CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: juju_amin84

SINI ADA HANTU

[Copy link]
Post time 15-2-2011 07:17 PM | Show all posts
bagi 4.0 / 5.0... jalan citer dia mmg best... citer dia kalo dikembangkan mmg lagi best... citer hantu paling seram ialah HANTU CINA, mmg sentap...citer hantu paling kelako ialah HANTU JEPUN... yg kelako sebab pelakon2 dia tu.. tapi mmg best ler.. g ler menonton... kalo masuk ASTRO FIRST kan best....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2011 09:34 AM | Show all posts
yup, citer ni memang adaptasi filem tu...ni versi bahasa Melayu..
hyie Post at 15-2-2011 14:02


owh... thanks bgtau............
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 01:19 PM | Show all posts
Reply 22# hijau_serindit


no problem
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 08:53 PM | Show all posts
cam bes jep...nk gi tgk la...da la suke kat baki..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 01:33 AM | Show all posts
*rev aku
AJAMI HASHIM

*ulasan ini ada spoiler!

Salaam..

Filem ini mengangkat kisah hubungan 'hantu' dan 'manusia' dalam kronologi yang unik! Ia terpecah kepada 4 kisah dimana salah satunya menjadi bingkai untuk setiap 3 lagi kisah hantu yang lain.

1. Sini Ada Hantu (bingkai)

Letakkan situasi 'road movie' yang kebiasaan tipikal sebuah filem seram iaitu Ah Meng (Alvin Wong) dan Bakri (Baki Zainal) yang memandu sebuah van menghantar sebuah keranda dari poin A ke poin B di waktu malam. Kedua-duanya menghabiskan perjalanan 'terpaksa' mereka atas tekanan keperluan wang gaji overtime. Dalam ertikata lain, mereka 'terperangkap' dalam perjalanan yang secara luarannya adalah menyeramkan kerana pakej penghantaran yang bukan seperti kebiasaan kerja harian mereka iaitu kali ini menghantar orang mati! Mereka bukan pekerja van mayat yang profesional. Tambahan pula kedua-duanya kemaruk untuk berkongsi kisah-kisah seram urban legend masing-masing. Gabungan perwatakan yang humor digarap dalam ruang lokasi (kenderaan) yang dekat dengan kematian..dan cerita-cerita hantu! Seronok tetapi menyeramkan! Lantas khalayak diberikan kronologi 3 cerita yang berikut:

2. Hantu Pokok Pisang

Saya melihat segmen ini sebagai hantu yang dipanggil sendiri oleh manusia - Zam (Sufian Mohamed) ke dunia manusia untuk kepentingan peribadi. Hantu Pokok Pisang (Fasha Sandha) hanya menjadi 'alat' untuk memuaskan nafsu Zam sendiri serta 'fitnah' rekaan Zam kepada Farid (Beto Kusyairy) untuk mendapatkan Noraini (Eira Syazira) juga melunaskan dendam oleh Zam kepada manusia lain iaitu Farid. Hantu Pokok Pisang sekadar makhluk lain yang kewujudannya tidak berpunca dari kematian manusia bertukar menjadi hantu tetapi manusia itu sendiri (Zam) yang berperangai seperti hantu (jahat). Boleh juga dikatakan bahawa Zam ialah pemilik Hantu Pokok Pisang yang akhirnya memakan tuan. Segmen ini benar-benar bermain dengan genre seram yang serius dan dramatik lebih kepada kisah kemanusiaan yang hanya meletakkan elemen hantu sebagai simbol kejahatan dalaman sesama manusia - Zam dan Farid kedua-duanya adalah watak-watak hitam malahan Zam yang digambarkan naif lebih jahat dari Farid yang luarannya lebih jelas penjahat secara fizikal. Zam-Farid ialah musuh ketat kerana berebutkan Noraini. Sesuailah!

3. Hantu Nombor Ekor

*nota: aku dah lupa nama watak-watak dalam segmen ini!

Segmen ini pula ialah hantu yang berasal dari manusia - perempuan yang mati dirogol dan dibunuh lantas dipanggil semula ke dunia manusia oleh manusia sendiri. Watak lakonan Pete Teo (aku lupa!) ialah manusia yang bermasalah dengan manusia lain - along. Sekali lagi hantu dalam kisah ini hanyalah 'alat' untuk kegunaan manusia cuma bezanya Hantu Nombor Ekor juga mempunyai dendam kesumatnya sendiri di dunia manusia iaitu kepada 3 orang lelaki yang telah merogol dan membunuhnya. Watak Pete lebih teruk dan jahat dari watak Zam kerana sanggup mengorbankan salah seorang kawannya sendiri untuk kepentingan survival individunya. Segmen ini memaparkan bahawa kedua-dua makhluk - manusia dan hantu 'berjaya' sebagai kumpulan untuk memusnahkan manusia lain. Namun sekali lagi manusia tewas kerana tamak haloba dan hukum karma along membunuh dirinya sendiri manakala Hantu Nombor Ekor (tq pembetulan oleh fraimee huhuhu!) berjaya mencapai hasrat ketidakamanan rohnya (walaupun bukan 3 lelaki yang sebenar). Ironic kan? Segmen ini juga mula meringankan penceritaannya dengan meletakkan sekali-sekala babak-babak humor berbanding segmen Hantu Pokok Pisang.

4. Hantu Asrama

Hantu askar-askar Jepun dan pelajar-pelajar asrama, Yakob (Qhaud) dan kawan-kawan sebiliknya (Taiyuddin Bakar, Chomatt Samad, Amerul Affendi) tiada kena-mengena langsung atau saling tidak berkaitan. Malahan manusia dilarang sama sekali untuk bertembung atau berkomunikasi atau melewati kawasan hantu-hantu itu jelas dari dialog watak Penjaga Asrama (Kazar) yang berkali-kali melarang Yakob semasa di gelanggang tenis. Kedua-dua dunia memang sepatutnya terpisah oleh sempadan yang sudah ditetapkan. Yakob tidak memanggil hantu untuk kepentingan peribadi cuma dia manusia yang sesat dalam keegoannya sendiri. Malahan hantu-hantu Jepun itu terperangkap dalam 'time loop' zaman gelap mereka sendiri semasa menjadi manusia yang akhirnya membunuh diri sendiri beramai-ramai kerana terlalu taksub dengan kehebatan tentera mereka dahulu. Hantu-hantu Asrama itu lebih kronik terperangkap dalam ketidakamanan roh-rohnya kerana tidak dikuburkan dengan sempurna berbanding Hantu Nombor Ekor? Mereka bebas berkeliaran dalam dunia mereka sendiri. Dalam ertikata lain, yang bermasalah tragik dalam segmen ini ialah di pihak hantu-hantu Jepun berbanding manusia Yakob yang merasakan dirinya lebih berani dari rakan-rakanya yang lain. Segmen ini juga semakin ringan dengan dialog-dialog humor di antara watak-watak pelajar asrama rakan Yakob seperti sebuah teen slasher popcorn movie?

Kembali ke segmen no.1 Sini Ada Hantu..

Filem ini sebenarnya seperti cerita dalam cerita dalam cerita ala-ala Inception strukturnya? Setiap segmen akan ada babak dimana salah seorang watak akan mula bercerita mengenai kisah hantu yang kemudiannya akan menjadi kenyataan munculnya hantu itu. Watak-watak Ah Meng dan Bakri pula ialah storyteller kepada kesemua cerita kepada khalayak yang memecahkan ke segmen masing-masing mengikut giliran siapa si pencerita dan apa ceritanya? Di samping itu Ah Meng dan Bakri juga mempunyai naratif 'hantu' mereka sendiri sebagai realisme. Penonton tahu bahawa ketiga-tiga cerita hantu: Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Asrama adalah cerita dari mulut ke mulut yang sudah ditokok-tambah untuk menyedapkan cerita sahaja. Kerana itulah setiap segmen mempunyai perwatakan hantu-hantu yang sangat tipikal, berkostum dan mekap ala pementasan dan robotic tanpa dialog samada berupa kemelayuan (Bakri) atau opera cina (Ah Meng) mengikut interpretasi kaum masing-masing (hanya manusia yang tahu bercakap dengan manusia lain) Samada ia kisah hantu yang benar-benar terjadi? Pengakhiran filem ini yang sehabis komedi dan parody penemuan Ah Meng dan Bakri dengan hantu 'Mano Maniam' itu ialah puncak arahan James Lee seolah mengatakan bahawa "Hey! Kau benar-benar percaya?"
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 01:35 AM | Show all posts
*ref by blogger TMBF

pautan asal >> THAT MOVIE BLOGGER FELLA

Tuesday, February 15, 2011
Sini ada filem yang best: Sini Ada Hantu
My rating: 4 stars

Industri filem tempatan kita dah makin rancak, kan? Buktinya ada didalam kutipan filem Ngangkung (RM8.18 juta) dan Khurafat (baru cecah RM8 juta) serta filem bahasa Cina Great Day (cecah RM5 juta). Tapi bukti yang lebih menyerlah ialah, blog TMBF kian meningkat hits-nya wei! Selalunya post saya yang paling popular ialah rebiu filem Melayu, terutamanya yang saya tulis dalam bahasa Melayu. Kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris, tak banyak sangat hits - tapi kangkadang saya tulis jugak ulasan filem Melayu dalam BI, bagi menarik perhatian pembaca yang biasanya tak pergi tengok filem tempatan.

Tapi untuk rebiu Sini Ada Hantu, saya tulis dalam BM. Sebab saya nak sumorang yang layan Ngangkung dan Khurafat untuk pecahpanggungkan filem ini jugak.

Ah Meng (Alvin Wong) dan Bakri (Baki Zainal) adalah dua pemandu yang diberi tugasan saat terakhir oleh penyelia mereka (Ramasundram) untuk membawa van ke sebuah pekan terpencil. Bagi mengisi masa, mereka bertukar-tukar cerita seram, bermula dengan Bakri: Hantu Pokok Pisang mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Zam (Sufian Mohamed) yang menaruh hati pada Noraini (Eira Syazira), walaupun Noraini adalah kekasih Farid (Beto Kushairy) - dan untuk memenangi hati Noraini, Zam sanggup menggunakan kuasa ghaib. Ah Meng kemudian membalas dengan cerita Hantu Nombor Ekor, mengenai John (Pete Teo) yang berhutang keliling pinggang serta ketiga-tiga kawannya (Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Wong Chee Hong) memuja roh untuk meminta nombor ekor, ikutan petua yang diberikan oleh seorang pakcik tua (Patrick Teoh). Cerita ketiga ialah Hantu Asrama, mengisahkan seorang pelajar bernama Yakob (Mohd Qhaud Abd Rashid) yang baru bertukar ke sebuah sekolah berasrama penuh, dimana rakan-rakannya (Taiyuddin Bakar, Chomatt Samad, Amerul Affendi) semua takutkan hantu tentera Jepun yang pernah berkawat disana semasa Perang Dunia Kedua. Dan oleh kerana muatan van mereka ialah sebuah keranda, perjalanan Ah Meng dan Bakri juga pasti akan ditimpa peristiwa.

Ya, ini filem antologi, yang mana strukturnya sering terasa tak berhubungan dan susah hendak dinilai secara menyeluruh. Ya, ini filem komedi seram, sebuah genre yang dah basi sampai macam takde cerita lain untuk difilemkan. Namun filem Sini Ada Hantu tampak membuktikan tiga perkara: 1) Genre yang basi pun boleh disegarkan dengan garapan dan olahan yang elok, kerana inilah faktor yang paling penting malah lebih penting daripada idea, premis atau tema, 2) Artis yang baru dan tak berapa dikenali seringkali jauh lebih berbakat dari muka dan nama yang kononnya fofular sesangat (*batukAhmadIdhamFaridKamilbatuk*), 3) Penonton filem tempatan - yakni orang tempatan yang menonton filem mahupun penonton yang gemar filem tempatan - sudah sedia menerima filem yang memaparkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang bahasa.

Ini sebuah filem yang berani. Berani dari banyak segi, tapi yang paling berani ialah membikin salah satu segmennya dengan watak Cina yang berbahasa Cina sepenuhnya. Sungguh tak sangka saya akan melihat benda sebegini dalam filem yang pada luarannya filem Melayu, dan saya rasa para penonton dalam panggung saya - yang hampir semuanya orang Melayu - pun tak sangka. Namun saya rasa eksperimen ini cukup berjaya; penonton-penonton dapat mengikut cerita ini walaupun kena baca sarikata BM. Kejayaan ini dibantu oleh dua perkara, pertamanya ialah segmen pertama merupakan cerita hantu Melayu yang biasa dilihat, se-genre dengan Ngangkung, Khurafat dan lain-lain. Keduanya ialah watak Ah Meng lakonan Alvin Wong, watak yang kelakar dan mudah disukai membuat kita ingin dengar apa yang dia nak ceritakan.

Sebab ini juga sebuah filem yang kelakar. Dalam Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, walaupun saya suka kedua-duanya tapi saya paling lebih tersenyum je dengan lawaknya. Dalam filem ini, saya LOL terbahak-bahak ketika adegan klimaktiknya. Wong dan Baki Zainal adalah dua pelakon comedian yang cukup hebat bakat mereka. Komedinya terhasil daripada perbandingan antara budaya dan kepercayaan kaum Melayu dan Cina, yang dilihatkan dalam debat Ah Meng dan Bakri mengenai beza antara hantu Melayu dan hantu Cina. Kesimpulannya? Hantu Melayu boleh pegang, hantu Cina tak boleh. Kan sedap ada filem macam ni? Dimana beza antara kaum di negara kita boleh diutarakan dengan cara yang menggembirakan kita semua?

Segmen ketiga pula mengetengahkan hantu "antarabangsa", dan jika pengarah dan penulis skrip James Lee bertujuan melanjutkan poinnya tentang bangsa dan budaya dengan cerita ini, saya tak berapa faham lah. Saya hanya tahu segmen ini juga mencuit hati, dengan dialognya yang bersahaja dengan remaja pelajar sekolah asrama. Cuma ceritanya agak nipis berbanding dengan segmen-segmen lain, dimana watak-wataknya tidak berhubungkait dengan hantu yang mengancam mereka. Jika hendak mengatakan kelemahan filem ini yang lain, unsur humornya juga tak berapa konsisten; segmen pertama dan kedua bernada serius, dan mungkin ini akan menguji kesabaran penonton yang jelas lebih seronok mengikut perjalanan Ah Meng dan Bakri.

Tapi segala-gala dibikin dengan penceritaan yang elok dan teliti. Fikiran rambang: segmen Hantu Pokok Pisang cukup berlapis, dimana watak yang simpatetik memilih jalan hitam dan watak antagonis pula menjadi mangsa. Lakonan Pete Teo juga menjadi, memainkan watak yang langsung tiada rasa sesal atas perbuatannya walau betapa keji. Korang perasan tak setiap segmen menunjukkan hantunya dengan paparan yang berbeza? Hantu Pokok Pisang hantu mekap hodoh, Hantu Nombor Ekor hantu ngeri, dan Hantu Asrama hantu efek khas separuh jelma. Akhir sekali, adake sekolah yang tak pernah dikhabaranginkan dulu ianya markas tentera Jepun? Atau mana-mana bangunan lama? Ini patut jadi bahan untuk banyak lagi filem seram; jangan biar orang Singapura je yang bikin.

Aku betul-betul nak filem ini berjaya. Aku rasa ianya jauh lebih best dan lebih menghiburkan dari Khurafat mahupun Ngangkung, dan aku rasa ia lebih layak memecah panggung dari kedua-dua filem itu. Aku rasa sifat pluralismenya patut disanjung, patut diikuti setiap filem tempatan, dan patut dilihat oleh semua penonton filem tempatan. Aku nak James Lee bikin banyak lagi filem; aku nak tonton Sini Ada Hantu 2: The Further Adventures of Ah Meng dan Bakri. Aku tak tahu setakat mana jauhnya pengaruh blog TMBF ni; filem yang aku suka pun terflop jugak. Namun aku nak seru semua pembaca aku supaya menonton filem ini. Tonton berkali-kali. Tonton bersama keluarga dan kengkawan. Kalau filem ni tak dapat sekurang-kurangnya RM7 juta, aku akan salahkan kamu semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2011 01:57 AM | Show all posts
aku tak suka fasha, pasal apa la si apek james lee ni ambik dia berlakon walau tak ckp
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:17 AM | Show all posts
dah tgk... mmg mula2 jln cerita selow sket... tapi tgh tu dah mula ok..... n last mmg lawak giler la.... so ini movie yg aku kuar dr panggung dengan gelak yg x sudah2.... cuma cam tak puas sbb yg best tu ah meng ngan bakri tu sendiri......
yg jadi yaacob tu qhoud ek.... mmg kelas la lakonan dia...... serius x ingat sapa.... tapi yg bagusnya pelem ni...dia berani menampilkan pelakon2 yg mmg tak dikenal/x popular tapi boleh layan baekkkk punya......
kalo ikutkan pelem ni lagi best kot dari ngangkung n hklbr.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 11:18 AM | Show all posts
dah tengok.

ulasan peribadi aku :
- ok. bole utk di tonton.
- spt org lain, ya, awal2 biase je, makin lame makin ok.
- towards the end mmg lawak gile2.

- yg aku xpuasti sket ialah tang kasut adidas tertinggal kat jlnraya lps kononnye meng kene langgar. tp wktu last tu meng ade je pki kasut. sape nye kasut kat jln raya tu? lg satu tang si yakult eh yaakop lari dr toilet smpi ke pdg futsal tu. apekehenye ko lari smpi ke situ kop. lari blk bilik je udah le.

- paling aku suke - "dua patah perkataan.. silang kata!" ahahahahaha

overall.. sile lah tonton n support ur local act ppl !!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 07:09 PM | Show all posts
Ada kat astro first tak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:28 PM | Show all posts
citer nie agak best bagi ai yg mmg tak layan citer melayu.best pasal idea dier fresh..ai suka ngn watak ah meng & bakri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 01:26 PM | Show all posts
aku dah lyn citer nak kat astro first,mula2 agak slow.lama2 penat aku ngan laki aku gelak tgk citer ni..laki aku tya,sape yg berlakon ni??wlaupun tak femes,tp best berlakon...tp yg best si bakri ngan meng tu la...nak2 part nak last2...adui,penat gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 05:13 AM | Show all posts
aku dah lyn citer nak kat astro first,mula2 agak slow.lama2 penat aku ngan laki aku gelak tgk citer  ...
elnor_81 Post at 5-3-2011 13:26



   
kalo bnykkan lg scene seram yg menimpa dua org tuh mst lg best. nih rs pendek sgt. dgn citer2 antu plak sgt cliche. tgk mcm 4bia, antu dia takot wooooo.

tp komedi dua org tu menyelamatkan citer nih. best.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 04:54 AM | Show all posts
available for download in HD. YouTube for da ade. haha.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 02:04 PM | Show all posts
aku tgk kat youtube citer nihhh...boleh lah layan ...aku suka citer hantu jepun tuhh bestt......paling tak suka hantu pokok pisang tuhhhh......bakri ngan ah meng mmg bestt....qhaud pown best gakkk......
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 04:31 PM | Show all posts
downld je la kat sini....

video n audio pon da ok

http://www.ddmf.biz/2011/03/sini ... pvrip-avi-rmvb.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 10:35 AM | Show all posts
citer nih harus diberi kredit
kerana james lee adalah chinese yg mengarah filem melayu
dia berani guna bakat2 baru yg tak femes tp berbakat...
dia berani guna perspektif lain yg pengarah malaysia dungu tak tau guna...
dia berani pick issue yg serius...


and filem dia pun ada ala2 1malaysia cam arwah yasmin

aku syorkan filem ni antaa filem melayu yg terbagus dlm tahun ini..
sumer org aku syorkan smpi bergaduh dlm facebook....

cuma citer ni tenggelam kerana citer khurafat dan damping bodoh malam
pengarahnya nya pun mengakui advert dorg ni lambat reach out audiens...
tp stail kuarkan videoklip utk lagu tema yg dinyanyikan oleh pelakon nya sendiri untuk ads filem ternyata stail dan org malaysia tak buat lagi...

cuba bygkan filem khurafat syamsul yusoff nyanyi huhuh
tak pun amd idham nanyi dgn david teo utk citer damping bongok zizah mahzan malam
tp kredit kepada james lee

aku suka citer kau dari histeria lagi
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066266 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list