenal jiran dia. Lalu diberitahu kepada datuk sipolan ni yg cucu perempuan dia buat maksiat. Sidatuk tak percaya. Selepas ditunjuk aksi cucu, pengsan orang tua tu..kesian betul. Amat menyedihkan.
Ini semuanya budak2 yg bertudung. Tak hairan sekarang ni kita tenguk rata2 perempuan pakai mini telekung tapi berapa ramaikah yg ikhlas. Rasanya banyak yg pakai hanya sebagai satu identiti, dan supaya tak dikata orang. Nak kata agama tak diajar di sekolah, ajar, tapi apasal? Ni bukan setakat aksi ringan2 tau Kak Fie, ni memang have sex. Ada satu gambar diletak dalam forum cari ni dulu, memang nampak tetek perempuan tu berserta mukanya dan silelaki sedang itu2 nampak 'behindnya'. U terkejut? I tak tau nak cakap dah, tahap apa remaja Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
33# KakFie
he he he...kita sekampong..... ya, bab majalah. Cuba tenguk majalah Bintang Kecil. Target budak umur 8-13th. Tapi bila buka kat dalam bukan sahaja isi kandungan banyak yg kurang sesuai ...
belanga Post at 24-7-2009 23:25
Haa...bintang kecil la majalahnya. Lupa. I share the same thots dengan you la bel pasai majalah tu. Pernah beli sekali sebab kawan anak jadi cover. Itu 3 tahun lepas. Saya yang beria beli sebab kenal budak tu. Bila bukak baca, terkedu jugak. Siap ada pin up poster pelakon hollywood mana ntah, tak ingat sebab dah lama. Jenuh jugak nak justify dengan anak tentang majalah dan isinya tu....pros dan cons. Rasa guilty sangat. Tapi alhamdulillah lepas tu my daughter (13 thn) tak minat pun nak beli atau baca, biarlah dia baca series of unfortunate events..heh..heh...
Boleh imagine dalam masa 3 tahun ni mesti majalah tu dah evolve dan semakin advanced. Kesian anak-anak . Banyak lagi majalah untuk kanak-kanak yang ilmiah dan menghiburkan sebagai alternatif. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada remaja di overseas pula. Aku pernah bersekolah di sekolah menengah di Canada setahun. Setakat yg aku nampak, ada couple2 bercium dlm perpustakaan. Selain dari itu aku tak tahu sebab aku tak pernah bergaul dengan local kids selepas sekolah.
Itu lama dulu. SEkarang tak tahulah cemana...Dulu ada sorang classmate aku kat high school ni. Dia Egyptian tapi rakyat Canada la. Baik sangat dan sangat rajin sembahyang. Selalu berzohor di sekolah ambil air sembahyang, angkat kaki cuci atas sinki. Aku pergi rumah dia pun , aku nampak ibu bapa dan keluarga dia memang alim dan sangat beriman. Dia berkawan baik dengan semua orang, Islam( Malaysians) dan bukan Islam. Tapi, dia, tetap dia.....
bila aku teringatkan dia, aku selalu terbayang dia ambil air sembahyang di sinki sekolah dan senyuman manisnya.
Sayang, aku melawat sekolah lama di Canada th lepas, tak dapat cari dia. Lost contact. |
|
|
|
|
|
|
|
34# KakFie
Ha, itu baru sikit tu...dah perkara biasa kat sini. Ni saya nak cerita lagi teruk. Kalau Kak Fie belum tahu cerita ni, saya warning ...jangan tangkap jantung ya! 3,4 th lepas, heboh sa ...
belanga Post at 24-7-2009 23:56
adoila bel...senak membacanya. Nauzubillah. Kita pun ada anak. Doa la dijauhkan dari semua tu. Kalau ikut hati rasa nak rantai saja anak-anak ni tak bagi keluar, tak bagi berkawan. Tapi impossible la kan.... Backfire jugak nanti. Entahlah... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|