|
bikin abis duit org je....
devilito Post at 14-12-2010 10:24
Setuju! Tak ada AF pun bukan halangan untuk berjimat cermat juga (sempena kenaikan harga barang terutama minyak) sementara masih ada rancangan realiti berbentuk hiburan yang bukan saja melalaikan tapi juga membazirkan kredit apabila mengundi, macam Mentor ke, OIAM TV8 ke, Showdown 8TV ke, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# shaida84
HEEEEEEEEEEEEHAAAAAAAAAAAAAAA! NO AF NO WASTE |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# Rhyno
sama jah konsep? |
|
|
|
|
|
|
|
elok la berakhir..tak ada manfaat pun..
perabih duit je mengundi last2 pelajar tuh tak kemana sgt.. ...
izwani Post at 13-12-2010 19:33
Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus “agama terbesar” di seluruh dunia. Berikut ialah senarainya :majoriti penganut agama dan kepercayan menganut (mengikut populasi dunia) :
Kristian 33.06%
Islam 20.28%
Hinduisme 13.33%
agama Rakyat China 6.27%
Buddhisme 5.87%
Tak beragama dan ateis 14.27%
Agama puak orang asli 3.97%
Agama-agama yang lain? Entah, tidak disebut pula. Di dalam Nationmaster menyatakan bahawa penduduk dunia pada 2008 seramai 6,705,862,170 orang.Sekiranya kita anggarkan bahawa peratusan pada 2005 itu tidak berubah, maka orang Islam seramai 1,359,948,848! Tapi, Kristian dikatakan lebih ramai, sedangkan kristian terpecah kepada Ortodoks, Katolik dan Proteston, yang saling berbeza di antara satu sama lain. Katholik adalah teramai di kalangan kristian yang lain iaitu melebihi 1 Billion.
Maka, apa yang perlu kita lakukan wahai umat Islam? Bersatu! Mereka sedang berpecah.. dan kita perlu bersatu untuk menghasilkan tentera Islam seramai 1.3 Billion.
Tapi, tak guna juga kalau ramai sahaja, dengan diisi oleh golongan yang seperti “udang di sebalik mee”. Akhirnya Islam berpecah lagi disebabkan udang-udang ini. Umat Islam paling ramai berada di Indonesia, iaitu seramai 195,272,000. Mesir berada di tangga ke 6 iaitu seramai 69,560,000. Malaysia pula berada di tangga ke 22 seramai 14,030,000.
Tapi, jika di lihat di Malaysia, ke manakah umat Islamnya lebih menjurus (baca; majoriti yang terlibat adalah orang melayu muslim)? Ok, lihat gambar di bawah ini.
Konsert JOM HEBOH
Akademi Fantasia
Mentor
Idola Kecil
Gambar-gambar di atas itu, saja aku letakkan supaya kamu-kamu semua di luar sana berfikir, apakah kesan jangka panjang program ini ke atas umat melayu islam di Malaysia? Apa signifikannya? Adakah dengan mengecapi kemenangan di setiap program ini, bakal menjadikan umat melayu islam di Malaysia kuat ekonomi dan mampu bersaing dengan orang-orang lain sedangkan pada masa yang sama ada sebelah pihak yang sebuk mewar-warkan tentang “Ketuanan Melayu” pada hal umat melayu islam yang sekarang sedang dimamah budaya hedonisme sedikit demi sedikit yang berupaya melemahkan umat melayu islam itu sendiri.
Sepatutnya inilah yang perlu diperjuangkan bagi menguatkan umat melayu islam di sini. Hapuskan budaya hendonisme, kukuhkan budaya islam dan tingkatkan kerohanian baharulah kukuhkan pula ketuanan melayu islam!
Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Lihat, dari kecil hinggalah ke remaja hinggalah ke tua, ada sahaja program realiti berbentuk hiburan diterbitkan. Jika untuk anak-anak kecil mereka boleh masuk Idola kecil, Bintang Kecil dan apa-apa program yang lain. Peringkat umur remaja pula mereka boleh menyertai Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan lain-lain, jika sudah masuk umur berumur sedikit, mereka masuk rancangan Sehati Berdansa, Mari Menari, Muzik Muzik dan untuk hiburan “family” kononnya mereka boleh mengikuti konsert-konsert seperti Jom Heboh dan pelbagai lagi. Ini sebenarnyalah budaya hendonisme yang sedikit demi sedikit menjadi barah yang menjadikan umat melayu islam leka dan alpa dengan keadaan semasa!!! Lebih sukakan hiburan!
Masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak,kosong jiwa dan hilang jati diri. Begitulah dasyatnya pengaruh program realiti tv yang merupakan agenda pihak Yahudi dan Nasrani untuk melumpuhkan umat Islam dari bangkit menjadi umat yang terkemuka seperti di zaman silam.Tidak hairanlah apabila sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mufti Perak bahawa umat Islam di Malaysia membelanjakan RM4 billion untuk minum arak dan berjudi sahaja.Manakala terdapat lebih 100 ribu umat Islam di Malaysia yang telah murtad atau keluar dari agama Islam. Inilah agenda Yahudi dan Nasrani yang telah berjaya secara halus dan perlahan merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia.
Jadi, bagi aku denngan datangnya tahun baru islam ini……
Kembalilah ke jalan yang benar supaya syiar Islam itu benar-benar bersinar di bumi melayu ini.
p/s - Umat islam memang ramai, tapi berapa ramai yang benar-benar berkualiti? |
|
|
|
|
|
|
|
x jd lah aku nak join AF...sbb aku target aku jd juara utk AF yg ke10..hehehe..uper2 nyer AF dah nak last.... |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!
10 DIS 2010: Semua dah tahu kan yang Akademi Fantasia ...
khyree Post at 10/12/2010 21:16
Dah takde idea gimik baru ke nak tarek penonton...? Pastu tahong depan kata kita tak pernah buat kenyataang rasmi Akademi Fantasia 9 adalah AF yang terakhir... Macam gimik yang lelepas jugak... Hik! Hik! Hik!
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
tk tau la.. tunggu & lihat je la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau confirm, baguslah tuh. Elok kena terminate dengan segera. Bagaimanapun, sementara AF masih lagi bersiaran baik jangan AFUNDI. Membazirkan kredit saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Merupakan satu langkah yang bijak dari pihak Astro..Congratulations |
|
|
|
|
|
|
|
bimbang pula ,kalau yg lenyap tu AF yg dimunculkan tu jauh lebih haru biru drp af.....nyah af ,nyah maksiat. |
|
|
|
|
|
|
|
taring AF dah tumpul ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
taring AF dah tumpul ker....
BabyR Post at 21-2-2011 22:29
Yups, sebab ia dah kena warning dengan KPKK dan KPDNKK sebab rancangan sebegini akan menggalakan pembaziran. |
|
|
|
|
|
|
|
Merupakan satu langkah yang bijak dari pihak Astro..Congratulations
ex_klia Post at 23-12-2010 10:23
Ini mesti arahan berbentuk warning daripada KPDNKK dan KPKK, kan? Sebab apa, sebab ini akan menggalakan pembaziran apabila mengundi. Dahlah harga minyak, harga bawang merah naik, mahu lagi AFUNDI. Fikirkanlah. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu jer lah hiburan realiti terbaru dari astro... |
|
|
|
|
|
|
|
yg terakher ke???confirm ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 pengacara dia best.. xnak ac ngn jimmy.. bosan |
|
|
|
|
|
|
|
x jd lah aku nak join AF...sbb aku target aku jd juara utk AF yg ke10..hehehe..uper2 nyer AF dah nak ...
be_nign Post at 16-12-2010 17:18
Jom baca berita keluaran 18 November 2009!
Hentikan program realiti
Oleh YULPISMAN ASLI
KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.
Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.
"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Memperkasakan Pengguna Peringkat Negeri Pahang 2009 anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Pahang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Dewan Kompleks Wisma Belia Indera Mahkota di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan Puspanita Kebangsaan, Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd. Mazjub.
Dalam ucapannya, Abu Samah turut mengingatkan pengguna khususnya wanita yang sering dijadikan objek oleh syarikat-syarikat pengiklanan supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik dan teknik digunakan bagi melariskan produk.
"Di Pahang, setakat ini kita menerima sebanyak 284 aduan sehingga Oktober 2009, berkaitan isu penipuan perkhidmatan, perkhidmatan perbankan, aktiviti jualan langsung dan barangan tiruan," katanya.
Beliau turut menyifatkan pengguna di negeri ini masih lagi mempunyai tahap kesedaran rendah mengenai hak mereka apabila setakat ini hanya 179 kes tuntutan difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Sementara itu. Dr. Rohaty berkata, pilihan di tangan pengguna sama ada mahu terus bermewah dan mengumpul hutang atau berbelanja mengikut kemampuan disebabkan kos sara hidup yang semakin melonjak khususnya di bandar-bandar besar.
"Apa yang dikesali, sikap biar papa asal bergaya masih menebal di kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai pengguna kita seharusnya sentiasa beringat dan membuat tabungan sedapat yang mungkin," katanya
Sehubungan itu, beliau menyifatkan penganjuran seminar tersebut memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya wanita yang sebenarnya perancang ekonomi bagi sesebuah institusi keluarga.
"Jika amalan berhati-hati tidak diamalkan, setiap pengguna berpotensi terjerat ke dalam perangkap amalan peniaga yang kurang beretika dan kerap tertipu tanpa disedari," katanya.
P/S: Jom PONTENG AFUNDI! |
|
|
|
|
|
|
|
dah x best tu yang x wat lagi taun depan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|