CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ischae

***For The Rest of My Life - Maher Zain (U)***

[Copy link]
Post time 20-12-2010 01:33 PM | Show all posts
Reply 18# fazss


    tengah perah idea la ni.. nak cari idea ..
tu yg tgh pening pala... sbb stok n3 dah ciput sgt2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 03:20 PM | Show all posts
Reply  fazss


    tengah perah idea la ni.. nak cari idea ..
tu yg tgh pening pala... sbb stok ...
Jaza2008 Post at 20-12-2010 13:33



    perah la guna mesin basuh....cepat kering..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 03:22 PM | Show all posts
yes!!! citer baru menjelang tahun baru....
yang lama dilupa jgn....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 05:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by ischae at 28-12-2010 01:42

Bab 1: Dia


"Farhannah, hidayah tu milik Allah..."
"Kenapa 'Hidayah' seorang je, kenapa bukan 'Rogayah', 'Sufiah'?"


Belum sempat dia menghabiskan perbualan semula antara dia dan Ayah Ustaz di KLIA semalam, Jinan dan Adalia sudah gelak terkekeh-kekeh di atas katil full size milik Hamidah. Manakala Hamidah, lebih mesra dipanggil Mida pula sekadar senyum menahan gelak. Ingat orang tengah buat lawak ke...Jinan dan Adalia ni la. Orang panggil Mek Jing ke Deli ke baru tau.


"Ya Allah, kenapa lah kau boleh kasi soalan macam budak tak lepas UPSR je"" Tanya Adalia lansung menyambung gelak bersama Jinan. Kali ni diorang berguling-guling pula atas lantai. Ish, kurang sopan betul anak Uncle Rahim dan Uncle Man ni.


"Tau la, aku TER-lepas cakap. Mesti dah kurang markah untuk jadi calon menantu Ayah Ustaz kan?"


"Haaaaaa...." Serentak mulut tiga sekawan tu terlopong, sekaligus dalam kepala mereka tertanya-tanya maksud sebenar ayat yang baru diluahkan tadi.


"Cik Farhannah, baik kau cerita betul-betul...tak faham lah aku ni, Ayah Ustaz la, mak Ustaz la, Ustaz lah. Before this, you never told us about them." Mida mula menjalankan tugasnya sebagai inspektor tak bertauliah.


"Nanti-nanti lah aku cerita ye. Now, I need to sleep, dah la jet lag tak habis lagi, korang terus bentang comforter buat pillow talk di siang hari." Hannah menjawab sambil menguap...mengantuk, penat, lenguh satu badan selepas 23 jam berada di dalam flight KL-Stockholm-Newark tu. Lepas tu, naik pula JetBlue ke Chicago O'Hare. Perghh...mana tak penat.


"Eh Hannah, petang ni jangan lupa tau. Shannon invite kita join Thanksgiving dinner nanti." Sempat lagi Jinan mengingatkan Hannah sebelum kelopak matanya tertutup.


Dulu Jinan pernah mengomel tentang perangai kawannya yang satu tu. “Hannah tu memang lah, campak kat mana-mana pun senang je nak tidur. Tak kira lah jet lag ke boat lag ke. Dia pernah pergi benua Afrika ke? Pernah kena gigit dengan lalat Tse-tse ke?” Walaupun pernah menghabiskan masa selama empat tahun di bumi Chicago, nampaknya jarak waktu selama dua tahun masih tidak meninggalkan kesan kepada sifat senang tidur Hannah ni ye.


Manakala Jinan, Adalia dan Mida masih terkebil-kebil memandang dinding, berbaring di atas comforter, cuba mentafsir maksud kata-kata Hannah tadi. Kedatangan Hannah ke sini mengundang bermacam-macam soalan. Lebih-lebih lagi bila dia membangkitkan soal Ustaz. Padahal lelaki yang konon-konon istimewa yang mereka pernah kenal dalam hidup Hannah hanyalah Ischandar, kekasih hati pengarang jantung sepanjang empat tahun jadi undergraduate student.


Sahabat mereka yang seorang ni, semenjak balik ke Malaysia hari tu, lansung sepi tanpa berita. Entah macam mana sebulan yang lalu, tetiba mereka bertiga mendapat message dari Hannah di YM:


Guys, winter break ni aku ke sana. Wait for me!

-------------------------
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by ischae at 28-12-2010 01:36

saki baki dari bab 1 semalam. kena edit nama watak pulak
Petang itu, undangan dari Shannon, sahabat yang dikenali ketika sama-sama mengambil kelas Calculus 103 dipenuhi.Perjalanan dari apartment yang dikongsi sewa oleh Jinan, Lia dan Mida ke studio room Shannon di Versailles On The Lakes Oakbrook Terrace hanya mengambil masa 15 minit memandangkan penghuni di Du Page sedang sibuk menyediakan hidangan untuk jamuan Thanksgiving di kediaman masing-masing. Maka, jalan pun sunyi, hampir-hampir tidak kelihatan kereta lansung.

“Hi Shann…” Kata-kata Hannah terhenti sebaik melihat sekujur tubuh di sebalik pintu yang dibuka.

“Assalamualaikum Hannah.” Tetamu yang sampai disambut dengan senyuman.

Salam dijawab perlahan, sambil mulut Hannah tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi melihat insan yang telah berubah seratus peratus dari segi penampilan di hadapannya. Alhamdulillah…

“Since when, Shannon?” Tanya Hannah sambil melabuhkan diri di atas sofa. Perasaan terkejut yang belum hilang lagi bertimpa-timpa apabila terpandang muka seseorang dari masa silamnya muncul dari dapur.

“Everybody’s here, darling?”

“Guys, meet my husband, Hanafi.” Perkenal Shannon.

Sumpah, ini memang betul-betul kejutan. Mulut yang dari tadi masih tidak tertutup, terlopong lagi luas. Mata ditenyeh beberapa kali, tidak percaya.

“You…Napi? Ya Allahhhh…”

“Hehe, you’re so funny lah, Hannah. Pelik sangat ke nampak I ni?”

“No, tak pelik, tapi tak sangka. Dulu kan you guys selalu bertekak dalam kelas. Panjang jodoh you dengan Shannon.”

Shannon hanya tersenyum manis di samping suaminya. Kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya.

“Eh, let’s eat. Penat tau I dan Shannon masak special untuk korang ni.”

Suasana di meja makan malam itu gamat dengan suara mereka berlima. Maklumlah, first reunion after the college years. Dari nada suara Napi, ternyata dia begitu sayangkan Shannon…ye lah, sampai sanggup dia jadi tutor mengajar isterinya bercakap Melayu.

“Napi, kalau I tau, I bawak Kamus Dewan dari rumah tau kasi hadiah kat korang. Ini tidak, kahwin pun tak jemput.”

“Eh, say who? Camne I nak jemput kalau you senyap je bila dah sampai Malaysia…So, how’s life?”

“Alhamdulillah, I’m fine. Kalau tak sihat, I takkan sampai sini kan.”

“Napi and Hannah ni, makan lah kenyang-kenyang dulu baru kita buat sesi pillow talk ni.” Rungut Jinan tak puas hati. Mana tak nya, makanan penuh di mulut tapi dia teringin juga nak menyelit dalam perbualan tu.

Suasana sepi seketika. Masing-masing menikmati hidangan ayam belanda panggang, lasagna, devilled eggs, cranberry relish dan homemade pumpkin pie dengan berselera. Napi yang pandai memasak tu, kalau dia buka restoran menjual masakan Malaysia kat sini, memang laku lah.

Sementara Jinan, Adalia dan Mida membantu Shannon mengemas meja makan, dia dan Napi berbual tentang banyak perkara, kisah masa lalu dan juga tentang masa kini.

“So, you apa cerita sekarang? Lama I tak dengar berita dari you.”


“Nothing interesting and extraordinary, biasa-biasa je hidup I Napi. Ni…you nikah kat sini ke kat Malaysia? I’m so happy for you lah. Seriously…”

“Bunyi suara macam lain je. Spill it.” Pujuk Napi lembut apabila ternampak riak wajah di depannya sedikit berubah. Keakraban yang telah dibina sejak enam tahun dahulu membuatkan dia tega menilai sahabat yang diam tidak berkutik di hadapannya. Seminit, dua minit…sepuluh minit. Mesti ada pape, kalau tak, Hannah takkan menyepikan diri dari kawan-kawan macam ni.

“Err...betul lah. Takkan I nak cakap, I’m so not happy for you.” Dia tersengih menampakkan gigi yang putih teratur. Terasa bersalah membiarkan Napi ternanti-nanti jawapan.

“How’s Ischandar? I pun dah lama tak dengar pasal dia from you.”

“Is okey kot. Entah, I pun tak tau.” Nafas dihela berat. Napi ni betul lah, nama tu dah lama berkubur, takkan dia tak tau pape? Bukan ke dia kawan baik Is juga?

“Hmm, okey. I pun taknak paksa you. If you wanna talk about it, you know how to find me, alright? We’re good friends…kan?” Kepala diangguk perlahan sambil tersenyum. Kita memang kawan baik, tapi aku yang tak pandai menghargai.

Suasana yang riuh di dapur berpindah ke ruang depan apabila Jinan, Lia, Mida dan Shannon menyertai perbualan. Lima jam di rumah Shannon (dan Napi) terasa tidak cukup untuk menjawab semua persoalan yang terlintas di fikiran semua orang.

Mujur Jinan begitu memahami apabila dia meminta diri untuk pulang bagi pihak mereka. Mata yang sudah kuyu menahan ngantuk dari tadi kembali segar mendengar magic word dari Jinan, B-A-L-I-K. Lagipun malam pun sudah lewat, tak elok tau anak-anak dara keluar rumah sampai malam camni.

“Napi, kitorang balik dulu lah, esok nak pergi beratur depan Premium Outlets pagi-pagi. Kau tau lah Hannah ni kan gila shopping.” Ujar Mida pula, selaku pemegang mandat sebagai driver.

“Oh, shopping on Black Friday. Have fun. Kitorang pergi Genoa esok, lawat family Shannon.”

“Hannah, jangan lupa tau… you know how to find me.” Sambung Napi lagi.

Hannah hanya mampu menganggukkan kepala perlahan dan senyum, terharu.

--------------------------------------------------------

“Hannah, apa yang korang borak masa kitorang kat dapur tadi? Macam ada misi rahsia je, main bisik-bisik. Mujur Shannon tak jeles tau.” Tanya Jinan alias Mek Jing sebab dia suka sangat pakai baju warna jingga. Macam sekarang, pakai trench coat pun warna jingga, bukannya orang nampak bergaya ke tidak kalau duduk pun dalam kereta. Lain la kalau we ride the L, rapid transit system kat Chicago, yang ala-ala LRT kat KL tu ke.

“Hmm, takde pape, saja beramah mesra dengan boy friend tak jadi.”

“Eleh, kau saja je tau. Aku tau lah Farhannah Mohamad Ghazali tu, kalau takde snowstorm takde tornado, tetiba nak datang sini, either dia lari dari rumah or lari dari orang.” Sambung Jinan lagi. Ish ke situ pulak, muka aku ada nampak macam lari dari rumah ke?

Soalan tadi dibiarkan tidak berjawab, sebaliknya Hannah membuat muka blur. Jinan mencubit paha kawannya geram.

“So, tell us, what happened? Sorry lah aku terdengar kau cakap dengan Napi pasal Is tadi.” Adalia cuba memujuk Hannah merungkai rahsia.

“Long story cut short lah ek. We’re so over each other. It’s been three years.”

“Whaaaaat? So masa kita final year, kau dah takde pape dengan Is lah ni? How did you hide it from us? Hannahhhhhhhhhhh!” Jerit Jinan penuh emosional sambil menampar-nampar paha dia, kuat.

Adalia dan Mida saling berpandangan dan sama-sama menjungkitkan bahu. Kawan aku sorang ni lah, tak boleh ke kalau bertenang dulu sebelum menjerit macam orang tengah hysteria je.

“Kau okey ke ni Hannah?” Mida mencari ruang mencungkil rahsia di hati.

“Guys, I’m okey. Just for the record, I’m not a runaway daughter tau. My parents tau aku kat sini. Abah dan mama kirim salam.” Salam dijawab sebelum Adalia membuka mulut kembali mengingatkan kami tentang rancangan untuk esok hari.

“Esok, kau nak shopping jangan pakai stilettos, wear your gym shoes.”

“Aku tau lah. Cari nahas je nak pakai high heels time Black Friday shopping ni.”

“Esok bangun awal, by pukul 5 kita dah gerak. Kalau lambat aku tinggal. Especially Jinan.” Mida member amaran.

“Yes bos!” Jawab mereka bertiga serentak. Terburai ketawa Mida yang sentiasa serius itu melihat reaksi sahabat-sahabatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 11:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by ischae at 28-12-2010 01:39

Bab 2: Aku


Panggilang telefon dari Abang Muaz di pagi hari  benar-benar mencemaskan satu rumah. Kakak ipar ku mengalami tumpah darah pada usia 28 minggu kandungannya dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan juga bayi. Abang Muaz yang berada di Springfield, Illinois kerana sedang melanjutkan pengajian sarjananya meminta pertolonganku untuk menguruskan dua orang puteranya yang masih kecil sementara dia menjaga kakak iparku dan juga bayi yang baru lahir itu sepanjang Kak Aisyah berpantang.


Aku akur dengan permintaan dia. Dengan siapa lagi dia mahu berharap kalau tidak dengan adiknya sendiri. Apatah lagi hanya aku seorang saja yang mempunyai US visa yang masih tidak tamat tempoh. Mahu diminta tolong emak yang pastinya berpengalaman menjaga orang sedang berpantang, sudah tentu tidak boleh kerana emak dan juga ayah masih lagi berada di Mekah menunaikan ibadah haji.


“Abang betul-betul perlukan bantuan ni. Kak Aisyah kamu sekarang masih ditahan di hospital. Anak-anak abang yang lain abang minta tolong jiran abang tengokkan sementara abang pergi lawat Kak Aisyah  kat sana. Jangan risau pasal tiket. Abang dah uruskan semuanya.”


Lalu, apa lagi yang harus aku jawab melainkan perkataan, YA?


Menjaga Abidin dan Abbas sebenarnya tidaklah susah. Sejak dari kecil lagi pasangan kembar berusia lima tahun ini sudah diajar berdikari oleh Abang Muaz dan Kak Aisyah. Aku hanya perlu menguruskan makan minum dan persekolahan mereka sahaja. Maka itu lah yang sedang aku lakukan sekarang, menunggu mereka pulang dari sekolah. Makan tengahari sudah aku siapkan sebentar tadi.
Alhamdulillah, selama hampir seminggu di sini mereka tidaklah memberontak mahu berjumpa ibu dan adik baru mereka.


“Uncle Umar, I want to see my new sister.” Pinta Abidin.


“You’ll see her when she gets better, okey?” Abidin mengangguk faham, dan kembali bermain dengan Abbas. Aku senyum, senang hati dengan penerimaan dia.


Semalam Abang Muaz memberitahu yang Kak Aisyah akan keluar dari wad petang ini. Awal-awal lagi aku dan dua kembar ini membeli kelengkapan untuk bilik adik Asma’ mereka di outlets yang berdekatan dengan rumah Abang Muaz. Masa mula-mula sampai minggu lepas, abangku sudah siap berpesan supaya berbelanja semasa Black Friday. Waktu ini, semua barang dari kelengkapan rumah kea lat-alat elektronik diberi diskaun sehingga 80%.


“Time ni memang sale dan promosi murah tahap gaban. So Umar kena beratur depan kedai awal-awal pagi sebab kedai mula buka pukul 5 pagi.”


Aduh Abang Muaz ni. Dah bergelar bapak budak tapi cakap macam budak-budak lagi. Sudah berada di bumi Amerika ni pun masih lagi bercakap pasal polis angkasa gaban, siri animasi kanak-kanak dari Jepun kegemarannya dahulu.


Hari Jumaat Black Friday, kembar dua orang ni pagi-pagi lagi sudah bangun bersiap untuk membeli-belah. Saat itu, aku amat berharap adik perempuanku turut serta. Ye lah, kaum perempuan mesti gembira dengar perkataan SALE dan DISCOUNT camni. Memang betul kata Abag Muaz. Gadgets macam iPad pun boleh didapati dengan harga USD 99. Tak sampai pun lima ratus ringgit duit Malaysia.


Melihat Abidin dan Abbas berebut-rebut mahu membeli alat permainan untuk adik perempuan mereka membuatkan aku tersenyum seorang diri.


“No, she’s still small. She can’t play that yet.” Bantah Abbas apabila Abidin memilih untuk membeli Aquadoodles untuk Asma’. Abbas pula berkeras mahu belikan set pembinaan rumah Lego. Konon untuk adik barunya, tapi sebenarnya untuk dirinya sendiri. Lantas aku membeli kedua-duanya untuk menamatkan perbalahan mereka. Mujur lah Abang Muaz sudah memberikan duit yang cukup untuk membeli segala kelengkapan, termasuk barang permainan kedua-dua puteranya.


Cukup tiga jam berjalan-jalan keluar masuk kedai, aku terduduk kepenatan di atas bangku. Dengan dua orang anak kecil mengekor di kiri dan kanan ku, sambil berasak-asak di celah-celah orang ramai, aku betul-betul perlu berhenti rehat mengumpul tenaga. Ah, leganya...aku mendepangkan tangan.


Di depanku ada dua orang gadis memandangku sambil tersenyum-senyum. Geli hati barangkali melihat kelakuanku. Apa, mereka ni tak pernah tengok ke lelaki berjambang dengan dua orang budak kecil di sebelah macam aku membuat exercise camtu?


“Dia handsome lah, ada ke kau cakap macam rupa Osama?” Gadis bertudung memakai parka jingga memujiku, menidakkan kenyataan sahabat di sebelahnya yang memakai coat berwarna ungu bahawa muka aku macam Osama. Oh, dari Malaysia rupanya. Astaghfirullah…jangan riak wahai Umar. Bagaimana kau begitu pasti dia memuji mu? Lelaki mat saleh di bangku sebelah juga berjambang, tapi macam Santa Clause lah.


Ku hadiahkan senyuman kepada gadis berparka jingga dan kawannya itu sebelum bangun dan berlalu pergi dari situ. Abidin dan Abbas setia terkedek-kedek mengikut di sebelahku.


Hari Black Friday tamat dengan acara meratah ayam KFC yang halal terletak di Roosevelt Road, Lombard. Hari tu sahaja kami menghabiskan sebanyak USD 2350 di Chicago Premier Outlets. Itu adalah satu rekod peribadi untuk ku. Ya, membeli-belah, tapi dengan duit Abang Muaz. Kalau diceritakan kepada Fatimah adikku, mau dia menjerit cemburu.


Masuk minggu kedua di sini, emak sudah menyuruh aku balik kerana aku dikehendaki melapur diri secepat mungkin di tempat kerja baru ku. Aku baru saja mahu memanjakan anak-anak buahku sudah dipanggil balik pula. Asma' pun sudah dibenarkan pulang. Ku khabarkan berita itu kepada abang sulung ku, memohon pengertian semestinya. Aku mesti balik. Perihal anak-anak Abang Muaz sudah diselesaikan kerana nanti kawannya, orang Indonesia akan tolong menjaga mereka. Bolehlah aku pulang dengan perasaan lega.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2010 12:04 AM | Show all posts
Reply 11# naufal2705

nama akak/baby akak/abg akak (kot?) sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 12:06 AM | Show all posts
Reply 23# merahsilver
bab2 awal kelam kabut sikit. sebab bz satu hal, idea banyak tapi masa dengki dengan kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 01:15 AM | Show all posts
eh..hannah pun ade...nama watak pun same..hehehe..thanx ischae...

check in!!baru 4 hari tak online ade cite baru..ok hannah sambung baca dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 02:24 AM | Show all posts
ai loikee maher zain..

eh tetibe
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 08:50 AM | Show all posts
hanah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 09:12 AM | Show all posts
Reply 27# ischae


    naufal nie nama anak saudara akak.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 09:23 AM | Show all posts
persahabatan yg best...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:36 AM | Show all posts
best2 citenya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:56 AM | Show all posts
persahabatan yg best...
shahrinas Post at 21-12-2010 09:23



    suka kalau citer berkenaan persahabatan.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 12:00 PM | Show all posts
Reply 35# juliet80


   tu la pasal. sahabat memang ramai, senang nak taip cite
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2010 12:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by ischae at 28-12-2010 01:41

Bab 3: Dia

“Kau nak cari apa sebenarnya ni Hannah?” Habis satu Premium Outlets ditawafnya tapi satu paper bag pun dia belum pegang lagi.


Dipandangnya Jinan sekilas, “Entahlah, aku pun taktau nak beli apa. Tengah cari inspirasi ni.” Jinan mendengus geram, tak puas hati la tu. Dia berhenti sekejap mengumpul nafas. Angin yang bertiup agak kuat menghentam dadanya seketika tadi membuatkan dia semput.


“Ye lah, ye lah… jom kita masuk store ni.” Ditariknya tangan Jinan sambil kaki melangkah ke butik Armani Exchange. Cepat-cepat Jinan mengatur langkah mengikut Hannah.


Rambang mata dibuatnya melihat koleksi baju yang dipamerkan di situ. Eh silap, bukan dipamerkan…masa ni baju-baju semua dilonggok macam kat kedai bundle. Murah-murah pula tu, maklumlah time Black Friday macam ni, semua barang diberi potongan diskaun.


“Mek Jing, ko try baju ni. I think it suits you well.” Ruffled top in orange dihulur kepada Jinan.


Jinan membeliakkan mata. “Mahal lah Hannah, aku tengah berjimat ni.”


“Kau ambil ni, it’s on me. Ikhlas ni.” Ujar Hannah lembut. Jinan menggeleng kepala tanda menolak.


“Kenapa kau ni baik sangat…dari dulu lagi tau. Camne nak balas jasa kau ni?” Hannah tergelak kecil mendengar kata-kata kawannya yang sudah acap kali diucapkan.


“Dah, jangan start buat drama sedih kat sini. Aku tak tau nak beli apa untuk diri sendiri. Kau boleh pakai baju ni pergi kerja nanti. Lagi pun masa graduation nite for seniors dulu aku tak kasi pape kat korang.”


“Ni kalau Alia and Mida nampak, diorang sure dengki.” Jinan mengeratkan lagi ikatan cardigannya. Sejuk ni, esok lusa nanti salji turun lah agaknya.


“Nanti aku beli untuk diorang jugak. Untuk Napi and Shannon sekali. Belated grad gift.” Tambah Hannah, sambil mata melilau mencari baju yang berkenan di hati. Rugi dah datang sini tapi balik dengan tangan kosong je. Baik tak payah datang kan.


------------------------------------------------------------------------


“Babe, dah sudah ke? Mida texted me, cakap tunggu kat depan Aeropostale.” Cellphone dihulur, memberi peluang kepada Hannah untuk membaca message Mida.


“Dah. Jom pergi cari diorang.” Hari ni mereka berpecah sambil membahagikan senarai barang yang nak dibeli. Sesampainya mereka berempat pagi tadi, orang ramai sudah mula beratur di depan pintu kedai. Keluar dari butik terakhir itu, tangan sudah penuh dengan paper bags bermacam-macam warna. Taktau nak beli apa konon.


“Hannah tu hobinya, retail therapy. Hannah dan shopping sudah sinonim.” Jinan merungut perlahan ketika sedang beratur untuk membayar di kaunter tadi.


Pandangan dilemparkan ke sekeliling, melihat ragam manusia yang ramai itu. Masing-masing seperti mereka juga agaknya, kepenatan membeli-belah. Langkah terhenti tatkala melihat satu susuk yang terasa familiar bersandar di bangku kira-kira 10 meter dari tempatku berdiri.


“Kau kenapa?” Tanya Jinan kehairanan.


“Tu, look at that guy, muka dia macam Ustaz.” Jari dituding ke arah that Ustaz-lookalike.


“Wow, kalau muka dia sebijik macam muka mamat tu, memang handsome.” Puji Jinan.


“Kat mana kau kenal Ustaz tu? Masuk ni dah tak boleh kira dengan jari kaki dan jari tangan lagi berapa kali kau sebut Ustaz, Ustaz, Ustaz since kau sampai sini.” Sambung Jinan lagi.


“Sampai rumah nanti aku bagitau lah. Orang ramai ni, bising. Tu hah, Alia dengan Mida dah tunggu tu.”


Jinan buat muka pasrah. Kena tunggu lagi baru boleh dengar cerita ekslusif dari Hannah ni.


“Ooo emmm geee, korang pergi beli barang ke pergi jahit baju dekat BCBG ni. Lama kitorang tunggu tau.” Bebel Alia sambil menjeling paper bags di tangan sebaik ditegur Jinan. Punya la banyak sampai kena bawak dengan troli kecil. Bimbit dengan tangan lagi.


“Dah makcik, nanti kita sambung bebel kat rumah. Aku lapar ni.” Celah Mida, sambil menunjuk isyarat ‘time’s up’ kepada Alia. Alia mengalah, dia pun lapar jugak. Penat pun ye jugak, dari pukul enam pagi sampai tengahari tawaf outlet ni. Nak beli barang dengan harga murah punya pasal.


“Kita lunch dekat Alameer nak? Dah lama mengidam Shikh Kaboob kat situ.” Cadang Hannah.


“Don’t tell me that you’re pregnant sampai mengidam pulak. Hyperbolic sangat.” Jinan menggeleng perlahan. Kawan aku ni lah, cakap je dah rindu dekat waiter yang selalu amik pesanan diorang dekat Alameer tu.


-----------------------------------------------------------


Suasana di Alameer sunyi memandangkan tak ramai pelanggan hari ni. Di sudut kiri restoran itu, empat orang gadis sedang menikmati makanan mereka dengan penuh sopan.


“Hannahhhh….” Jinan mengelipkan mata macam mata kucing Puss in the boot, pastinya menagih hutang dekat outlets tadi.


“Okey, korang nak tau pasal apa?” Angkat tangan mengalah.


“Ustaz! Sape nama dia? Kat mana kau kenal dia? Bila kau kenal dia?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Jinan.


“Amboi, tanya satu-satu tak boleh ke?” Sampuk Alia.


“Ye lah kawan kita sorang ni, kalau tak tanya sekarang, dia ngelat pulak.”


Selesai saja makan, satu persatu soalan dari mereka dijawab. Sebenarnya, dia pun tak tau nama Ustaz. Mula-mula tak pernah tengok muka. Kenal suara saja masa solat tarawikh dekat Masjid Ahmadiyah hari tu. Kira jatuh cinta mendengar suara Ustaz ni mengalunkan ayat-ayat al-Quran gitu.


“Habis tu, camne kau cam Ustaz tu kat KLIA?” Tanya Alia tak puas hati.


“Ustaz datang rumah time open house raya hari tu. Mama cakap tu lah Ustaz yang jadi imam solat tarawikh.”


“How does he look like? Handsome ke?”


“Kau tanya Jinan, dia boleh describe kot camne muka Ustaz…macam muka bin Laden.” Jawab Hannah selamba.


Jinan mencebik. “Allah, macam tak ikhlas je nak cite kat kitorang.”


“Bukan lah, tapi that happened almost seven months ago. Lepas tu abah dan mama pun tak sebut pasal Ustaz tu lagi sampai lah jumpa dia balik kat KLIA hari tu. So memang tak banyak yang boleh dibagitau pun.”


“Takkan lah nama pun tak tau.” Ujar Jinan terkilan, sambil mengerutkan dahinya, tanda banyak lagi soalan yang belum terjawab.


“Betul…tak tipu. Aku ni…kalau tau nama Ustaz nanti, terus aku buat sujud syukur okey. Lepas tu aku message korang kat YM.” Jinan yang sudah mula mengeluarkan aura-aura merajuk kembali tersenyum.


Hannah segera mengangkat tangan meminta bil. Lama-lama kat sini macam-macam soalan yang diorang tanya. Baik selamatkan diri cepat-cepat. Sebal pun ada bila ingat balik kisah kat KLIA tu. Huhuhu…


-------------------------------------------------------------


“Hannah, thank you for the tops. Aku tak kisah pun kau tak kasi hadiah masa grad nite dulu. “


“Eleh, tak kisah konon, padahal malam tu Mida monyok je muka bila kau tak bawak pape tau.” Gurau Alia sambil mengenyitkan matanya kepada Mida tanda bergurau.


“Guys, I’m so soorryy…” Bisik Hannah perlahan.


“Why?” Jawab Jinan. Terkejut dibuatnya, ingat ke Jinan tak dengar.


“Takde lah, aku balik camtu je lepas senior night. Dah la I didn’t leave you any notes, say goodbye pun tidak. Mesti korang sentap kan?”


“Tau takpe, lepas dua tahun tetiba kau message kat YM. Terasa hati kitorang babe.” Nada suara Alia menerangkan segalanya. Rupanya diorang memang marah padaku.


“Sorry…” Air jernih sudah bergelinang di bibir mata.


Seminit…dua minit…tiga minit… suasana masih sepi tanpa suara.


“Bang-bang-boom, aku gurau je lah Hannah.” Alia menamatkan lakonannya sambil tersengih. Kesian tengok muka kawan penuh dengan perasaan bersalah. Yes!!! She fell for it.


Tangan mencapai bead pillow di sebelah dan dibaling ke arah Alia. Hannah mengetap bibir, berpura-pura geram. Ingat betul-betul punya, bukan cubaan. Sisa-sisa malam dihabiskan dengan sesi pillow talk, aktiviti wajib mereka sejak mula-mula sampai ke Elmhurst enam tahun yang lalu. Waktu-waktu camni memang sesuai untuk meluahkan perasaan, dengan hanya diterangi sinaran lampu suram, limpahan cahaya dari lampu jalan, riak-riak muka yang pelbagai malam itu senang disembunyi. Apatah lagi setelah dia mula membuka balik kotak kenangan yang kusimpan dari pengetahuan mereka. Ya, Hannah memang banyak rahsia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:41 PM | Show all posts
cam kekanak ribena diog nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2010 01:15 PM | Show all posts
alamak, nak panggil adalia tu adalia ke alia ke lia eh. it's so confusing *garu kepala*
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:04 PM | Show all posts
alamak, nak panggil adalia tu adalia ke alia ke lia eh. it's so confusing *garu kepala*
ischae Post at 21-12-2010 13:15



    alia atau lia saja pon okey aje sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.099051 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list