|
Reply 16# cikguranggi cikgu kalau sesekali tuh angin kot (teori penyedap hati) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cikguranggi cikgu kalau sesekali tuh angin kot (teori penyedap hati)
papaxjahat Post at 10-6-2010 23:08 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
teori penyedap hati kan...hahaha.......tapi seriuslah papax ada sekali jek dulu kena mcm tercucuk...dalam 1 saat jek..takdelah lama mcm 5 saat tu.....sekali tu jek lps tu takde lg....tanya org rumah dia pun pernah kadang2 mcm tu (tak tahulah teori penyedap hati ke tak)
dulu saya tak mcm ni...sejak jd guru disiplin ni terutama dah pegang jawatan ni 7 tahun itulah pasal rasa semcm jek kat dada...(penyedap hati lagi)
baca artikel nih:
Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.
Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.
Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.
Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.
Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?
Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.
Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.
Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.
Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.
Cara mengatasi kemarahan
Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:
Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
Mendengar muzik
Mengisi masa dengan hobi
Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
Meditasi
Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir
Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.
SOALAN
SAYA berumur 35 tahun dan berjumpa doktor bulan lalu ketika melakukan saringan kesihatan. Tahap kolesterol saya ialah 8.8 mmol/L walaupun saya giat bersukan dan prihatin mengenai pemakanan sihat yang rendah lemak. Doktor menasihati saya mengambil ubat untuk merendahkan kolesterol.
Bagaimanakah tahap kolesterol saya boleh menjadi begitu tinggi, padahal saya mengamalkan gaya hidup sihat? Perlukah saya mengikut nasihat doktor untuk memakan ubat kolesterol?
JAWAPAN
Ada dua punca utama kolesterol di dalam badan. Punca pertama ialah daripada apa yang kita makan dan yang kedua ialah daripada apa yang kita buat. Ramai tahu mengenai pemakanan yang tinggi kandungan lemak, tetapi ramai tidak tahu bahawa badan kita, melalui organ hati, juga menghasilkan kolesterol.
Ingat, kolesterol adalah bahan utama membran sel badan dan kehadirannya sangat penting untuk badan berfungsi dengan sempurna.
Bagaimanapun, ada beberapa keadaan di mana tahap kolesterol menjadi tinggi kerana kolesterol yang dihasilkan adalah berlebihan. Satu daripadanya disebabkan hiperkolesterolemia familial, iaitu akibat keturunan atau genetik.
Tahap kolesterol setinggi 8.8 mmol/L adalah terlalu tinggi dan jika tidak dikawal, ia boleh membawa kepada masalah kardiovaskular, seperti penyakit jantung koronari dan strok.
Oleh itu, anda wajar mengikut nasihat doktor untuk memulakan rawatan. Teruskan gaya hidup sihat yang diamali dan doktor anda akan memantau tahap kolesterol darah dari semasa ke semasa.
SOALAN
MENURUT artikel Doktor Jantung pada 10 Mei lalu, doktor memberitahu bahawa hipertensi kot putih berlaku apabila tekanan darah diambil ketika di hospital atau klinik adalah tinggi berbanding bacaan di rumah.
Keadaan sedemikian berlaku kepada saya setiap kali saya berjumpa doktor. Apakah cara terbaik untuk mengelak bacaan tekanan darah menjadi tinggi apabila berjumpa doktor?
JAWAPAN
Sindrom atau hipertensi kot putih adalah fenomena yang belum difahami sepenuhnya oleh dunia perubatan.
Ada kajian mendapati lebih kurang 20 peratus daripada bacaan tekanan darah yang tinggi ketika berjumpa doktor disebabkan hipertensi kot putih.
Sememangnya seseorang itu sukar mengelak berlakunya fenomena sedemikian, tetapi jika ia cuba mengawal perasaan dan emosi ketika bertemu doktor, ini mungkin boleh membantu. Contohnya, pada hari berjumpa doktor, elak situasi yang membawa stres atau tekanan.
Rancangkan hari dengan baik selepas mendapat rehat dan tidur secukupnya pada malam sebelumnya.
Elak kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan, dan baca buku atau majalah yang menenangkan ketika menunggu giliran di klinik atau hospital.
Adalah bagus jika anda mempunyai alat pengukur tekanan darah sendiri kerana anda boleh mengetahui tekanan darah anda ketika di rumah berbanding di hospital.
Doktor anda mungkin melakukan ujian tekanan darah ambulatori untuk anda.
Ujian ini membabitkan satu alat yang boleh mengukur dan memberi bacaan tekanan darah secara berperingkat-peringkat selama 24 jam. Ini boleh memberi gambaran lebih jelas mengenai tekanan darah anda yang sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 22# cikguranggi sangat setuju ngan artikel nih....sedikit sebanyak memang ada kena mengena dengan saya. dulu saya memang cepat marahhhh.....silap sikit jer nak marah, pas kena serangan jantung marah anak pon dah kena gi ccu, lepas tuh bermulalah episod hidup rilekkk jer, control macho......walau pon tak puas hati. Itu saya memng perasan bila kita marah jantung kita akan laju, tuh yg bila marah sakit dada dibuat nya,masa tuh tekanan darah tak tau lah baper..............lama2 memang ada organ2 yg terganggu..............mungkin ada doktor yg boleh bg penjelasan kot pasal nihhhhhh
saya pon nak tau lebih lanjut.......apa kesan kepada org yg selalu marah-marah nihhh?????
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau marah2 darah naik....nanti high blood pressure pulak......
aku nanti takut dari takde penyakit nih terus dtg pulak................
kalau ada darah tinggi tambah lak kencing manis konfem cepat dapat sakit jantung.......huhuhu ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tu ari saya jumpa 1 kes di mana, jantung tersumbat di sebabkan oleh hormon gastrik. Kakak cakap kolestrol ok, darah tinggi tak de dan makan jaga tapi kena juga jantung, pas tu jumpa baru dapan kesan ia berpunca dr gastrik |
|
|
|
|
|
|
|
PENGALAMAN SERANGAN JANTUNG
Pengalaman kena heart attack memang mengerikan, saya terkena serangan jantung pada september 2007 ketika itu saya berumur 34 tahun. Pada permulaannya lebih pukul 4 pagi, saya terjaga dari tidur dan isteri sedang memasak untuk sahur, saya tersedar bila rasa sebelah kiri badan saya rasa lenguh, lepas tuh saya pon ke ruang tamu, selepas rasa lenguh hilang dan saya terus tidur masuk ke bilik dan tidur semula (serangan pertama-agak ringan).
Lebih kurang pukul 11 pagi, saya pergi berjumpa pelanggan dan naik ke pejabatnya ditingkat 1, selepas turun ke parking saya rasa pening dan sesak nafas lepas 2 minit hilang, cuma pening sahaja, jadi saya masih tidak mensyaki apa-apa yang buruk, tapi dalam pada masa yang sama ada bertanya kawan tentang keadaan saya ketika itu, dia memberitahu kalau sebelah kiri selalunya berkaitan jantung.
Seterusnya lebih kurang pukul 1 tengahari, saya membuat keputusan untuk balik ke rumah untuk berehat dan buka puasa atas faktor kesihatan. Bila sampai rumah selepas makan tengahari saya sesak nafas lebih teruk dari tadi, tapi sekejap-kejap jer datang pas tu ok balik. lepas tu sesak nafas balik hingga mengalir air mata.
Isteri saya memberi cadangan untuk ke klinik, tapi saya enggan sebab ingat penat biasa jer, memang tak terfikir pon kena heart attack. Selepas beberapa ketika tengah saya berehat datang serangan yang kuat sehingga seluruh anggota badan kaku (jari tangan pon tak mampu nak menggemgam)saya hanya mampu menahan airmata yang keluar tiada henti ketika itu, tanpa berlengah isteri saya terus menghidupkan enjin kereta dan saya masih mampu berjalan ke kereta (tapi sudah macam robot kerana semua anggota tak boleh di bengkokkan), sampai di klinik doktor memberitahu ini "muscle pain",doktor bagi satu jarum dan suruh segera ke hospital.
Sampai di Hospital sungai buluh, terus ke kecemasan, selepas di cucuk sejarum tadi agak berasa lega sikit dan mampu berjalan masuk ke wad kecemasan untuk membuat pemeriksaan, selepas membuat saringan (ecg-electrocardiogram) di kaunter kecemasan saya telah dihantar ke bahagian kritikal. Selepas saya baring di atas katil, saya nampak ramai orang (nurse dan doktor) di sekeliling saya , lepas tuh saya dah tak sedar diri.
Selepas satu setengah jam saya tersedar, saya terkejut seluruh anggota badan saya penuh dengan wayar yang berselirat, mulut hidung ditutup dengan alat oksigen, semasa itu datang seorang doktor memanggil nama saya dan cuba berinteraksi samada saya sudah sedar atau tidak.........setelah tengok saya betul-betul sedar dan dia memberitahu bahawa saya bahawa saya terkena "SERANGAN JANTUNG". Macam tidak percaya , saya masih hidup.
Semasa dalam icu saya di beritahu oleh Doktor bahawa keadaan jantung saya sangat kritikal kerana bacaan ecg agak membimbangkan. Doktor memberitahu bahawa sebahagian otot jantung saya telah mati akibat dari serangan jantung. Masa itu saya rasa betul-betul di hujung nyawa dan akan pergi bila-bila masa sahaja.......tiada apa yang saya mampu fikirkan pasal dunia masa tuh.......hanya ingat allah dan mati sahaja, terkenang hutang yang banyak di tinggalkan, teringat isteri, anak-anak dan air mata saya tidak behenti mengalir sepanjang berada dalam icu.
![](http://www.bhaseer.com/web_images/heartattack.gif)
Punca "heart attack"
Itulah pengalaman saya, hanya orang-orang yang mengalami seperti saya sahaja akan memahami, apa itu serangan jantung, apa itu strok, saya teringat ketika dalam ICU pesakit di sebelah katil saya kiri dan kanan adalah pesakit strok yang kritikal, koma melebihi seminggu, ketika itu saya hanya ingat mati sahaja, alhamdulillah umur saya masih panjang ,hari ke empat saya telah di pindahkan ke wad biasa dan hari ke enam saya di benarkan pulang.
Semasa di pindah ke wad biasa perkara yang saya tak boleh lupa adalah hari-hari ada orang meninggal dalam wad itu, semua berkaitan strok, hati rosak, macam2 lah......pengalaman ini yang saya lalui ini memang membuat saya insaf, tergerak untuk berkongsi dengan orang-orang yang sihat. Selepas itu rutin hidup saya berubah 100%, kena makan ubat 3 kali sehari, tak boleh kerja berat, beberapa kali di masukkan ke wad balik, penah masuk ICU, CCU, CHDW (kardio).
Untuk orang-orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah.................
Sekadar berkongsi |
|
|
|
|
|
|
|
sbb utama saya kena serangan jantung adalah berpunca dari pemakanan yg saya ambil dan kolestrol tinggi sehingga menyumbat saluran darah saya |
|
|
|
|
|
|
|
nanti saya kongsikan pula pengalaman selepas kena srangan jantung......seperti buat angiogram, stress test, trauma, rutin kehidupan berubah 100%, hari2 kena makan ubat segemmgam![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
sudah tukar zon kehidupan sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tanya ni..
aku seblom ni mmg ade penyakit jantung.tapi dah operate dah beberapa tahun dulu.10 years to be exact..tapi bebaru ni aku terkena sakit yg lain macam... kisah die cenggini. aku masuk keta pepagi.. pasang aircond.slalu aku pasang air cond takde mende..kebetulan tu hari pertama aku bekerja. mcm cuak gak la... masa dalam keta..aku mcm menggeliat laa sikit
pastu tetibe ntah cemane.cam sesuatu da tangkap dada aku.. effect die.. aku cepat jadi penat dan jantung aku berjalan sangat laju.mcm aku tengah bersukan.kirenye aku tertekan sikit..tros jantung aku berjalan cepat..1st day tu aku trok gak.aku cam dlm too stress. kire aku jalan sikit pon jadi cepat penat..mcm aku bersukan plak..(heartbeat jalan sangat laju)
next day tu aku ok sikit laaa. mcm jalan masih ok lagi.cume aku cam takleh buat sesuatu yg penat.contoh mencangkung, jantung akan tertekan.dan bile tertekan.jantung aku berjalan laju..
aku nak tanya sape yg pakar kat sini. ape sebenarnya kene ngan aku nih? adakah hormon adrenalin aku terlebih rembes atau jantung aku ade problem.aku takut nih.aku tak gi klinik ke ape.sbb takut kene tahan.bukan ape.aku baru 2 hari masuk kerja nih. plak tu 1st job.aku tanak la kehilangan kerja ni..
nasib baik kerja aku mudah..cume dok depan monitor..tapi aku still concern la gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan............masa jntung gerak laju tuh sakit dada tak???? saya kalau pelik2 nih mesti gi check lah ,takut lahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Kalau nak first aid.. rasanye CPR tu kena jadik mata pelajaran wajib kat sekolah... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Saya ni sebenarnye, tengah MC dua minggu. Dok ICU 7 hari, wad biasa 6 hari. Pengalaman yg cukup mengerikan.. ingat dah sampai ajal, pasal di ICU, kena VF dua kali, memang org dah ajar mengucap ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
syukur, Allah panjang kan umur... masa tuh, cuma fikir, kalau mati kali nih, ruginye aku... amalan tak banyak ![](static/image/smiley/default/sad.gif)
Doktor kata, most probably infections. Sebab, memang saya ada demam sebelum tuh. Bila buat angio diagram tuh, takde yg tersumbat... saya ni kuat bersukan, jadi memang tak tersangka langsung dapat sakit nih.. masa admitted, jantung dah terlalu bengkak. so dia tak leh pam kuat. heartbeat terlalu laju 190-200... terus masuk ICU pasal pulse almost takde dan heartbeat macam bullet train...
Benda dah nak jadik.. nasib baik lah yg VF tu jadi masa di ICU.. kalau masih dirumah, rasanya dah tak ada dah nyawa nih.. doktor pun cakap begitu. nasib baik di hospital, pasal ada defibrillator..jadi dia leh bagi shot untuk betulkan heartbeat.
Sebelum admitted, ini symptoms yg ada pada saya. Tak boleh tidor langsung, bila baring je, terus terbatuk batuk (batuk cam batuk kering),
peluh sejuk yg amat, macam lepas lari beribu kilometer, walaupun saya duduk depan kipas, berpeluh peluh..sampai basah baju. Peluh kat tangan meleleh2. Tak de selera makan.. so saya cuma makan buah dan minum air. Memang tak leh makan langsung.. cepat penat. Jalan 10 tapak pun semput macam nak rak... dah la dok rumah yg takde lif.. nak panjat 4 tingkat, banyak pit stop nye...hehe. Heartbeat, memang laju.. paling terasa bila waktu malam... selalunye, sampai tahap tak cukup nafas, macam semput. Mlm, saya tidor duduk. Tu pun kalau dapat lelap. Sebab batuk memang tak henti henti.
Lah nih, doktor bagi ubat. Kena banyak rest. Nak gerak banyak banyak pun tak berani. Masa di wad, ada ketika sampai saya berjaga, tak nak tidor, takut tak bangun lagi lepas tuh.. kalau di wad, pengawasan nurse dah kurang..lain la di ICU kan.. masa tuh, saya rasa tak selesa, tu yg tak berani tido. sepanjang di wad/icu, BP memang most of the time sangat rendah...bila tidor, lagi drop. sekarang pun rendah.. tawakal aje lah.
tu je la saya nak share. sebenarnye, masa saya start tak leh tido, tak leh makan, batuk berpanjangan tuh, saya dah pergi 2 panel klinik kat KL. Dua dua doktor kata saya sihat.. camana tuh. Saya cerita panjang lebar, ingatkan doktor nak check. sesak nafas semua saya cerita. bolehkan dimarahnye... . kali ketiga saya pegi klinik, saya nekad nak mc... bayangkan dua doktor tak beri saya mc, saya kena jugak berkerja walau rasa macam nak pengsan di office. kali ketiga, terus mintak mc 2 hari... hehe.. cakap nak balik kampung pasal tak sehat dan tak larat duduk KL.
Untung hati kuat nak pegi klinik di kampung pula, doktor suruh buat ECG, terus buat XRay. Doktor cakap kena masuk hospital pasal jantung dah membengkak dan heartbeat terlalu laju...
maka bermula episod ngeri di ICU... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Sekarang pun ngeri juga duduk di rumah, takut sejarah berulang kembali. Cuma banyak berdoa panjangkan umur, sihatkan badan...hajat hati nak bawa bekal banyak banyak dan berbakti pada org tua... aminnnnnnn. |
|
|
|
|
|
|
|
papax: ermm camne nak cakap eh.bile jantung laju.otomatik kta rasa tak selesa..kengkadang sakit gak...
dulu operate sbb sakit jantung berlubang. actually benda ni taun lepas penah kene.tapi mmg tak follow up pi clinik..dalam dua minggu die baik sendiri..tetibe kali ni kene lagi
zana.. aku kene sebijik camnih
peluh sejuk yg amat, macam lepas lari beribu kilometer, walaupun saya duduk depan kipas, berpeluh peluh..sampai basah baju. Peluh kat tangan meleleh2. Tak de selera makan.. so saya cuma makan buah dan minum air. Memang tak leh makan langsung.. cepat penat. Jalan 10 tapak pun semput macam nak rak...
tapi bile time berehat die ok sikit.so aku boleh laa tidur..tp mmg kalau jalan jauh sikit die jadi cepat penat.lagi satu.. bile shock pon jantung aku cam jalan laju.contoh-terkejut.atau rase berdebar2 ya amat.adrenaline rush yg sangat tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
metal...
please go to the doctor...
bahaya tuh...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_xana at 19-6-2010 12:18
Reply 33# MetalFire
Gi la check doktor... nanti menyesal tak sudah. kerja tu tak pe.. rezeki Allah yg bagi. Jgn risau...
Umur berapa buat operation tuh?
Saya plak doktor diagnose jantung membengkak (sangat bengkak). Jadi, bila dia nak pam, dia tak leh pam kuat kuat... patutnye jantung bila mengepam dia macam menggenggam penuh few seconds.. tapi yg jantung saya nih, macam pam kat hujung jari je.. tu yg dia pam laju. Doktor yg suruh rujuk hospital tu mention, saya pernah kena heart attack...tercengang sekejap..bila pulak la yg kena. dia kata tak lama dulu.. kalau baru lagik, dia dah call ambulan...
Manalah nak sangka, semua symptoms tuh sebenarnye tanda tanda serangan sakit jantung. Kite ni jenis aktif bersukan, tak reti dok diam. Jumpa doktor pun, doktor leh kata sihat. Ingatkan penat biasa sebab tak cukup tido je. Mujurlah umur masih panjang alhamdulilah.
Nasihat saya pegilah jumpa doktor sebelum terlambat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# cmf_xana sama macam saya dulu, dalam icu memang menginsafkan, kiri kanan pesakit kronik yg koma, sebelah saya tuh umur lom 30 thn tapi kena strok dah 2 minggu koma, kepala dah bedah, macam2 paip dalam mulut dia.....lagi ngeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# MetalFire
setiap penyakit ada ubat nya.......kalau selalu jumpa pakar kardio insyaallah boleh membantu, mungkin dapat nasihat yg betul dan tepat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# MetalFire
metalfire ......hehehee teringat kat kump.Babylon yg nyani lagu nih........best sangat. selalu dengar kat youtube, walaupon audio tak berapa bagus tapi lepaslah nak dengar lagu nih (kuar topik jap) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_xana at 20-6-2010 17:12
Reply 37# papaxjahat
nak sambung cerita sikit
masa di ICU, dua kali saya VF (Ventricular fibrillation).. satu di sebelah pagi. lagi sekali masa tengahhari. Tuhan aje yg tahu betapa takutnye. Macam berada di alam lain masa tuh.. terus ingat mati.. ingat amalan yg tak cukup... benda ni jadi sebab denyut jantung dah tak betul.
Jadi dia org revive ( tak sure revive ayat yg tepat ke tak ).. pakai defibrillators.. kena shock jantung.
Yg first incident tuh, rasanye kejap je dah sedar. yg second incident tu makan masa.. pasal saya masih ingat dengan jelas.
susah nye nak sedarkan diri.. tiba tiba dengar suara ajar saya mengucap..saya ikut je..
masa tu, dalam fikiran, confirm dah sampai ajal aku nih... lepas tuh, tetiba sedar.dah balik ke alam nyata. tu pun rasa badan masih goyah...dah ramai nurse rupanye kat keliling..semua pegang badan, kaki tangan, kepala..saya terpinga pinga sebab tak tahu apa yg berlaku.
tah bila saya padam pun saya tak perasan. cuma bila dia org shock tu yg ada rasa macam nak start jentera berat yg tak hidup2...
actuallly, masa jantung tak degup betul, saya dah tak sedar... cuma bila dia org shock jantung, tu yg terasa sangat.. sampai sekarang masih ada bekas defibs.. ada 3pasang. biar aje la.biar jadi peringatan untuk diri sendiri, kalau kalau saya lupa diri..
by the way, utk yg tak tahu... defibs tu panas gilerr.. tengok dlm tv macam best je.. sekali, mak oi panasnye, melecur kulit..
honestly, sampai sekarang, kalau rasa lain macam, saya cukup takut nak tidor.. pernah di wad, saya tahan mata.. heheh.. rasa tak sedap ati.. tidur lam kul 5pagi je.. kawan saya cakap, kalau dah ajal, buat macam mana pun dia tetap datang.. betul. saya cuma risau, mengenangkan bekalan yg ada...
pada yg lain lain, kalau rasa sakit belakang belah kiri, sakit dada, sengal sengal ke... berhati hati la, mungkin ia petanda sakit jantung..
serik rasa nye... tak apa lah, itu bahagian saya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|