CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jin9708

Paskal Balas Tembakan di Teluk Aden!

[Copy link]
Post time 22-1-2011 06:10 AM | Show all posts
Komando Korea Selatan bunuh 6 lanun Somalia


UNIT Khas Tentera Laut Korea Selatan menahan lanun Somalia di atas kapal Samho Jewelry di Laut Arab, semalam dengan lima orang lanun ditangkap, manakala lapan lagi terbunuh. Anak kapal yang berada di dalam kapal itu terdiri daripada lapan warga Korea, 11 Myanmar dan dua Indonesia.

--------------------------------------------------------------------------------



SEOUL 21 Jan. – Komando tentera laut Korea Selatan hari ini menggempur sebuah kapal yang dirampas oleh lanun Somalia di Lautan Hindi dan menyelamatkan semua anak kapal serta membunuh enam lanun, kata pegawai tentera.

Jurucakap Ketua Turus Bersama, Kolonel Lee Bung-Woo berkata, pasukan khas mereka menyerbu kapal Samho Jewelry pagi ini dan membebaskan semua tebusan.

‘‘Semasa operasi itu, pasukan kami membunuh beberapa lanun Somalia dan semua tebusan disahkan selamat,’’ katanya.

Bung-Woo berkata, operasi menyelamat itu berlaku kira-kira 1,300 kilometer dari timur laut Somalia.

‘‘Tekong kapal pengangkut bahan kimia Korea Selatan itu cedera ditembak di perut ketika serbuan tetapi dia kini berada dalam keadaan stabil,’’ ujarnya.

Serbuan ke atas kapal pengangkut bahan kimia itu dibantu oleh kapal tentera laut Oman.

Lanun Somalia itu merampas kapal seberat 11,500 tan dan menahan 21 anak kapalnya yang terdiri daripada lapan warga Korea Selatan, dua rakyat Indonesia dan 11 orang dari Myanmar di Laut Arab pada 15 Januari lalu ketika ia dalam perjalanan ke Sri Lanka dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Seoul mengarahkan satu kapal pemusnah yang bertugas di Teluk Aden untuk menjejaki kapal pengangkut tersebut dan Presiden Lee Myung-Bak menggesa semua pendekatan diambil bagi menyelamatkan anak kapal.

Operasi menyelamat itu dilihat berjaya meningkatkan sokongan moral kepada tentera Korea Selatan selepas dikritik hebat kerana lewat memberi maklum balas terhadap serangan Korea Utara di sebuah pulau di sempadan negara itu November lalu.

Myung-Bak turut memuji tentera negara itu di atas kejayaan operasi menyelamat itu. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 06:11 AM | Show all posts
Rampas semula kapal MT Bunga Laurel

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
[email protected]



KOMANDO TLDM (Paskal) mengawasi tujuh lanun Somalia yang ditahan selepas menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel daripada tawanan kumpulan lanun itu di perairan Teluk Aden, timur Oman, kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 21 Jan. – Kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi terbukti apabila berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman, semalam.

Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel itu ketika melalui perairan Teluk Aden.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam tadi, kapal dagang yang disewa MISC Berhad itu telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan senapang jenis AK-47 dan pistol.

Kumpulan lanun itu menaiki sampan yang diturunkan dari sebuah kapal induk membawa seramai 18 lanun untuk menyerang kapal dagang berkenaan yang membawa muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura.

Seramai 23 krew kapal MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam misi menyelamat yang dilancarkan Pasukan Perlindungan Khas ATM itu.

Dalam kejadian itu juga, kesemua tujuh lanun berkenaan berjaya ditahan manakala tiga daripadanya cedera ketika berbalas tembakan dengan tentera ATM.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan di sini hari ini, rampasan itu berlaku selepas dua jam kapal MT Bunga Laurel dipisahkan di perairan selamat setelah diiringi Bunga Mas 5.

“Krew kapal MT Bunga Laurel sempat mengaktifkan sistem penggera keselamatan kapal sebelum bersembunyi di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.

“Bertindak daripada panggilan kecemasan itu, kapal Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika (25.9 kilometer) dari MT Bunga Laurel bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu,” katanya.

Dalam operasi tersebut, sebuah helikopter jenis Fennec TLDM yang dilancarkan kapal bantuan Bunga Mas 5 melepaskan tembakan dari udara.

Menurut kenyataan itu lagi, tembakan tepat ke arah kapal induk lanun itu berjaya menghalangnya daripada memberi bantuan kepada kumpulan lanun yang berada atas kapal MT Bunga Laurel.

“Pasukan Perlindungan Khas ATM kemudian melancarkan operasi menggempur lanun itu pada pukul 1.20 pagi dan selepas berbalas tembakan, kesemua lanun itu berjaya ditahan manakala anak kapal itu diselamatkan,” jelas kenyataan itu.

Operasi Fajar yang bermula Julai tahun lalu berikutan insiden rampasan dua kapal tangki MISC 2008, memperlihatkan sokongan kuat kerajaan, ATM dan TLDM dalam menjaga kepentingan negara.

Kapal bantuan Bunga Mas 5 yang diubah suai daripada sebuah kapal kontena merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ia dilengkapi hangar menempatkan pesawat Super Lynx dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun menyerang jika diperlukan.

Dalam pada itu, kenyataan Kementerian Pertahanan memaklumkan, sebanyak 32 buah kapal dagang masih ditawan lanun di perairan Teluk Aden walaupun pelbagai usaha di peringkat antarabangsa dilakukan untuk menangani kegiatan lanun di perairan Teluk Aden itu.

Sementara itu, jurucakap TLDM ketika dihubungi memberitahu, semua 32 kapal yang ditawan lanun itu tidak melibatkan kapal dagang dari Malaysia.

Jurucakap itu berkata, kesemua 23 anak kapal Bunga Laurel termasuk beberapa warga Filipina yang diselamatkan tidak mengalami kecederaan dan akan dibawa pulang tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 06:11 AM | Show all posts
PM ucap tahniah kejayaan Paskal tumpaskan lanun di Somalia
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Laut (Paskal) atas kejayaannya menyelamatkan kapal yang disewa oleh sebuah syarikat Malaysia yang dirampas sekumpulan lanun di Laut Aden, Somalia semalam.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut bangga dengan kecekapan dan keberanian ditunjukkan anggota Paskal yang berjaya menahan tujuh lanun dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, kerajaan sedang mengkaji daripada sudut perundangan antarabangsa berhubung tindakan sewajarnya yang akan diambil terhadap lanun-lanun yang ditahan itu.

''Kita akan melihat sama ada lanun-lanun itu akan dibawa balik ke Malaysia untuk diadili atau tindakan-tindakan sewajarnya yang lain.

''Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kerajaan dan rakyat Malaysia kepada pasukan Paskal kita," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Dana Belia 1Malaysia di sini hari ini.

Najib mengulas kejayaan kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 5 yang berjaya menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden pada pukul 11.40 malam semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman itu menyaksikan tujuh orang lanun Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol berjaya ditahan selepas operasi menyelamat kapal itu dilancarkan pada pukul 1.20 pagi.

Kapal MT Bunga Laurel adalah kapal jenis Chemical Tanker yang disewa oleh MISC Bhd. (MISC) bagi membawa muatan minyak pelincir dan etilen diklorida (ethylene dichloride) dari Asia Barat ke Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 07:55 AM | Show all posts
Reply 19# jazim

Pada aku, suatu pasukan komando perlukan kemahiran dan keupayaan yg tinggi untuk memenangi pertempuran dengan enemy combatants dgn zero casualties di kedua-dua pihak termasuk tiada kecederaan/harm to the hostages. Bukan susah untuk membunuh semua musuh dan mungkin mengancam nyawa tebusan. Dgan captured enemy combatants, bnyk intel dan maklumat musuh dpt diperolehi yg menjadi valuable untuk future engagements, so based on that, pada aku PASKAL is simply better..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 08:32 AM | Show all posts
aku penah masuk kat tempat paskal training taun lepas utk training, mmg dorang sangat2 cekap menembak, aritu dorang demo tembak 3 botol pakai MP5 lam jarak 15m, x sampai 1 saat, botol2 tu suma pecah. kalu tembak target board lak,suma peluru mesti kena kat kepala or dada je.senjata MP5 mmg la ade teropong target tapi ssh jgk la nk guna kalu nk cepat. walaupun tempat latihan dorang paling daif kat lumut, tapi dorang mmg simply the best. kat lumut tu byk kera, tapi kat tempat paskal ni kera x berani masuk even situ la paling banyak hutan.hehehe...paham2 la.

sebenarnye mmg banyak misi yang paskal ni wat tapi hampir suma rahsia...yg masuk paper hari ni maybe utk tunjuk kemampuan pasukan khas kita. paskal x semetinya badan tough2 je, ade gak rupa cam penagih dadah, kurus kering muka cengkung or gemuk, dorang ni keje risikan. kalu nk amek pic ngn dorang, mesti dorang akan pakai spek mata hitam. lagi satu yang aku paling ske kat paskal, dorang mmg sangat2 mesra, x lokek ilmu dan x kerek cam budak2 kat lumut yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:43 AM | Show all posts
memang terbaiklah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2011 09:44 AM | Show all posts
Aku kalau unit komando (GGK,PASKAU,PASKAL),aku paling minat kat PASKAL.Sebab apa? Sebab suit hitam diorang,nampak macho siut..Hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 09:45 AM | Show all posts
sebak aku baca cerita ni...tahniah! seumur hidup aku dah menyaksikan berpuluh, maybe beratus demo Paskal, Paukau,GGK,APMM, etc dalam pelbagai majlis....inilah kali pertama baca cerita benar!(ATM punya, PDRM/UTK selalu lah). ramai sedara mara/kawan aku dalam pasukan elit ini yang asyik demo je sampai pencen. tak pernah shot at real enemy.

War-war kan lah kehebatan mereka,kasi mereka PGB...buat buku, buat filem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 10:41 AM | Show all posts
baca ni baru smgt anak2 muda nk menabur bakti utk negara
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 10:52 AM | Show all posts
Pasukan bolasepak menjulang Piala Asia boleh dpt wang tunai berpuluh ribu dan tanah. Knpa agaknya perwira negara yg berjuang menyabung nyawa di lautan asing yg jauh tidak diberikan pengiktiran dan ganjaran yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 11:03 AM | Show all posts
Dan dimanakah berita kejayaan PASKAL menumpaskan lanun di Teluk Eden tidak disiarkan dimana2 laman online berita seperti Malaysian insider, Malaysiakini dan Malaysia whatever..agaknya mereka hanya prefer menyiarkan berita jika ada nyawa perajurit yg terkorban atau kehilangan enjin kapalterbang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 12:18 PM | Show all posts
Reply 31# areguard

very good point. dema ni kalo menangguk di airkeruh, cepat aje.

Kalo ada political mileage, baru nak buat coverage.

sama je hampeh dema ni dgn utusan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 12:54 PM | Show all posts
betul tu...kadang2 aku terfikir gak...kalau artis2 lawa/handsome....album lagu meletup2 pastu dapat 'Datuk'...cam tu gak ahli2 sukan yg sampai peringkat dunia...tp perjurit kita yg pi perang dan membawa panji-panji serta bendera Malaysia , bergadai nyawa demi maruah agama ,bangsa dan negara cuma dpt pujian2 je.. pastu dah pencen nak makan duit pencen pun nak kena tunggu sampai bertahun2 baru bleh dapat...kalau yg pencen tu hilang anggota badan atau cacat semasa menjalankan tugas camno??? mau ke tak kebulur nak makan.. memang la perajurit ni kerja dgn ikhlas tapi apa yg KERAJAAN DAN ORANG AWAM membalas jasa mereka2 ni...... zaman sekarang dah ramai orang kurang hormat dgn tentera....bg sesetengah orang tentera ni low class karier!!!.....takpa ...suatu hari nanti bila Malaysia terlibat ke dalam kancah peperangan...orang akan membuka mata.. jangan ingat negara2 jiran kita ni dok diam je...diorang tunggu masa je nak bertindak...!! kepada orang2 awam yg masih bersifat patriotik..belajarlah ilmu2 senjata dan ketenteraan...join la wataniah...kalu tak kita jadi mcm Bosnia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 03:34 PM | Show all posts
Tahniah..Tahniah.. bangga betullah cuma harap media mengambil inisiatif untuk mengharumkan nama ATM..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 33# Komrade


    tul tu, masa hidup tak dikenali, mati pun tak dikenali. Walaubagaimanapun, jika ikhlas insyallah ganjarannya lebih baik di akhirat nanti. Janji syariat spt solat dll di jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:06 PM | Show all posts
Reply 9# kobis

salute same PASKAL,..
tak mainlah nangis lari naik teksi..
kobis Post at 21-1-2011 18:03


siapa kobis yg nangis lari naik teksi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 05:09 PM | Show all posts
wah hebat. PASKAL tu hape ? aku tak tau dan tak reti.
winamp05 Post at 21-1-2011 15:15



    pasukan khas angkatan laut
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:15 PM | Show all posts
Pada masa yg sama Komando Korea Selatan membunuh semua perampas dan mengalami kecederaan pada 3 oran ...
areguard Post at 21-1-2011 20:39



    of coz la PASKAL simply better bro.....kalo x silap wa la, pasukan elit TLDM ni antara yg terbaik di dunia......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:31 PM | Show all posts
kalau dikaji taktik paskal nak tumpaskan lanun ni memang bagus, 1 heli standby untuk halang kapal induk musuh bg bantuan (maybe intel2 dah tau yg lanun ni serang dari sebuah kapal induk), ke 2 team assault terus masuk dan tahan 7 lanun tanpa sebarang kecederaan pada anak kapal, dan yg paling bagusnya  kepantasan respond dari PASKAL ni menyebabkan lanun tadi agak gelabah kerana ada element surprise, mana x nya kapal induk lanun nak tolong belum sempat wat pape, kena sekat dgn heli dan penembak tepat (yg ada dlm heli tu), lanun yg kat dalam kapal pun aku rasa dah abis mengelabah.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 05:34 PM | Show all posts
tahnaih untuk ATM dan PASKAL khasnya.tambah2 xde kematian xkire dipihak lanun atau di pihak anak kapal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.120559 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list