|
gila ganas diana neh.....dah tu cakap main kut sedap mulut dia jek.... |
|
|
|
|
|
|
|
gila ganas diana neh.....dah tu cakap main kut sedap mulut dia jek....
chengkeh Post at 1-12-2009 07:58 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
hehe... masa skolah dulu ko tak mulut lepas ke cengkeh?
tu kan masa budak2 tgh naik....
lum tau nak cover2......
yg ckp lepas tu akan jadi baik n santun perlahan2
seiring dgn perubahan hormon n umur.....
next Fizzi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Brutal diana ni buat haku teringat kat sya (awan dania/sehati berdansa)![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
20# fizziany
Fizzy..time kasih cite baru niih... teruskan usaha2 baik cenggini..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
“So…minggu ni tak nak balik?” soal Daniel kepada adiknya. Diana yang berada di hujung talian menggeleng.
“Tak naklah bang. Minggu ni, Lina dengan Mastura ajak keluar pergi Mid-Valley tengok wayang.Kitorang nak tengok cerita Twilight ,” kata Diana.
“Korang bertiga aje?Boleh harapke?” soal Daniel. Rumahnya dengan kampus pengajian adiknya tidaklah jauh mana. Rumah di Seksyen 16 Petaling Jaya, manakala pusat pengajian adiknya hanya di Universiti Putra Malaysia, Serdang.Hampir setiap minggu, adiknya tidak pernah tak pulang ke rumah.
“Abang!!!Apa yang tak boleh harapnya!!!Kitorang dah besar la,” marah Diana.
“Baliklah…abang belikan cd cerita tu nak?” soal Daniel. Risau dia bila membayangkan adiknya yang hanya seorang itu berjalan-jalan bersama rakan-rakan perempuannya. Mana tahu, tiba2, ada peragut ke…penculik ke…
“Tak nak!!Abang, Di tak nak balik minggu ni. Abang bagitau ibu dan ayah ya. Nanti minggu depan Di balik. Di janji,” kata Diana berjanji.
Daniel mendengus resah.
“Apapun, update abang…Jangan seronok sangat kat luar tu,” Daniel sudah kalah. Diana terkulat-kulat sengih. Cair jugak abangnya malam itu… |
|
|
|
|
|
|
|
Farid dan Raja terus meluru ke dalam tren komuter sebaik sahaja pintu tren terbuka. Farid cepat2 meluru kea rah satu tempat duduk. Bilangan manusia yang tak ubah macam kambing masuk kandang ketika itu, buat Farid menjadi tamak, mahukan tempat duduk untuk diri sendiri. Sebaik sahaja dia duduk, Seorang perempuan turut duduk bersebelahan dengannya. Hampir2 berlanggar punggung mereka. Serentak dengan itu, kedua-duanya berpandangan.
“Erh…!!!” Farid melopong.Diana disebelahnya juga terpegun.
“Balik2 muka kau…” ngomel Diana.
“Haa…excuse me, pompuan kea pa ke, tempat duduk ni, reserve untuk kawan aku yang tercinta tu ya…Sila bangun.Aku yang duduk dulu kat sini..” kata Farid dalam nada dengkel.
“Cis…”Diana mencebik lalu bangun dari tempat duduk itu. Raja yang tersengih di depan mereka cuma ternganga.
“Eh…tak apalah…kau duduklah…” pelawa Raja.Farid mendengus dalam hati.Gila apa Raja ni, takkan dia nak berdiri dalam “tin sardine” ni sampai Mid-valley???
“Di!!!Sini!!”Laung Lina dari gerabak sebelah. Diana terus beredar. Setelah Diana beredar, barulah Raja duduk. Disikunya lengan Farid.
“Kau ni…dengan kawan pun buat camni,”marah Raja.
“Yelaa…aku terpaksa adil.Kau kawan aku, dia kawan aku. Tapi…aku rasa kau lagi lama berkawan dengan aku…so, you deserve better than her,”Farid berfalsafah.
“Fahaman mana kau ikut ni….” Raja menggeleng-gelengkan kepalanya.Komuter terus bergerak menuju destinasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Isnin. Farid dan Raja merenung tepat ke hadapan mereka. Wajah 2 gadis di depan mereka buat mata mereka terjegil malam itu. Sejak bila Diana dan Lina menjadi ahli-jawatankuasa Kelab Pengembaraan, Rekreasi dan Sukan? Sampai habis mesyuarat pun, mereka masih merenung 2 gadis yang tersenyum2 perli kea rah mereka berdua sejak awal mesyuarat tadi.
“Okey, setakat ni sajalah mesyuarat kita. Sebarang perubahan atau pindaan akan diberitahu melalui notis kelak. Kita tangguhkan mesyuarat setakat ini saja,” selesai saja kata2 itu dituturkan, Farid dan Raja cepat2 bangun keluar dari dewan mesyuarat. Pintu belakang di sekat. Farid di pintu sebelah kanan, Raja di pintu sebelah kiri. Mangsa mereka akan tiba bila –bila masa saja.
Sebaik Diana dan Lina keluar dari pintu itu, Farid dan Raja terus menerkam.
“Apa korang buat kat sini?” soal Farid sambil merenung tepat ke wajah Diana. Diana terus berjalan selamba meninggalkan dewan mesyuarat itu. Farid dan Raja berpandangan. Langkah dipercepatkan mengekori Diana dan Lina.
“Wei…serius nih…!!!Kau ni dah jatuh cinta dengan aku ke sampai ikut ke mana saja kelab aku pergi?” soal Farid kepada Diana.Diana terpaku sekejap.
Kukkk!!!!Kepala Farid dilukunya sekuat hatinya. Terkejut Farid dibuatnya. Raja yang melihat terpana. Diana dan Lina terus berjalan pulang ke asrama mereka. Farid terpinga-pinga melihat 2 gadis itu berlalu.
Langkah Diana terhenti seketika. Ditoleh ke belakang, melihat Raja dan Farid.
“Habis…apa kau buat kat kelab catur tu?” soal Diana. Farid mulanya tidak berapa faham dengan soalan itu.
“Err…”kelu Farid bila dia mula mendapat jawapan sendiri.
“Kalau aku nak jatuh cinta pun, takkanla dengan engkau…gila!!!” Diana terus melangkah sambil diikuti oleh Lina. Farid dan Raja sudah ditinggalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kau asal dari mana?” soal Farid kepada Diana. Buah catur diatur dengan kemas. Dia tidak mahu kalah dengan Diana hari ini.Beberapa kumpulan pelajar sedang khusyuk bermain catur di merata-rata sudut yang menempatkan meja catur. Rata2 meja, dikelilingi 5-6 orang pelajar. Namun, di meja hujung itu, Cuma tinggal Diana dan Farid sahaja. Lina terpaksa pulang selepas kelas. Cirit-birit!!!Raja pula, pergi ke Persatuan Anak-Anak Sabah.
Melihat tempat yang kosong, mereka terus bermain berdua sahaja. Malas hendak bercampur dengan senior2 yang terlebih pandai.
“Aku orang sini ja.Orang PJ. Kau?” soal Diana kembali.
“Taiping, Perak,”balas Farid.
“Adik-beradik?” soal Farid.
“Kau nak banci ke ni?” soal Diana.
“Lebih kurang begitulah…”
“2,”balas Diana pendek.
“Kau anak nombor 2?” soal Farid meneka. Diana pandang Farid.
“Mana tau?” soalan biasa.
“Tengok perangai kau pun dah tahu…” kata Farid.
“Perangai aku?Maksud kau?” pelik pula Diana.Tangan masih menggerakkan buah catur ke sana ke mari.
“Keras kepala semacam…” kata Farid.
Bedebuk!!!!Sekeping buku nipis dihempuk ke kepala Farid. Farid mengaduh kecil. Nasib baik tak kuat sangat. Farid renung Diana di depannya yang tunduk merenung buah catur.
“Kau memang macam ni ke? Suka bantai orang sesuka hati?” marah Farid. Muka Diana selamba saja.
“Taklah…sesetengah orang ja..” balas Diana selamba. Farid menghela nafas. Nasib baik kau perempuan, kalau lelaki….aku dah bagi pelempang!!!!Farid tunduk kembali menghitung buah caturnya.
“Kalau orang tengok kau kan…comel…kiut…manis…cantik…aje. Mesti orang takkan sangka yang kau sebenarnya kasar nak mampus kan…” kata Farid lagi. Mata Diana membulat.
“Aku kiut ka?” soal Diana sambil memandang tepat ke wajah Farid. Cepat2 Farid mendengus. Aiseh…terpuji pulak!!!Namun jauh di sudut hati, Farid akur, Diana memang cantik. Tanpa secalit bedak pun, wajahnya menyenangkan mata memandang. Lebih2 lagi, kalau dia ketawa atau tersenyum, boleh cair iman lelaki. Opss!!!Tapi bukan aku!!!Aku lelaki Kanchakkkk!!!!
“Taklah!Muka kau macam mak tiri!!” kata Farid serius.Diana menarik wajah masam.
“Ikut oranglah nak define aku macam mana. Aku Cuma nak jadi sendiri saja…” kata Diana perlahan.
“Pernah tak orang lain tegur kau, contohnya, jangan bercakap kasar kea pa ke…” soal Farid.
“Pernah,” Diana mengangguk.
“Dah tu?” soal Farid pula.
“Aku buat biasa saja. Ucap terima kasih sajala kat orang yang tegur aku. Tapi, aku rasa aku mungkin nampak kasar…tapi, bukan pada semua orang. Kadang2, bila aku cakap kasar, orang yang tak kenal aku, akan marah aku. Aku terima aje.Aku nak buat macam mana. Bukan semua orang sama dalam dunia ni…” kata Diana.
Terjungkit kening Farid.
“Atas kau, abang atau kakak?” soal Farid lagi.
“Abang,” balas Diana.Farid terangguk-angguk.
“Umur dia?” soal Farid.
“5 tahun tua dari aku..”
“Mesti dia sayang sangat2 kat kau…Kau rapat dengan dia?”soal Farid lagi.
“Rapat. Aku selalu syer banyak cerita dengan dia. Dalam family aku, aku lebih selesa berkongsi rahsia dengan abang aku compared to parents aku,” kata Diana lagi.
“Aneh ya…walaupun kau beza 5 tahun dengan abang kau, tapi kau rapat…”Farid mengomel. Diana mengangguk.
“Kau? Berapa adik-beradik? Kau anak keberapa?” soal Diana pula.
“Kau nak banci aku pulak?” soal Farid.
“Iya lah….kau dah tahu pasal aku…Aku kenalah jugak tahu pasal kau…” kata Diana.
“5 beradik. Aku anak bongsu,”balas Farid.
“Atas kau?” soal Diana.
“Atas aku…4 orang perempuan!!!Semua dah kahwin!!” kata Farid.
“Waa…meriahla raya ek!!Penuh rumah kau!!Mak ayah kau umur berapa kalau kau anak bongsu?” soal Diana.
“Tu la…kalau raya…penuh rumah kampung aku. Dari depan rumah sampai ke belakang rumah. Mak aku umur dia dah 60 lebih…ayah aku dah tak ada..” sambung Farid.
“O…ye ke. Sorry about your father..” Diana rasa menyesal pula bertanya.
“Check!!!” jerit Farid gembira.Diana terkedu. Aduhh…dah salah jalan la ni…Diana menggaru-garu kepalanya.
“It’s ok. Ayah aku meninggal masa aku form 1. Sakit tua,” kata Farid. Diana terkedu. Pilu pula hatinya tiba2.
“Kau sedih tak?” soalan bodoh dilontarkan.
“Mmm..sedih la jugak masa mula2 tu, tapi…lama2…dah biasa,” kata Farid.
“Checkmate!!” Farid mengikik ketawa. Diana sudah kalah!!!Diana terkedu.Adusss….
“Taik kau….” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Farid bersorak riang. Diana mula cuak. Petang kian menginjak malam.Dan dewan hampir2 ditutup. |
|
|
|
|
|
|
|
cis.. farid main tak acii.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gelak baca gelagat farid dgn diana.. |
|
|
|
|
|
|
|
23# Jaza2008
aku takla sopan sangat....lepasla jugak(kira golongan pertengahanla aku neh)...
tapi siap cakap taik...taik..neh....memang gila ganas.....
apa pun fiz....layaaaannnn!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ciut betul diorg tue...
mesti nanti jadi couple...
x sabo nak tunggu n3 citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak saudara kita student lagi cakap memang lepas je....selelu dgr dia cat dlm phone ...tegur gak tapi dah perangai camtu....muka memang cantik cam chinese.... sbb tu x ada kwn perempuan dok kawan dgn bdk lelaki sbb dia kasar org pompuan x gemar{:1_151:} |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|