|
Post Last Edit by tiptop123 at 18-10-2010 02:23
logic juga akan tahu tuhan itu tidak akan menjadi dirinya manusia utk dikorbankan kan dan tebus kesalahan manusia. tak perlu semua itu.
seorg raja yg berkuasa tak perlu korban dirinya utk tanda ia sayang kan rakyatnya
Kenyataan saudara arssdili diatas sebenarnya dapat dijawab dengan mudah oleh saudara David Wood.
Link video seperti dibawah:
http://www.answeringmuslims.com/2010/08/how-can-god-die.html
Saya betul-betul kagum dengan kebolehan saudara David kerana beliau dapat menjelaskan dalam bentuk yang mudah difahami dan yang paling penting, beliau menggunakan fakta apabila membentangkan hujah beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# tiptop123
masalah nya injil yg asli dpd tuhan sudah tiada. bagaimana boleh kami buktikan secara bentuk begitu. yg mampu kami hujahkan hanya melalui apa yg disampaikan oleh nabi Muhammad dan logic akal yg tuhan berikan pd manusia.
cuba anda manusia biasa yg beragama kristian membuktikan bahawa agama islam yg dibawa muhammad itu ciptaan muhammad sendiri atau ditiru dpd lain2 ajaran atau ada guru yg mengajar nya. disaat ini lah penting nya akal |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi at 18-10-2010 23:44
Ini adalah antara persoalan yang dikemukakan oleh kelompok kristian untuk mendakwa kononnya Allah telah menipu orang-orang yahudi apabila Allah menggangkat Nabi Isa ke hadratNya dan menukarkan orang yang mengkhianati beliau dengan rupa Nabi Isa. Sebenarnya apa yang diperjelaskan dalam ayat Al-Quran yang terbabit adalah amat jelas bahawa Allah tidak melakukan penipuan terhadap golongan yahudi berkenaan, namun disebabkan oleh kelompok kristian ini cuba mencari kelemahan Al-Quran menyebabkan mereka tidak mahu menyelidiki ayat terbabit secara baik dengan lebih mendalam. Ini kerana niat mereka adalah untuk memutarbelitkan, bukannya untuk mencari pencerahan.
Namun dari sudut kaca mata umat Islam, mereka tidak pernah melihat ayat tersebut sebagai penipuan oleh Allah terhadap golongan yahudi kerana mereka amat memahami apa yang diperjelaskan dalam ayat terbabit. Mari kita lihat ayat tersebut terlebih dahulu.
An Nisaa:157 Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
Justeru daripada ayat tersebut amat jelas dimaklumkan oleh Allah bahawa golongan yahudi itu masing-masing bertelagah sesama mereka kerana terdapatnya golongan yahudi yang menyatakan bahawa yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Kenapa mereka saling bertelagah sesama mereka berkenaan dengan penyaliban Nabi Isa itu? Mari kita lihat dengan lebih teliti.
Ayat tersebut menyebutkan bahawa " sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya)", menjelaskan golongan yahudi itu berada dalam keadaan ragu-ragu berkenaan penyaliban Nabi Isa itu. Iaitu mereka tidak merasakan bahawa mereka telah menyalibkan Nabi Isa.
Ayat tersebut juga menyebut bahawa "Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin." Ini menjelaskan bahawa sebenarnya tiada pengetahuan dalam diri mereka bahawa mereka telah menyalibkan Nabi Isa. Ini bermaksud bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam diri mereka untuk menyatakan kepada diri mereka sendiri secara individu (iaitu seseorang menyatakan kepada dirinya sendiri) bahawa mereka telah menyalibkan Nabi Isa. Ini kerana pada hakikat sebenarnya mereka mengetahui bahawa yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Ini yang dimaksudkan dengan "mereka tidak membunuhnya dengan yakin" iaitu tiada perasaan yakin dalam diri golongan yahudi tersebut bahawa mereka telah menyalibkan Nabi Isa. Justeru tiada pengetahuan dalam diri mereka bahawa mereka telah menyalibkan Nabi Isa. Mereka hanya menurut kata hati mereka yang tetap berkeras mengatakan orang yang disalib itu adalah Nabi Isa, walaupun mereka mengetahui bahawa yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Itu yang dimaksudkan dengan "mengikut sangkaan semata-mata".
Justeru sebenarnya seluruh golongan yahudi itu berada dalam keadaan ragu-ragu sehinggakan mereka lebih dan amat meyakini bahawa orang yang mereka salib itu adalah bukannya Nabi Isa. Justeru sila beri perhatian bahawa SEMUA orang yahudi tersebut menyakini bahawa orang yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Justeru apabila kesemua mereka berada dalam situasi di mana mereka meyakini bahawa orang yang disalib tu adalah bukannya Nabi Isa, maka terdapatnya sebahagian kelompok daripada mereka ini yang menyuarakan keyakinan mereka itu iaitu orang yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Justeru di sini golongan yahudi ini terbahagi kepada 2 kelompok iaitu satu kelompok yang menyuarakan keyakinan mereka itu, manakala satu kelompok lagi yang tidak menyuarakan keyakinan mereka itu kerana hati mereka tetap ingin berkeras mengatakan bahawa orang yang disalib itu adalah Nabi Isa, pada hal sebenarnya mereka yakin bahawa orang tersebut adalah bukannya Nabi Isa.
Ini menyebabkan kelompok yang tidak menyuarakan keyakinan mereka itu bertelagah dengan kelompok yang menyuarakan keyakinan mereka itu disebabkan rasa tidak senang di hati mereka kerana kelompok yang menyuarakan itu telah membuka rahsia yang tersimpan di kalangan mereka iaitu sebenarnya mereka meyakini orang yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa.
Justeru apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah seperti yang dimaklumkan alam ayat tersebut iaitu golongan yahudi tersebut amat yakin bahawa orang yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Justeru walaupun Allah telah menukarkan rupa orang yang mengkhianati Nabi Isa itu seperti rupa Nabi Isa sehingga beliau ditangkap kerana menyerupai Nabi Isa, namun sebenarnya bermula daripada saat penangkapan tersebut sehinggalah kepada tempoh masa penyaliban, Allah telah menunjukkan petanda-petanda kepada golongan yahudi itu bahawa orang yang tertangkap itu sebenarnya adalah bukannya Nabi Isa sehingga akhirnya mereka amat meyakini bahawa sememangnya orang yang tertangkap itu adalah bukannya Nabi Isa. Justeru situasi ini menunjukkan bahawa tiada sebarang penipuan oleh Allah terhadap golongan yahudi berkenaan. Cumanya golongan yahudi ini yang tetap berkeras ingin mengatakan orang tersebut adalah Nabi Isa. Mereka ingin menunjukkan di kalangan mereka dan juga kepada orang lain bahawa mereka berjaya membunuh seorang Rasul Allah, walaupun sebenarnya mereka mengetahui bahawa yang mereka bunuh itu adalah bukannya seorang Rasul Allah (iaitu tiada pengetahuan dalam diri mereka bahawa mereka telah menyalibkan seorang Rasul Allah).
Justeru tanggapan kononnya Allah menipu golongan yahudi tersebut adalah amat bersalahan. Sebenarnya dalam kejadian itu adalah golongan yahudi itu yang menipu diri mereka sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tiptop tak jawab persoalan saya, arsdii pula yang dia jawab :
Sekiranya ada empat orang berkata tentang kewujudan kotak yng mengandungi 200 keping wang emas, adakah anda percaya ? Apabila ditanya dimanakah kotak itu, lalu mereka gagal menunjukkannya, maka hakikatnya ialah boleh saja mereka benar atau berbohong... (ini jelas)...
Tetapi jika seorang kata terdapat 200 keping wang emas, seorng lagi berkata ada 300 keping dan yang lain juga berkata jumlah yng berbeza. Apakah pendapat anda ?
Inilah bukti jelas Injil itu telah dibuat salinan demi salinan dan banyak kesilapan dilakukan.
Ini bukan andaian, cuba baca dan fahami link berikut , oleh P. Wesley Edwards :
http://www.freethoughtdebater.com/tenbiblecontradictions.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Link video seperti dibawah:
http://www.answeringmuslims.com/2010/08/how-can-god-die.html
Terimakasih atas link ini.
Perumpamaan seorang Raja sanggup mati utk menyelamat seorang anak, kenapa Raja sanggup terjun ke Kolam utk menyelamatkan si anak tadi ? Sebab kasih sayang dan dia hanya 'ada kemampuan setakat itu" dalam erti kata lain LEMAH..
mahasuci Tuhan dari sifat Lemah, boleh saja atas nama kasih sayang, Tuhan selamatkan budak itu dgn " KUASANYA ", contohnya, bagaimana Tuhan jadikan api yang panas membakar menjadi sejuk semasa menyelamatkan Nabi Ibrahim... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# tora bora
Kenapa tiptop tak jawab persoalan saya, arsdii pula yang dia jawab :
Saya amat hairan kenapa saudara tora boleh mengeluarkan kenyataan seperti diatas. Bukankah saudara yang sehingga sekarang masih tidak berupaya ataupun gagal menjawab persoalan saya? Saudara tora kena ingat jika menunding jari keatas orang lain, empat jari akan menunding balik kepada saudara sendiri.
Contoh soalan yang sehingga sekarang masih lagi tidak dijawab oleh saudara tora seperti dibawah digaris dengan merah:
Soalan 1:
Balik kepada persoalan kita: Ini satu soalan hypothesis.
Saya nak tanya apakah reaksi saudara tora jika saya mendakwa yang lukisan asli "mona lisa" yang ada pada tangan saudara tora adalah palsu?
Tentu reaksi pertama saudara ialah supaya saya mengeluarkan lukisan asli mona lisa agar perbandingan dapat dibuat bukan begitu?
Atau saudara akan percaya bulat-bulat dakwaan saya?
Soalan 2:
Tidakah saudara berasa hairan dengan dakwaan saudara yang tanpa rekod atau fakta sejarah?
Apakata kalau besok, ada yang mendakwa bukan Parameswara yang mengasaskan Melaka?
Dan pihak yang membuat dakwaan tentang Parameswara juga tidak dapat membentangkan rekod sejarah atau bukti seperti saudara tora.
Bayangkan selepas 600 tahun sejarah Melaka diketahui umum, tiba-tiba datang seorang yang mendakwa sebaliknya.
Begitu juga dengan Yesus Kristus dan Agama Kristian.
Selama 600 tahun, tidak ada manusia yang mempertikaikan Yesus Kristus ataupun Injil.
Dan selepas 600 tahun, tiba-tiba datang seorang yang mengajar perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Yesus Kristus.
Apakah reaksi saudara tora jika besok, ada pihak yang mendakwa yang Parameswara tidak pernah memijak ke bumi Melaka?
Kita dapat lihat dengan jelas yang saudara tora cuba mengelak ataupun tidak berminat menjawab soalan saya diatas.
Tetapi adakah saya menunding jari yang saudara enggan menjawab persoalan saya?
Saudara tora tidak perlu membuang masa memberi link kepada persoalan yang Injil adalah diubah suai apabila permintaaan asas umat Kristian pun tidak dapat saudara bentangkan.
Permintaan umat Kristian adalah mudah saja. Keluarkan Injil yang asal dan beri kami peluang untuk membuat perbandingan untuk menentukan sama ada dakwaan saudara tora berasas.
Tidak kah saudara berasa hairan yang saudara tora bebas membuat dakwaan (yang Injil telah diubah) tetapi umat Kristian tidak boleh menyoal agar ditunjukan bukti kukuh?
Adakah ini dikatakan hujah yang logic?
Baik, berbalik kepada persoalan tora yang saudara mendakwa saya tidak memjawab. Saya akan menjawab soalan saudara tora menggunakan pendapat saya.
Kebanyakan orang akan memfokus kepada harta karun ataupun kotak emas itu. Walaupun terdapat perbezaan tentang jumlah keping emas daripada 3 atau 4 orang yang menulis tentang jumlah keping emas itu, tidak dapat dinafikan yang harta karun itu memang wujud.
Kita tahu setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza dalam setiap hal. Tidak ada 2 manusia di dunia ini mempunyai permikiran yang sama.
Sebagai contoh kalau kita menghantar 3 orang peminat filem untuk melihat filem Titanic. Kita cuba mendapatkan pendapat mereka tentang filem ini selepas ditonton oleh mereka. Ketiga-tiga penonton memberi komen bahawa filem inilah adalah hebat dan yang paling best pernah mereka tonton.
Kemudian kita menyoal ketiga-tiga mereka tentang apa yang hebat tentang filem ini, kita mendapati mereka memberi pandangan yang berbeza.
Penonton pertama mungkin akan memberi komen yang filem ini adalah filem cinta yang terbaik yang pernah beliau saksikan.
Penonton kedua mungkin akan memberi komen yang filem menpunyai "special effects" yang terbaik yang pernah beliau saksikan.
Penonton ketiga mungkin akan memberi komen yang filem ini adalah filem yang paling sedih yang pernah beliau saksikan.
Walaupun pandangan ketiga-tiga penonton itu berbeza, mereka tetap bersetuju filem Titanic adaalh filem yang paling best yang pernah mereka tonton.
Jadi adakah salah jika saya berpendapat yang filem Titanic ialah satu filem yang hebat?
Berbalik kepada persoalan saudara tora.
Daripada bergembira dengan khabar tentang beratus-ratus keping emas itu, saudara asyik terlalu ghariah tentang berapakah jumlah sebenarnya keping emas itu.
Dan yang paling sedih ialah saudara percaya khabar angin tentang tidak wujudnya harta karun daripada seorang yang datang 600 tahun kemudian.
Ada 4 orang yang pernah saksikan harta karun itu namun saudara tidak percaya.
Datang seorang 600 tahun kemudian yang tidak pernah melihat pun harta karun itu dan saudara sanggup mempercayai keterangan hanya seorang, berbanding dengan keteragan daripada 4 orang terdahulu itu.
Adakah logik phujah saudara diatas?
Cuba renung-renungkan diatas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# tora bora
Terimakasih atas link ini.
Perumpamaan seorang Raja sanggup mati utk menyelamat seorang anak, kenapa Raja sanggup terjun ke Kolam utk menyelamatkan si anak tadi ? Sebab kasih sayang dan dia hanya 'ada kemampuan setakat itu" dalam erti kata lain LEMAH..
Saya berasa pelik tentang kenyataan saudara diatas.
Tuhan dengan rela diri menggorbankan diri kerana kasih sayang yang begitu besar kepada umat manusia dikatakan lemah.
Tetapi Tuhan yang saudara katakan maha berkuasa tidak dapat melindungi Kitab sucinya daripada diubah atapun dengan erti kata lain "corrupted" dibawah tangan manusia.
Adakah kenyataan saudara diatas logik?
Masalah utama apabila berhujah ialah apabila sesuatu senario memihak kepada kita, senario itu akan digunakan untuk menjawab hujah pihak lain.
Tetapi apabila pihak lain menggunakan senario itu balik untuk berhujah dengan saudara, kita diminta jangan menyoal banyak dan mesti menerima nabi Islam seperti yang dihujah oleh saudara arssdili.
Tidakakh saudara berasa hairan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# erusi
Justeru walaupun Allah telah menukarkan rupa orang yang mengkhianati Nabi Isa itu seperti rupa Nabi Isa sehingga beliau ditangkap kerana menyerupai Nabi Isa,
Terima kasih kepada saudara erusi kerana jawapan panjang lebar.
Tetapi saya amat terkilan dengan ayat "menukarkan" seperti yang diberi oleh saudara diatas.
Dengan menukar sesuatu, bukankah itu perbuatan menipu juga?
Kita semua kena bersikap adil dan jujur apabila berhujah disini.
Kalau tidak dengan campurtangan Tuhan adakah semua ini akan terjadi?
Seperti senario gores dan menang yang banyak menipu orang awam.
Mengapa orang ramai masih terjebak dalam skim penipuan ini?
Bukankah pihak sindiket yang membuat seolah-olah kamu telah menang sebuah kereta dalam kad yang digores?
Tetapi kita semua tahu kesudahan orang yang terkena skim penipuan ini.
Banyak lagi yang dihujah dalam link pertama oleh saudara David.
Banyak fakta lagi yang beliau berhujah.
Adakah saudara bersetuju dengan fakta-fakta yang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by erusi at 23-10-2010 00:28
Reply 29# tiptop123
Harus difahami bahawa Allah menukarkan rupa orang lain dengan rupa Nabi Isa, namun dalam masa yang sama Allah memaklumkan dengan memaparkan tanda-tanda sehingga semua orang yahudi tersebut mengetahui penukaran rupa oleh Allah itu di mana mereka menyedari bahawa orang yang menyerupai Nabi Isa itu sebenarnya adalah bukannya Nabi Isa. Justeru jika Allah memaklumkan keadaan sebenarnya maka atas dasar apa untuk dikatakan Allah menipu?
Jika seseorang ditipu maka dia tidak mengetahui keadaan sebenarnya. Namun dalam kes penyaliban itu, semua orang yahudi itu mengetahui keadaan sebenar bahawa yang disalibkan itu adalah bukannya Nabi Isa. Justeru atas dasar apa untuk mengatakan Allah menipu jika mereka mengetahui keadaan sebenarnya?
Seperti dalam kepercayaan kristian, di mana dikatakan roh Allah yang turun kepada Jesus itu adalah seperti burung merpati.
Mat 3:16 Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya,
Justeru apakah Allah menipu dengan menukarkan bentuk rohnya seperti bentuk burung merpati?
Seperti kata kamu, kita harus bersikap adil dan jujur apabila berhujah di sini. Justeru saya harap kamu bersikap adil dan jujur dalam menghuraikan memahami apa yang saya tuliskan dan jangan diputarbelitkan pernyataan saya itu.
Kalau tidak dengan campurtangan Tuhan adakah semua ini akan terjadi?
Yes, jika tanpa campurtangan Tuhan, semua ini juga akan tetap berlaku kerana itu adalah keinginan orang yahudi tersebut (dalam konteks keinginan yang diizinkan Tuhan). Secara apa sekalipun, mereka tetap ingin mengatakan bahawa mereka telah menyalibkan Jesus walaupun mereka terpaksa menipu diri mereka sendiri. Jika tiada orang yang diserupakan Allah pun pada hari berkenaan, berkemungkinan orang yahudi itu akan tetap mencari seseorang lain yang dapat dijadikan samaran kepada Nabi Isa untuk disalibkan kerana misi mereka adalah untuk mengatakan bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa. Ingat! dengan apa cara sekalipun walaupun mereka terpaksa menipu diri mereka sendiri. Itu kemungkinan berlaku. Tiada alasan untuk mengatakan itu mustahil akan berlaku.
Bukankah pihak sindiket yang membuat seolah-olah kamu telah menang sebuah kereta dalam kad yang digores?
Apakah kamu samakan kes penyaliban orang yang diserupai Nabi Isa ini dengan penipuan pihak sindiket kad gores dan menang itu? Saya maklumkan situasinya amat jauh berbeza. Kenapa? Kerana pihak sindiket itu membuat kamu berasa seolah-olah kamu telah menang, justeru kamu tertipu. Tetapi Allah pula telah membuat orang yahudi itu merasa bahawa mereka tidak menyalibkan Jesus. Justeru Allah memaklumkan situasi sebenarnya itu kepada orang yahudi berkenaan.
Jika Allah membuat orang yahudi itu merasa mereka telah menyalibkan Jesus, then itu barulah kamu boleh samakan dengan sindiket penipuan tersebut. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu Allah telah membuat orang yahudi itu merasa bahawa mereka telah menyalibkan seseorang yang bukannya Nabi Isa atau dengan kataka lain Allah telah membuat orang yahudi itu merasa mereka sebenarnya bukanlah menyalibkan Nabi Isa. Justeru kamu nampak perbezaannya yang jauh itu?
Seterusnya apakah fakta-fakta David itu yang kamu rasakan ianya tidak dapat dipenuhi oleh penjelasan yang telah saya berikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# tiptop123
Saya ingin menjawab soalan yang ditujukan oleh tiptop123 kepada tora bora.
Balik kepada persoalan kita: Ini satu soalan hypothesis.
Saya nak tanya apakah reaksi saudara tora jika saya mendakwa yang lukisan asli "mona lisa" yang ada pada tangan saudara tora adalah palsu?
Tentu reaksi pertama saudara ialah supaya saya mengeluarkan lukisan asli mona lisa agar perbandingan dapat dibuat bukan begitu?
Atau saudara akan percaya bulat-bulat dakwaan saya?
Jika saya menjadi tora bora, saya tidak akan meminta kamu mengeluarkan lukisan monalisa yang asli untuk dibuat perbandingan. Ini kerana untuk membuktikan sesuatu lukisan itu adalah asli atau sebaliknya adalah tidak semestinya perlu dengan mengemukakan lukisan yang asli sahaja. Kerana bukti-bukti lain juga boleh digunapakai dan diterima. Contohnya kamu boleh membuktikan lukisan monalisa yang ada pada tora bora itu adalah tidak asli lagi melalui lukisan monalisa yang terdapat pada tora bora itu sendiri. Contohnya seperti kamu membuktikan terdapatnya tandatangan penulis yang bertarikh terkemudian daripada zaman monalisa atau Leonado Dicaprio. Juga seperti pada lukisan berkenaan tercetaknya "Made in Taiwan" atau seumpamanya. Juga melalui pengkajian terhadap usia kertas yang digunakan terhadap lukisan tersebut dan bahan-bahan lain seperti bahan pewarna itu sendiri. Justeru banyak pilihan untuk kamu membuktikan bahawa lukisan pada tora bira itu sudah tidak asli lagi. Dan jika tora bora sendiri tidak dapat menafikan pembuktian kamu itu, maka beliau tidak dapat membuktikan bahawa dakwaan kamu itu adalah salah.
Sebenarnya kita dapati untuk membuktikan sesuatu itu, kita tidak terikat hanya pada satu pilihan semata-mata. Sebagai contoh seorang peguam bela yang ingin membuktikan bahawa anak guamnya tidak bersalah dalam satu pertuduhan melakukan pembunuhan. Peguam berkenaan tidak terikat hanya kepada keperluan iaitu mesti mengemukakan siapakah pembunuh sebenarnya untuk membuktikan bahawa anak guamnya tidak bersalah. Peguam tersebut juga boleh membuktikannya melalui bukti-bukti yang lain seperti saksi-saksi, DNA, cap jari, picture, video dan sebagainya. Keadaan seperti ini banyak kita temui. Contohnya kes pembunuhan Narita (kes di Malaysia) yang pernah berlaku dahulu, di mana akhirnya orang yang dituduh alam pembunuhan tersebut dibebaskan kerana diapati tidak bersalah, dan dalam masa yang sama pembunuh sebenarnya masih belum diketahui sehingga sekarang.
Tidakah saudara berasa hairan dengan dakwaan saudara yang tanpa rekod atau fakta sejarah?
Apakata kalau besok, ada yang mendakwa bukan Parameswara yang mengasaskan Melaka?
Dan pihak yang membuat dakwaan tentang Parameswara juga tidak dapat membentangkan rekod sejarah atau bukti seperti saudara tora.
Bayangkan selepas 600 tahun sejarah Melaka diketahui umum, tiba-tiba datang seorang yang mendakwa sebaliknya.
Begitu juga dengan Yesus Kristus dan Agama Kristian.
Selama 600 tahun, tidak ada manusia yang mempertikaikan Yesus Kristus ataupun Injil.
Dan selepas 600 tahun, tiba-tiba datang seorang yang mengajar perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Yesus Kristus.
Apakah reaksi saudara tora jika besok, ada pihak yang mendakwa yang Parameswara tidak pernah memijak ke bumi Melaka?
Kita semua membuat dakwaan disebabkan kita mempunyai alasan atau sebab kita tersendiri. Dan alasan kita itu yang menentukan sama ada dakwaan kita itu benar atau salah. Kerana jika alasan kita itu dapati kita buktikan dan seterusnya pembuktian kita itu tidak dapat dinafikan oleh pihak bertentangan, makanya kita boleh berbangga untuk mengatakan dakwaan kita itu benar. Jika seseorang mendakwa tanpa sebarang alasan dan seterusnya pembuktian makanya itu bermaksud dia hanya membuat dakwaan kosong. Justeru jika tora bora tidak mempunyai alasan dan pembuktian berkenaan dengan pengasasan Melaka, maka beliau tidak dapat membuktikan dakwaannya tentang pengasasan Melaka. Seterusnya jika besok ada seseorang yang mendakwa bukan Parameswara yang mengasaskan Melaka, namun juga tanpa mampu mengemukakan sebarang rekod sejaran atau bukti, maka dia pun sama tarafnya dengan tora bora, iaitu masing-masing tidak dapat membuktikan dakwaan masing-masing itu benar dan seterusnya kengatakan dakwaan pihak bertentangan adalah salah. Tetapi jika tora bora mempunyai rekod atau bukti, dan bukti tora bora itu tidak dapat dinafikan oleh seseorang itu daripada bukti-buktinya, maka sekarang dakwaan tora bora itu tidak dapat untuk dikatakan sebagai tidak benar. Begitu juga sebaliknya.
Berkenaan dengan bible, selama 600 tahun tidak ada yang mempertikaikan bible. Ketiadaan pertikaian itu tidak menjanjikan bahawa bible itu pasti benar. Jika sebelum kristian, terdapatnya kepercayaan kuno golongan tertentu seperti kepercayaan kepada Tuhan Zeus dan Tuhan-Tuhan yang lainnya, apakah itu bermaksud kepercayaan itu adalah pasti benar? Sudah tentu kamu juga mengakui ianya adalah satu kepercayaan yang salah. So, begitu juga dengan bible. Ia tidak menjanjikan bahawa bible itu pasti benar.
Justeru jika seseorang yang terkemudian datang dan mengajarkan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan bible, maka yang penting adalah bukti jika ingin mengatakan ajaran yang terkemudian itu adalah tidak benar. Tanpa bukti, maka tiada alasan untuk mengatakan ajaran terkemudian itu sebagai salah. Dan paling malang pula jika golongan yang tergolong dalam ajaran yang terkemudian itu dapat mengemukakan bukti-bukti untuk mengatakan ajaran dalam bible itu salah, dan pembuktian-pembuktian ini tidak dapat dinafikan atau disanggah pula, maka tiada alasan untuk mengatakan dakwaan golongan berkenaan adalah tidak benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# tiptop123
Saya juga bersetuju apabila mengatakan Tuhan mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan manusia itu sebagai lemah. Tetapi tidak bersetuju dengan mengatakan Tuhan juga lemah kerana tidak mampu mempertahankan kitabNya daripada dikorup oleh manusia. Kerana apa? Saya jelaskan.
Tuhan itu Maha Kuasa, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Kekal dan sebagainya, iaitu dengan kata lain Tuhan itu Maha Segala-galanya. Setiap masa Tuhan akan sentiasa berada dalam keadaan memenuhi sifat Maha Segala-galanya itu. Justeru jika Tuhan mengorbankan dirinya, yes Dia memenuhi sifat Maha Penyayang Nya, tetapi dalam masa yang sama Dia tidak memenuhi sifat Maha Kekal Nya. Justeru situasi itu adalah tertolak.
Seterusnya apakah Tuhan lemah kerana gagal mempertahankan kitabnya daripada dikorup oleh manusia. Jawpaannya adalah tidak. Ini kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk mempertahankan kitab Nya itu. Namun dalam masa yang sama ia tidak berkeinginan untuk menggunakan kuasa Nya untuk mempertahankan kitab Nya daripada dikorupsi oleh manusia. Justeru jika Dia berkeinginan untuk memelihara kitab Nya, maka itu adalah amat mudah untuk dilakukan dengan sifat Maha Kuasa Nya. Namun Dia juga Maha dalam membuat pilihan iaitu, jika Dia memilih sesuatu maka tiada siapa yang mampu untuk menafikan pilihan Nya itu kerana Dia Maha Kuasa untuk memilih sesuatu atau Maha Kuasa untuk membuat sesuatu pilihan. Justeru jika Dia memilih tidak mahu memelihara kitab Nya daripada dikorupsi oleh manusia, maka tiada siapa yang mampu mempertikaikan pilihan Nya itu. Justeru situasi ini tidak menyebabkan Tuhan berada dalam situasi tidak memenuhi mana-mana sifat Maha Segala-galanya itu.
Berbeza dengan prinsip Tuhan mengorbankan diri Nya untuk menyelamatkan manusia. Yes, juga boleh dikatakan Dia Maha Kuasa untuk memilih mati bagi menyelamatkan manusia, namun pilihannya itu menyebabkan sifat Maha Kekal Nya hilang. Justeru prinsip ini adalah tertolak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# erusi
Kalau tuhan boleh benarkan taurat dan injil dikorupkan,...tiada alasan untuk tidak percaya..tuhan juga benarkan quran dikorupkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# cmf_shalom
Seperti yang saya katakan setiap dakwaan harus dikemukakan bersama bukti. Namun sehingga hari ini saya masih tidak menemui mana-mana pembuktian dalam dakwaan kristian itu yang tidak mampu disanggah oleh kelompok Islam. Semua dakwaan tersebut mampu disanggah oleh pihak Islam, cumanya kelompok kristian ini yang tidak mahu menerima penjelasan oleh pihak Islam itu, namun dalam masa yang sama mereka tidak pula dapat menafikan bahawa penjelasan pihak Islam adalah salah dari sudut Islam itu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 35# erusi
x perlu aku baca buku/artikel tulisan bukan Islam...
baca perdebatan dikalangan org Islam sendiri pon aku dh cukup nyilu....syiah tuduh sunni jahat....sunni tuduh syiah jahat.....
sehinggakan tuduh2 menuduh para sahabat sesat pon ada....x caya...ko baca sendiri ler tuduh menuduh sunni syiah bab2 sejarah quran...stakat ini tiada jalan penyelesaian aku tgk....if ko terer sgt..ko pergi ke MM...selesaikan perbalahan yg lama dh terendam...
Dari ko bzkan diri dok mempertikaikan kitab/agama org lain....lebih baik ko kumpulkan 100% tenaga ko jawap hujah wahabi n golongan yg dicop anti hadis....sehinggakan ada yg mempertikaikan peristiwa israj n mikraj....solat 5 waktu...kalimah 2 sahadah....
kalau dakwaan anti hadis adalah betul..org islam menyelewengkan ucapan nabi anda...bagaimana anda boleh yakin quran itu 100% tepat....
Selagi ko x cari unta yg memakan cebisan helaian quran...sehinggakan tdapat ayat yg hilang....minta unta tu muntah balik ayat yg dia telan....aku rasa..x perlu ko pertikaikan kitab/agama org lain...
Bukan niat aku nk pertikaikan kitab suci org lain....tp kalau apa yg aku bangkitkan ini boleh buat ko tsedar...nak x nak aku tpaksa pertikaikan juga...itu pun aku copy n paste dr hasil pdebatan org Islam sendiri...supaya aku x dicop laknat kafir.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# erusi
Saya amat kecewa dengan saudara erusi kerana apabila keadaan hujah tidak memihak kepada saudara, maka tiang gol akan dialihkan. Bak kata pepatah Inggeris: shifting the goal post.
Cuba lihat jawapan saudara dibawah:
Seterusnya apakah Tuhan lemah kerana gagal mempertahankan kitabnya daripada dikorup oleh manusia. Jawpaannya adalah tidak. Ini kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk mempertahankan kitab Nya itu. Namun dalam masa yang sama ia tidak berkeinginan untuk menggunakan kuasa Nya untuk mempertahankan kitab Nya daripada dikorupsi oleh manusia. Justeru jika Dia berkeinginan untuk memelihara kitab Nya, maka itu adalah amat mudah untuk dilakukan dengan sifat Maha Kuasa Nya. Namun Dia juga Maha dalam membuat pilihan iaitu, jika Dia memilih sesuatu maka tiada siapa yang mampu untuk menafikan pilihan Nya itu kerana Dia Maha Kuasa untuk memilih sesuatu atau Maha Kuasa untuk membuat sesuatu pilihan. Justeru jika Dia memilih tidak mahu memelihara kitab Nya daripada dikorupsi oleh manusia, maka tiada siapa yang mampu mempertikaikan pilihan Nya itu. Justeru situasi ini tidak menyebabkan Tuhan berada dalam situasi tidak memenuhi mana-mana sifat Maha Segala-galanya itu.
Perkataan merah seperti tertera diatas. Saya nak tanya saudara erusi. Bagaimana kamu begitu memahami Tuhan sehingga kamu tahu Tuhan boleh pertahankan kitabnya daripada diubah tetapi membuat keputusan tidak mahu berbuat demikian? Adakah kamu pernah berkomunikasi dengan Tuhan secara individu? Jikalau tidak, macam mana saudara boleh mendapatkan idea sebegitu?
Tuhan umat Kristian dikatakan lemah kerana memilih untuk mengorbankan diriNya, tetapi pada masa yang sama, Tuhan dikatakan tidak lemah kerana gagal mempertahankan kitabNya daripada diubah atau dikorupsikan.
Amat jelas kelihatan yang saudara erusi cuba mengalih tiang gol apabila keadaan hujah tidak memihak kepada saudara.
Tuhan disifatkan lemah kerana mengorbankan diri, tetapi dikatakan tidak lemah kerana tidak mampu mempertahankan kitabNya diubah.
Adakah logik hujah saudara diatas?
Sudah dijawab dengan jelas oleh saudara David kenapa Tuhan mengorbankan diri. Tetapi namun saudara boleh lagi pertikaikan sifat Tuhan ynag maha kuasa itu.
Tuhan memilih untuk mengorbankan Dirinya kerana kasih sayangNya yang begitu besar untuk umat-umat yang diciptaNya.
Tuhan boleh buat keputusan untuk tidak berbuat demikian tetapi itu keputusan Tuhan yang esa.
Tetapi kamu tidak mahu menerima penjelasan itu dan berhujah kerana itu menunjukan sikap lemah Tuhan. Tetapi pada masa yang sama mempertahankan keputusan Tuhan yang tidak mampu mempertahankan kitab dan ayat suciNya daripada diubah.
Saudara bukan saja kena jujur tetapi kena konsisten dalam hujah saudara.
Yang saya tak faham ialah kenapa Tuhan milibatkan Diri dalam menyelamatkan Yesus Kristus/ Isa tetapi membuat keputusan untuk tidak campurtangan dalam hal kitabNya diubah?
Adakah Yesus Kristus lebih penting daripada kitabNya?
Dan seperti yang dijelaskan oleh saudara David, akibat daripada perbuatan Tuhan menyelamatkan Yesus Kristus maka bermulanya agama Kristian.
Ini bermakna secara langsung, Tuhan telah memulakan agama Kristian seperti ynag kita ketahui hari ini.
Saya nak tanya saudara erusi, adakah Tuhan membuat keputusan yang tepat dalam menyelamatkan Yesus dan mengabaikan kitabNya daripada diubah suai oleh manusia?
Saya berharap saudara boleh memberikan jawapan yang jujur dan juga konsisten. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# erusi
Seperti dalam kepercayaan kristian, di mana dikatakan roh Allah yang turun kepada Jesus itu adalah seperti burung merpati.
Mat 3:16 Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya,
Justeru apakah Allah menipu dengan menukarkan bentuk rohnya seperti bentuk burung merpati?
Jawapan saudara diatas adalah salah satu lagi contoh saudara mengalihkan tiang gol apabila keadaan hujah tidak memihak kepada saudara.
Saya hairan kenapa saudara boleh mengambil ayat-ayat dalam Injil untuk menolong dalam hujah saudara?
Bukankah saudara mendakwa ynag Injil tyelah diubah dan dikorupsikan?
Jika ya kenapa mengambil ayat didalamnya untuk menguatkan hujah saudara?
Kenapa tidak mengambil ayat daripada John 3:16, Mat 7:15, Mark 10:11 dsb?
Adakah adil bagi pihak saya apabila saudara mengambil sebahagian saja ayat ayat Injil untuk menguatkan hujah saudara dan menolak ayat ayat lain yang bercanggah dengan pendapat saudara?
Adakah saudara jujur dan konsisten? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# erusi
Harus difahami bahawa Allah menukarkan rupa orang lain dengan rupa Nabi Isa, namun dalam masa yang sama Allah memaklumkan dengan memaparkan tanda-tanda sehingga semua orang yahudi tersebut mengetahui penukaran rupa oleh Allah itu di mana mereka menyedari bahawa orang yang menyerupai Nabi Isa itu sebenarnya adalah bukannya Nabi Isa. Justeru jika Allah memaklumkan keadaan sebenarnya maka atas dasar apa untuk dikatakan Allah menipu?
Memang susah memahami hujah saudara.
Saudara cuba mempertahankan sesuatu yang sukar dipertahankan.
Sebenarnya adalah jelas perbuatan diatas itu adalah menipu tetapi kerana untuk mempertahankan hujah saudara, maka diganti dengan ayat menukar.
Sangat jelas dalam ayat yang digaris merah diatas adalah perbuatan tidak jujur tetapi saudara berhujah panjang lebar untuk mengalihkan pandangan orang lain dan buat ia seakan akan tidak pernah berlaku penipuan.
Menukar adalah ayat lain bagi menipu. Hakikatnya begitu sama ada saudara bersetuju atau tidak.
Sama seperti ayat "mengambil nyawa" adalah ayat lain bagi "membunuh".
Tetapi saya amat kecewa dengan hujah saudara yang tidak jujur kerana asyik cuba mengalih perhatian pihak lain daripada perkataan membunuh dan cuba berhujah dengan mengantikan dengan ayat mengambil nyawa.
Dan ia tidak konsisten apabila saudara tidak mengaku ayat membunuh adalah sama maknaya dengan mengambil nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# erusi
Yes, jika tanpa campurtangan Tuhan, semua ini juga akan tetap berlaku kerana itu adalah keinginan orang yahudi tersebut (dalam konteks keinginan yang diizinkan Tuhan). Secara apa sekalipun, mereka tetap ingin mengatakan bahawa mereka telah menyalibkan Jesus walaupun mereka terpaksa menipu diri mereka sendiri. Jika tiada orang yang diserupakan Allah pun pada hari berkenaan, berkemungkinan orang yahudi itu akan tetap mencari seseorang lain yang dapat dijadikan samaran kepada Nabi Isa untuk disalibkan kerana misi mereka adalah untuk mengatakan bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa. Ingat! dengan apa cara sekalipun walaupun mereka terpaksa menipu diri mereka sendiri. Itu kemungkinan berlaku. Tiada alasan untuk mengatakan itu mustahil akan berlaku.
Saya amat hairan dengan ayat merah yang digunakan oleh saudara diatas.
Saudara sanggup mencipta teori sendiri dengan menggunakan ayat berkemungkinan.
Saudara sudah sampai tahap begini sehingga sanggup membuat spekulasi, andaian dan dakwaan semata-mata untuk mencapai menguatkan hujah saudara.
Kalau cara begitu berhujah ini bermakna agak sukar bagi pihak lain untuk berhujah dengan saudara keraa saudara asyik memindah tiang gol.
Itulah sebabnya seperti yang saya katakan sebelum ini. Tunjukkan Injil asal kepada umat Kristian untuk membuat perbandingan.
Biar bukti dan fakta yang tentukan sama ada dakwaan saudara itu berasas atau tidak.
Namun sehingga kini, jangan cakap sebuah kitab...malah sehelai muka surat daripada Injil yang tulen juga tidak dapat dikemukakan oleh umat islam.
Apa yang saudara akan lakukan jika esok hari, datang seorang yang mengaku dirinya nabi dan mendakwa yang kitab-kitab yang ada sekarang adalah kurang tepat dan menyuruh saudara supaya mengamalkan ajaran dalam kitabnya?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|