CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: the_slayers

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

[Copy link]
Post time 12-10-2006 01:26 PM | Show all posts
ape la.. wat lew menarik skit... org melake kureng nak jenjalan memalam bute..
tp raye nie byk kots org jenjalan situh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gordonv612 This user has been deleted
Post time 16-10-2006 02:04 PM | Show all posts
Saya dah pergi bazaar ni...Bosan lar...Tak dah apa apa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 12:08 PM | Show all posts
bazar 24 jam nie..
ikut stail singapore...
tapi org melaka bkn jenis tak tido malam lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by gordonv612 at 16-10-2006 02:04 PM
Saya dah pergi bazaar ni...Bosan lar...Tak dah apa apa pun..


ade sports cafe eh kt luar ..?
Reply

Use magic Report

gordonv612 This user has been deleted
Post time 1-11-2006 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by Ax at 1-11-2006 08:54 PM


ade sports cafe eh kt luar ..?



last week saya pergi, Sports cafe kat situ belum buka lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 06:09 AM | Show all posts

Reply #24 gordonv612's post

lalu smlm
tgk ade sports cafe
tp tadak org
hehhehee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2006 10:17 AM | Show all posts
Situ memang kurang org lah...tak tahu lah nape yeks.....walhal sebelah jalan jugak....nagoya ade lagi ker kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 2-11-2006 10:17 AM
Situ memang kurang org lah...tak tahu lah nape yeks.....walhal sebelah jalan jugak....nagoya ade lagi ker kat sana?


dah byk choice kot
nak2 dlm mlk sentral ade ns ayam mlysia , beger king , keni rogers , mcd , kfc , hehehehehe men sbut jek ..
nagoya ade lg n ade gak la org pegi..
sbb nagoya kt dpn madams king tu pon sempit ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 08:34 PM | Show all posts

Reply #1 the_slayers's post

takde kot raja mlk..kalu jumpe mohor leh ke jumpe raja nye..sebab ramai sgt mengaku raja melaka :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:37 PM | Show all posts
kena pastikan jugak keaslian cop mohor ni........
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 01:02 PM | Show all posts
kalau betullah mohor itu Sultan Melaka punya, dan pemiliknya juga adalah kerabat diraja Melaka atau sememangnya pewaris takhta... adakah rakyat Melaka dan melayu lainnya dapat menerima dia itu sebgai Sultan Melaka... lalu jadilah Melaka; Kembali Bersultan? ....

Dan sudah pasti segala Bangsawan Melaka tidak senang tidur..Bahkan segala Sultan2 di Tanah Melayu mungkin tidak akan senang duduk.. maka akan berakar umbi kembali hasad dengki... tidak puas hati...

Sejarah akan tertulis kembali, perlembagaan Negara dan undang-undang tubuh negeri perlu digubal. Istana Melaka harus dikembalikan kepada pewarisnya.. bagaimana pula nasib Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.

Bukankah akan berlakunya perebutan kuasa Kesultanan Melaka. Masing-masing akan muncul mendakwa dialah pewaris sebenar. Kemudian mungkinkah selepas ini kita akan temui cerita yang mendakwa dialah Laksamana Melaka yang Agung selepas Sultannya ditemui? Atau hidup kembalikan Bendahara Tepuk, Bendahara Putih, Bendahara Tauhid dan pewaris-pewaris lain akan datang berduyun-duyun merafak sembah mengaku, menjulang Duli.., Daulat Tuanku?

Maka akan pulihkah susur galur keturunan kesultanan Melayu Melaka? hmm :hmm: dunia Melaka akan menjadi terlalu complicated..., sedangkan kita sudah lazim dengan ketiadaan darah Sultan Melaka...

atau mungkinkah peristiwa Melaka Dilangar Malapetaka akan berulang lagi... hmm :hmm:
Reply

Use magic Report

pkledbs This user has been deleted
Post time 26-4-2007 04:31 PM | Show all posts
betul ker?




potong kredit lebih enak dari buat sex - sm darsita
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:44 PM | Show all posts
hmmm ... melaka kan negeri2 selat ..
nk ubah lg ade sultan ...
bercampo2 aduk melake punye status ni nnti
ahhahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by Ax at 26-4-2007 10:44 PM
hmmm ... melaka kan negeri2 selat ..
nk ubah lg ade sultan ...
bercampo2 aduk melake punye status ni nnti
ahhahaha


negeri selat tu cuma gelaran yang diberi british sebelum merdeka dulu
skang nie kite dah merdeka,rasanya tak perlu pakai lagi gelaran tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 07:16 PM | Show all posts
bagi aku tiada masalah la kalau Melaka kembali bersultan semula setelah kesultanan Melaka hilang beratus tahun lamanya. Aku rasa pemilik cap mohor diraja Melaka ni,bukanlah pewaris kesultanan Melayu Melaka sebenarnya,mungkin cuma pembantu diraja pada zaman Sultan Mahmud Syah lari ke Bentan,
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 02:30 AM | Show all posts
memalam nie seram laks tgk avatar ko slayer...

kalu melaka nqk ade sultan..
kena betul2 iktiraf lew..
sok sultan melake kena guling je dgn bendahara.. huuuu!!!
Originally posted by the_slayers at 27-4-2007 07:16 PM
bagi aku tiada masalah la kalau Melaka kembali bersultan semula setelah kesultanan Melaka hilang beratus tahun lamanya. Aku rasa pemilik cap mohor diraja Melaka ni,bukanlah pewaris kesultanan Mel ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2007 07:12 PM | Show all posts
tak payah laei baik,,,
nanti semua ngaku kerabat.payah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 04:57 PM | Show all posts
nak sampok sikit.  La nie pun ramai yang ngaku keturunan raja melaka. Siap ada gate rumah yang bertulis  dalat tuanku.  Ada yang turun naik mahkamah nak dapat kan pengesahan sebagai Sultan Melaka. Kesian kat depa kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by raichosan at 30-4-2007 04:57 PM
nak sampok sikit.  La nie pun ramai yang ngaku keturunan raja melaka. Siap ada gate rumah yang bertulis  dalat tuanku.  Ada yang turun naik mahkamah nak dapat kan pengesahan sebagai Sultan Melaka ...


cam kenal je umah tu kat ner.....
kat kampung balik pulau kan??
org yang nak ngaku sultan melaka tu pun dah arwah kan??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 09:30 AM | Show all posts

[PERBINCANGAN] TEPEK KERATAN AKHBAR BERKAITAN MELAKA DI SINI

Post Last Edit by juju_amin84 at 29-3-2012 08:20

Masjid Kampung HuluOleh Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ([email protected])
Penyelidik Prof. Madya Kamaruddin Mohd. Ali

MASJID Kampung Hulu merupakan masjid tertua di Malaysia dan ia terletak di bandar raya bersejarah Melaka. Masjid ini telah dibina pada 1728 dan didirikan oleh Datuk Shamsudin yang berketurunan Cina Muslim. Ia juga berfungsi sebagai pusat penyebaran dan pendidikan agama Islam terutamanya semasa zaman penjajahan Belanda.


Sejarah dan asal-usul pembinaan


Shamsudin adalah anak seorang Kapitan Melayu iaitu Datuk Harun yang telah dilantik oleh pihak Belanda. Kapitan tersebut berketurunan Cina dan pada asalnya dilahirkan dan dibesarkan di negara China. Pun begitu, beliau telah meninggalkan tanahairnya selepas tercetus pergaduhan antara keluarga dan kemudiannya belayar ke gugusan Kepulauan Melayu.


Bahtera yang dinaiki oleh Harun dilanda ribut dan karam berdekatan dengan perairan Melaka. Namun, beliau diselamatkan oleh seorang muazin Melayu dan kemudiannya dijadikan anak angkat serta dikahwinkan dengan anak perempuan muazin tersebut.


Beliau kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam urusan perdagangan serta aktiviti keagamaan dan menjadi salah seorang saudagar yang terkenal di Melaka. Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh anak beliau iaitu Shamsudin yang mana sering mewakafkan tanah untuk tujuan pembinaan pusat-pusat keagamaan.


Pembinaan Masjid Kampung Hulu ini yang menelan belanja lebih kurang setengah juta ringgit juga merupakan antara salah satu sumbangan beliau terhadap perkembangan Islam di rantau ini. Ia terletak di kawasan yang agak tertutup menggambarkan asal-usul penaungnya yang terdiri dari golongan atasan.


Walaupun masjid ini mempunyai kawasan tanah yang agak besar pada awalnya tetapi keluasan tanah ini telah berkurangan setelah ditipu oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan ruang utama masjid, tempat wuduk, menara dan pagar utama disempitkan ke dalam tapak pembinaan yang lebih kecil.


Perancangan dan konsep reka bentuk


Ruang utama masjid ini tidak disokong oleh tiang sebaliknya ia ditinggikan oleh papak lantai konkrit lebih kurang setengah meter tinggi dari aras tanah.


Papan lantai tersebut dihiasi dengan jubin seramik berasaskan motif bunga-bungaan. Terdapat susur tangga dari besi mengelilingi keseluruhan ruang serambi masjid tersebut. Dinding kukuh yang berukuran dua meter tinggi menyokong struktur bumbung yang dilapisi secara tiga tingkat.


Setiap sudut bagi aras bumbung masjid ini berubah menurut konsep pembinaan kuil Cina. Pada setiap pangkal perabung bumbung yang dibina dari konkrit dihiasi dengan motif bunga-bungaan agar kelihatan bersesuaian dengan mahkota atau 憁astaka� yang menghiasi puncak bumbung. Ruang sembahyang utama dikelilingi dengan dinding bata berukuran 12 meter x 12 meter.


Terdapat empat tiang yang dibina dari kayu belian di bahagian tengah untuk menyokong dua lapisan bumbung tersebut. Tiang tersebut diukiri motif tumbuh-tumbuhan. Terdapat tiga pintu bertentangan dengan bahagian mihrab dan terdapat dua lagi di bahagian sisi.


Empat buah tingkap yang dipasang dengan palang besi terdapat di bahagian sisi kiblat. Tiga ruang serambi yang berukuran 3 meter mengelilingi ruang sembahyang. Pada setiap penghujung ruang serambi tersebut terdapat ruang untuk menyimpan barang.


Tiga buah serambi yang terdapat di sisi masjid ini mempunyai anak tangga yang dilengkapi dengan tempat wuduk bertentangan dengan dinding kiblat. Ruang wuduk ini terletak agak jauh sedikit dari paksi utama laluan untuk ke ruang mihrab dan dari pintu masuk utama.


Pagar masuk utama ke masjid ini merupakan struktur pembinaan yang terpisah daripada pelan keseluruhan reka bentuk masjid ini. Ia didirikan secara dua tingkat dimana terdapat tabuh yang seringkali dipalu setiap kali masuk waktu untuk mendirikan solat.


Tabuh tersebut digantung pada struktur bumbung yang berbentuk piramid di atas pintu masuk utama ke ruang laman masjid. Menara masjid ini juga tidak bersinambungan dengan konteks keseluruhan masjid dari aspek nilai estetik dan peletakannya. Ia didirikan secara tidak berpaksi dengan kedudukan asal masjid tersebut dan dibina dalam bentuk kon segi lapan. Dinding yang mengelilingi menara ini mengelilingi anak tangga ke ruang azan di bahagian atas.


Elemen reka bentuk dan bahan binaan


Masjid ini melambangkan elemen reka bentuk yang dipengaruhi oleh budaya Cina serta ornamentasi yang diadaptasikannya berdasarkan kepada ciri-ciri kebangsawanan. Ia juga merupakan antara pembinaan masjid yang terawal dibina menggunakan struktur konkrit serta memiliki rupa bentuk bumbung piramid bertingkat seperti yang terdapat pada senibina pagoda Cina.

Motif ukiran yang digunakan juga berasaskan kepada elemen organik yang menggambarkan keindahan alam semulajadi.


* Prof. Dr. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi ialah Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (Kalam), Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.306052 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list