|
Oleh Normah Becok
2011/07/18
BEBERAPA hari lalu Cik Normah menerima panggilan telefon daripada peminat muzik berkenaan buah tangan terbaru Faizal Tahir. Pembaca berusia awal 30-an yang mahu dikenali sebagai Jay itu melahirkan kebimbangan sebaik menonton klip video lagu baru penyanyi itu yang berjudul Karma, sebaik saja menontonnya di sebuah saluran TV.
Akui jejaka prihatin itu, kronologi paparan memang menarik dengan isu haruan makan anak dan sanggup menjual darah daging sendiri ke kancah pelacuran semata-mata tamakkan wang.
Si bapa akhirnya dipenjarakan selepas ditahan pihak berkuasa, malah ditonjolkan pelakuan anaknya yang seakan tidak sabar menanti kepulangan ayah dengan menandakan kalendar.
Apabila harinya tiba, si bapa yang tampak seakan sudah insaf mahu memulakan hidup baru kembali ke rumah dengan disambut senyuman si anak.
Cuma dia yang mempunyai dua adik, selain ramai anak buah yang masih di bangku sekolah berasa agak terkilan apabila pada babak penamat ditonjolkan watak gadis lakonan Iqa Mentor membunuh bapanya.
Bukan sekadar menikam dan mengelar leher apabila ditonjolkan darah keluar membuak-buak dari bahagian itu, malah pada babak pertengahan jelas menampakkan si gadis sibuk mengasah pisau yang melambangkan simbolik hajatnya.
Kata Jay lagi, dia bukan seorang yang jumud, apatah lagi ketika dia menuntut di luar negara, masih ada tapisan terhadap penerbitan seumpama itu.
Lagi pun terangnya lagi kalau ikutkan kesesuaian, apa yang ditonjolkan menerusi perbuatan gadis itu lebih kepada pembalasan dendam bukannya karma yang menjurus kepada pembalasan Tuhan.
Apabila Cik Normah tengok klip berkenaan menerusi YouTube, barulah Cik Normah dapat berkongsi kebimbangan Jay kerana secara terang-terang menunjukkan cara membunuh, sekalipun didasari sebab musabab yang kukuh mengapa dia terdorong melakukan perbuatan itu.
Tidaklah Cik Normah katakan peminat tegar akan mengikuti perbuatan dalam klip video itu tetapi seharusnya mereka yang berkaitan lebih berhati-hati menghasilkan sesuatu penerbitan dan jangan jadikan kreativiti sebagai lesen untuk berkarya.
Karma boleh ditonjolkan dalam pelbagai cara atau kerana perbuatan yang dilakukan manusia bukan karma. Atau jika mahu juga menunjukkan konsep salah itu, paparkan secara simbolik.
Dalam era serba mencabar ini individu berdepan dengan segala macam tekanan. Bermacam perkara boleh terjadi dengan kes jenayah di mana-mana. Bagi Cik Normah, daripada kita secara tanpa sengaja seakan mahu mengajar sesuatu yang tak elok, lebih baik tonjolkan pengajaran.
Harap Faizal Tahir dan pasukannya memahami perkara ini. Kita tahu mereka mahu berkarya namun janganlah melampaui sensitiviti. Sebelum terjadi apa-apa lebih elok kita berwaspada. |
|
|
|
|
|
|
|
at least dalam vc ft ni ada gak kelainannya..takde la jenis yg duk pi nyanyi kat tepi laut ke, tepi jalan ke...boring la..![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Suka vid nie.tgk kat astro ria hari tu.masa tu FT ada nyanyi lagu baby-justin bieber.best sgt ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
at least dalam vc ft ni ada gak kelainannya..takde la jenis yg duk pi nyanyi kat tepi laut ke, tepi ...
masterdyanna91 Post at 18-7-2011 15:21 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
cik normah nieee jenis yg suka tgk vc yg paparkan luvly couple jln2 or main sorok2 kt taman bunga tuu lorrrrrrr...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Suka vid nie.tgk kat astro ria hari tu.masa tu FT ada nyanyi lagu baby-justin bieber.best sgt :lovel ...
dzila_87 Post at 18-7-2011 15:32 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sukaaaaaaaaa jugak....nieee pepagi subuh dh layan vc tuuu...........![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cik normah nieee jenis yg suka tgk vc yg paparkan luvly couple jln2 or main sorok2 kt taman bung ...
cikmouse Post at 19-7-2011 08:11 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tu yg cik normah suka tgk..boleh berangan-angan...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tu yg cik normah suka tgk..boleh berangan-angan...
masterdyanna91 Post at 19-7-2011 14:39 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
berangan2 smbil mkn ubi rebus cicah sambal.......![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|