|
[PERBINCANGAN] Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Jasin
[Copy link]
|
|
Penyelia Sekolah Harapan Melaka, Saimah Hiran (tiga dari kiri) bersama kakitangan sekolah bermesra dengan salah seorang daripada lima pelajar pertama yang mendaftar di Jalan Pegawai, Melaka. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa: Sekolah Harapan 'penyelamat' masa depan anak
MELAKA 20 Sept. - Ibu bapa kepada pelajar hamil yang mendaftar diri di Sekolah Harapan hari ini menyifatkan pembukaan sekolah itu sebagai 'penyelamat' kepada masa depan anak mereka.
Walaupun penubuhan sekolah itu pernah mendapat bantahan segelintir masyarakat, ibu bapa berkenaan lega kerana ia menawarkan jalan penyelesaian kepada kebuntuan yang membelenggu mereka berikutan masalah anak hamil di luar nikah.
Bagi bapa kepada salah seorang pelajar itu yang berumur 40-an dan hanya mahu dikenali sebagai Hisyam, tiada perkara yang lebih melegakan perasaannya dan isteri sebaik sahaja mendapat tahu mengenai pembukaan Sekolah Harapan baru-baru ini.
"Sejak mendapat tahu anak sulung saya mengandung pada awal Ramadan lalu, saya dan isteri tidak tidur lena memikirkan masa depannya yang kini belajar di tingkatan lima.
"Puas kami fikir bagaimana mahu menyembunyikan perkara ini daripada diketahui ahli keluarga lain dan pada masa sama tidak mahu anak tercicir dalam pelajaran," katanya ketika ditemui selepas mendaftarkan anaknya di sekolah yang terletak di Jalan Pegawai hari ini.
Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap mereka yang membantah pembukaan Sekolah Harapan, Hisyam berkata, hanya mereka yang berdepan dengan masalah mempunyai anak hamil luar nikah sahaja memahami keperluan menubuhkan sekolah berkenaan.
"Sekolah Harapan betul-betul membantu ibu-bapa seperti kami, lebih-lebih lagi ia dimiliki oleh kerajaan negeri yang pastinya akan menjamin keselamatan pelajarnya.
"Sekurang-kurangnya Sekolah Harapan memberi peluang kedua kepada anak saya untuk memperbetulkan kesilapannya," katanya.
Seorang lagi bapa dari Kuala Lumpur yang enggan namanya disiarkan berkata, pembukaan Sekolah Harapan memberi peluang kepada anaknya untuk meneruskan pelajaran.
"Apabila anak saya dinasihatkan pihak sekolah agar berhenti kerana hamil, fikiran saya dan isteri jadi buntu. Sebagai bapa saya tidak tergamak melihat anak tidak bersekolah dalam keadaan dia hamil.
"Syukurlah apabila mendapat tahu mengenai Sekolah Harapan menerusi akhbar, kami sepakat menghantar anak ke sekolah ini untuk mengembalikan semula semangatnya," katanya.
Tambahnya, dia bercadang menyerahkan bayi yang bakal dilahirkan itu kepada keluarga angkat dan menggalakkan anaknya menyambung pelajaran bagi menjamin masa depan yang cerah.
Ibu kepada seorang lagi pelajar yang mendaftar hari ini meminta masyarakat agar tidak terus menghukum pelajar hamil luar nikah, sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk membetulkan kesilapan lalu.
"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menjadikan penubuhan sekolah ini satu kenyataan dan paling penting remaja hamil boleh terus mendapat pendidikan di sini.
"Janganlah kita hanya tahu menghukum sebaliknya bantu remaja-remaja ini kembali ke pangkal jalan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
I'm speechless!
MrsJohn Post at 4-8-2010 09:39
huh! u speechless, i yg org MK lagi pelik Y le CM i mcm nih ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Rabu September 29, 2010
Harapan Kedua Si Terlanjur
Oleh IZRA ABD RAHMAN dan IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Penubuhan Sekolah Harapan mampu memberi sinar baru kepada mereka yang terlanjur.
MEREKA melangkah masuk ke Sekolah Harapan adalah dengan kerelaan hati, tetapi hakikatnya mereka tidak pernah rela untuk hamil sebelum bernikah apatah lagi dalam usia yang masih mentah.
Tidak seperti perahu terlajak yang dapat diundur kembali, kumpulan lima pelajar pusat perlindungan itu yang pernah terlanjur bersyukur kerana pusat perlindungan ini menyambut baik kehadiran mereka walau hanya untuk tempoh tertentu sahaja.
“Setakat ini kesemua mereka nampak gembira tinggal di sini. Masing-masing tidak menunjukkan tanda-tanda mereka menghadapi masalah atau tekanan,” kata Penyelia Rumah Harapan, Saimah Hiran kepada Mingguan mStar, beberapa hari selepas sekolah kontroversi itu beroperasi.
Walaupun baru dibuka, Saimah memberitahu, setiap pelajar tidak akan terlepas daripada mengikuti aktiviti yang disediakan pihak pengurusan.
Katanya, sehingga kini, lima pelajar yang masing-masing datangnya dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang itu juga tidak menghadapi masalah dalam pergaulan dan berkomunikasi.
Penyelia Rumah Harapan (asrama) Saimah Hiran (dua kiri) memberi taklimat kepada seorang pelajar yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan, baru-baru ini.
“Sebelum kelas bermula, kita adakan minggu orientasi selama seminggu bagi membolehkan mereka berkenal-kenalan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka.
“Kita juga telah menghantar mereka berjumpa doktor untuk memastikan kandungan mereka sihat dan selamat,” katanya.
Mingguan mStar turut berpeluang berbual secara eksklusif dengan salah seorang penghuni kumpulan pertama, berusia 17 tahun.
Kay (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang daripada lima penghuni Sekolah Harapan yang mendapatkan perlindungan dengan kerelaan diri sendiri.
Kesal dengan keterlanjuran akibat terlalu mengikut nafsu, dia bagaimanapun reda dengan apa yang telah menimpa diri dan keluarganya.
“Saya tak akan mensia-siakan peluang ini. Apa yang mahu saya lakukan sekarang ialah menyambung semula pembelajaran dan mengambil peperiksaan di sini,” katanya.
Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, Kay berazam untuk belajar bersungguh-sungguh selain mahu mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dan mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
“Dalam keadaan saya sekarang ini, saya akan belajar selagi termampu dan buat yang terbaik. Saya betul-betul mahu berubah dan tak akan buat perbuatan yang sama lagi selepas ini,” jelasnya.
Mengimbas kembali bagaimana dirinya boleh ‘tercampak’ ke Rumah Harapan, Kay memberitahu dia dihamilkan tanpa kerelaan oleh jejaka yang tidak dikenali.
“Saya teraniaya. Kawan saya telah kenakan saya. Saya tak kenal dengan lelaki itu, tetapi setelah dipaksa saya pun terlanjur.
“Lepas dapat tahu saya mengandung, saya terus mencari jalan penyelesaian melalui Internet. Kebetulan juga pada masa itu abang saya tahu pusat perlindungan seperti ini akan dibuka.
“Bila dapat tahu ia bakal beroperasi dan menerima kemasukan, saya terus mendaftarkan diri dan syukur saya diterima masuk,” katanya.
Sementara menunggu saat-saat bayi dalam kandungannya yang kini berusia enam bulan dilahirkan, Kay mengakui gembira dan tenang dapat bersama-sama melakukan aktiviti bersama rakan-rakan lain.
“Kawan-kawan baik-baik belaka. Begitu juga guru-guru yang menjaga kami. Mereka mendidik dan tidak menggunakan kekerasan. Apa yang dapat saya kata, di sini saya langsung tak rasa tertekan.
“Aktiviti yang disusun pun memberi manfaat. Kami baca al-Quran, mengikuti tazkirah dan diwajibkan solat jemaah. Kami juga boleh belajar memasak,” katanya.
Kay berpendapat Sekolah Harapan sesuai untuk remaja yang pernah terlanjur atau melakukan kesilapan tetapi ingin kembali ke pangkal jalan.
Katanya, sebagai golongan yang masih muda dan perlu berdepan dengan pelbagai dugaan sehingga adakalanya menjadikan diri mereka terjebak ke kancah yang tidak sepatutnya.
“Apa yang penting, setiap orang yang buat pernah buat salah nekad untuk tidak mengulanginya lagi. Setelah apa yang berlaku, saya sedar bahawa saya banyak kelemahan dan saya sendiri ingin berubah,” katanya.
Dia menasihati remaja di luar sana supaya berhati-hati apabila berkawan supaya bagi mengelakkan daripada mereka menerima nasib yang sama seperti dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah Harapan Untuk Semua Kaum
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB dan IZRA ABD RAHMAN
Kemudahan asas Sekolah Harapan termasuk empat kelas, bilik komputer, bilik mesyuarat dan pejabat pentadbiran.
KEDUDUKAN Rumah Harapan terletak bersebelahan dengan Sekolah Harapan memudahkan pelajar menghadiri sesi pembelajaran seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Malah, sistem pembelajaran yang ditawarkan adalah sukatan daripada Kementerian Pelajaran.
Lebih dari itu, sekolah berkenaan disediakan untuk semua kaum termasuk yang bukan Islam.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, golongan berkenaan juga seperti insan lain yang memerlukan tempat belajar khusus kerana tidak digalakkan berada di sekolah biasa berikutan keadaan mereka yang hamil luar nikah.
“Kemasukan pelajar hamil turut terbuka kepada mereka bukan Muslim dan rakyat di negeri lain namun keutamaan diberikan kepada rakyat Melaka.
“Sekolah Harapan ibarat transit yang menyediakan kemudahan persekolahan sehingga remaja terbabit bersalin,” katanya kepada Mingguan mStar.
Ab Rahaman berkata, sukatan pembelajaran terdiri daripada mata pelajaran teras di sebelah pagi manakala sebelah malam pula untuk pendidikan agama.
Lima mata pelajaran teras meliputi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains Am dikendalikan oleh guru daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
“Pemilihan pengajar di sekolah ini setaraf dengan guru di sekolah biasa, namun antaranya daripada guru pesara atau guru sekolah kebangsaan.
“Pelajar akan diberikan pendidikan khas melibatkan bidang berkemahiran dan keibubapaan selain bimbingan kaunseling pada hujung minggu,” katanya.
Mengenai sama ada pelajar akan menghuni Sekolah Harapan sehingga tamat belajar atau tamat peperiksaan, beliau menjelaskan sekolah itu diwujudkan sebagai tempat sementara kepada remaja terbabit belajar sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan.
“Kita mahu memulihkan semangat remaja ini dengan memberikan peluang kedua untuk terus maju dalam hidup dan masa depan.
“Ini menjadi signfikan Sekolah Harapan sebagai kesedaran untuk mereka mengenai betapa besarnya kesilapan itu dan masih terbuka ruang untuk bertaubat,” ujarnya.
Beliau menambah, pelajar digalakkan untuk untuk menduduki peperiksaan, sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Masa depan mereka masih terlalu jauh lagi. Banyak perkara perlu dilalui terutama pembelajaran yang tidak sepatutnya berhenti di tengah jalan,” katanya lagi.
Pelajar boleh meninggalkan sekolah itu selepas habis tempoh berpantang dan kembali ke pangkuan keluarga serta meneruskan pelajaran seperti pelajar biasa.
Dalam pada itu, Ab Rahaman menasihatkan ibu bapa kepada pelajar hamil agar menerima anak mereka seadanya dengan memberikan sokongan dan bimbingan.
“Ini akan mengembalikan semangat mereka untuk menjadi manusia berguna dan bukan dianggap sebagai sampah masyarakat hanya disebabkan kesilapan lalu yang mereka lakukan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamatkan Bayi, Remaja Hamil - Pengarah JAIM
Masa depan remaja kini lebih terjamin selepas mendaftarkan dri di Sekolah Harapan.
TIADA manusia tidak pernah melakukan kesilapan, begitulah senario yang dapat dilihat kepada pelajar Sekolah Harapan yang sedang hamil luar nikah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Sulaiman Harmain Shah berkata, remaja masih muda dan tidak matang menyebabkan segelintirnya mudah terpengaruh.
“Ini menyebabkan antaranya tersilap langkah dan akhirnya menjerat diri sendiri akibat terjebak dengan aktiviti sosial bebas sehingga berlakunya zina.
“Walaupun zina adalah perbuatan terkutuk, tetapi tidak bermakna mereka g terlanjur tidak patut diberikan perlindungan,” katanya kepada Mingguan mStar.
Katanya, bayi adalah anugerah Allah dan sekiranya remaja hamil luar nikah tidak dibela, kemungkinan berlakunya pembuangan dan pembunuhan bayi.
“Kita mahu selamatkan kedua-duanya, bayi dan remaja hamil. Sekolah Harapan memberi perlindungan sekaligus menyelamatkan nyawa tidak berdosa,” tambahnya.
JAIM berperanan sebagai pentadbir urus dan penyedia kemudahan Sekolah Harapan menerusi peruntukan daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Sulaiman berkata, JAIM akan melantik beberapa guru Kelas Fardhu Ain (Kafa) bersesuaian dengan subjek tertentu sebagai pengisian pembelajaran.
“Modul pembelajaran itu juga perlu bersesuaian dengan kematangan pelajar serta menjurus kepada usaha meningkatkan aqidah dan moral.
“Kesemuanya mengikut jadual ditetapkan kecuali pengisian bersolat dan mengaji yang harus dipraktikan pada setiap hari,” ujarnya.
Lebih kurang 1,000 guru Kafa pelbagai bidang berkhidmat di Melaka dan pemilihan sebagai pengajar Sekolah Harapan berdasarkan keprihatinan dan kemesraan mereka.
Pendekatan digunakan secara berbeza berbanding biasa kerana pengajar perlu mempunyai sifat penyayang dengan menganggap pelajar sebagai keluarga.
Semua permohonan dan penilaian melibatkan Jawatankuasa Penilaian yang diketuai Pengerusi Panel Kemasukan Sekolah Harapan, Rahimin Bani.
Beliau berkata, JAIM turut mendapat kerjasama daripada hospital, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Katanya, sekolah itu bukan rumah hukuman tetapi sebaliknya penyertaan adalah sukarela dan kemasukan berdasarkan persetujuan ibu bapa pelajar.
Menurut Sulaiman, sekolah itu bukan penjara dan kemasukan bukan disebabkan perintah mahkamah tetapi atas dasar kepercayaan untuk diberikan bantuan.
“Daripada membiarkan mereka tidak tentu arah, tidak mahu belajar hanya kerana hamil, biarlah mereka diberikan peluang seperti insan lain di Sekolah Harapan.
“Diharapkan mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang dan paling utama tidak mengulangi kesilapan dilakukan sebelum ini,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayi sulung Sekolah Harapan selamat dilahirkan
Oleh ROSLI HASSAN
[email protected]
MELAKA – Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.
“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.
Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
so, kena out dari rumah harapan la..... |
|
|
|
|
|
|
|
tok ali dpt cucu... hehe....
harap2 mereka berubah n lebih
bertanggung jawab....
moga2 die rs kesakitan yg mak die rasa ms melahirkan die.... |
|
|
|
|
|
|
|
ASyik dengar sekolah ni dah nak tutup ? Kenapa ye ? Syd ada dengar camtu tak?
orang JKM pun cakap camtu, tapi tak cakap kenapa. |
|
|
|
|
|
|
|
49 remaja hamil dapat manfaat daripada Sekolah Harapan
2011/04/21
JASIN: Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
Beliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.
"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.
Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.
Ab Rahaman berkata, remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.
Ab Rahaman berkata, pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.
"Pada tahun lalu, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Beliau berkata, kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.
Katanya, pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lalu.
Beliau juga berkata, sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.
Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah berkenaan seperti usaha untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
x jadi tutup la sekolah nie
pelajar makin ramai.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|