CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CariMalay

Kenapa aku berulang kali mimpi belasah orang?

[Copy link]
Post time 14-12-2022 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 14-12-2022 02:34 AM
salam.
mimpi di komen pertama
lebih pada psychology dimana perkara lepas terjadi, jiwa meronta nak m ...

terkait bab mimpi pertama.. iaitu
psychology yg merasakan diri pemimpi dah kuat, berfikiran ke hadapan, pantang menyerh, tak suka komen negatif sbb terkait emosi, lantang dan org mesti tunduk pada pemimpi..
wallahualam bissawab.. ni takwim/almanac  je..mimpi mainan tidur..
kalau [email protected] mimpi yg akan terjadi/bakal terjadi..
wallahualam mimpi mainan tidur utk otak dan emosi menjadi cergas dan bertenaga bila bangun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2022 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 14-12-2022 02:41 AM
terkait bab mimpi pertama.. iaitu
psychology yg merasakan diri pemimpi dah kuat, berfikiran ke had ...

Ada yang betul dan yang aku setuju, tapi ada jugak yang tak betul dan tak setuju. Yang tak betul part mintak perhatian dan pujian. Macam komen aku dalam post ke 14, aku ada cakap aku tak pernah perlukan pertolongan sesiapa, dan aku jugak tak pernah harapkan pujian. Aku pernah belasah abang aku sampai gitar pecah sebab aku tak suka dia dengar nyanyian aku dalam bilik aku. Aku bukan setakat tak suka dia hina aku, tapi jugak puji aku pun aku tak suka, sebab tu aku belasah dia so tu bermakna aku memang tak pernah harapkan sebarang pujian, orang yang puji aku melambung melalui hasil kerja aku tanpa aku mintak tu banyak la, dan aku tak pernah try hard, cuma jadi diri sendiri je.

Part kedua yang salah adalah part aku buat bising kat media sosial atau tempat kerja, yang ni pun salah. Aku takde apa2 media sosial, kalau ada pun semua takde followers, takde siapa yang kenal. Aku jugak jenis pendiam, bukan jenis lantang maki orang sana sini macam Sheila Rusli tu. Bila orang buat jahat, aku lebih suka larikan diri dari orang tu atau kalau aku tak dapat lari, aku akan terus belasah dia, tak pernah lagi aku buat bising kat mana2.

Part rasa diri dah kuat, fikiran ke hadapan, lantang dan tak suka komen negatif tu pun salah, yang betul cuma pantang menyerah je. Sebab macam yang aku dah terangkan dalam pòst2 sebelum ni, aku sentiasa cuba jadi lebih peramah dan baik so tu jugak bermakna tak pernah fikir nak jadi lebih kuat. Fikiran ke hadapan pun salah, sebab aku cuma jadi diri sendiri. Maksudnya bila aku dalam masalah, aku cuba belajar macam2 sampai akhirnya aku berjaya selesaikan masalah tu tanpa ada secebis pun rasa fikiran aku ke hadapan. Tak suka komen negatif pun salah sebab aku jenis open minded. Masa aku balas komen kau ni pun takde rasa benci, cuma nak betulkan apa yang silap je.

Cuma yang atas tu je salah, tapi yang lain2 tu semua betul. Apa pun thank you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2022 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
DumBell replied at 14-12-2022 02:41 AM
terkait bab mimpi pertama.. iaitu
psychology yg merasakan diri pemimpi dah kuat, berfikiran ke had ...

Oh satu lagi yang salah, part buat kerja2 kotor untuk naik pangkat, caras pekerja lain dsb. Ni pun salah, sebab aku suka buat kawan berbanding musuh. Kalau ada yang minat aku, berjuta kali ganda aku akan minat dia balik dan akan layan dia dengan sangat2 baik dan special.

Aku dulu mangsa buli so tak mungkin aku yang membuli dengan cara camtu. Kat real life aku jenis pendiam, aku jugak selalu kena tikam dan bukan aku yang tikam orang. Sekarang pun sama, jenis pendiam tapi bezanya yang sekarang bila orang dah tak dapat tikam aku lagi.

Hati aku dulu suci, suka tolong semua orang sampai pernah dipanggil lembam sebab suka tolong orang separuh mati tanpa harapkan pape balasan, sampai pernah ada bunian suka aku dan nak damping aku tapi aku tak cukup ilmu agama so akhirnya terpisah jugak.

Tapi aku mengaku yang sekarang aku ada buat kerja2 nakal atas dasar hobi. Sekadar nakal, tapi bukan jahat so mungkin sebab tu aku mimpi kotor sebab aku memang kotor pun.

Orang berhutang dengan aku lepas tu tak bayar pun banyakkkkkkk sangat tapi macam yang aku cakap dalam post atas tadi, aku ni jenis pendiam, bila orang buat jahat aku lebih selesa berdiam diri atau larikan diri berbanding buat bising atau balas dendam. Bila dah tak dapat lari dan menyirap sangat, baru la aku akan lawan balik.

So ni part yang betul pulak. Tadi tu yang tak betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CariMalay at 20-12-2022 05:29 PM

Rupa2nya bukan sekadar mimpi... tapi mimpi buruk yang berlaku minggu lepas (aku belum pernah share mimpi tu dalam thread ni) tentang perangai buruk seseorang betul2 jadi kenyataan hari ni, semuanya tersingkap dan terbongkar, hampir 100% sama macam dalam mimpi aku. Sakit betul hati. Tak tahu sama ada mimpi tu sekadar kebetulan atau memang satu petunjuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2022 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
H0rr0rfan replied at 20-12-2022 08:28 PM
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.

Psychopath tu orang yang membuli, bukan yang dibuli. Psychopath ni narcissistic, maksudnya suka berlagak, angkuh, dengki, pendendam. Narcissistic jugak bermaksud orang yang sentiasa dahagakan pujian dan perhatian orang ramai sedangkan aku dah cakap atas tadi aku tak suka pujian, pertolongan pun tak, hinaan lagi la tak. Sifat pendendam pun takde sebab macam aku cakap, aku lebih suka larikan diri dari orang yang aniaya aku berbanding balas dendam.

Nak puji aku boleh, tapi mesti jujur dan ikhlas. Jangan jadi macam abang aku, kejap nak puji pastu nampak kekurangan sikit, terus berubah dan hina aku so lebih baik takyah puji kalau hati cepat berubah.

Malah populasi psychopath jugak tak banyak atas dunia ni, yang banyak tu sociopath. Tak mungkin aku psychopath kalau aku masih boleh rasa perasaan cinta dan sayang yang mendalam sedangkan psychopath tak mampu rasa semua tu walaupun sekecil kuman sekalipun.

Perbanyakkan membaca sebelum menghukum. Membaca tu jambatan ilmu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2022 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
H0rr0rfan replied at 20-12-2022 08:28 PM
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.

Lagi satu. Psychopath ni dia cepat marah. Baru kena kritik sikit dah mengamuk sedangkan aku masih boleh balas komen2 si dumbell atas tu yang tuduh aku jahat dan bermasalah dengan sangat tenang, termasuklah komen negatif kau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
H0rr0rfan replied at 20-12-2022 08:28 PM
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.

Seseorang yang dilahirkan dengan empathy yang tinggi kebiasaannya lurus bendul, nampak bodoh2 je perangai, so tiap ungkapan dia kadang2 macam berlagak dan angkuh, sedangkan dia sekadar berkongsi cerita. Ini jugak adalah satu sebab kenapa diorang selalu dibuli dan dituduh psychopath. So kadang2 orang2 yang dilahirkan dengan empathy yang tinggi pun selalu dituduh dan difitnah sebagai psychopath atau sociopath. Pada yang tak faham empathy tu apa, empathy ni maksudnya tahap perikemanusiaan seseorang.

Kebiasaannya yang menuduh dan menfitnah tu ada belajar psikologi, tapi tak cukup mendalam walaupun dia selalu rasa dah cukup mendalam tapi ada kemungkinan sebenarnya tak.

Ada gak yang menuduh dan menfitnah seseorang tu psychopath hanya sebab orang tu mengaku dia atheist, so dia burukkan si atheist tu dengan harapan orang lain jijik dengan dia supaya akhirnya orang tu tak ikut jejak dia, kebiasaanya yang menuduh dan menfitnah tu orang yang kuat agama. Dan orang2 ni tadi akan berterusan hadir untuk menfitnah. Dah habis sorang, yang lagi sorang akan hadir sampai la abang jamil mampos. Alamak, mesti kena tuduh psychopath lepas aku cakap perkataan mampos sedangkan tu cuma dialog jenaka dalam citer P. Ramlee.

Ada gak yang menuduh dan menfitnah hanya sebab orang tu mengaku dia ada belajar psikologi so demi test ilmu orang tu, dia sengaja bikin hati orang tu panas sampai akhirnya dia ceritakan semua tentang psikologi.

Semua yang orang lain fikir, dah ada dalam genggaman aku. Haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CariMalay at 21-12-2022 01:21 AM
H0rr0rfan replied at 20-12-2022 08:28 PM
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.


Mesti ada yang kata aku psychopath hanya sebab aku reply banyak2 macam sekarang ni, sedangkan niat aku sekadar nak kumpul tacang. Kelako betul, semua benda yang aku buat dikata psychopath.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2022 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
H0rr0rfan replied at 20-12-2022 08:28 PM
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.

Nak aku citer lagi bab psikologi? Ni aku citer lagi. Psychopath orang yang banyak mulut, sedangkan aku jenis pendiam. Psychopath jugak orang yang suka tikam orang lain, sedangkan aku la yang selalu kena tikam. Psychopath suka manipulasi orang lain, sedangkan aku la yang selalu dimanipulasi dan diperbodohkan orang sampai dipanggil lembam walaupun tak pernah masuk kelas paling belakang. Psychopath suka membuli dan seorang yang berani secara semulajadi, sedangkan aku la yang dibuli dan terpaksa paksa diri beranikan diri supaya tak lagi dibuli. Psychopath tak mampu rasa perasaan cinta dan sayang, sedangkan orang2 kat real life semua tahu aku jenis penyayang dan hati paling lembut dalam keluarga sejak kecil lagi. Psychopath takkan fikir kebajikan mak bapak sendiri, sedangkan aku la manusia paling gusar dan resah dalam keluarga bila dapat tahu ibu aku kena sihir. Psychopath tak suka tolong orang, sedangkan aku la manusia yang paling suka tolong orang sampai ramai yang sayang dan ikut apa yang aku buat.

Kenapa aku belasah abang aku sampai gitar pecah dan adakah tu tandanya aku psychopath? Sebenarnya kalau kau nak tahu, selama ni abang aku la yang selalu buli aku. Dia paksa aku tengok taik dalam mangkok jamban dia, dia selalu buli aku bila aku terlalu baik atau dapat pujian dari orang tua aku, dia takleh tengok aku lebih berbakat dari dia dalam segi tertentu, dia belasah aku sepak terajang aku tanpa aku melawan (sekarang tak dapat lagi), dia perlekehkan segala bakat aku sebab dia tahu dia takde kesemua bakat tu.

So semua yang berlaku bersebab.

Nak lagi? Aku boleh bagi lagi. Anyway nampak gaya macam kau ni berilmu tinggi sebab terlalu mudah menghukum aku so apa kata kau pulak tulis apa yang kau tahu lagi bab psikologi, psychopath dll? Ke tak mampu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2022 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
H0rr0rfan replied at 20-12-2022 08:28 PM
Aku rasa kau ni psychopath. Hati-hati sebab takut melarat pula.

Jangan marah lak kalau aku tulis panjang2 sebab dalam post pertama pun aku dah cakap aku jenis deep thinker. So tu tandanya aku bukan kaki sembang macam psychopath yang narcissistic, tapi memang betul2 diri aku. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
CariMalay replied at 21-12-2022 12:53 AM
Lagi satu. Psychopath ni dia cepat marah. Baru kena kritik sikit dah mengamuk sedangkan aku masih  ...

salam.. alamak.. maaf takat tu je yg boleh tabir mimpi tuan. maaf kalau rasa dituduh jahat.. harap jgn percaya 100% mimpi.. mimpi mainan tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf lah kalau kau terasa tapi aku rasa kau tengah bertarung dengan dalaman sendiri. Mungkin kau ada trauma lampau yang kau alami tapi concious mind kau block jadi kau tak ingat.

Aku bukan ahli psikologi apatah lagi peramal mimpi tapi aku ni dah berumur. Mungkin sebaya atau lebih tua dari mak ayah kau. Aku tulis berdasarkan pengalaman dan pemahaman aku. Jujur aku cakap, dah tua-tua begini aku jarang bermimpi. Muda dulu kalau aku mimpi belasah orang memang masa tu aku marah dengan orang tu tapi tak dapat aku zahirkan di alam nyata. Tapi aku tak pernah mimpi belasah orang berturut-turut. Perhaps kau boleh jumpa kaunselor atau telefon befriender untuk cerita masa lampau kau. Kalau pendam memang akan terbawa-bawa mimpi.

Kalau sihir tu aku tak pasti. Kau kena cari orang yang lebih arif.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.529562 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list