|
a ah
ai pung gitu gak
tiap kali poie
manjang ado jo gulo di boli
hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
omak den dah lamo tak boli gulo..lobih gulo kendughi taun lopeh ado laei..ghaso2 eh cukup
la sampai ghayo ni..minggu lopeh akak den balik kg amek gulo...kek sghomban gulo takdo... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 22# alladeen
Umang aii.. tak bosomut ko gulo tu..??? |
|
|
|
|
|
|
|
ankel,
ai kalau awal bulan p shopping (yolah, tunggu gaji dulu)
sekali boli mmg boli 6-8 kilo toru ...
Syd Post at 10-6-2010 15:55
jadi bukan pombolian panik la yo. |
|
|
|
|
|
|
|
minggu lepas gi giant nilai ada..sorang bleh beli 2kilo je...tapi mase saya pegi tu pepagi sket la.. ...
sudu^eMas Post at 10-6-2010 15:53
kalau ghamai yg buek macam ni....tu yg buek gulo tak ado tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# Anak_Nogori
bukan. sobab omak sensorang jo
tak nak dia susah payah
mmg awal bulan jo, barang2 mmg dah boli secukup-cukup (dan terlobih cukup)
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Anak_Nogori
bukan. sobab omak sensorang jo
tak nak dia susah payah
mmg awal bulan jo, b ...
Syd Post at 11-6-2010 15:38
tulah...den pun macam tu gak.
den boli barang dapur sobulan sokali jo..tomasuk ikan daging tu sumo. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# Anak_Nogori
kalau ikan daging..
beli seminggu dua kali
sbb ada pokan sehari...
kasik duit kat adik, then adik beli kan
fresh skit...
ayam? somolih ayam sendiri..
ayam kampuang...
eh, terlajak laks citer pasal ayam itik ikan
|
|
|
|
|
|
|
|
biase la ..nak dekat puasa & raya kan..mesti gula,tepung dan minyak ade kurang sikit...hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# mamia
gulo dlam paket tu..omak den simpan dalam tin biskut takdo la bosomut.. |
|
|
|
|
|
|
|
last wk gi giant senawang ada gula perang je itu pun sorg sekilo je bleh
last sunday ado dh gulo kek tesco. tu pun sorg 2 kg sekali boli |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nilam_puri82 at 21-6-2010 07:53
akak ipar pun ckp gula susah dpt kat senawang....
dia lak nk pakai banyak...sbb jual aiskrim....
stakat nih nilam kat JB...ok jer la.xterasa sgt.sebulan 2kg gula pun x abis kat umah tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
x terasa pun...sbb aku x guna gula sgt pon |
|
|
|
|
|
|
|
memang susah nak dapat gula kat seremban.kalu pergi kedai runcit biasa mmg takder..
haritu jalan2 kat the store centrepoint baru jumpa..tu pun dia jual 2kg..tapi rasa macam mahal kot..ntahlah... |
|
|
|
|
|
|
|
Jual gula pasir di pasar tani
Sahbani Saimin (dua dari kanan) meninjau aktiviti jualan gula pasir di Pasar Tani Gadong Jaya, Seremban, baru-baru ini.
SEREMBAN 21 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengadakan jualan khas gula pasir di pasar tani terpilih bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan), Sahbani Saimin berkata, langkah tersebut diharap menjadi alternatif kepada pengguna bermasalah mendapatkan bekalan gula selain mengelak manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
"Jualan khas ini adalah inisiatif pihak FAMA negeri yang telah menyediakan bekalan gula pasir kepada pelanggan pasar tani.
"Mereka boleh mendapatkan bekalan gula pasir dengan harga jualan RM1.65 sekilogram (kg) dan ia terhad kepada 2 kg seorang. Ini telah memudahkan mereka bagi mendapatkan bekalan gula untuk isi rumah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di Pasar Tani Gadong Jaya, dekat sini, baru-baru ini.
Sebanyak 0.5 tan metrik gula pasir disediakan di pasar tani berkenaan sementara di Pasar Tani Mega Rembau (1 tan metrik); Pasar Tani Mega Kuala Pilah (0.6 tan metrik); Pasar Tani Mega Paroi Jaya (1 tan metrik); Pasar Tani Mega Batu Kikir (0.6 tan metrik); Pasar Tani Mega Ampangan (1 tan metrik); Pasar Tani Batu 4, Port Dickson (1 tan metrik) dan Pasat Tani Tampin (1 tan metrik).
Kata beliau, jualan gula di lokasi-lokasi pasar tani tersebut bermula sejak 18 Jun lepas sehingga 24 Jun ini.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, FAMA kini menyasarkan pembukaan tujuh pasar tani sepanjang tahun ini.
"Antaranya di Dioh, Kuala Pilah yang sudah dibuka pada 15 April lepas dan di Gadong Jaya ini sejak 7 Mei. Lokasi lain yang akan dibuka adalah di pekan Rompin, Jempol; Felda Jelai, Tampin; Taman Semarak dan Taman Chempaka, Seremban dan Tanjung Agas, Port Dickson," katanya.
Katanya, setakat ini sebanyak 34 pasar tani beroperasi di negeri ini dengan jumlah usahawan sebanyak 1,053 orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Ada Pada Gula?
Oleh Melati Mohd Ariff
Kekurangan bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan. Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi 'semut' sanggup 'berebut' kerana bahan pemanis ini?
Rencana tiga siri ini memaparkan beberapa pandangan mengenai gula. Ini ialah bahagian pertama daripada tiga siri.
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- "Gula memudaratkan kesihatan". "Gula itu racun". "Gula penyebab pelbagai penyakit kronik." Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut "Mati semut kerana gula".
Namun, di sebalik impak negatif yang semakin dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah masyarakat pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli akan bahaya yang boleh disebabkan oleh gula.
Untuk kelompok ini, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'.
SEJARAH GULA
Mahu tidak mahu gula pasir halus sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis ini.
Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu dengan tebu kuning dan tebu hitam biasa digunakan.
Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.
Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa ini, gula dihasilkan.
GULA ITU RACUN
Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya!
Pada 1929, Sir Frederick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazim dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.
Sebabnya? pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu!
Impak negatif gula putih halus turut ditekankan pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr William Coda Martin.
Pada 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai 'racun'! Dr Martin membuat takrifan ini daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.
Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.
Tetapi gula akan 'melahap' vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia antaranya untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.
Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetul.
PERLUKAH GULA?
Selain gula pasir halus dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta 'gula yang tidak dapat dilihat'.
Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menarik perhatian bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih yang lain.
"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula berkehendakkan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya
Beliau berkata jeli dan jem mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem ialah gula.
Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.
Justeru, katanya kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian.
"Apa yang perlu ialah kita mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir halus, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek serta manisan yang lain.
"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak. Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya kepada Bernama.
Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.
"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.
LEDAKAN DIABETES
Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.
Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di Bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.
Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia antaranya boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.
Di peringkat global pula, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang 2025 akan terdapat 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih.
Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes.
Pada 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.
Justeru, apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama di usia senja kita?
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|