CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: altimi

Shoot To KILL???

[Copy link]
Post time 17-11-2009 11:11 AM | Show all posts
apa-apa pon aku sokong tindakan pasukan keselamatan demi kesejahteraan kita semua..:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 11:59 AM | Show all posts
aku lagi terharu dengan mangsa jenayah tu sendiri dari penjenayah itu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:01 PM | Show all posts
22# illidan

Best le ayat lu...hehehe
Cmne pun, aku sokong penjenayah ditembak mati tu..nyusahkan rakyat jerr..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:05 PM | Show all posts
Wa ada borak dgn ex UTK, dia kata kalau satu rumah jadi sasaran UTK, semua penghuni dlam rumah tak kira penjenayah akan dihabiskan..so faham2 ajelah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:49 PM | Show all posts
24# areguard bahaya ayat nih..kalo aktivist human right baca buleh jadi issue besar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:53 PM | Show all posts
25# innocentti

Ini apa yg brother to kabo kat wa, dia ex-UTK dan ex-bodyguard some businessmen sebelum dia quit sebab kena diabetis..anyway aku fikir he's just pulling my chains, so dont take it seriously sangat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 04:37 PM | Show all posts
26# areguard
no worries kalau sama2 warga MPSA masing2 paham..cuma cerita ceriti camtu kalo sampai kat CI confirm sah betul walau tanpa bukti..last2 pasudir jgk busuk nama. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 09:48 PM | Show all posts
Marah ooo geng2 human rights baca kita punya diskasyen ni...hehehe
alphawolf Post at 16-11-2009 15:29


Diorang ni... tau menyalak je.. human rights sana, freedom sini, no war, police brutality.... tapi bila anak bini diorang jadi mangsa samun, bunuh, rogol penjenayah yang macam ni..... agaknya masih nak human rights ke..

Macam mana ahli keluarga mangsa2 penjenayah ini?  I guess they got their justice..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 08:19 AM | Show all posts
Polis Berhak Pertahan Diri Tembak Mati Penjenayah

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk N. Siva Subramaniam berkata walaupun polis tidak digalak menggunakan kaedah 'tembak untuk bunuh', polis juga mempunyai hak asasi untuk mempertahankan diri mereka.

Beliau berkata semua pihak harus memahami tugas polis yang terpaksa menggunakan kaedah itu apabila berdepan dengan situasi di peringkat akhir untuk melepaskan tembakan.

"Semua pihak harus meneliti kejadian itu. Kaedah "shoot to kill" tidak digalakkan kerana hak untuk nyawa adalah hak manusia. Tetapi, hak asasi manusia ini juga untuk pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang menyatakan polis menggunakan kekerasan melampau dalam kes baru-baru ini di Klang di mana lima lelaki yang disyaki suspek kes rompakan ditembak mati.

Siva berkata tindakan polis itu diambil setelah mengambil kira kepentingan orang awam yang semakin bimbang keselamatan mereka yang sering menjadi mangsa jenayah.

"Cuba kita lihat keadaan sekarang yang menjadi-jadi, kerana hendak menyamun sebentuk cincin, penjenayah sanggup kerat jari mangsa. Polis diancam kerana penjenayah kini ada bermacam-macam jenis senjata api dan ini mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa dia tidak setuju dengan sesetengah pendapat bahawa polis hanya menembak mati kaum India.

"Menurut statistik kami (Suhakam), polis menembak mati warga asing sebanyak 50 peratus, Melayu 17.5 peratus, Cina 14.1 peratus manakala India 17 peratus.

"Kita harus menjadi lebih produktif untuk memikirkan cara penyelesaian masalah itu dengan memberi sokongan kepada pihak-pihak berkenaan dan bukan memecah belahkan rakyat Malaysia," tegasnya.

"Polis tidak melihat bangsa, warna kulit atau agama, mereka hanya lihat penjenayah."

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kamal Affendi Hashim menyifatkan kecaman terhadap polis di negara ini sebagai suatu kelaziman yang diluahkan oleh sesetengah pihak.

"Dalam mana-mana masyarakat timur dan barat memang ada suara menyelar tindakan penguatkuasaan yang dilakukan terhadap penjenayah, bahkan ramai terlupa tindakan diambil polis demi mempertahankan keamanan dan keselamatan orang awam terjamin," katanya.

Beliau berkata mereka yang mempertikai tindakan polis harus berfikir untuk berada di pihak yang mendokong undang-undang atau menyokong tindakan ganas penjenayah.

Kamal Affendi berkata tindakan polis itu bukan dilakukan sewenang-wenang sebaliknya memikirkan ketenteraman orang awam yang tidak harus dipertikaikan malahan tindakan menembak penjenayah merupakan jalan terakhir.

sumber: Bernama.

#Klau ada kaum tertentu yg kata kaum dia asyik kne tembak jee..tengok angka tu dulu laa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 10:19 AM | Show all posts
alah kalau nak cari salah.. mcm mcm mereka bole lakukan. Contohnya dia kata dari segi penduduk peratus india ialah kurang dari 20% tetapi dari jumlah peratus yg ditembak mati menjangkau 17%.. sedangkan melayu 50% penduduk termasuk bumiputera lain, tapi yg ditembak mati juga 17%. Numbers.. its just a game that can be manipulated.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2009 04:26 PM | Show all posts
habis kalau penjenayah dah kuar pistol, takkan polis kuar cota...kuar pistol tu SOP dorang..tembak tak tembak bergantung pd situasi dan tahap kekurangan ajaran penjenayah tu..
guyfawke Post at 17-11-2009 10:17


Bukan pistol sbrg pistol....diorang pakai MP5 wa cakap lu......siap bullet proof vest lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 07:19 PM | Show all posts
31# altimi

Laaa...tu SOP diorang apa nak kecoh pakai vest tak pakai vest? Tu kan utk keselamatan depa. MP5 pakai bullet sama mcm 9mm pistol cuma ada lebih sikit le firepower. Udah-udah le tu, jgn prasangka buruk aje. Ingat apa sorang forumer ni quote kena kesian pada victim dari penjenayah tu sundrik. Kalau ditakdirkan penjenayah ni target kita atau keluarga kita kau nak kata apa?

Pada aku message kena hantar dengan jelas, penjenayah especially yg bersenjata api tidak harus diberi muka tak kira apa bangsa sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 09:01 PM | Show all posts
31# altimi
boleh terangkan kat aku tak..
apsal so called "NGO", "Human Right" dont give the same amount of "damn" everytime Police Officer Injured atau Killed?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2009 09:38 PM | Show all posts
31# altimi
boleh terangkan kat aku tak..
apsal so called "NGO", "Human Right" dont give the same amount of "damn" everytime Police Officer Injured atau Killed?
atreyudevil Post at 18-11-2009 21:01


Sebab polis tu bukan Cina/india............????;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 10:41 PM | Show all posts
33# atreyudevil

definisi human right derang ni ni lebih kurang camni la..kalo polis mati kena tembak tak pa... kalu penyamun atau perompak, polis tak bole tembak ... langar hak2 asasi penyamun ,perogol, dan pembunuh..

kepala hotak mak bapak depa!!

sapa2 yang dok tegak kan sangat agenda NGO ni aku mintak satu hari adik beradik atau sedara mara depa jadi mangsa penyangak2 ni baru depa dapat rasa..... depa ingat panyangak tu reti ka apa erti human right,,

PDRM tak kan tembak membabi buta cam tu je... kalu dah confirm betoi2 penyamun baru depa bertindak.. tapi kekadang ada gak yg tak berdosa berada kat tempat kejadian jadi mangsa... nak buat camna,
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:09 PM | Show all posts
Lagi satu yg patut kena kembiri mamat yg dok tinggalkan kawan dia sampai kawan dia terpaksa balik jalan kaki dan mengamuk tu! Hanjeng sunggoh, dah tau kawan tu ada baran lagi nak buat prank konon! :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 11:51 PM | Show all posts
34# altimi
Oh contrary...
Chief Inspector Ng Wai Leong..
cube goggle..!

still there is not much hype macam kes nih?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:18 AM | Show all posts
Aku tanya isu ni kat seorang brader polis masa kami sembang di restoran tadi. Dia cakap "Kalau polis kena tembak mati dgn penjenayah pun, itu risiko keje polis, tapi kami tembak penjenayah supaya penjenayah tak dapat  lagi tembak mati orang awam yg x bersalah. Cuba fahamkan kat situ, dah tentu xde jadi isu punya."
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:47 AM | Show all posts
Musa pertahan tindakan anggota polis

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempertahankan tindakan pegawai dan anggotanya menembak mati penjenayah dalam beberapa kejadian di seluruh negara sebelum ini.

Katanya, tindakan itu tidak dilakukan sewenangnya, malah bergantung kepada keadaan tertentu apabila seseorang anggota polis merasakan wujud ancaman daripada penjenayah, terutama mereka yang bersenjata api.

"Jika tidak mahu mati, serah diri dan jangan ancam polis. Tugas polis melindungi keselamatan orang awam yang menjadi mangsa jenayah dan mengekalkan keamanan negara. Kita tidak melindungi penjenayah. Jika penjenayah bertindak ganas dan bersenjata api, polis terpaksa bertindak mengikut keadaan, termasuk aspek keselamatan anggota.

"Jika penjenayah melepaskan tembakan hingga mengancam anggota kita, mereka berhak mempertahankan diri. Kita ikut undang-undang dan bukan suka-suka tembak orang. Jika mereka takut mati, jangan lawan dan serah diri pada polis," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan polis menembak mati lima ahli kumpulan PCO Boy, termasuk ketua mereka di Kapar, Klang pada 9 November lalu, dipercayai sedang merancang satu kegiatan samun di kawasan itu.

Terdahulu, Musa menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. Hadir sama timbalannya, Tan Sri Ismail Omar; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Datuk Koh Hun Sun dan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Akhil Bulat.

Musa berkata, prosedur tembakan amaran sebelum polis menembak mati seseorang penjenayah juga tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia turut bergantung kepada keadaan ketika kejadian.

Sehubungan itu, katanya, beliau kecewa apabila tindakan polis menembak mati penjenayah sebelum dipertikaikan, selain dijadikan isu politik oleh pihak tertentu semata-mata mahu menarik tumpuan umum.

"Bila polis tembak penjenayah, ramai sangat yang sibuk. Tapi, bila anggota saya kena tembak penjenayah, tiada pula yang mempertikaikannya... tiada siapa peduli pun atau beri ucapan takziah padahal polis bergadai nyawa melindungi masyarakat dan negara," katanya.

www.bharian.com.my/Current_News/ ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:53 AM | Show all posts
Aku rasa puak2 ygh pertikai tembakan bunuh geng jahat mcm PCO Boy tu mungkin dapat ufti dri geng2 penjenayah, tidak  xkan sakan je memekak kat media.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.179396 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list