CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: morpheus

Siapakah 2 'susuk' berjubah putih itu??

[Copy link]
Post time 27-7-2010 10:21 PM | Show all posts
takde sambungan ke menarik crita tt n edy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 10:28 PM | Show all posts
Reply 18# ea208964


    bila agaknya nak dpt tgk PGL...:re:



*disklemer--> mukan pgl tiara wokeh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:29 PM | Show all posts
ada sesapa nak sambung lg x pasal rijalul ghaib...

sambung plisss...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by ea208964 at 27-7-2010 23:03

Smlm baru terbaca ..tapi tak ingat pulak baca kat mana ...ceritanya tokoh ni ...tngh sembang lps tu hilang ...bila dah lama balik semula ..org tanya pegi mana ... jawabnya pegi tulun padankan kebakaran kat mekah ....


* dah jumpa ..

       
Makam Tuan Tulis

Kampung Talang dikenali oleh penduduk sekitar kerana terdapat sebuah makam yang diberi nama Makam Tuan Tulis. Tuan Tulis atau nama sebenarnya Haji Ismail Hussin merupakan penduduk kampung yang sangat alim. Beliau digelar sebagai Tuan Tulis kerana di mana-mana sahaja beliau akan menulis. Misalnya, jika beliau masuk ke hutan untuk mencari sumber rezeki, beliau gemar menulis kalimah Allah pada daun, batang pokok, batu dan sebagainya. Maka, beliau digelar Tuan Tulis oleh penduduk kampung. Malahan, beliau pernah menulis atau menyalin semula Al-Quran dari 1860 hingga 1963.

Tuan Tulis juga dikatakan memiliki anugerah yang tidak dimiliki oleh sesiapa. Menurut cerita orang dahulu, Tuan Tulis pernah membantu memadamkan api kebakaran di Mekah. Walhal waktu itu, beliau berada di kedai gunting rambut. Cerita beliau membantu memadam api kebakaran di Mekah disahkan oleh penduduk yang menjumpai beliau di Mekah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, umur Tuan Tulis tidak panjang. Beliau meninggal pada usia 55 tahun. Makam Tuan Tulis ini terletak di kawasan Masjid Tuan Tulis Ismail, Kampung Kuala Talang.



LINK Tuan Tulis
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 10:58 PM | Show all posts
Salam saudara morpheus & rakan2 lain...aku tumpang lalu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:21 PM | Show all posts
topik menarik..leh share lagi untuk tmbhkan ilmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2010 12:37 PM | Show all posts
tumpang baca
LEES Post at 27-7-2010 21:03

  baca je la dik....jgn nti kene zasss kedit dah ekkk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 12:40 PM | Show all posts
KARAMAH


Karamah adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan atau kemurahan iaitu kemuliaan atau kemurahan yang Allah kurniakan pada hamba-Nya yang bertaqwa, yang bukan bertaraf rasul dan nabi tetapi pada yang bertaraf wali. Ia berlaku pada seseorang itu dengan menyalahi adat kebiasaan, di luar logik akal atau khawariqul ‘adah. Umpamanya dapat rezeki tanpa diduga atau tanpa logik, dapat ilmu tanpa berguru, dapat bantuan-bantuan yang tidak terduga, dapat kasyaf, hatif dan firasat. Ini semua dikatakan karamah.
Apa yang kita sebut tadi semuanya adalah kemuliaan atau kemurahan yang datangnya dari Allah. Siapa yang mahu menafikan bahawa itu semua adalah satu kemuliaan? Memiliki karamah maknanya memiliki beberapa kemuliaan yang Allah kurniakan tanpa diduga, tanpa usaha, tanpa logik dan di luar kebiasaan atau menyalahi adat.
Karamah boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:
1. Karamah zahir
2. Karamah maknawiah (batiniah)

KARAMAH ZAHIR (KARAMAH LAHIR)

Ia boleh dilihat oleh mata kepala kerana mata mudah melihat dan menilainya. Antara contohnya, dapat berjalan di atas air, dapat terbang di udara, ditikam atau ditembak tidak lut, racun diminum tidak membawa maut, daun dipegang bertukar menjadi duit, digenggam buah keluar darah, binatang ganas seperti harimau jadi jinak dan jadi khadamnya, boleh melompat ke atas gunung dan ribuan macam bentuk lagi. Untuk mengetahui secara luas, saya cadangkan pada para pembaca membaca buku Jami’u Karamatil Auliya’ ( ).

KARAMAH MAKNAWIAH (KARAMAH BATINIAH)

Karamah ini hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Karamah ini tidak dapat dilihat oleh mata lahir tetapi boleh dirasa adanya dan dinilai oleh mata hati sahaja. Ia lebih baik dari karamah lahir dan lebih berkesan. Contohnya, mudah memerangi hawa nafsu tanpa mujahadah yang bersungguh-sungguh, hati tidak terpaut dengan dunia, mendapat ilmu tanpa belajar (ilmu laduni), lidah masin yakni cakap atau nasihat mudah terkesan di hati orang hingga boleh mengubah jiwa dan sikap seseorang dengan cepat,kasyaf, hatif dan rasa hatinya tepat. Itulah yang dikatakan ilmu firasat. Dalam Hadis, sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah.” (Riwayat Tirmizi dan At Tabrani)

Karamah maknawiah itu juga termasuklah seseorang itu mendapat kasyaf atau dapat melihat alam ghaib, orang lain memberi kasih sayang yang luar biasa padanya, musuh terasa gerun dan memandangnya hebat tanpa dia mengetahuinya, dia istiqamah beramal sama ada amalan fardhu ataupun sunat. Jiwanya juga tenang kerana hatinya kuat dengan Allah dan terlalu sabar waktu diuji. Sama ada dipuji atau dikeji, dia tidak terasa apa-apa. Tanpa mujahadah, baginya tidak ada perbezaan antara pujian dan kejian. Jiwanya teguh serta mempunyai azam yang kuat dalam menegakkan kebenaran. Walau apa pun bentuk ujian yang ditimpakan padanya, ia tidak menggoncangkan sikap dan jiwanya.

Karamah ini diberi mengikut keperluan seseorang, sesuai dengan keadaan semasa dan kepentingannya. Kalau dia seorang abid, ertinya dia bukan seorang pemimpin masyarakat, Allah berikan karamah batin yang bersesuaian dengan watak abidnya itu. Manakala pada seorang pemimpin yang diperlukan oleh umatnya, selalunya Allah kurniakan karamah zahir atau batin sesuai dengan keperluannya pula.

Sayidina Abu Huzaifah r.a. adalah seorang ahli abid, bukan pemimpin. Karamah maknawiah yang Allah kurniakan padanya ialah dapat mengetahui sama ada seseorang itu munafik atau tidak. Sebab itu sekiranya ada orang yang meninggal dunia, Sayidina Umar akan melihat sikap Abu Huzaifah terlebih dahulu. Kalau Abu Huzaifah menyembahyangkan jenazah tersebut, maka dia pun akan turut serta. Begitulah sebaliknya. Ertinya, Sayidina Umar tidak diberi karamah batin sepertimana karamah Abu Huzaifah yang mengetahui orang munafik.

Padahal dari segi ilmu lahirnya, siapa yang lebih tinggi darjat dan kemuliaannya antara mereka berdua? Tentulah kelebihannya ada pada Sayidina Umar. Beliau termasuk antara sepuluh Sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah, tergolong antara Sahabat yang rapat dengan Rasulullah, yang terawal memeluk Islam, mertua Rasulullah, ahli Badar serta khalifah yang kedua selepas Rasulullah. Kelebihannya juga pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya:

Maksudnya: “Kalaulah ada nabi selepas aku, tentulah dia Umar bin Al Khattab.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Hakim)

Kuatnya iman Sayidina Umar sehingga Rasulullah pernah berkata sekiranya suatu lorong itu pernah dilalui oleh Sayidina Umar, maka syaitan selama-lamanya tidak akan menempuh jalan tersebut. Jika syaitan tempuh jalan itu, ia terasa sakit, menderita dan terseksa. Betapa pulalah kalau ia berjumpa dengan Sayidina Umar. Tentulah lagi dahsyat kesannya. Itulah antara kelebihan yang ada pada Sayidina Umar. Tetapi
pelik, mengapa Sayidina Umar tidak dapat kenal siapa orang yang munafik? Mengapa Abu Huzaifah pula yang dapat karamah itu? Ini kerana Abu Huzaifah lebih kepada watak abid daripada watak pemimpin. Karamah Sayidina Abu Huzaifah kebanyakan untuk dirinya tetapi karamah Sayidina Umar untuk keselamatan masyarakat dan umat yang dipimpinnya.
Kalau karamah itu diberi kepada Sayidina Umar, tentu sukar baginya untuk memimpin umat dan meratakan kasih sayang terhadap rakyat yang sedang dididiknya. Akibatnya, tentulah haru-biru masyarakat.Karamah Sayidina Umar bukan untuk dirinya sahaja tetapi ia ada hubungkait dengan kepentingan masyarakat umum. Pernah berlaku, sewaktu Sayidina Umar berada di Madinah, dia dapat memberikan arahan kepada ketua tenteranya bernama Sariyah di Palestin. Waktu itu Sayidina Umar sedang menyampaikan khutbah dan Tuhan telah perlihatkan kepadanya secara kasyaf tentang keadaan tenteranya yang di dalam bahaya. Anehnya, Sayidina Umar dapat memberitahu ketua tenteranya, “Hai Sariyah,tolong betulkan kedudukan tentera kamu. Naik di atas bukit kerana di belakang bukit itu ada satu pasukan tentera musuh akan memukul kamu.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2010 12:41 PM | Show all posts
Ketua tentera tersebut pula dapat mendengar dengan jelas kata-kata Sayidina Umar itu dan terus membetulkan kedudukan tenteranya. Sedangkan di waktu itu tidak ada telefon, faks atau internet dan lain-lain alat-alat perhubungan teknologi canggih.
Tetapi begitulah canggihnya karamah Sayidina Umar ini. Suara taqwanya sudah cukup untuk didengar oleh ketua tenteranya dari jarak 1000 batu tanpa menggunakan apa-apa alat pun.Untuk menyelamatkan umat, Allah beri karamah kepada Sayidina Umar sesuai dengan peranannya sebagai seorang pemimpin yang tugasnya menyelamatkan umat. Allah berikan karamah kepada seorang pemimpin tidak sama dengan karamah yang diberi kepada orang soleh yang membawa dirinya sahaja.

Apakah hikmahnya?

Karamah itu tujuannya untuk keindahan, bantuan dan keselamatan tetapi kalau menimbulkan kesulitan, ia bukan lagi satu karamah atau kemuliaan. Bahkan dianggap satu penghinaan pula.
Sebagai contoh, katalah ada seorang pemimpin yang berdakwah ke kawasan pedalaman. Dengan izin Allah, dia dikurniakan karamah boleh berjalan atas air. Bila dia sampai di sungai, dia terus meluncur berjalan di atas air. Sedangkan pengikut-pengikutnya tidak. Cuba gambarkan bagaimana dengan keadaan pengikut-pengikutnya yang ikut sama. Tentulah mereka tertinggal di belakang sedangkan pemimpinnya sudah sampai ke seberang. Ini tentulah menjadi bala kepada mereka, bala ditinggal pemimpin. Pengikut tertinggal 3 jam, pemimpin pula terpaksa menunggu 3 jam. Sebab itulah Allah tidak berikan karamah bentuk itu kepada para pemimpin.

Contoh lain, katakanlah seorang ketua panglima perang yang membawa bersama-samanya tentera yang terpaksa menempuh gurun, padang pasir dan bukit-bukit serta gunung-ganang. Pemimpin tersebut dapat melompat ke sebelah bukit atau gunung itu tetapi pengikut-pengikutnya tidak. Terpinga-pingalah pengikut-pengikutnya mencari jalan untuk sampai kepada pemimpinnya.Tentulah susah, payah dan makan masa yang lama.
Pemimpin juga dapat bala. Bala menunggu pengikut. Akhirnya sama-sama susah. Walaupun pemimpin tersebut dapat melompat, sampai dulu dalam sekelip mata tetapi terpaksa menunggu anak buah, itu pun satu penyeksaan juga.

Adakalanya Allah berikan karamah pada seseorang itu tanpa disedarinya. Kebanyakan mereka itu bukan dikurniakan karamah lahir tetapi karamah maknawiah. Sebab itu sesetengah orang tidak menganggap itu karamah. Contohnya:

1. Lidah masin
Biasanya dikurniakan kepada seorang pemimpin. Di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya,ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat.

2. Kasyaf
Karamah ini menjadikan Sayidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam itu. Ertinya menyelamatkan umatnya. Banyak lagi karamah-karamah yang dikurniakan pada pemimpin-pemimpin selain daripada Sayidina Umar yang semuanya untuk keindahan, kemudahan dan keselamatan umat.

3. Firasat
Sayidina Umar pernah berkata, “Akan ada nanti dari sulbiku seorang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan bertanda di dahinya.” Itulah dia Sayidina Umar Abdul Aziz, cicit Sayidina Umar yang menjadi khalifah dan mujaddid di kurun pertama yang terkenal taqwa dan warak dalam sejarah itu. Pemimpin-pemimpin yang mendapat karamah-karamah ini tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya pada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka.

4. Ilmu laduni
Iaitu ilmu yang Allah kurniakan pada seseorang yang terus jatuh ke hatinya, tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Ianya terus jatuh ke hati dan akhirnya jadi ilmu. Ini biasanya diberikan pada pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dan yang warak. Orang yang sayang kepadanya, terlalu sayang hingga hilang pertimbangan. Sebaliknya orang yang benci kepadanya juga terlalu benci sehingga hilang pertimbangan. Hikmahnya, orang yang kasihkannya itulah yang akan jadi kawan untuk membantu perjuangannya. Manakala terhadap orang yang membencinya, dia dapat bersabar dengan mereka. Maka dia akan dapat pahala sabar dari-Nya.

5. Hatif
Iaitu mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliyullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira atau berita yang negatif. Tujuannya Allah hendak menghiburkannya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya kalau berita itu duka, juga akan menggembirakannya kerana ia telah tahu terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dia boleh bersiap sedia menghadapi ujian itu. Atau agar dia dapat mengelak daripada bahaya itu sebagai rahmat dari Allah.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1014.0;wap2
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 12:44 PM | Show all posts
best la benang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 01:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by MeeSai at 28-7-2010 13:08
Pernah terbaca yg Putri Gunung Ledang pon sebenarnya diangkat jadi wali kerana doa atau di panggil s ...
ea208964 Post at 27-7-2010 22:15



    iols pernah dengar ustaz cerita masa di tadika dulu ...
yg jd wali ni biasa nya lelaki
kecuali sorang sj wali pompuan iaitu RA

bukan PGL  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:23 PM | Show all posts
Meesai kenalah pi cari balik ustaz tadika tu tanya balik ...kompenkn betul ke sbb ada yg kata boleh ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:39 PM | Show all posts
banyak blaja bende baru..thanks TT..smbg lg yek...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:58 PM | Show all posts
ustaz tu dah meninggal  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 04:09 PM | Show all posts
Alfatihah ...klu gitu carilah ustaz darjah satu pulak ... boleh tambah ilmu lagi .. sambil2 belanja ustaz dinner ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 04:22 PM | Show all posts
Thread nih lain dari yg lain... thanks TT kerana buka thread yg unik nih... benda2 ghaib nih mmg luas tak terjangkau dek fikiran manusia yg cetek nih... tp sayang wat TT sbb tak dgr detail nenek dok story mory pasal arwah jumpa wali2 tu... mungkin ada pesanan berguna utk arwah nenek TT tu... & mungkin juga wali2 tu ada pertalian keluarga ngan arwah nenek TT...

Nnt sambung info2 nih agar lebih mendalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 04:45 PM | Show all posts
terlanjur tuan rumah bercerita ni, nak juga sy berkongsi pengalamanyg dilalui oleh arwah aki (datuk) saya sblm dia meninggal dunia tahun1991 (lebeh kurang lar)..

Sebelum dia meninggal, dia ada bercerita pada anak2 dia (pak sedara mak sedara sy la), ada kelihatan
dua pasangan org (lelaki dan perempuan) berpakaian serba putihsedang berdiri di muka pintu (pintu rumah arwah sbnrnya takde lah berdaun camumah biasa ni, lebih kpd ruangan kosong aje, tempat laluan dlm umah aje gitu..)...

Arwah ada bertanya pada anak dia yg duduk2 di sebelahnya, siapa mereka yg dok perati dr jauh aje, takmo duduk dekat2 ke ziarah tanya kabar dia..

Kata arwah aki, si lelaki serba putih dan yg pompuannya pula pakaian bertelekung mcm orgnak dirikan solat. Mereka berdua ni memerhatikan shj arwah aki sy ygsedang terbaring sakit.

Anak2 arwah pelik lar, mana ada org katamereka...

Lepas arwah mintak kepastian tu, 2 makhluk itu tiba2 ghaib menghilangkan diri...

Tak lama lepas peristiwa ini, arwah aki sy pun meninggal dunia..

Saya masa tu takde di sisinya sbb amik peksa SRP kalau taksilap...
Bila tuan rumah citer ttg arwah nenek dia, baru sy kembali ingatkisah arwah aki saya ini...

itu shj sikit coretan dr saya ...


AL-FATIHAH utk arwah aki dan wan (nenek) saya dan nenek tuan rumah sekalik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 04:55 PM | Show all posts
Reply 24# ea208964

Tuan Tulis juga dikatakan memiliki anugerah yang tidak dimiliki oleh sesiapa. Menurut cerita orang dahulu, Tuan Tulis pernah membantu memadamkan api kebakaran di Mekah. Walhal waktu itu, beliau berada di kedai gunting rambut. Cerita beliau membantu memadam api kebakaran di Mekah disahkan oleh penduduk yang menjumpai beliau di Mekah pada waktu itu. Walau bagaimanapun, umur Tuan Tulis tidak panjang. Beliau meninggal pada usia 55 tahun. Makam Tuan Tulis ini terletak di kawasan Masjid Tuan Tulis Ismail, Kampung Kuala Talang.

haa, inilah yg aku maksudkan dgn lipat bumi ni (jumper)... boleh ke mana-mana dalam sekelip mata... sebab tu org nampak dia di 2 tempat berbeza walhal itu adalah org yg sama... tpi ade juga karamah mcm tok kenali yg dapat 'copy' dirinya ke bnyk kenduri sekaligus dalam waktu yang sama..semua ini adalah keistimewaan yg dikurniakan oleh Allah kepada walinya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply 36# sellie003

tu lah. rugi sangat tak ambil detail tentang pesanan yang disampaikan itu... nanti ingt nak cuba tanya balik dengan family yang tau detail pasal ni... pasal ade pertalian keluarga tu saya tak nak komen kt sini.. sapa ada pengalaman bertemu wali2 boleh la same2 kongsikan di sini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:03 PM | Show all posts
Reply 39# morpheus


    ada org kata.. ni org kata la...

waris keturunan para wali ada yg bpeluang jumpa..

cucu cicit wp bjaman jauhnya.. ada yg djengah..

tp tu org kata la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066029 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list